Ads

Tuesday, September 21, 2010

Jejak Kasih Deeja dan Firdaus

Salam Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pengikut blog Che Mid. Harapan Che Mid semoga Aidil Fitri tahun ini sangat membahagiakan anda dan juga orang-orang tersayang.

Bagi Che Mid pula, tahun ini raya Che Mid sekeluarga bertambah ceria dengan si kecik Deeja. Seperti biasa, kami ke pusara arwah Firdaus selepas solat sunat hari raya. Entri kali ini, izinkan Che Mid berbicara sedikit dengan Firdaus...


Assalamualaikum Firdaus, ibu, abah dan adik-adik datang ni,

Minggu depan genap 6 tahun Firdaus pergi meninggalkan kami. Ketika itu Farhan, Farah dan Faris masih di sekolah rendah lagi. Sekarang adik-adik dah besar.

Nak tau tak,  Firdaus dapat lagi seorang adik perempuan.. Ni dia...namanya Faiqah Khadeeja. Ibu panggil dia Deeja, abah panggil dia Faikah. Umurnya dah 7 bulan lebih.. dah pandai merangkak sikit-sikit. Kalau Firdaus ada, tentu Firdaus suka dokong-dokong dan main-main dengan dia, macam Firdaus main-main dengan Farah dan Faris dulukan..


 Abah tolong Deeja tabur bunga rampai dan siram air atas pusara abang Firdaus

Memanglah Firdaus tak boleh jumpa Deeja buat masa ni, Deeja pun tak tau rupa abang Firdaus macam mana. Tu sebab ibu dan abah bawak Deeja ke sini hari ni, nak tunjukkan dia yang Deeja ada seorang lagi abang yang baik. Nanti bila dia dah besar sikit, kami tunjuk gambar abang Firdaus pada Deeja ya. Ibu akan selalu cerita pasal Firdaus pada Deeja, supaya Deeja kenal dan sayang pada Firdaus macamana dia sayang pada kakak dan abang-abang yang lain. 


Abah pun dah tunjuk nama abang Firdaus di batu nesan. Lepas tu abah kata," Faiqah, ini abang Firdaus. Firdaus, ini adik namanya Faiqah Khadeeja."  Masa tu, ibu perasan Farah menangis teresak-esak. Tak tau pulak ibu kenapa dia menangis macam tu sekali. Ibu rasa mungkin dia sedih sangat sebab Deeja tak dapat jumpa abang Firdaus agaknya..Takpelah, ini semua takdir yang Allah dah tentukan untuk kita.

Satu lagi ibu nak bagi tau, kami mungkin akan pindah jauh sikit dari rumah sekarang. Tapi ibu janji, raya tahun depan kami bawa Deeja datang lagi ke sini, Insyaallah. Masa tu, tentu Deeja dah boleh jalan dan boleh bagi salam Assalamualaikum pada Firdaus.

Sampai ketemu lagi, ibu sentiasa doakan Firdaus tenang di sana dan selalu kirimkan bacaan al-Quran untuk Firdaus. Al-Fatihah.


5 comments:

Adnazthie said...

Salam Che Mid.
Selamat hari raya maaf zahir batin.
Alahai nangis aku, tak tahan....
Al Fatihah untuk arwah.
Nanti kat tempat baru rajin-2lah update ye..saya memang ternanti-2 N3 Che Mid.

Che Mid said...

Adnaz - che mid menangis masa update tu. Terasa rindu sangat pada arwah.

Tapi pasal tempat baru tu.. alahai sedih lagi ..

FARAH KHALIDAH said...

farah nangis sebab still ta dapat bayangkan yang abang dah ta de. and macam mane dea sorang sorang sekarang kat sane tanpa kite di sisi :( hari hari farah ta penah miss doakan abang.
Al-Fatihah

norliza_osman said...

Salam akak.. semoga firdaus tenteram di sana..

sweetie2010.blogspot said...

Salam Che Mid,

terharu Sweetie membacanya. Betul-betul sedih. Perginya tak kembali. tapi tetap hidup didalam hati. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Amin.