Ads

Thursday, December 31, 2009

Bila anak dara belajar memasak

Semalam pihak Jiran Wanita Taman Dato Bandar telah mengadakan program memasak untuk remaja perempuan taman Che Mid. Pertama kali diadakan bagi mengisi waktu senggang cuti sekolah ini, seramai 12 orang peserta hadir. Chef jemputan ialah Puan Halijah dan dibantu oleh Puan Ruziah. Penyelaras ialah Puan Hasnah. Lokasi memasak ialah di dapur surau Al-Faizin.


Resepi pertama ialah karipap goreng dan keria. Para peserta sedang memerhatikan Chef memotong kentang.



Anak-anak mula menggentel doh



Lepas tu mereka mengisi inti dan melipat tepi karipap.. macam-macam bentuk jadinya..



Pelbagai aksi dapat dilihat bila anak-anak ni buat kuih buat pertama kali



Ada yang menggelek doh dan ada yang mengisi inti



Inilah rupa karipap yang dah siap .. ada yang cantik dan ada yang tak berapa cantik..



Cikgu Jah sedang menunjukkan cara yang betul menggoreng karipap



Ha.. siap dah!! Bolehlah tahan..



Ini resepi kedua - keria keledek, macam-macam saiz ada.. ikut saiz tangan comel budak-budak tu kut..



Kuih keria yang baru diangkat dari kuali



Sukanya belajar masak!!.. Tu tengah menyira gula..



Kacau cepat-cepat, takut berketul pulak air gula tu ha..



Inilah rupanya kuih keria yang telah disira



Setelah selesai, mereka menikmati karipap dan keria yang telah dimasak dan juga air teh o panas. Sebelum pulang, mereka diberi sedikit kuih untuk dibawa pulang. Insya Allah, lain kali kita buat kelas lagi ya.. Nak masak apa pulak ??

Tuesday, December 29, 2009

Jalan-jalan Makan Sembilang

Ada seorang kawan sekolah Che Mid yang dah 12 tahun membuka kedai makan di Meru ni. Asalnya cuma gerai tepi jalan di hadapan rumah mereka di Persiaran Hamzah Alang. Kemudian dibesarkan lagi dengan mengadakan gerai diatas jambatan. Tetapi ramai tau tentang gerai ni sebab ia dilindungi oleh pokok-pokok pisang. Kami gelarkan gerai tu "gerai bawah pokok pisang".




 Selepas 10 tahun di tepi jalan, akhirnya mereka berpindah ke tempat yang lebih besar dan selesa tetapi masih di kawasan yang sama. Ruang parkir yang lebih luas disediakan untuk pengunjung yang terdiri daripada pekerja kilang berhampiran atau penduduk setempat yang selalu malas memasak macam Che Mid ni.




Tuan kedai sengaja membiarkan pokok hiasan menutupi sebahagian kedai. Mungkin menjadi tarikan atau menghindari silau mentari tengahari.


Inilah deretan hidangan yang disediakan untuk tetamu.  Che Mid ambil gambar ni pada pukul 11.30 tengahari. Dah hampir siap masakan yang dimasak sendiri oleh tuan punya kedai.

 

Antara hidangan wajib ialah gulai siput sedut dengan keladi. Ini habuan kesukaan Farah.




Pecal ikan keli dan gulai udang galah pun sangat sedap. Memanglah ada stail Jawa sikit dan agak pedas.

 

Kalau nasib baik, kita akan jumpa sembilang besar masak asam pedas daun kesum. Biasanya ikan-ikan segar ni, didapati dari pembekal tetap. Jadi memang segar dan besar besar!!




Tidak ketinggalan juga ulam-ulaman, pergedil, telur dadar dan ikan bakar. Sayuran seperti pucuk ubi lemak campur tempe, gulai nangka, kerabu betik dan lain-lain lagilah. Ayam goreng berempah dan sup daging pun hari-hari ada.



Yang paling istimewa ialah sambal belacan goreng. Cili, belacan dan bawang digoreng kemudian ditumbuk halus. Pedas dan menyengat you!!


Menu pilihan Che Mid - Nasi putih, asam pedas sembilang, kacang panjang tumis tempe, bayam goreng dan sambal belacan. Emm.. menyelerakan!!



Menjelang pukul 12 tengahari, orang semakin ramai. Nak makan ke nak tapau?? Kadang-kadang sampai tak cukup tempat duduk tau!!



Restoran ni  dibuka setiap hari termasuk hari Ahad, dari pagi sampai petang.  Tapi cuma untuk makan tengahari sahaja. Dulu ada juga mereka menjual mee jawa dan menu sampingan lain, tapi tak lama... sebab tak cukup tangan..



Inilah dia tuan punya restoran. Puan Zailawati Taslim dan En Jaafar Suhaini. Kedua-dua suami isteri kawan sekolah Che Mid. Sebayalah.. Mereka memang mesra pelanggan, dan menjaga kualiti makanan. Harga pun berpatutan. Tak heranlah kalau mereka ada ramai pelanggan tetap.

 
Jomlah singgah di Restoran Sri Rimbun, di Lot 1886, Km 5, Persiaran Hamzah Alang, Meru, 42200 Kapar. Tak ada papan tanda.. pandai-pandai la cari sendiri ataupun emel Che Mid.. nanti Che Mid tunjuk jalan.. lepas tu.. belanja makan sekali ok!!

Mak Buyung menunggu hari




Kehamilan Che Mid dah masuk minggu ke 37.
Dijangka lahir pada 26.1.2010, tapi sekarang dah standby untuk bersalin bila-bila masa saja.
Berat badan masa permulaan mengandung 65kg, sekarang dah 75 kg
Alhamdulillah, sampai saat ini tubuh badan sihat - tiada kencing manis dan tekanan darah pun ok.
Selalu sakit-sakit pinggang dan susah tidur, tapi tak de pulak kena kejang kaki.
Bengkak kaki pun tak de sangat. Kadang-kadang je terasa sikit bila duduk lama dalam kereta atau di pc.
Makan supplemen Obimin dan susu segar (tak suka minum susu tepung).
Alahan mengandung memang ada pada 4 bulan pertama, tapi sekarang dah banyak berkurangan. Cuma sesekali Che Mid muntah kalau 'salah makan'.
Selera makan sejak akhir-akhir ni pun ok je.
Dari awal mengandung dulu memang Che Mid 'manjakan diri'. Mana-mana kerja rumah yang suami atau anak-anak boleh buat, Che Mid bagi mereka buat. Mengangkat berat-berat pun Che Mid elakkan.
Che Mid pastikan fikiran sentiasa tenang, tidur dan rehat yang mencukupi.
Namun aktiviti sosial seperti marhaban, masih lagi Che Mid aktif macam biasa. Kawan-kawan pun naik pelik tengok Che Mid sihat macam 'orang muda'. Tulah rezeki namanya kan..


Dari segi spritual pula, Alhamdulillah, Che Mid khatam al-Quran sekali masa mengandung ni. Sekarang ni baca surah Maryam serta berselawat Syifa' banyak-banyak. Biasanya masa Maghrib ke Isya' Che Mid terasa berat sangat perut ni. Jadi Che Mid  cuba bangun sebelum subuh untuk solat Isya' kerana masa tu terasa ringan pulak perut ni. Jadi Che Mid boleh sambung dengan solat sunat sementara menanti masuk waktu Subuh. Begitupun, Che Mid masih larat solat sambil berdiri. Masa mengandung Faris dulu, ketika 6 bulan mengandung, Che Mid kena solat sambil duduk. Tak larat dan rasa nak pitam pun ada.






Sejak minggu lepas, Che Abang ajak beriadah di tasik Shah Alam  atau taman Setia Alam. Che Mid eksesais dengan berjalan sambil kawal pernafasan yang semakin kerap mengah-mengah, terutama bila baby bergerak atau mengeras. Mudah-mudahan senang bersalin nanti.


Boleh lagi jalan atas 'beam' tu... berani betul mak yong sorang ni!!



Abahnya sibuk juga eksesais untuk keluarkan peluh..



Orang kuat ibu - sentiasa disamping ibu. Syukran Farah sayang!!

Che Mid dapatkan rawatan berkala di Klinik Kesihatan Meru. Umur lebih 40 tahun macam Che Mid ni dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan sahaja, kerana risiko tinggi dan kemudahan untuk kes-kes kecemasan. Che Mid bercadang untuk melahirkan di Hospital Sungai Buluh. Perjalanan dari rumah ke hospital kira-kira 30 minit jika bukan dalam waktu puncak. Kami dah 'test drive' dan ambil taim sekali.

Doktor sahkan Che Mid mungkin dapat baby girl, wah sukalah Che Mid dan che abang, dapat anak perempuan seorang lagi untuk kawan Farah. Tapi yang sepraisnya, anak-anak lebih suka adik lelaki. Farah kata dia nak dia sorang je jadi anak pempuan. Ayan tanya, " Bu, kalau dah scan dapat baby girl, ada tak kemungkinan lahir nanti baby boy?"



Pengalaman kami paling menggelikan hati ialah ketika mula shoping untuk keperluan baby. Al-maklumlah, dah 13 tahun tak mengandung... rasa pelik dan segan pun ada bila round-round di 'baby department'. Anak-anak apa lagilah..




Macam-macam benda dan rekabentuk baru yang kami jumpa. Cantik-cantik belaka. Harga pun 'cantik' juga. Walaupun membeli ketika jualan murah, Che Mid tengok tak banyak diskaun untuk barangan baby.



Abahnya pun teruja tengok barang-barang baby. Bila dah habih meninjau, dia datang balik pada Che Mid dan tanya, " Kita ni nak beli apa ni??". Ha ha .. sama macam Che Mid, dah tak tau nak beli apa. Akhirnya, Che Mid hubungi adik Lina dan dapat konsultation on line. Dialah yang ajar.. beli benda ni.. tak payah beli yang itu.. Kami pun ikut je lah..



 Ni tengah pilih bantal dan tilam baby. Farah kata jangan beli warna pink atau biru, beli yang dua-dua boleh guna. Ewah.. masih menaruh harapan supaya dapat baby boy la tu..




Farah sedang sibuk mencari seluar panjang baby..  siap ada sarung kaki sekali tu..




Baby car seat pun lawa-lawa la..



Ha... macam-macam jenis buai...



Topi yang ada telinga pun ada gak...

Che Mid dah tempah jamu buatan bidan kampung. Lengkap dengan pilis dan tapel sekali. Bengkung pula mungkin Che Mid pinjam dari adik Nor atau Kak Ita belakang rumah. Che Mid punya dulu tak tau lesap ke mana. Rasa-rasa macam masih ada simpan lagi, tapi bila Che abang tolong carikan.. tak jumpa pulak. Tinggal mak bidan je Che Mid belum 'booking'.. tapi dah tau dah siapa yang Che Mid nak. Barut baby pun kena tempah juga, dah siap dah pun. Baby cot pun kami pinjam juga dari Ayu. Farah punya dulu pun kami dah pas-pas pada orang dan sekarang tak tau pada sape dah.. kira sedekah je lah... Yalah.. masa tu mana terfikir nak ada baby barukan?



Pakaian baru dah siap cuci dan simpan dalam beg. Sedia untuk dibawa ke hospital nanti. Tapi Farah kata, " kenapa banyak sangat warna pink? Takde warna lain ke?

Akhir sekali, Che Mid bersyukur sangat kerana dikurniakan kesihatan yang pada Che Mid sangat baik jika dibandingkan ketika mengandungkan ketiga-tiga anak lain. Walaupun dalam usia menjangkau 44 tahun ni, Allah permudahkan segala-galanya. Semoga Allah mudahkan Che Mid bersalin nanti, walaupun tanpa suami disisi (hospital kerajaan kan..) dan dikurniakan baby yang sihat dan cukup sifat. Bila besar nanti akan menjadi anak soleh yang akan membawa ibu dan abah ke pintu syurga. Amin. Terima kasih tidak terhingga kepada suami dan anak-anak kerana begitu memahami ibu dalam keadaan dan saat-saat begini.




Sunday, December 27, 2009

Majlis cukur jambul Aidid @ sambut menantu

Lambat betul nak masukkan entri pasal kenduri sambut adik ipar baru dan cukur jambul baby Aidid. Macam yang Che Mid cakaplah, bila taim cuti sekolah ni, berebut pc je dengan anak-anak, ibu sentiasa kena mengalahlah... Tapi sebab gambar dah ada, tak sedap pulak nak perap dalam fail je... jadi kita tinjau-tinjaulah kejap ya...!!


Ni gambar rojak buah Che Mid tapi disusun dan digubah dengan cantik sekali oleh Ana. Bahagian atas barulah dicurah dengan sos rojak buah dan ditabur dengan kacang tumbuk.

Kenduri Ijam ni kami buat kecik-kecik je, sekadar menyambut rombongan besan baru dan makan-makan sikit. Sambil tu diserikan dengan dendangan marhaban kumpulan Che Mid dan cukur jambul baby Aidid selepas solat Zohor. Malamnya pulak giliran orang surau membaca tahlil dan doa selamat.


Ini pulak ayam Fazli Rogers....specially grilled by che abang


Kalau takde udang panjat ... tak sah le ye..


Pengantin diiringi oleh keluarga pihak perempuan bersedia untuk makan beradap.. eh .. sebelah sebelah.. Nasi minyak tu, abah Che Mid yang masak. Tu memang speciality dia tu..


Beria-ia Che Abang memotong ayam panggang tu. Pisau tu dia baru beli tau..


Ha.. makan le.. jangan malu-malu


Ijam turut serta ketika majlis cukur jambul..


Nyai dan nenek Aidid ( mertua Nana) sedang memotong rambut baby


Mak nenek pun potong rambut Aidid jugak!!


Aidid al-Fathi bersama bonda dan ayahanda. Tengoklah tu.. sarung kaki Aidid dah tanggal sebelah.. entah cicir manalah tu..


Ramai juga jiran-jiran datang meraikan majlis marhaban kami.. terima kasih daun keladi ya kawan-kawan


Anak-anak dara sunti pun ramai juga yang datang, ikut ibu masing-masing.


Dalam keluarga kami ada lima orang cucu Nyai yang mengandung. Tapi Nana dah lahirkan Aidid, jadi tinggal empat orang lagi menunggu giliran... termasuk Che Mid. Insyaallah.. awal 2010 nanti banyaklah tangisan baby kedengaran!!


Antara hidangan yang kami masak sendiri - Nasi minyak, daging palembang, sambal goreng tempe, kerabu betik dan dalca. Tu lah dia serba sedikit kisah kenduri Ijam dan baby Aidid.