Ads

Tuesday, September 21, 2010

Orang Cina Pun Pergi Kubur Juga

Nak sambung sikit lagi pasal raya ekk.. Masa Che Mid nampak dua orang lelaki Cina menziarahi kubur mualaf. Siap bawak air dan bersihkan kubur macam yang orang 'kita' buat.

Che Mid               - "Datang dari mana ni?"
Cina baju merah    - "Dari Klang"
Che Mid               - "Ooo...Ini kubur sapa?"
Cina baju merah    - " Kubur kawan. Dia punya isteri ada di Hadyaai"
Che Mid               - "Ooo.. jadi dia suruh you datang tengoklah.. ganti dia" ( He he   pandai-pandai tokok tambah) 
Cina baju merah    - " Ya. Tapi tak boleh buat apa-apa". (Maksudnya, dia tak bolehlah nak baca yassin ke, tahlil ke sebab dia bukan Islam.. Che Mid ingat itu macamlah..)
Che Mid               - "Tak pe. Ini pun oklah. Kalau macam tu, I wish you Selamat Hari Raya untuk you lah)
Cina baju merah    - He he. (Cina baju itam tu asek pandaaang je... nak menyampuk tak pandai kut..)

Alahai... tu la dia.. Banyak lagi kubur-kubur kat situ yang tak de orang ziarah. Farah kata, "Kesian kubur ni.. tak de orang tengok dia." Lepas tu dia akan bersihkan sikit-sikit dan tabur bunga rampai atas kubur tu. Memang dia dah stenbai siap-siap.

Pengajarannya ialah.. kalau orang bukan Islam sanggup datang dari jauh nak tengok kubur orang Islam.. inikan kita satu bangsa satu agama satu keturunan..ziarahlah kubur kaum keluarga kita kerana satu hari nanti kita juga akan jadi menghuninya.

Tapi ada satu wajah yang ceria bila dapat melawat kubur kekasih hatinya.


Kalau boleh Nyai nak lama-lama kat kubur Yai.. nak melepas rindu yang tak pernah padam..walupun Yai dah meninggal hampir 20 tahun dulu..

4 comments:

Jejaka Desa said...

Moge dua orang tu dibukekan hatinye kearoh Islam.

Tulusnye cinte Nyai tu.

Che Mid said...

JD - Hidayah Allah tak mengenal sesiapakan..

norliza_osman said...

Teguhnya cinta nyai tu..Moga-moga mereka diberikan hidayah.. cantik gambar Che Mid.. mesti kamera mahal kan.. hehehe

che mid said...

Liza - biasa kita dengar.. bila seseorang tu dah takde di sisi baru kita rindukan diakan.. alah gambar tu dari kamera Ayan, dia sekarang sedang belajar Photography.. tengah kemaruk le tu