Ads

Wednesday, September 29, 2010

Cerita Raya Lagi

Pagi raya .. eh ehe selepas solat Jumaat.., kami beraya di rumah emak che mid. Dari 8 beradik yang dah berkeluarga, 6 dapat beraya sekali. Ain balik ke kampung suami di Seremban dan Nana pula tidak bercuti.

Inilah rupanya keluarga sebelah che mid. Emak, abah, adik, adik ipar dan anak buah.



 Empat pasang - berdiri di belakang tu adik beradik - Ijam, Nor, Che Mid dan Lina. Masa ni Acik tak sampai lagi... tertinggal keretapi he he
Lima pasang anak menantu bersama emak dan abah. Yang depan tu tersesat bujang trang tang tang sorang. Ada yang berkenan? Kontek Che Mid ya.. Korang perasan tak, menantu lelaki semuanya bermisai.. wah wah ganteng!!


 Keluarga Adik Lina.. cantik sedondon berwarna putih. Warna berani untuk yang ada anak-anak kecil dan lasak.

 Abah kata tahun ni Deeja tak payah pakai baju kurung sebab tak pandai jalan lagi. Tapi, masa shoping di Jasko, ternampak baju kurung comel warna ungu tu.. sedang elok untuk Deeja..

Keluarga Acik dah datang awal pagi ke rumah emak. Tunggu adik beradik lain, tak datang-datang, dia orang pun balik rumah sendiri. Lepas Jumaat bila yang lain dah sampai, dia orang pulak yang tak tiba-tiba. Tapi sempatlah bergambar satu famili..

Ok, nanti sambung lagi. Deeja dah bangun.. nak susu!!

Tuesday, September 21, 2010

Orang Cina Pun Pergi Kubur Juga

Nak sambung sikit lagi pasal raya ekk.. Masa Che Mid nampak dua orang lelaki Cina menziarahi kubur mualaf. Siap bawak air dan bersihkan kubur macam yang orang 'kita' buat.

Che Mid               - "Datang dari mana ni?"
Cina baju merah    - "Dari Klang"
Che Mid               - "Ooo...Ini kubur sapa?"
Cina baju merah    - " Kubur kawan. Dia punya isteri ada di Hadyaai"
Che Mid               - "Ooo.. jadi dia suruh you datang tengoklah.. ganti dia" ( He he   pandai-pandai tokok tambah) 
Cina baju merah    - " Ya. Tapi tak boleh buat apa-apa". (Maksudnya, dia tak bolehlah nak baca yassin ke, tahlil ke sebab dia bukan Islam.. Che Mid ingat itu macamlah..)
Che Mid               - "Tak pe. Ini pun oklah. Kalau macam tu, I wish you Selamat Hari Raya untuk you lah)
Cina baju merah    - He he. (Cina baju itam tu asek pandaaang je... nak menyampuk tak pandai kut..)

Alahai... tu la dia.. Banyak lagi kubur-kubur kat situ yang tak de orang ziarah. Farah kata, "Kesian kubur ni.. tak de orang tengok dia." Lepas tu dia akan bersihkan sikit-sikit dan tabur bunga rampai atas kubur tu. Memang dia dah stenbai siap-siap.

Pengajarannya ialah.. kalau orang bukan Islam sanggup datang dari jauh nak tengok kubur orang Islam.. inikan kita satu bangsa satu agama satu keturunan..ziarahlah kubur kaum keluarga kita kerana satu hari nanti kita juga akan jadi menghuninya.

Tapi ada satu wajah yang ceria bila dapat melawat kubur kekasih hatinya.


Kalau boleh Nyai nak lama-lama kat kubur Yai.. nak melepas rindu yang tak pernah padam..walupun Yai dah meninggal hampir 20 tahun dulu..

Jejak Kasih Deeja dan Firdaus

Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pengikut blog Che Mid. Harapan Che Mid semoga Aidil Fitri tahun ini sangat membahagiakan anda dan juga orang-orang tersayang.

Bagi Che Mid pula, tahun ini raya Che Mid sekeluarga bertambah ceria dengan si kecik Deeja. Seperti biasa, kami ke pusara arwah Firdaus selepas solat sunat hari raya. Entri kali ini, izinkan Che Mid berbicara sedikit dengan Firdaus...


Assalamualaikum Firdaus, ibu, abah dan adik-adik datang ni,

Minggu depan genap 6 tahun Firdaus pergi meninggalkan kami. Ketika itu Farhan, Farah dan Faris masih di sekolah rendah lagi. Sekarang adik-adik dah besar.

Nak tau tak,  Firdaus dapat lagi seorang adik perempuan.. Ni dia...namanya Faiqah Khadeeja. Ibu panggil dia Deeja, abah panggil dia Faikah. Umurnya dah 7 bulan lebih.. dah pandai merangkak sikit-sikit. Kalau Firdaus ada, tentu Firdaus suka dokong-dokong dan main-main dengan dia, macam Firdaus main-main dengan Farah dan Faris dulukan..


 Abah tolong Deeja tabur bunga rampai dan siram air atas pusara abang Firdaus

Memanglah Firdaus tak boleh jumpa Deeja buat masa ni, Deeja pun tak tau rupa abang Firdaus macam mana. Tu sebab ibu dan abah bawak Deeja ke sini hari ni, nak tunjukkan dia yang Deeja ada seorang lagi abang yang baik. Nanti bila dia dah besar sikit, kami tunjuk gambar abang Firdaus pada Deeja ya. Ibu akan selalu cerita pasal Firdaus pada Deeja, supaya Deeja kenal dan sayang pada Firdaus macamana dia sayang pada kakak dan abang-abang yang lain. 


Abah pun dah tunjuk nama abang Firdaus di batu nesan. Lepas tu abah kata," Faiqah, ini abang Firdaus. Firdaus, ini adik namanya Faiqah Khadeeja."  Masa tu, ibu perasan Farah menangis teresak-esak. Tak tau pulak ibu kenapa dia menangis macam tu sekali. Ibu rasa mungkin dia sedih sangat sebab Deeja tak dapat jumpa abang Firdaus agaknya..Takpelah, ini semua takdir yang Allah dah tentukan untuk kita.

Satu lagi ibu nak bagi tau, kami mungkin akan pindah jauh sikit dari rumah sekarang. Tapi ibu janji, raya tahun depan kami bawa Deeja datang lagi ke sini, Insyaallah. Masa tu, tentu Deeja dah boleh jalan dan boleh bagi salam Assalamualaikum pada Firdaus.

Sampai ketemu lagi, ibu sentiasa doakan Firdaus tenang di sana dan selalu kirimkan bacaan al-Quran untuk Firdaus. Al-Fatihah.


Monday, September 6, 2010

Ziarah Ramadhan Helwa 2010

Gembira tak terkata dapat menjayakan satu lagi program Helwa Taman Dato' Bandar di bulan puasa ni. Kami telah mengadakan program Ziarah Ramadhan yang membawa che mid dan rakan-rakan melawat keluarga miskin untuk tahun kedua berturut-turut.

Program ini menyediakan platform pada sesiapa yang ingin membayar fidyah puasa seperti ibu-ibu mengandung atau menyusukan anak yang tidak dapat menyempurnakan puasanya. Ada juga yang bersedekah barangan dan wang ringgit. Kesemua wang dan barangan kami bahagikan sama rata.

Bagi pihak penerima, che mid ingin mengucapkan jutaan terima kasih semua penyumbang-penyumbang yang sudi menghulur tangan.  Che mid tahu, para penerima sumbangan kita sangat menghargainya. Bagi kita mungkin tidak seberapa, tapi bagi mereka ia ibarat segunung intan yang membantu kesinambungan hidup anak-beranak. Secara peribadi, setiap kali sumbangan beralih tangan, che mid rasakan bagaikan ada beban besar di bahu yang terlepas dan dada menjadi lapang. Itulah nikmat bersedekah..Masyaallah.

Kami sedang mengumpul dan membahagikan barangan makanan sebelum diagihkan nanti.


Beras, minuman dan kuih raya - antara pemberian yang diharapkan dapat memberi keceriaan kepada penerima

 
Bergambar ramai dengan wakil-wakil penderma sebelum bertolak.

Rumah pertama - Puan Siti terharu menerima sumbangan dari emak che mid. Rumah Puan Siti ni paling dekat dengan kawasan kami. Bak kata orang, semut seberang lautan nampak, gajah depan mata tak nampak. Pada mulanya surirumah beranak empat ini bercerita seperti biasa tapi akhirnya airmata tumpah jua tatkala menerima sumbangan. Apa yang kami diberitahu, suaminya sering sakit dan kini menetap di rumah isteri pertama. Beliau mengambil upah menjaga cucu saudara bagi menampung perbelanjaan keluarga. Tak berani bertanya lanjut, kami cuma berharap Puan Siti bahagia dengan anak-anak yang semakin dewasa.

Rumah kedua - Puan Ruzaini Supaat, 42 tahun, tinggal di Jalan Meru (tiada di rumah ketika kunjungan kami kerana menjemput anak pulang dari UITM). Baru kematian suami, Suwandi Yazid pada 9 Jun 2010 lalu akibat kemalangan jalan raya, meninggalkannya bersama 5 orang anak berusia 10 hingga 18 tahun. Walaupun tidak bekerja, beliau bernasib baik kerana mendapat pencen dari syarikat suaminya dan pencen ilat dari Perkeso. Tinggal bersebelahan dengan ibunya tentu dapat membantu meringankan beban dalam mengharungi saat-saat sukar ini. (Gambar- Che Mid dengan 3 orang anak lelaki serta ibunya, Puan Miskiah).

Rumah ketiga - Ziarah ulangan, Puan Fazimah Fadil yang menetap di Jalan Meru nampak lebih ceria bila dikunjungi kali ini. Juga mempunyai 5 orang anak berumur dari 18 tahun hingga 1 tahun 6 bulan, termasuk seorang OKU berumur 16 tahun. Kini anak lelaki sulung berniaga pasar malam dan Puan Fazimah mengambil upah menjaga anak jiran.

Anak perempuan ini mendapat bantuan bulanan dari JKM. Tidak boleh bercakap namun boleh memahami apa yang orang lain katakan. Bila Che Mid nak balik, matanya merenung che mid dalam-dalam. Cuma ciuman dipipinya che mid titipkan tanda kasih dan simpati sebelum beredar penuh sebak. Moga Allah swt mengurniakan keluarga ini ketabahan dan kekuatan iman.

 
Bergambar sebelum menuju ke rumah seterusnya di Jalan Sudar, Kampung Budiman. Tahun lepas kami juga mengunjungi Puan Fitriah dan suaminya En Mat Isa. Kelihatan pokok sayuran di tanam dikeliling rumah ihsan dari penduduk tempatan. Rumah itu merupakan pondok menjaga ternakan kambing yang diubah suai menjadi kediaman keluarga ini.

Suaminya menderita penyakit bengkak-bengkak badan hingga kadangkala tidak boleh bergerak. Lebih menyedihkan apabila ada orang mengambil kesempatan atas penyakit suaminya itu dengan memintanya muncul di dalam iklan jenama K-Life selepas mendapati penyakitnya berkurangan apabila mengambil produk itu. Suaminya tidak mendapat bayaran apa-apa pun tetapi ramai orang  mengatakan beliau sudah 'senang sebab dah masuk tv'. Itulah antara ujian yang diterima oleh keluarga malang ini.


Rumah kelima - Puan Zaleha Rustam, dari Persiaran Hamzah Alang tiada di rumah kerana menghadiri satu majlis penyerahan sumbangan anak-anak yatim di Klang. Terpaksa meninggalkan anak-anaknya seramai 7 beradik di bawah jagaan anak sulungnya, Faridatul Aini berusia 11 tahun. Anak yang bongsu pula berumur 2 tahun. Ketika kami datang, adik beradik ini sedang sibuk memasang langsir. Bapa mereka, Isma Azrul bin Ismail adalah Pembantu Imam di salah satu masjid di Shah Alam telah meninggal dunia tahun lepas.

Rumah keenam- Puan Liya Aida, 27 tahun,tinggal di Persiaran Hamzah Alang  baru kematian suami pada 19 Mei 2010 lalu juga akibat kemalangan jalan raya. Mempunyai 3 orang anak lelaki yang berusia antara 2 hingga 7 tahun. Kini sedang mengandung anak ke 4 dijangka bersalin pada Disember tahun ini. Liya kelihatan amat cekal dan kuat. Tiada setitik pun airmata yang menitis ketika bercerita tentang arwah suaminya.


Rumah ketujuh - Puan Rahmah bt Abd Wahab, 46 tahun, dari Taman Meru Makmur, juga baru kehilangan suami tercinta, Mad Aris bin Aman, 47 tahun kerana sakit akibat jangkitan kuman. Kini 3 orang anak perempuan berumur antara 10 - 16 tahun menjadi peneman.

Beliau yang tidak bekerja juga penghidap kencing manis kronik dan perlu membuat suntikan insulin setiap hari. Juga mempunyai masalah untuk memandu kereta kerana penglihatan yang tidak berapa jelas. Keluarga ini berasal dari Alor Gajah, Melaka cuma bergantung kepada wang ilat dari Perkeso sebagai pendapatan bulanan.

Gambar atas - Puan Rahmah (kiri) sedang menerima sumbangan dari Puan Roszana (kanan). Roszana adalah bes fren che mid yang sengaja che mid ajak untuk sama-sama berziarah kali ini. Bila che mid tanya apa perasaannya bila dapat ikut sekali, dia kata, " Tak sangka ya.. ramai orang susah kat tempat kita ni.."

Begitulah kehidupan. Sekali pandang manusia nampak serupa saja. Zaman sekarang ni, duduk rumah batu 2 tingkat pun belum tentu cukup makan. Masa suami ada insyaallah semua disediakan, bila suami meninggal, tiba-tiba jadi susah terkontang kanting keseorangan. Tanggungjawab kitalah sebagai ahli masyarakat untuk mengatakan.."Yes, we are here with you".

Ada yang memuji kata tempat che mid tinggal ni bagus dan aktif orang-orangnya, sentiasa ada program itu ini. Sebenarnya, sesiapa pun boleh buat sesuatu. Tak payah tunggu persatuan atau ajk suruh buat baru kita ikut buat. Insyaallah, kalau niat kita baik, Allah akan permudahkan dan sokongan akan kita dapat bukan saja dari orang yang dikenali malah kadang-kadang entah mana-mana orang datang turut membantu. Biar sedikit tapi ada....istiqomahlah..




Friday, September 3, 2010

Meru Bikers Beramal

Motor besar sape pulak berderet ni.. apa hal che mid tunjuk gambar ni?


Logo Meru Bikers Club

Sebenarnya ahli kumpulan Meru Bikers ini telah berbesar hati menaja majlis berbuka bersama anak yatim. Surau Che Mid bertuah sebab terpilih menjadi tuan rumah majlis itu. Setiap tahun, kami sendiri yang mengeluarkan perbelanjaan menganjurkan majlis tetapi tahun ini alhamdulillah, Meru Bikers sudi menawarkan sumbangan.


Tetamu terhormat, YB Dr Rani Osman sudi bersama-sama kami dari sebelum maghrib hingga majlis berakhir. Dalam tazkirah dan ucapannya, Dr Rani telah bercerita pengalaman beliau di Pakistan ketika menyertai misi bantuan ke sana baru-baru ini. Istimewanya YB kami ni, sering memberi kami ucapan yang segar dan maklumat terkini tentang peristiwa yang berlaku di seluruh dunia seperti di Palestin dan tsunami di Aceh kerana beliau terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan.

Antara anak yatim dan ibu tunggal serta warga setempat yang meraikan mereka. Mereka hadir untuk berbuka puasa dan bersolat tarawikh bersama-sama.

Deretan sup tulang dan sup gearbox menjadi juadah moreh malam itu.


Para imam, bilal dan ajk surau turut menerima penghargaan dari pihak penganjur. Che Mid sedang menerima cenderahati peserta tadarus 2010.

Tok Ketua Kampung yang juga Imam surau kami (kiri) menyampaikan hadiah kepada 'imam muda' Zamri. Memang rugi tak menjadi makmum kalau mereka ni menjadi imamnya. Kelunakan suara mereka mampu membuat jemaah menangis, apatah lagi kalau pak imam sendiri menangis kerana menghayati maksud surah yang dilafaz.

Ni pulak che abang bilal tapi selalu juga jadi siak dan imam terjun, Syukri.
Acara kemuncak - antara anak yatim sedang menerima sumbangan dari Meru Bikers. (Kiri) Timbalan Pengerusi Meru Bikers, En Salehuddin Jamian.

Seronoknya dapat duit sumbangan dari YB. Harap manafaatkan duit sebaik-baiknya ya! Jangan beli mercun tau!

Terima kasih kepada yang hadir. Khusus kepada sahabat-sahabat muslimat yang turun padang dari selepas Asar lagi.  Che Mid pesan dari awal lagi, jangan jadikan ibu tunggal dan anak yatim ini cuma sebagai pelengkap majlis saja,  mereka datang kerana diundang khas jadi raikan mereka bagaikan VIP. Memang mereka adalah tangan yang menerima tapi tangan yang menghulur juga harus nampak keikhlasannya. Alhamdulillah, Che Mid nampak ajk menjalankan tugas dengan bagus sekali. Insyaallah, Allah akan murahkan lagi rezeki kita untuk disumbangkan lagi pada Ramadhan tahun hadapan.