Ads

Friday, September 3, 2010

Meru Bikers Beramal

Motor besar sape pulak berderet ni.. apa hal che mid tunjuk gambar ni?


Logo Meru Bikers Club

Sebenarnya ahli kumpulan Meru Bikers ini telah berbesar hati menaja majlis berbuka bersama anak yatim. Surau Che Mid bertuah sebab terpilih menjadi tuan rumah majlis itu. Setiap tahun, kami sendiri yang mengeluarkan perbelanjaan menganjurkan majlis tetapi tahun ini alhamdulillah, Meru Bikers sudi menawarkan sumbangan.


Tetamu terhormat, YB Dr Rani Osman sudi bersama-sama kami dari sebelum maghrib hingga majlis berakhir. Dalam tazkirah dan ucapannya, Dr Rani telah bercerita pengalaman beliau di Pakistan ketika menyertai misi bantuan ke sana baru-baru ini. Istimewanya YB kami ni, sering memberi kami ucapan yang segar dan maklumat terkini tentang peristiwa yang berlaku di seluruh dunia seperti di Palestin dan tsunami di Aceh kerana beliau terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan.

Antara anak yatim dan ibu tunggal serta warga setempat yang meraikan mereka. Mereka hadir untuk berbuka puasa dan bersolat tarawikh bersama-sama.

Deretan sup tulang dan sup gearbox menjadi juadah moreh malam itu.


Para imam, bilal dan ajk surau turut menerima penghargaan dari pihak penganjur. Che Mid sedang menerima cenderahati peserta tadarus 2010.

Tok Ketua Kampung yang juga Imam surau kami (kiri) menyampaikan hadiah kepada 'imam muda' Zamri. Memang rugi tak menjadi makmum kalau mereka ni menjadi imamnya. Kelunakan suara mereka mampu membuat jemaah menangis, apatah lagi kalau pak imam sendiri menangis kerana menghayati maksud surah yang dilafaz.

Ni pulak che abang bilal tapi selalu juga jadi siak dan imam terjun, Syukri.
Acara kemuncak - antara anak yatim sedang menerima sumbangan dari Meru Bikers. (Kiri) Timbalan Pengerusi Meru Bikers, En Salehuddin Jamian.

Seronoknya dapat duit sumbangan dari YB. Harap manafaatkan duit sebaik-baiknya ya! Jangan beli mercun tau!

Terima kasih kepada yang hadir. Khusus kepada sahabat-sahabat muslimat yang turun padang dari selepas Asar lagi.  Che Mid pesan dari awal lagi, jangan jadikan ibu tunggal dan anak yatim ini cuma sebagai pelengkap majlis saja,  mereka datang kerana diundang khas jadi raikan mereka bagaikan VIP. Memang mereka adalah tangan yang menerima tapi tangan yang menghulur juga harus nampak keikhlasannya. Alhamdulillah, Che Mid nampak ajk menjalankan tugas dengan bagus sekali. Insyaallah, Allah akan murahkan lagi rezeki kita untuk disumbangkan lagi pada Ramadhan tahun hadapan. 

2 comments:

Jejaka Desa said...

Moge dimurohkan rezeki buat semua.

che mid said...

aok pun, bila balik jenderok.. raya pertama ke?