Ads

Wednesday, September 30, 2009

Variasi foto raya



Jom kita tengok gambar-gambar menarik sepanjang raya 2009 Kuala Lipis. Mula-mula teletah cucu-cucu lelaki Pak Husain di dalam bilik wan mereka. Nasib baik rumah batu... kalau rumah kayu.. boleh runtuh dibuatnya..




Apalah yang difikirkan Farah dan sepupunya Afruz tu.. menunggu-nunggu bila nak dapat duit raya ke!!



Bila dua 'shuffle boys' bergaya raya..


Bergilir mencium tangan dan memohon maaf dari abah dan emak..

Pak Teh Rosdan dan Mak Teh La


Dua sepupu - Farah dan Syahirah


Dua beradik - Athirah dan Aidil


Suami dan isteri - Lubis dan Siti


Che Mid paling suka gambar ni.. ibu, Farah dan Ayan


Ayan sempat tangkap gambar Pak Cu tangkap gambar anak bujangnya yang menangis sebab tak nak ditangkap gambar. Sekali tengok macam orang tengah azan pun ada.. he he


Famili Alang tanpa 2 lagi anak teruna mereka. Merah sangatlah mak lang!!


Lagi pose paling mahal..tak taulah apa ada kat langit tu.. ufo kut..


Sila fokuskan mata anda ke arah budak kecik baju merah tu..


Ni ha budak kecik kena 'dera' di belakang kereta!!


Apa pulak Pak Teh dan Pak Ngah buat tu??


Beria-ia Pak Teh suruh Farah masuk kat atas tuh



Tiga sepupu bergambar sebelum berpisah

 
Dah besar dah cucu-cucu Wan...

Makan-makan raya di Kuala Lipis



Kami tiba di kampung pada hari Sabtu, hari terakhir sebelum raya, ketika menghampiri waktu berbuka. Pak Langnya menyediakan mee sup tulang istimewa. Tengok gambar di atas, Pak Lang dengan bapa mertua beradu menggigit tulang...

Pak Cu dengan Ayan berkongsi pinggan rendang ayam pencen kiriman mak nenek Meru. Sedap betul nampaknya mencecah roti pada si rendang tu..


Juadah wajib di pagi raya. Pak Ngah, Pak Cu dan Pak Teh membeli lemang dari rumah masing-masing. Jadi ada lemang Klang, lemang Wangsa Maju dan lemang Lipis.


Ini rendang ayam Mak Lang, tak guna kerisik tapi bubuh kelapa kisar terus..


Lontong original dari Meru kesukaan ibu mertuaku. Che Mid tempah 40 batang dengan RM1 sebatang. Dengar cerita di Shah Alam harga sebatang RM2.50! Huh.. ramai juga peminat lontong ori ni ya!

Rendang daging hitam Mak Teh, yang menyebabkan hitam tu ialah bawang yang dibubuh sama banyak dengan jumlah daging. Kalau daging tu 2kg, maka bawang pun 2kg juga. Lepas tu kacau jangan berhenti.. takut-takut hitam bukan sebab masak elok, tapi sebab hanguih!! Tapi memang best rendang ni..
Kuah lontong ni dimasak oleh Mak Ngah. Bahan-bahan dibawa khas dari Klang. Tapi malangnya mak mertua tak makan pun sebab dia kata tak de sambal tumis, tak kena gaya kalau makan dengan kuah kacang yang Mak Lang buat. Dia nak buat sendiri tak larat lah pulak..


Ini hidangan hari raya kedua. Awal pagi lagi dah buat sebab dah nak balik Klang dah. Jadi kira untuk sarapan pagilah ni. Bahan-bahan ni dah standby dari rumah lagi, jadi taklah terkejar-kejar cari raya-raya ni.




Spaghetti ni Che Mid guna tomato segar sebagai asas sosnya. Campur dengan fishball, sosej dan cendawan tin. Lepas tu tambah lada benggala hijau dan merah. Pedaslah sikit sebab sebelum tu dah masukkan cili kisar. Sengaja Che Mid buat masam sikit supaya tak cepat muak. Tapi Che Mid tengok kanak-kanak pun boleh makan.. kira ok la tu..



Sementara kami sibuk makan spagheti ni, Mak Lang dan Pak Lang sibuk menyiapkan menu tengahari yang terpaksa dimasak awal sebab tahu ada adik beradik yang nak berangkat pulang. Che Mid tak berapa minat nasi minyak ni tapi yang Pak Lang buat ni memang sodap. Abah pun sibuk perturunkan ilmu macamana nak sedapkan nasik ni..

Jelatah timun dan nenas pun Pak Lang yang buat ni. Sorilah tak tolong didapur, sebab dua chef dah 'concur' dapur yang comel tu.. tak muat dah untuk yang lain turun padang!!

Dalca ni disediakan oleh ibu mertuaku. Memang kenalah dengan nasi minyak tu. Rasanya sederhana je, tak lemak dan tak cair sangat.. sedang eloklah..

Papadom ni yang paling laku sekali. Belum apa-apa dah habih dikerumuni anak cucu.. Inilah menu kami pada hari raya ni di Kuala Lipis!!





Friday, September 25, 2009

Pagi Raya di Kuala Lipis

Tahun ini giliran keluarga Che Mid beraya di rumah mertua di Kuala Lipis. Sudah menjadi peraturan wajib, semua adik beradik suami yang seramai 5 orang, akan beraya sekali di kampung. Mertua Che Mid tinggal di flat dua bilik, tingkat 1,  Sungai Kerpan tak jauh dari bandar Kuala Lipis. Jumlah ahli keluarga termasuk emak, abah, ipar duai dan anak-anak buah ialah 28 orang. Cukup untuk menghingar bingar dan menggegarkan blok kami. macam kami sajalah yang raya!! Tengoklah gambar raya kami yang diambil di tingkat bawah flat!!

Semua ahli keluarga Husain bin Othman bergambar ramai

Adik beradik suamiku bergambar dengan emak dan abah

Menantu-menantu kesayangan yang kacak dan rupawan...

Keluarga abang Fazli, Che Mid, Ayan, Farah dan Faris

Keluarga Alang Fadillah, Joe, Ain, Syahirah, Atif, Atiq dan Adib

Keluarga Ateh Rosdan, La, Athirah, Aidil, Ikmal dan Irfan

Keluarga Acit Lubis, Siti, Najmi, Adam dan lain-lain

Keluarga bongsu Acam Mastura, Ayu, Afruz, Daniel, Darwish dan Azyan

Sehari Sebelum Raya

Sabtu pagi, 19 September, kira-kira jam 10.30 kami sekeluarga menziarahi kubur aruah Firdaus. Mula-mula kami membersihkan dedaunan kering dan membuang lumut yang melekat pada nesan.  


Kemudian kami membaca Surah Yaasin dan tahlil untuk aruah Firdaus dan saudara terdekat yang lain. Suasana dikuburan pagi itu hening dan sunyi. Kelihatan juga beberapa keluarga menziarahi kubur yang tersayang, namun tidaklah seramai pelawat di pagi raya.
Setelah itu, kami bergilir menyiram air dan menabur bunga rampai didahului oleh abahnya.


Sangat jelas kerinduan kami kepada Firdaus yang pulang ke rahmatullah pada tahun 2004 ketika usianya menjangkau 19 tahun. Jika aruah masih hidup, umurnya kini telahpun 23 tahun.

Abahnya sempat berpesan supaya anak-anak yang lain terus menziarahi kubur abang mereka ini walaupun  masing-masing telah hidup sendiri suatu masa nanti.



Tuesday, September 15, 2009

Kenangan kelakar di bulan puasa 2

Satu hari di bulan puasa. Keluarga adik Che Mid dalam perjalanan pulang ke kampung di Sik, Kedah. Setibanya di Sungai Petani, mereka ke KFC pandu lintas (drive thru) untuk membeli KFC sebagai juadah berbuka puasa. Oleh kerana banyak kenderaan berbaris menuju kaunter, maka si bapa memberi arahan supaya isteri dan anak-anaknya bergegas masuk ke kaunter di dalam premis dan 'take away' sementara si bapa berlegar-legar di luar.

Setelah setelah membeli KFC, anak-anak dan isteri kemudian tergesa-gesa keluar dan berkejar ke kereta. Sebaik masuk sahaja ke dalam kereta si bapa pun membaca niat berbuka puasa kuat-kuat, lalu mereka pun berbuka puasa dengan penuh seleranya.

Setelah agak-agak kenyang, sibapa tergerak hati untuk membuka tingkap kereta. Sebaik tingkap terbuka, terdengarlah azan maghrib menunjukkan masuknya waktu berbuka..... Habih camno?? Apa lagi sibapa (mungkin kerana malu tersilap berbuka sebelum waktu) menjerit-jerit memarahi anak-anak dan isterinya supaya membuang KFC yang tidak bersalah dan masih banyak berbaki tu... Tak siapa berani bersuara menyanggah si bapa... Terdengar sianak berbisik sesama sendiri untuk membuang KFC yang tidak bersalah itu.

Tidak lama kemudian, mereka berhenti pula untuk solat maghrib di sebuah masjid. Si ibu mengambil peluang untuk mencari semula KFC yang telah 'dibuang' oleh anak-anaknya tadi. Jangan-jangan dibuang betul.. hishh habih 6o ringgit lebih tadi tu... Cari punya cari rupa-rupanya.. sianak-anak menyorokkan KFC yang tidak bersalah itu dibawah kerusi Naza Ria mereka. Fuhh.. lega si ibu.. pandai jugak anak aku ni..

Setibanya di kampung malam tu, mahu tidak mahu, si ibu dan anak-anak terpaksa mengeluarkan juga KFC yang tidak bersalah itu dari dalam kereta. Takut jugak dimarahi lagi.. tapi takkan nak biar saja kat bawah 'seat' tu kut??..

Eh eh.. tak sangka pulak, bila nampak saja,  si bapa dengan selambanya makan KFC yang tak bersalah tu tanpa rasa bersalah pun!!

Kenangan kelakar di bulan puasa 1

Suatu pagi di waktu sahur... Faris turun ke meja makan dengan mata tak mampu nak terbuka lalu duduk. Aku dan Farah yang telah sedia menunggu agak bengang kerana Faris sangat susah dikejut untuk sahur pagi itu.

Ibu : Faris, dahlah cepat baca doa ( Kataku dengan nada agak marah)
Faris terkebil-kebil tanpa suara.. mengantuk sangatlah tu sampai tak larat baca niat puasa
Ibu : Cepatlah Faris... Allahumma lakasumtu.. ( Sambungku lagi sambil meninggikan suara)
Faris : Allahummalakusumtu.... ( sehingga habis.. bismillah pun tak sempat..)
Farah dari tadi asyik memerhati gelagat kami berdua dengan pandangan agak 'puzzle'. Selepas itu, kami pun makan tanpa berlengah lagi kecuali Farah yang seolah-olah memikirkan sesuatu. Tak lama lepas tu..
Farah : Ibu, tadi tu bukan doa puasa la.. itu doa buka puasa. Niat puasakan Nawaitu....

Che Mid dan gang bertadarus

Program tadarus muslimat Surau Al-Faizin telah pun tamat pada 11 September lalu. Walaupun cuma dengan 8 orang peserta, yang kesemuanya suri rumah tangga kecuali Farah anakku, kami berkumpul di surau setiap hari sejak 1 Ramadhan pada jam 8 pagi selama sejam untuk bertadarus. Peserta-peserta terdiri dari Che Mid, Mak Nenek, Farah anakku sayang, Ruzi, Cik Nah, Ani Mat Rozi, Zehan dan Cik Jah - kesemuanya dari Taman Dato Bandar. Menambah seri, Kak Lin yang tinggal di luar taman kami pun ikut serta bertadarus. Sama-sama mengimarahkan surau dan yang paling penting memperbaiki mutu bacaan kami.
Sebelum kami dapat menghabiskan tadarus, pihak surau telah pun mengadakan majlis sambutan Nuzul Quran pada 6 September. Pada hari tersebut, kami telah menerima hadiah penghargaan peserta tadarus bersama-sama dengan anugerah lain seperti anugerah warga emas, khidmat mesra dan lain-lain.

Hadiah telah disampaikan oleh YB Adun Meru. Kelihatan Ani sedang menerima hadiah. Yang kelakarnya, Che Mid telah diberi peluang untuk membeli dan memilih sendiri hadiah kami dengan bajet sebanyak RM45 seorang. Apalagi, Che Mid pun pergilah ke Jusco untuk beli samada bekas kuih raya atau dulang minuman ikut pilihan masing-masing!! Che Mid pilih dulang minuman yang kebetulan takde stok baru dan 'paksa' Farah untuk pilih dulang juga. Jadi kami dapat dua set dulang.



Tengok tu, bukan main tinggi lagi Farah!! mengalahkan Ketua Kampung kat sebelah dia tu ha..




Emak pilih bekas kuih yang kebetulan emak memang nak beli pun.. Jadi raya nanti, kami bolehlah 'merayakan' dulang atau bekas kuih tu... he he. Apa pun tahniah diucapkan kepada semua peserta, kerana berjaya menamatkan tadarus pada Ramadhan ke 21.
Disebabkan semangat untuk terus membaca al-Quran dan memperbaiki lagi mutu bacaan, kami bercadang akan membuka kelas bacaan al-Quran selepas Syawal nanti.. harap-harap jadilah ya..