Tuesday, August 2, 2011

Aku Sakit??

Che Mid pasti ramai ternanti-nanti entri terbaru seperti yang dijanjikan. Cuma ingin Che Mid berpesan pada sahabat semua untuk berlapang dada dan sama-sama mendoakan yang terbaik untuk Che Mid. Mungkin ada yang berbeza pendapat, malah Che Mid sendiri pun bagai tak percaya tapi mungkin Allah sedang menunjukkan rasa sayang pada Che Mid melalui ujianNya.

Sebelum meneruskan bicara Che Mid ingin mengimbas sedikit apa yang Che Mid lalui sebelum insiden di malam Che Mid hampir dirasuk tempohari. Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen. Saat ini memang Che Mid perlukan dorongan kalian.  (Mohon izin menukar gantinama kepada 'aku').

__________________________________________________________________________

Aku mula perasan ada sesuatu tidak kena dengan hubungan ku suami isteri. Semakin hari semakin hambar. Dia kata aku tak layan dia, aku kata dia tak layan aku. Dia tak pernah lupa menyambut harijadi ku, tapi kali ini  ucapan pun tidak apatah lagi hadiah. Sehari sebelum aku 'tersampuk' dia sanggup biarkan aku membersihkan halaman selama 3 jam berseorangan!.  Dulu dia tak macam ni.. Yang paling ketara sekali, selepas aku terkena ' sampuk' .. dia langsung tidak menyentuh aku atau bertanya sepatah pun tentang itu. Cuma duduk sendirian di ruang tamu dengan wajah tak suka. 

 Keadaan rumahku pula seolah-olah 'keras'. Pernah Faris terjaga pukul 3 pagi setelah terdengar pintu bilik diketuk bertalu-talu dan dicakar-cakar. Selalunya kalau ditinggal 'outstation' aku masih boleh lena tidur, tapi minggu lepas amat menyeksakan. Malam ketiga, aku benar-benar tak boleh lelap. Cuba sedaya upaya untuk tidur, Deeja pula merengek. Rasa panas seluruh badan. Jam 2 pagi aku bangun dan bersolat sunat, disambung dengan membaca al-Quran hingga menjelang subuh.
___________________________________________________________________

Aku tiba di Klang pagi Khamis lepas. Tujuan asal untuk menziarahi Nyai yang sakit dan membeli belah sempena Raya bertukar menjadi sesi rawatan. Mak, abah dan keluarga agak gempar mendengar ceritaku. Tanpa menunggu lama, emak meminta aku berubat dengan perawat yang juga mengubat Nyaiku. 

Menurutnya, tubuhku telah dimasuki makhlus halus. (Sedang aku menulis ini, seluruh tubuhku meremang..) Satu, makhlus 'dihantar' kepada suamiku tapi turut masuk ke tubuhku. Kedua dan paling 'power', aku mahu diwariskan saka Nyai. Oleh kerana saka dalam tubuh Nyaiku cuba dibuang, maka aku dicari untuk menggantikannya. Perawat itu memberi aku limau purut untuk mandi selama 3 pagi. Beras dan garam bercampur lada hitam juga disiapkan untuk aku memagar rumah di Sg Petani. (Sepanjang sesi rawatan berlangsung, tubuhku terasa panas dan sakit-sakit.  Nyaiku yang ada di situ memerhatikan aku dengan padangan amat tajam.. yang masih ternampak-nampak hingga sekarang.)

Malamnya, aku dibawa oleh anakku Farhan berjumpa seorang lagi perawat, yang juga bekas adik iparku. Dia juga mengesahkan yang saka Nyai sedang cuba menguasaiku. 'Benda' itu kata yang dia suka dengan aku dan akulah orangnya yang akan diwariskan. Mungkin sebab aku cucu sulung dan memang rapat dengan Nyai.

Dalam tubuhku bukan hanya satu atau dua ekor makhluk halus... tetapi ribu...! Selama hampir 1 jam proses mengeluarkannya dari tubuhku tapi gagal, kerana semakin dikeluarkan, semakin banyak yang masuk ke tubuhku.. memenuhi saraf ku. Masyaallah! Perawat itu berkata aku memerlukan masa yang lama untuk membersihkan makhluk halus yang bersarang, tidak cukup dengan sekali rawatan saja. Aku perlu kuatkan semangat dan terus mandi limau purut. 

Suamiku turut dirawat sekali. Dia jenis yang tidak mahu percaya hal seperti ini, tapi Alhamdulillah aku lihat perubahan ketara. Dia lebih ceria, mesra dan nampak lembut denganku juga anak-anak. Kami anak beranak terasa amat rapat sepanjang kami di kampung. Ke mana-mana bersama, walaupun aku kurang sihat tapi aku gembira. Terima kasih Ya Allah!

Adik-beradik emak pun tidak duduk diam. Mereka berpakat untuk berjumpa seorang lagi perawat untuk mengeluarkan saka yang masih ada di tubuh Nyai. (Aku tak ikut serta). Ketika sesi soal jawab, makhluk halus tu kata memang dia suka aku dan suami porak poranda. Aku juga kononnya dianugerahkan kebolehan untuk menundukkan orang lain..Menurut emak, perawat itu telah berjaya mengeluarkan benda halus dari tubuhku dengan susah payah. Aku juga dinasihati supaya tidak mendekati Nyai..

Bagaimana keadaanku sekarang?  Sebelum berubat aku rasa sihat, takde masalah pada fizikalku. Selepas rawatan, badanku menjadi lemah, akan meremang dan seram sejuk terutama bila teringat atau bercakap tentang ini. Jujurnya, semua perawat mengatakan kes aku berat, walaupun ada yang mengaku berjaya mengeluarkannya. Tapi, hati aku sendiri meraguinya.. Di bulan Ramadhan ini, mungkin tidak ada apa-apa, dan Nyai masih bernafas lagi. Hati aku berkata, ujian sebenar akan berlaku selepas Ramadhan nanti atau selepas Nyai meninggal... 

Apa yang aku rasa? Bersyukur kerana hubungan aku dan suami nampak ok. Semoga semakin baik lagi. Sedikit marah dengan Nyai kerana menyimpan saka dan menyusahkan anak cucunya sekarang. Satu perkara yang tidak pernah terlintas akan berlaku, yang selama ini aku baca atau tengok tv, kini aku mengalaminya. Semoga Allah ampun dosa-dosanya.  Tapi aku redha Ya Allah, Kun Faya Kun...jika itu yang dijadikan untukku..Aku memandang positif setiap yang berlaku dan percaya setiap sesuatu ada hikmahnya.





28 comments:

  1. Allahu akbar... sabar ye CM.. dugaan tuh... mungkin utk meningkatkan tahap keimanan CM.. insyaallah selamat semuanya ye.. teruskan berusaha ya..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... berat sungguh dugaanmu kak.. Sesungguhnya Allah bersamamu...kuatkan semangat utk menempuh segala rintangan...

    ReplyDelete
  3. Assalam Che Mid,

    Semoga Che Mid beransur pulih ye. Alhamdulillah cepat dikesan...teruskan berusaha mengubatinya..Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Moge diberikan ketabahan dan tingkatkan keimanan dalam menghadapi segale dugaan dan hasutan

    ReplyDelete
  5. che mid, dalam famili saya pun pernah jadi menda nih.. saka moyang saya kacau adik ayah saya.. sakit sampai tak boleh jalan bapak saudara saya..bapak saudara saya kata menda tu sampai menjelmakan diri dia mintak bapak saudara saya terima dia..merata bapak sedara saya berubat... lama jugak dia menderita.. skarang nampak dia dah sihat, tak tahu dia berubat macam mana, ataupun dia terima saka tu.. Wallauallam.. apa pun che mid, jangan putus asa berusaha...

    ReplyDelete
  6. Semoga Che Mid segera keluar dari kemelut ini. Che Mid kena banyak sabar & kena banyak baca alQuran. Teruslah berusaha agar semuanya selamat & kembali normal.

    ReplyDelete
  7. CM...sabarnye...dugaan ni mmg mcm2 bentuknya...saya doakan agar semuanye berjalan lancar...amin

    ReplyDelete
  8. Ya Allah slalu tgk dlm tv je, dugaan yg besar kak, smg hubungan akak Dan keluarga bertambah erat....

    ReplyDelete
  9. Salam..lama tak singgah, sungguh sibuk...banyakkan bersabar....banyakkan dekatkan diri ngan allah, baca quran...itu sebaiknya menghindar dari yang tak baik....walaupun saya tak merasa apa yg CM rasakan tapi sebagai org asal kampung, saya tahu serba sikit tentang semua tu.....semoga Allah lindungi kita semua....

    ReplyDelete
  10. saya y baca pon meremang rasanya. Akk kena kuat yaa, jgn sesekali lemah & tunduk pd kuasa jahat tu..semoga Allah melindungi diri akak & keluarga

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kak
    sya tahu ada tempat untuk berubat saka ni di pandamaran atau di pantai dalam, kalau akak nak mencuba sila email no telefon di ejazshak@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Ya Allah... meremang lia baca.. Harap Allah s.w.t melindungi akak sekeluarga dari makhluk2 halus ni..

    ReplyDelete
  13. che mid,izan yg baca pun rasa lain macam...

    berat sungguh dugaan yg datang.izan harap semuanya kembali pulih seperti biasa dan che mid sentiasa berada di bawah lindunganNya..Amin...

    ReplyDelete
  14. Salam, che mid. Semoga che mid tak putus asa berubat. Kak pun terasa kecewa krn saka tu rupa2nya dari nyai che mid sendiri. Teruskan berusaha kerana pengalaman che mid itu akan menjadi teladan kepada kami semua yang membacanya.

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan Che Mid. Harap Che Mid terus sbar dan tabah lalui Ujian ini.. TErus berusaha berubat yer Che Mid. Saya Doakan Che Mid dan keluarga terus sihat dan dilindungi..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  16. Salam Che Mid.. Dugaan Allah.. sabar lah Che Mid.. Jika Che Mid memerlukan bantuan sekitar Utara.. Liza boleh bantu.. Mak Liza teruk diganggu.. Alhamdulillah setelah berubat dengan pakcik ni.. Alhamdulillah dah selesai.. kalau nak no phone.. liza boleh bagi.. Ape hal PM liza ye.. norliza.osman@bbraun.com

    ReplyDelete
  17. subhanallah..saya agak lama takleh online..baru baca kisah cikmid..harap cikmid tabah dengan ujian mendatang..banyakkan baca ayat2 syifa..

    ReplyDelete
  18. Che Mid
    banyak-banyak bersabar ya..
    Ini ujian dariNya..
    Moga Che Mid terus kuat menghadapi segalanya..
    Insyaallah

    ReplyDelete
  19. salam ramadhan - selamat menjalani ibadah puasa...semoga Che Mid tabah menghadapi dugaan...dengar2 juga orang2 lama "bertahan' ni macam ada sesuatu bersamanya...wallahualam

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Che Mid,

    Kesiah Che Mid. Akak doakan semoga masalah Che Mid ini ada jalan penyelesaiannya secepat mungkin.

    Sabar banyak2 yer Che Mid. Itu saja yang dapat akak katakan.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum kak..

    Saya baca pun naik seram ni...

    selalu tengok di kaca tv saja, benda2 ni memang ada kan...

    Harap akak sabar dan teruskan memohon kepadaNya semoga keluarga akak di jauhkan dari benda2 seumpama ini...

    ReplyDelete
  22. Astaghfirullah CM.... kakak rasa sayu dan meremang dgn cerita ini. Kalau begitu tak boleh diamkan CM kena terus berusaha. Darul Quran kakak rasa boleh membantu hal-hal sebegini. Usaha sedaya upaya CM agar ia tidak berlarutan hingga anak-cucu... Kakak doakan yg terbaik buat CM & keluarga....

    ReplyDelete
  23. Salam sahabat, Telah baca semua komen dan sokongan. Syukran jazilan atas segalanya. Akan Che Mid update dalam entri seterusnya.

    ReplyDelete
  24. Aslkm

    Sabar, positif dan moga cepat pulih. Amin. Bykkan doa.

    ReplyDelete
  25. Kak Mid, tabahkan hati ya..mujur Kak Mid tahu apa yang melanda diri Kak Mid..Alhamdulillah..

    Terima kasih blogger award tu ya..nanti saya entrykan award tu..

    ReplyDelete
  26. Salam che mid,
    Salam ramadhan kak. lama juga tunggu entry kak, rupanya saya dah trlepas. maaf ya.

    Gerun juga hati mendengar. Insya Allah, jangan takut atau bimbang kak. Sejak kecil saya selalu melihat kejadian bgini pada sedara mara. Malah telah byk memecah belah rumahtangga, bahkan menjauhkan hubungan ibu dan anak. kerana bkn saja gangguan iblis, tapi cakap2 orang juga. Saya sedih melihat bgtu. Kerana itu sebaiknya, jgn fikir byk2. Bila isteri stress atau tidak gembira, ia akan kacau anak-anak dn suami jg. sakit itu brtambah. Itu saya lihat dr sedara mara.. maafkan saya.

    Bertabahlah kak..
    Menjauh dr nyai mmg lbih baik, tp mgkin jg dia tak sedar mewarisi. Mohon solat hajat selalu kak. dan surah al baqarah utk memelihara rumah. minum air madu sambil selawat bila rasa sedih atau rasa marah. moga dalam perlindungan Allah selalu..

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Salam Che Mid..
    Moga Che Mid bersabar dengan apa yang berlaku. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Di doakan InsyaAllah akan ada jalan keluarnya.. ameen

    ReplyDelete