Ads

Wednesday, September 29, 2010

Cerita Raya Lagi

Pagi raya .. eh ehe selepas solat Jumaat.., kami beraya di rumah emak che mid. Dari 8 beradik yang dah berkeluarga, 6 dapat beraya sekali. Ain balik ke kampung suami di Seremban dan Nana pula tidak bercuti.

Inilah rupanya keluarga sebelah che mid. Emak, abah, adik, adik ipar dan anak buah.



 Empat pasang - berdiri di belakang tu adik beradik - Ijam, Nor, Che Mid dan Lina. Masa ni Acik tak sampai lagi... tertinggal keretapi he he
Lima pasang anak menantu bersama emak dan abah. Yang depan tu tersesat bujang trang tang tang sorang. Ada yang berkenan? Kontek Che Mid ya.. Korang perasan tak, menantu lelaki semuanya bermisai.. wah wah ganteng!!


 Keluarga Adik Lina.. cantik sedondon berwarna putih. Warna berani untuk yang ada anak-anak kecil dan lasak.

 Abah kata tahun ni Deeja tak payah pakai baju kurung sebab tak pandai jalan lagi. Tapi, masa shoping di Jasko, ternampak baju kurung comel warna ungu tu.. sedang elok untuk Deeja..

Keluarga Acik dah datang awal pagi ke rumah emak. Tunggu adik beradik lain, tak datang-datang, dia orang pun balik rumah sendiri. Lepas Jumaat bila yang lain dah sampai, dia orang pulak yang tak tiba-tiba. Tapi sempatlah bergambar satu famili..

Ok, nanti sambung lagi. Deeja dah bangun.. nak susu!!

6 comments:

Jejaka Desa said...

Suke koi nengok bile dapat bergambor ramei2 gini.Merioh weh

Nora Asfa said...

Bahagianya.. bila dapat kumpul beramai camni kan Che' Mid.. Ceria sungguh.. kami tahun ni tak dapat nak berkumpul serentak..

norliza_osman said...

Best kan dapat berkumpul ramai.. akak dah tuka tempat baru ke?

Roszana said...

Ceria2 semua....mana gambar2 OH 3 Okt? Sorry la x dpt datang, banyak sangat jemputan, lg pun aku n hubby dah sampai kan....

sweetie2010.blogspot said...

Amboi, bukan main bergambar sakan lagi. masing-masing ngan pasangan. cantik, terang gambarnya

Che Mid said...

Sweetie - begitulah setiap tahun. Tapi tak cukup korum tu ada giliran balik kampung mentua..