Ads

Saturday, August 9, 2008

Abahku masuk hospital

Jam 5.15 pagi - aku dikejutkan dengan sms berbunyi 'abah sakit dada, sekarang di icu doktor tengah cek...' dari acik. Agak terkejut tapi memang dah tau abah sakit dada sejak beberapa hari lepas.
Jam 7.15 pagi - terima sms lagi mengatakan abah kena masuk wad, tapi acik kata abah ok. Aku janji dengan acik akan pergi ke hospital tengahari nanti. Kemudian, aku terus sms pakcik - makcik dan wak yang rapat untuk beritahu tentang abah.
Aku syak mesti abah bising sebab dia tak pernah masuk hospital. Alhamdulillah sangat-sangat walaupun dia dah berumur 68 tahun, tapi tak de sakit diabetes atau darah tinggi seperti sedara yang lain. Dan ini kali ke dua seumur hidupnya kena masuk sepital. Kali pertama dulu sebab dia batuk teruk sebaik pulang dari menunaikan haji. Dia masuk sjmc dengan mak sekali. Kalau tak silap dekat seminggu juga.. Nak tau, dia punya marah sebab aku masukkan dia ke wad. Sampai aje kat bilik, dia 'halau' aku balik rumah!
Jam 10.00 pagi - masakkan bubur nasi untuk abah dan sambal sardin. Itulah yang akan dia makan kalau dia tak sihat, dan itulah yang dia suap kat anak-anak dia kalau anak dia demam.
Jam 11.30 pagi - bawa mak pergi tengok pengantin ( kira saudara jugaklah). Aku tengok mak ok je, sampailah dia jumpa nyai. Aku tengok mata dia merah sewaktu mak ajak mak dia tu pergi hospital. (Mak aku ni jenis susah nangis). Kemudian adik aku no 5, Ijam, call pulak masa tu. Nampak sangat she is trying her best not to cry. Aku dah tak tentu arah.. Mak aku jenis relax and cool je.. abah pulak yang jenis cepat panik! (tu la sebab jadi suami isteri kut.. serasi!!)
Jam 1.20 tgh - aku dan keluarga serta mak tiba dihospital. Alhamdulillah dia nampak ceria walaupun dia masih terasa sakit. Anak cucu mengerumuni dan bertanya khabar. Doktor kata tiada masalah jantung, cuma mungkin otot saja. Doktor suruh dia rehat. Lega...
Berikut ni gambar abah atas katil, sedang melayan keluarga yang mengunjunginya..
Ni pulak gambar kami adik beradik, 4 dari 8 beradik. Kiri tu Ain, no 7, sebelah dia Nana, no 8, aku, no 1 dan Lina, no 4. Acik no 2 dan Imi, no 6 dah balik rumah sedang berehat sebab semalaman tak tidur bawa abah ke hospital. Thanks acik dan Imi!!
Nor, adik no 3 dan Ijam, no 5 ada kat situ tapi muka tak masuk dalam gambar.. Anak-anak dan suami pun ada, jadi bayangkan betapa riuh rendahnya tempat tu.. Yang lebih menggembirakan abah dibenarkan pulang keesokkan harinya.
Ni gambar abah tengah rewang di surau sempena sambutan Isra Mikraj surau kami. Masa tu memang dah sakit tapi semangat nak rewang terlalu kuat. Abah memang biasa jadi tukang masak nasi time-time macam ni... Malamnya terus masuk hospital..

Keseluruhan episod di atas, menyebabkan aku teringin sangat nak peluk dan bermanja dengan abah tapi tak reti. Sebab abah macam juga sesetengah bapa tradisional lain yang tak biasa sentuh dan pegang anak dari kecil. Dah besar lagilah... Abah memang sangat penyayang dan tak garang sangat. Kalau kami sakit dialah yang lebih rajin jaga kami dari emak.

Tapi bila dah besar panjang dan bersuami, aku rasa semakin jauh dengan abah. Serasa akulah, kali terakhir abah pegang tangan aku masa aku umur 12 tahun. Masa tu kami berdua ke bandar sebab nak buat kad pengenalan. Abah pegang tangan masa nak melintas jalan.
Selain dari tu, kami cuma salam dan cium tangan sajelah... terlalu formal..
Sejak raya tahun lepas, aku mula cium pipi dia masa minta maaf raya. Dan semalam aku cium pipinya dan peluk bahunya masa jumpa di hospital. Aku buangkan perasaan malu jauh-jauh. Aku perasan abah pun macam terkejut, tapi abah membiarkan saja. Semasa aku nak balik abah menepuk-nepuk bahuku.. Ya Allah sukanya aku!
Aku tak mau menyesal kemudian hari sebab tak tunjukkan sayang aku pada orang yang terlalu banyak berjasa dari aku lahir sampai hari ini. Kini sayang itu mengalir ke diri setiap anak ku pula. Terpancar kasihnya setiap kali memandang kami. Dan aku mau dia tahu bahawa aku sangat menyayanginya, walaupun aku tahu dalam hatinya dia tahu...
Walaupun kami tinggal berdekatan, belum puas rasanya menatap wajahnya. Syndrome 'take things for granted' terlalu tebal. Mentang-mentang dia sihat, boleh bergerak ke sana sini sendiri..
Dulu abah pernah bekerja sebagai penoreh getah dan kemudian menjadi pengawal keselamatan stor JKR sehingga bersara. Kini abah cuma berehat dan beribadat sepenuh masa. Abah juga jadi imam di surau kami. Alhamdulillah, aku rasa amat besar nikmat Allah tatkala berjamaah di surau dengan berimamkan abah dan berjamaah di sebelah emak. Syahdunya masyaAllah..


Ya Allah, panjangkanlah masa untuk aku menunjukkan kasih sayangku pada abah. Kau sihatkanlah dia dan panjangkanlah umurnya. Amin

1 comment:

roszana said...

Mid tadi aku jumpa abah ko. Aku tegur dia pasal dia masuk spital tu.... Cepat2 dia kata sehari je dan kata dia ok.
Ala mid Abah kita ni sama je, jenis yang tak pandai nak tunjuk kasih sayang.... Tapi apa pun dia abah kitakan. Kita beruntung masih ada kedua-dua orang tua berbanding kekawan yang lain. Aku doakan abah ko dan aku sihat.