Ads

Thursday, August 26, 2010

Faris Yang Lena

Kelmarin.. jam 8.30 pagi.

Che Mid : Faris, bangun.. pergi tidur sebelah Deeja.. Ibu nak pergi surau ni, nak tadarus..dah lambat ni..

Faris  :  (Terkulat-kulat Faris mengheret kaki ke bilik Che Mid). Ibu dah buat susu adik?

Che Mid  :  Dah, ni ha.. jaga adik tau.. ( Deeja lena di atas katil Che Mid dan Faris ikut berbaring di sebelahnya).

Kat rumah cuma Faris dan Deeja je. Abahnya dah ke ofis, Farah pergi sekolah dan Ayan dah pergi kelas.

Che Mid pun jalan lenggang kangkung ke surau.. ya lah.. hari ni ke surau tak bawa Deeja, sebab dia masih tidur lagi. Kalau dia dah bangun, kenalah mandikan dia dan bawa sekali ke surau. Kecohlah..

Jam 10.45 pagi..

Che Mid balik dari surau. Nampak Faris sedang meriba Deeja di ruang tamu sambil menyusukannya.

Che Mid  : (Senyum meleret). Deeja nangis tak tadi?

Faris  : Nangis sikit-sikit je.

Che Mid  :  (Lega) Emm.. Pandai Faris jaga adik.

Gambar hiasan - Faris dan Deeja


Maghrib, jam 7.30 malam.. waktu berbuka.

Faris  :  Ibu, pagi tadi... masa Ibu pergi surau, Ibu tinggal Deeja ATAS  KATIL KE ATAS LANTAI?

Che Mid  : ( Darah dah menyirap ni..tapi sedaya upaya dikontrol) Err.. nape, masa Faris bangun , Deeja kat mana?

Faris  :  ATAS LANTAI!!

Che Mid  : ??????? (Tak terkata apa dah..maknanya Deeja dah terjatuh dari katil. Si abang lena yang amat sampai tak sedar langsung adik tu melalak lepas jatuh.. sampailah Deeja diam sendiri..)

4 comments:

norliza_osman said...

Sabar jelah si faris ni..

Jejaka Desa said...

Siannye kat Deeja ter.

Che Mid said...

Liza - faris tu memang terkenal dengan sikapnya yang 'cool'.. tak kisah segala benda.. sampai adik tergolek atas lantai pun tak sedar..

Che Mid said...

JD - Si Deeja ni pun satu.. tak reti takut langsung.. dah biasa di buat lasak-lasak dengan kakak dan abang la tu