Ads

Sunday, August 31, 2008

Nyai Sakem binti Ibrahim - satu catatan memori terindah




Ha, nak kenalkan pada satu dunia - Inilah nenek kesayangan dan juga idolaku yang saya panggil Nyai (Nyai bermaksud nenek dalam bahasa Jawa). Jom kita teroka sejarah silam Nyai ni dan mengapa saya katakan dia adalah idola saya.


Nama - Sakem binti Ibrahim dan bergelar Hajjah Fatimah selepas menunaikan haji (orang dulu-dulu suka tukar nama pada nama Islam terutamanya jika nama mereka terlalu kejawaan sebab mungkin tak ada maksud dalam bahasa Arab)


Kelahiran - Nyai dilahirkan pada 19 November 1914 di Jawa Timur dan kini sudah berumur 94 tahun. Tarikh lahir tersebut mungkin bukanlah tarikh yang tepat kerana ia hanya didaftarkan ketika zaman Jepun. Nyai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ketika kecil.


Hijrah ke Tanah Melayu - Tiba di Tanah Melayu pada tahun 1916 (tahun hanya anggaran sahaja) bersama mbok dan bapak serta seorang adik perempuan yang masih menyusu, atas cadangan dari saudara mereka yang telah menjadi kaya selepas merantau ke sini. Mereka datang sehelai sepinggang menaiki kapal. Ayahnya meninggal tidak lama selepas tiba di sini kerana sakit.



Tempat tinggal - Nyai menumpang di rumah saudara di Sungai Pinang, Klang. Kemudian Nyai mengikut mboknya mencari upah bertani di tanah orang. Bayangkan Nyai pernah berjalan kaki berpuluh kilometer untuk mengikut mboknya mengambil upah menuai padi. Nyai menangis kepenatan kerana masih terlalu kecil. Tambah menyedihkan apabila dua biji buah durian yang dibekalkan didapati busuk apabila dipecahkan dalam perjalanan.



Perkahwinan - Apabila Buyut (emak Nyai) berkahwin semula, mereka tinggal di Klang. Apabila remaja Nyai dikahwinkan dengan Yai saya bernama Abdul Ghani bin Kasim ketika Nyai berumur lebih kurang 16 tahun. Perkahwinan mereka kekal sehingga 69 tahun apabila Yai meninggal pada tahun 1993.
Zuriat - Dikurniakan 7 orang anak. Anak pertama hingga ke tiga iaitu Rogayah, Fatonah, dan Manisah meninggal dunia ketika masih bayi lagi kerana kesukaran hidup di zaman Jepun dan komunis. Tidak bolah dibayangkan bagaimana Nyai menghadapi kematian anak-anaknya satu persatu. Anak lelakinya, Samsuri yang kupanggil Wak Long, masih hidup. Adiknya juga meninggal sewaktu kecil. Yang lucunya, Wak Long menggunakan identiti adiknya di dalam kad pengenalan untuk menjadi lebih muda! Selepas itu barulah emak saya Sumirah dan adik-adik lain iaitu Ahmad, Yusuf dan Siti Asmah lahir ke dunia. Kesemua mereka hidup hingga hari ini.




Gambar diatas adalah antara anak-anak Nyai dan menantunya. Antara anak Nyai ialah Wak Long Samsuri (berdiri kanan sekali), ibu Sumirah (duduk kiri0 dan Siti Asmah (tengah), yang lain-lain tu menantu Nyai. Pak cik Ahmad dan Yusof tiada dalam gambar.



Harta - Nyai menjual kain batik lepas yang di bawa dari Indonesia dengan harga 1000 duit Jepun. Dengan duit itulah dia membeli sebidang tanah di Bukit Raja. Suami isteri itu membina pondok dari batang pokok dan atap nipah. Bahagian bawah rumah digunakan sebagai tempat menyimpan padi.

Tidak lama kemudian, ada seorang jiran yang kaya menawarkan tanahnya untuk dibeli dengan harga RM600, tapi mereka berdua tidak punya duit sebanyak itu. Jadi Yai dan Nyai bekerja bersungguh-sungguh dengan menjual padi dan menanam kacang tanah. Mereka membela sepasang kambing betina dan jantan. Anak-anak kambing kemudian dijual untuk mendapatkan wang.


Selepas memperoleh kira-kira RM400 (anggaran dari duit Jepun), mereka pun berpindah ke tanah baru. Pondok dari batang kayu dan berdindingkan atap menjadi mahligai mereka dan masih didiami hingga kini. Mak saya lahir di rumah itu. Yai dan Nyai terus memerah keringat dengan menoreh getah di tanah orang bagi melunaskan baki hutang tanahnya. Wak Long di tinggalkan di rumah untuk menjaga emak saya yang masih bayi. Yai akan keluar menoreh se awal jam 2 - 3 pagi, tapi Nyai akan keluar lewat sedikit.




Keadaan Nyai yang daif menyebabkan mereka dipulau masyarakat. Nyai kata, kalau ada jemputan kenduri, mereka tidak akan di jemput pun. Mungkin beginilah keadaan rumah Nyai waktu itu...






Nyai sering bercerita bagaimana siksanya hidup di zaman Jepun. Ubi adalah makanan ruji menggantikan nasi. Pernah juga mereka makan tempe yang diperbuat dari biji getah. Wajah orang perempuan pula dicomotkan dengan bedak sejuk supaya kelihatan seperti orang tua. Apabila tentera Jepun merayau-rayau di kampung, mereka terpaksa melarikan diri ke kebun getah sambil membawa anak-anak yang masih kecil.



Disamping membesarkan anak-anak, Nyai terus bekerja keras menambahkan harta milik mereka. Caranya ialah dengan menjual sebahagian tanah yang ada, dan membeli semula tanah lain yang lebih luas. Menggunakan cara itulah juga, Yai dapat menunaikan haji menaiki kapal laut dari Singapura. Akhirnya, Nyai sekeluarga bebas dari kemiskinan. Saya pernah mendengar orang berkata bahawa mereka adalah antara orang terkaya di kampung, pada masa itu.


Nyai ceria apabila bercerita tentang majlis berkhatan Wak Long. Seekor lembu peliharaan sendiri ditumbangkan. Kumpulan marhaban turut dipanggil. Oleh kerana masa itu komunis bermaharaja lela, perintah berkurung dikenakan. Tiba-tiba polis datang meronda, jadi mereka terpaksa memadamkan lampu gasolin. Api dapur turut disimbah air. Para jemputan berlari bersembunyi di dalam semak atau di celah-celah pokok getah.


Lebih kurang beginilah rumah Nyai selepas merdeka. Tetapi sekarang anaknya Yusuf telah membina rumah banglo menggantikan rumah lama mereka.





Anak angkat - Suatu hari Yai membawa pulang seorang pemuda ke rumah. Pemuda itu adalah seorang askar Jepun yang di bawa dari Indonesia. Keadaannya yang sakit dan berkudis menimbulkan belas lalu mereka memelihara Senin seperti anak sendiri. Senin akhirnya berkahwin dengan anak tauke kedai makan di bandar Klang. Alamat terakhirnya adalah di Bukit Belacan, Kuala Lumpur dan kali terakhir mereka bertemu adalah kira-kira 26 tahun dahulu. Sejak itu, Senin tidak pernah menziarah atau menghubungi Nyai lagi.







Nyai yang saya kenal - Nyai sangat rajin bekerja. Walaupun sudah berumur hampir 100 tahun, Nyai masih berkebun di belakang rumah. Setahu saya, cuma dua kali Nyai dimasukkan ke hospital. Pertama sewaktu Nyai menjalani pembedahan mata membuang katarak di Hospital Mata Tun Hussein Onn dan kali kedua Hospital Universiti kerana sakit selepas pengsan di kebun nanas belakang rumah. Orang kata kena 'sampuk' sebab Nyai seolah-olah hilang ingatan sekejap. Kami semua cemas dan bimbang tapi Alhamdulillah Nyai pulih sepenuhnya.


Sifatnya yang suka berjimat dan menyimpan membuatkan ada yang menganggap Nyai kedekut. Tapi Nyai kata sebab kedekutlah anak-anak boleh hidup senang.




Yai Abdul Ghani bin Kasim - Pulang ke rahmatullah pada tahun 1993 kira-kira 15 tahun yang lalu. Tidak semua cucu dan cicitnya dapat mengenali Yai. Menjelang akhir hayatnya, Yai cuma gering kira-kira 10 hari akibat sakit dalam perut. Gambar di atas diambil ketika majlis perkahwinanku iaitu kira-kira 2 tahun sebelum Yai meninggalkan kami buat selamanya.

Saya masih ingat lagi, Yai akan bangun sebelum subuh, berqiamulail dan membaca yasin secara hafaz. Juga sering menghabiskan masa membaca kitab agama berbahasa Indonesia lama.

Satu perkara lagi yang saya masih ingat, Yai yang sudah tidak bergigi lagi, pernah menyuruh saya menumbuk kacang tanah goreng atau pun menumbuk kerak nasi yang telah dikeringkan dan digoreng garing supaya mudah Yai mengunyah dan menelannya.


anjakan cucu-cucunya. Bayangkan! Yai akan mengayuh basikal tuanya (seperti dalam gambar) manakala saya dan adik pula akan duduk dalam bakul besar tu!. Bakul itu biasanya digunakan untuk mengisi hasil nanas atau mengisi rumput untuk makanan lembu peliharaannya.

Saya masih ingat lagi sewaktu bersekolah rendah, saya sering tolong Nyai membuat tapai ubi yang kemudian di letakkan di kedai runcit berdekatan. Pernah juga saya dimarahi kerana terjatuh ketika menunggang basikal. Habis tapai baru hendak di hantar rosak dibuatnya.




Nyai mempunyai satu perangai yang orang tak tahan - suka berleter - bila dah mengomel susah nak berhenti. Kena tahan telinga. Arwah Yai masa dia tua dulu, pekak telinga sebelah. Mungkinkah sebab Nyai punya bebelan? Wallahua'lam.


Tapi macamanapun, saya kagum dengan semangatnya. Tubuh kecil moleknya, tidak pernah berhenti bekerja, siang dan malam. Nyai bijak merancang kewangan. Walau buta huruf, Nyai boleh mencongak kiraan lebih pantas dari saya yang kononnya bersekolah tinggi ni. Nyai akan bangun seawal subuh. Tidur siang bukan amalannya tapi yang kelakarnya Nyai selalu tersenggok-senggok mengantuk selepas maghrib ketika menunggu waktu Isya'.



Saya, sebagai cucu sulung, memang teramat rapat dengan Nyai. Nyai pernah jual kain merata kampung. Saya kaki mengekor dia, jadi tukang catat buku hutang. Masa tu dalam darjah tiga, pada tahun 1975. Beg kain yang maha besar itu diletakkan atas basikal. Kemudian saya tolak basikal dan kami berjalan sambil mendengar mulutnya bercerita. Duit itulah agaknya buat belanja menunaikan haji. Dua kali Nyai pergi Haji dan dua kali juga buat umrah.

Nyai juga bijak tawar menawar. Kalau ikut Nyai ke kedai emas, dia tidak akan balik selagi tidak mendapat harga yang ditawarnya.



Masa dah tua inilah juga Nyai belajar al-Quran dari alif ba ta hingga khatam dan lancar. Penghargaan kepada Kak Jenab, jiran Nyai yang sabar mengajar Nyai. Nyai juga sanggup berguru dengan Pak Kiayai di kariah lain, berjalan kaki berbatu-batu sebab Nyai tak reti naik basikal.


Kini, Nyai telah sangat tua. Sifatnya semakin sensitif dan kadangkala ada tanda-tanda nyanyuk. Namun 5 anak, 30 cucu dan 26 cicit adalah tanda kesyukuran Nyai ujud di muka bumi ini. Saya tahu, Nyai amat bangga melihat keturunannya maju dan berjaya. Hidup senang hasil dari didikan dan penat lelahnya selama ini. Cuma kadangkala terbit luahan rindu kepada suami yang meninggalkannya 15 tahun dulu. Katanya, " Yai tak dapat nak tengok kereta besar engkau!"


Penutup - Itulah kisah Nyaiku tercinta. Mendengar secara langsung pengalaman pahit getir dari kecil hingga dewasa adalah amat berharga dan bermakna bagi saya. Kalau nak diikutkan banyak lagi kenangan yang boleh dicoretkan di sini, namun segala catatan ini adalah tanda saya menghormati dan memandang tinggi Nyai. Ia memberi semangat dan inspirasi untuk saya cekal dalam kehidupan hari ini. Semoga coretan kenangan ini akan menjadi warisan untuk anak cucu saya pula.















Selamat Merdeka SELAMANYA!!

masih ingat lagi lagu ni...jom kita hayati..
WARISAN
Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi di pijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah pribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara
Melayukan gagah di Nusantara
Melayukan gagah di Nusantara

Tuesday, August 26, 2008

Pertemuan emas dua beradik

Pada 17 Ogos lepas, saya dan suami telah membawa mak mertua bertemu dengan abang sulungnya. Pak Lang Ali sebelum ini telah koma beberapa hari selepas jatuh ketika mengambil wang pencen di Singapura tapi ketika itu mak ada di kampung, Kuala Lipis cuma baru ini baru ada kesempatan melawat abangnya itu. Syukur Alhamdulillah, Pak Lang Ali dah boleh berjalan dan bertambah sihat.
Pak Lang Ali ni adalah abang kepada mak satu bapa lain mak. Oleh kerana ibu bapa mereka meninggal ketika mak masih kecil maka mak telah dipelihara oleh adik beradik. Mak anak yang bongsu, tak hairanlah kalau mak ni disayangi dan manja dengan kakak-kakak dan abang-abangnya.
Umur Pak Lang Ali ni dah 85 tahun dan mak pulak dan menjangkau 63 tahun. Gambar di bawah ini menunjukkan kedua mereka bertanya khabar setelah beberapa tahun tidak bertemu. Rindu dan terharu jelas tergambar ketika mereka bertentang mata. masih terserlah loghat nogoghi Pak Lang Ali walaupun lama berhijrah ke negeri orang.
Menurut ceritanya, mereka sebenarnya lahir di Negeri Sembilan. Namun begitu, ramai orang Malaya waktu itu bekerja di Singapura termasuklah keluarga mak. Sewaktu di Singapura Pak Lang Ali bekerja sebagai anggota polis dan mak pernah ikut tinggal di sana. Pak Lang Ali yang bertanggungjawab menjodohkan mak dengan abah mertuaku yang juga anak angkatnya. Abah bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu dan sering berulang alik dari Singapura ke Malaya. Selepas berkahwin mak mengikut abah berpindah ke Pahang sampailah hari ini. Pak Lang Ali pula menetap di kampung Melayu Raya, Pontian selepas pencen. Namun demikian, anak-anak Pak Lang Ali masih menetap dan menjadi warganegara Singapura.

Jarak yang jauh antara Pahang dan Johor ditambah dengan faktor keuzuran menyukarkan mereka berjumpa selalu. Kalau ada pun telefon digunakan sebagai penghubung kasih tapi pendengaran Pak Lang Ali yang semakin merosot juga menyukarkan mereka berbual panjang.

Apa pun, pertemuan ini adalah pertemuan indah mereka. Menyedarkan saya bahawa pertemuan orang tua adalah sangat-sangat istimewa dan amat bermakna kerana entah bila pertemuan lain akan menyusul... sempatkah .. atau ajal terlebih dahulu menjemput. Seperti kata Pak Lang Ali, " kito ni menunggu maso yo!!..."

Wednesday, August 13, 2008

Hospital kerajaan atau swasta?

Semalam saya telah dirujuk oleh doktor di tempat saya untuk berjumpa pakar di hospital. Ini berkenaan dengan pendarahan yang berlaku secara berterusan selama sebulan lebih. Doktor mengesyaki saya mengalami 'incomplete abortion' . (Artikel pertama saya dalam blog ini menceritakan bahawa saya teringin anak lagi.. ingat tak?).
Tetapi apa yang dikongsikan di sini bukanlah tentang kehilangan bakal baby ini. Ia adalah tentang perangai orang kita yang suka ke hospital swasta walaupun bayaran mahal daripada ke hospital kerajaan. Termasuklah saya sendiri.
Oleh kerana dalam hal mengandung dan kelahiran anak tidak diliputi insuran, saya dan suami membuat perbandingan harga hospital swasta berdekatan sekiranya saya terpaksa melakukan d&c. Rata-rata bayaran adalah dalam lingkungan RM600 hingga RM1500. Jika bermalam, deposit RM2000. Saya pening kepala kerana 'tidak rela' mengeluarkan duit sebegitu banyak tapi tak sanggup pula nak ke hospital kerajaan berhampiran. Bimbangkan servis dan kelewatan menunggu serta bermacam-macam cerita yang didengar menyebabkan kami tidak terfikir untuk ke hospital kerajaan.
Ketika sibuk berbincang, tiba-tiba emak menghubungi saya dan bertanya keadaan saya. Dia terus mencadangkan supaya saya ke Hospital Sungai Buluh yang baru di buka. Saya terkejut juga pada awalnya, kerana hospital itu jauh dari Klang dan berada di luar kawasan kediaman. Namun emak beria-ia mengatakan saya boleh ke sana. Siap pesan bawa persalinan untuk bermalam. Akhirnya saya dan suami akur dengan alasan - mengapa tidak - lagipun saya tidak dalam kesakitan atau kecemasan.
Pertama kali menjejakkan kaki ke hospital itu memang terasa kelainan. Tiada kesesakan dan keadaan tenang. Apabila tiba unit doktor pakar, saya kemudian disuruh ke unit bersalin yang terletak agak jauh dari blok tersebut. Setibanya di sana, saya disambut mesra oleh jururawat pendaftaran dan terus melakukan pemeriksaan tidak lama kemudian.
Suasana di dalam unit bersalin agak sibuk walaupun tidak berapa ramai orang. Namun petugas-petugas kelihatan ceria dan ramah. Seorang doktor pakar bukan Melayu ke sana ke sini merawat pesakit. Memang dia kelihatan sibuk kerana ada kes kecemasan, jadi saya menjadi kes yang tidak penting di situ. Jururawat memberitahu seorang lagi doktor bercuti kecemasan. namun kelihatan beberapa orang doktor (mungkin pelatih) turut berada di situ.
Alhamdulillah, selepas diimbas dan diambil urin, doktor mengatakan bahawa saya tidak perlu menjalani d&c kerana keguguran telah berlaku sendiri dan saya kelihatan sihat. ( Memang pun, sibuk pok pek pok pek dengan nurse.. tak macam orang sakit pun). Dia turut berkata jangan bimbang, 'bleeding' akan habis dalam masa terdekat. Saya dibenarkan pulang ke rumah tanpa satu sen pun bayaran.
Ketika menunggu doktor merawat saya. saya sempat berbual dengan jururawat bertugas. Dia menyatakan rasa kesalnya kerana ramai orang luar seperti Indonesia, Vietnam dan Myanmar menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan kerana bayaran yang murah. Apatah lagi jika mereka berkahwin dengan orang tempatan, mereka turut di layan seperti warga negara.
Apa dah jadi dengan rakyat Malaysia sendiri? Kita yang kononnya mampu ini, lebih mempercayai khidmat doktor swasta walaupun mungkin kualitinya sama atau lebih baik. Stigma dan persepsi seperti hospital kerajaan tidak bagus sering menghantui kita. Benar, pengalaman mungkin mengajar seseorang serik pergi ke hospital.
Saya juga pernah mengalami pengalaman diherdik oleh jururawat ketika melahirkan Ayan 17 tahun dulu. Tapi apakah tidak ada yang baik langsung?. Dua bulan lepas emak dan abah saya diserang demam denggi. Mereka terpaksa menjalani pemeriksaan darah setiap hari hampir dua minggu termasuk hari cuti. Saya dapati bagus cara mereka menangani masalah denggi ini. Emak dan abah tak komplen langsung! Farah pernah dirawat di hospital swasta di Shah Alam kerana appendiks sewaktu darjah 3. Doktor sentuh perut dia sikit, beratus bayaran untuk caj lawatan.. bengang juga tapi company bayar.. no komen..
Saya pasti kerajaan juga mengambil inisiatif bagi meningkatkan mutu perkhidmatan. Jadi kita sebagai rakyat seharusnya memberi peluang dan menilai semula prestasi mereka. Bukannya membiarkan rakyat luar 'enjoy' dengan kemudahan kerajaan tetapi rakyat sendiri berhabis duit hanya kerana prasangka. Ingat! Kemudahan yang diberi adalah dari duit rakyat, jadi kita yang sepatutnya menikmatinya.. bukan orang luar. Jangan nak kata 'Anak dirumah kelaparan, monyet dihutan disusukan'.. Anak sendiri yang tak mau minum susu tu..
Apapun, terima kasih kepada emak yang tetap berkeyakinan dengan perkhidmatan kerajaan. (Emak saya melahirkan 8 anak dan 6 daripadanya lahir di hospital kerajaan, lagi 2 tu bersalin di rumah tapi menggunakan khidmat bidan kerajaan). Cadangan emak ini telah mengubah persepsi saya tentang hospital kerajaan - berdasarkan kepada perkara yang tidak baik boleh berlaku di mana-mana, namun apa salahnya kita mencuba hospital kerajaan. Mungkin mutu serupa dan boleh jimat duit untuk kegunaan lain, dari diberikan kepada orang yang memang suka mengaut keuntungan dari kita yang kononnya kaya!! Renung-renungkan dan selamat beramal

Sunday, August 10, 2008

Gendang bertingkah di Tugu Negara

Tak tau mana nak beriadhah pada hujung minggu? Jom ke Tugu Negara. Setiap Ahad dari jam 6.00 petang hingga 9.00 malam, akan ada sekumpulan anak muda 'jamming' berbagai jenis gendang dan percussion seperti bonggo, tabla dan sebagainya. Tiada bayaran dikenakan dan sesiapa juga boleh menyertai atau menonton persembahan mereka.
Saya dan keluarga telah beberapa kali ke sana. Kali pertama tengok-tengok saja, kali ke dua ke tiga-tiga anak saya tumpang main. Kali ke tiga Ayan membawa sahabat baiknya yang memang pemain percussion untuk kumpulan nasyid mereka serta membawa peralatan sendiri.

Gambar atas - Shahril, Ayan dan Da'i sedang menunjukkan kehebatan bermain gendang. Dua minggu selepas permainan pertama, anak-anak ini telah dijemput mengadakan persembahan di KL tapi malangnya suami saya terpaksa 'out station' jadi lain kalilah nampaknya...

Tempat tersebut berdekatan dengan tempat meletak kereta, gerai jualan dan surau. Jadi takde masalah untuk solat maghrib dan kemudian meneruskan persembahan. Di situ juga adalah tempat pertemuan pemain-pemain gendang yang terkenal dan kadangkala di jemput mengadakan persembahan dengan atau tanpa bayaran. Yang pasti, mereka bermain kerana minat dan bakat. Jadi dari professional ke pelajar-pelajar, mereka boleh bermain di situ.

Lihatlah mereka bermain - tanpa mengira bangsa dan keturunan. Cuma kami tidaklah dapat turun setiap minggu kerana dari Klang ke Tugu Negara, Kuala Lumpur bukannya dekat... petrol dan tol hampir RM30. Makan minum lagi.. syekali-syekali bolehlah kan...


Bagus rasanya dapat tengok anak-anak berkumpul sambil bermain alat muzik. Enjoy dapat, ilmu pun dapat. Dalam gambar di atas, orang yang berdiri rambut panjang tukan, dia main muzik dalam Akademi Nasyid TV9, dan yang berdiri tepi kanan tu adalah Syam DJ HitsFM..

Seterusnya, silalah klik video di bawah untuk menyaksikan persembahan mereka. Adios!!



video

Saturday, August 9, 2008

Abahku masuk hospital

Jam 5.15 pagi - aku dikejutkan dengan sms berbunyi 'abah sakit dada, sekarang di icu doktor tengah cek...' dari acik. Agak terkejut tapi memang dah tau abah sakit dada sejak beberapa hari lepas.
Jam 7.15 pagi - terima sms lagi mengatakan abah kena masuk wad, tapi acik kata abah ok. Aku janji dengan acik akan pergi ke hospital tengahari nanti. Kemudian, aku terus sms pakcik - makcik dan wak yang rapat untuk beritahu tentang abah.
Aku syak mesti abah bising sebab dia tak pernah masuk hospital. Alhamdulillah sangat-sangat walaupun dia dah berumur 68 tahun, tapi tak de sakit diabetes atau darah tinggi seperti sedara yang lain. Dan ini kali ke dua seumur hidupnya kena masuk sepital. Kali pertama dulu sebab dia batuk teruk sebaik pulang dari menunaikan haji. Dia masuk sjmc dengan mak sekali. Kalau tak silap dekat seminggu juga.. Nak tau, dia punya marah sebab aku masukkan dia ke wad. Sampai aje kat bilik, dia 'halau' aku balik rumah!
Jam 10.00 pagi - masakkan bubur nasi untuk abah dan sambal sardin. Itulah yang akan dia makan kalau dia tak sihat, dan itulah yang dia suap kat anak-anak dia kalau anak dia demam.
Jam 11.30 pagi - bawa mak pergi tengok pengantin ( kira saudara jugaklah). Aku tengok mak ok je, sampailah dia jumpa nyai. Aku tengok mata dia merah sewaktu mak ajak mak dia tu pergi hospital. (Mak aku ni jenis susah nangis). Kemudian adik aku no 5, Ijam, call pulak masa tu. Nampak sangat she is trying her best not to cry. Aku dah tak tentu arah.. Mak aku jenis relax and cool je.. abah pulak yang jenis cepat panik! (tu la sebab jadi suami isteri kut.. serasi!!)
Jam 1.20 tgh - aku dan keluarga serta mak tiba dihospital. Alhamdulillah dia nampak ceria walaupun dia masih terasa sakit. Anak cucu mengerumuni dan bertanya khabar. Doktor kata tiada masalah jantung, cuma mungkin otot saja. Doktor suruh dia rehat. Lega...
Berikut ni gambar abah atas katil, sedang melayan keluarga yang mengunjunginya..
Ni pulak gambar kami adik beradik, 4 dari 8 beradik. Kiri tu Ain, no 7, sebelah dia Nana, no 8, aku, no 1 dan Lina, no 4. Acik no 2 dan Imi, no 6 dah balik rumah sedang berehat sebab semalaman tak tidur bawa abah ke hospital. Thanks acik dan Imi!!
Nor, adik no 3 dan Ijam, no 5 ada kat situ tapi muka tak masuk dalam gambar.. Anak-anak dan suami pun ada, jadi bayangkan betapa riuh rendahnya tempat tu.. Yang lebih menggembirakan abah dibenarkan pulang keesokkan harinya.
Ni gambar abah tengah rewang di surau sempena sambutan Isra Mikraj surau kami. Masa tu memang dah sakit tapi semangat nak rewang terlalu kuat. Abah memang biasa jadi tukang masak nasi time-time macam ni... Malamnya terus masuk hospital..

Keseluruhan episod di atas, menyebabkan aku teringin sangat nak peluk dan bermanja dengan abah tapi tak reti. Sebab abah macam juga sesetengah bapa tradisional lain yang tak biasa sentuh dan pegang anak dari kecil. Dah besar lagilah... Abah memang sangat penyayang dan tak garang sangat. Kalau kami sakit dialah yang lebih rajin jaga kami dari emak.

Tapi bila dah besar panjang dan bersuami, aku rasa semakin jauh dengan abah. Serasa akulah, kali terakhir abah pegang tangan aku masa aku umur 12 tahun. Masa tu kami berdua ke bandar sebab nak buat kad pengenalan. Abah pegang tangan masa nak melintas jalan.
Selain dari tu, kami cuma salam dan cium tangan sajelah... terlalu formal..
Sejak raya tahun lepas, aku mula cium pipi dia masa minta maaf raya. Dan semalam aku cium pipinya dan peluk bahunya masa jumpa di hospital. Aku buangkan perasaan malu jauh-jauh. Aku perasan abah pun macam terkejut, tapi abah membiarkan saja. Semasa aku nak balik abah menepuk-nepuk bahuku.. Ya Allah sukanya aku!
Aku tak mau menyesal kemudian hari sebab tak tunjukkan sayang aku pada orang yang terlalu banyak berjasa dari aku lahir sampai hari ini. Kini sayang itu mengalir ke diri setiap anak ku pula. Terpancar kasihnya setiap kali memandang kami. Dan aku mau dia tahu bahawa aku sangat menyayanginya, walaupun aku tahu dalam hatinya dia tahu...
Walaupun kami tinggal berdekatan, belum puas rasanya menatap wajahnya. Syndrome 'take things for granted' terlalu tebal. Mentang-mentang dia sihat, boleh bergerak ke sana sini sendiri..
Dulu abah pernah bekerja sebagai penoreh getah dan kemudian menjadi pengawal keselamatan stor JKR sehingga bersara. Kini abah cuma berehat dan beribadat sepenuh masa. Abah juga jadi imam di surau kami. Alhamdulillah, aku rasa amat besar nikmat Allah tatkala berjamaah di surau dengan berimamkan abah dan berjamaah di sebelah emak. Syahdunya masyaAllah..


Ya Allah, panjangkanlah masa untuk aku menunjukkan kasih sayangku pada abah. Kau sihatkanlah dia dan panjangkanlah umurnya. Amin

Saturday, August 2, 2008

Syiann abah... (photographed by Ayan)

Kisah yang berlaku setiap bulan, selepas abahnya dapat gaji. Saat yang paling ditunggu-tunggu olah sianak dan isteri. Biasanya masa nilah abahnya ajak ke Giant untuk membeli stok bulanan barang dapur atau keperluan anak yang telah dijanjikan "nanti ganti abah belikan ya!!"

Ni kira one of the happiest day in the month. Although we plan to save cost.. but normally on that day abah will close one eye la... Look here, ibu feels like having garlic bread and hashbrowns for breakfast. Ok, since abah also like western style, why not!


Look at the trolly, half full but still many places not covered. And Faris still looking for his favorite food... Abah's head already thinking how much will we spend for the goods..

Oh if you wanna new brand fruit jam, make sure there is 'halal' ha. Look for the sign ok. We used to like peanut butter, tapi la ni dah jemu.. Apa lagi lah yang bini aku nak ni. Hish, tak sudah-sudah. Still not enough ha.. oklah buy la buy la..
Still got space here, cepat isi lagi isi lagi!!
Now is the auditing time, he will take out those thing pelik-pelik from the trolly which is not in the list. But most of the time, abah will cincai-cincai one la.. Can you see the "kicap bilal" there are about 6 bottles specially for Faris. No kicap no makan for him.
Abah's face getting serious. Mana taknya.. pilih barang ramai-ramai... bayar sorang-sorang, habih camno Farah helps tying the bags, smiling face cause she already got what she wanted yeh yeh
Abah makin berkedut dahi as the price on screen getting higher and higher... syiann
Ok guys, this month's purchase is RM531.20 . Senyum pahit ya abahnya! Apa taknya.. lepas ni nak pergi makan pulak... tak apalah asalkan kita bahagia..


Anyway, thanks abah. You are the greatest father and hubby in the world. We are always number one, in your heart and in your soul. May Allah grant you with imaan and good health. Aminn