Ads

Showing posts with label saja-saja cerita. Show all posts
Showing posts with label saja-saja cerita. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Che Mid pun dapat award gak..!


Terima kasih daun keladi pada Kakzakie atas kesudian memanjangkan award ini pada blog Che Mid yang tak seberapa ini. Teramat besar hati sekali terpilih kerana seperti diketahui Kakzakie mempunyai followers yang amat ramai dibandingkan dengan blog ni yang masih merangkak mencari peminat.


Teringin berkongsi award tapi tak pandai nak link. Jadi pada tuan rumah berikut sila ambil award di atas dengan segala hormatnya.


Jejaka Desa

Adnazthie

Lina Rahim

Indahhouse

Sang Pemerhati

Sonata Kancil Biru


Anis The Bumble Bee


Teratak Amir Amira


Terima kasih pada anda semua kerana sudi mengikuti blog ini. Harap terus setia....Blog ini juga mencecah 100 pengikut - satu pencapaian besar buat Che Mid yang terpaksa mencuri masa BW kerana 'bersaing' dengan Deeja yang sentiasa mahu sepenuh perhatian dari ibunya.

Thursday, July 7, 2011

Saya Tengah Diet

Seorang makcik di sebuah kantin sedang sibuk melayan kerenah pelanggannya membungkus lauk-pauk. Orang ramai sedang berbaris!!

Pelanggan lelaki     :  " Makcik, saya nak nasi putih lauk telur goreng dengan kari ayam. Kuah kari kasi banjir.
                                  Bungkus!

Mak cik                : " Itu aja!"

Pelanggan lelaki     : " Hmm! Tu je!"

Mak cik                :  " Ok, siap, RM3.00 saja"

Pelanggan lelaki tu pun berlalu. Tiba pula pelanggan perempuan. Dia tersenyum sambil menyapa.

Pelanggan perempuan :

" Makcik, saya nak lauk ikan terubuk bakar. Bagi bahagian ekor ya! Tak nak yang besar, bagi yang sedang-sedang je. Saya tak boleh makan bahagian kepala, geli!!. Lepas tu bungkus lauk sayur pucuk manis masak lemak. Kuah asing ya? Nanti kejap! Kuah masak lemak pucuk manis ni pakai santan, kan? Tak naklah mak cik, saya tengah dietlah tak boleh makan lemak-lemak. Kalau macam tu makcik bungkus saya sambal paru jelah, jangan letak banyak sangat minyak. Sayur pulak makcik bungkus saya ulam-ulam jelah. Ulam-ulam tu ambil yang hijau-hijau ya mak cik. Mak cik tau tak ulam-ulam hijau baik untuk awet muda? Makcik tengoklah kulit saya ni nampak remaja je walaupun anak dah tiga, tapi tak nak ulam jantung pisang, nanti anginnn... kentut-kentut tak vouge pula! Petai? Please... saya orang bandar tak makan petai-petai ni! Eww.. Hah, saya nak nasi separuh aje makcik. Lauk-lauk semua asing macam saya cakap tadi tau! Err.. beri tisu ekstra ya makcik!"

Sambil pelanggan perempuan itu mengelap-ngelap mukanya dengan tisu, dia sempat membelek-belek lauk dalam dulang beberapa kali sambil menjilat-jilat bibirnya dan menghisap jarinya yang terpegang ikan terubuk bakar tadi.

Sebelum beredar, pelanggan perempuan itu sempat berpesan pada makcik itu supaya memasak ayam percik kegemarannya, tapi bahagian paling disukainya dada ayam bukan bontot ayam sebab banyak sangat kolestrol.

" Nak jaga badan makcik oi!". Makcik itu mengangguk-angguk, tidak sempat membalas kata-katanya sebab ramai lagi pelanggan perempuan menunggu giliran. 

Sumber : Mastika Julai 2011

Che Mid tambah - Tu baru seorang pelanggan perempuan, kalau sepuluh....                                     

Sunday, May 15, 2011

Salah Gear

Sesiapa yang dah ada lesen memandu tentu tahu macamana nevesnya masa ujian memandu. Serba tak kena dibuatnyakan.. Che Mid sendiri terpaksa ambil dua kali ujian baru lulus. Kali pertama, enjin kereta mati masa ujian atas bukit. Nasib baik tak menggelongsor ke belakang kih kih kih..

Yang Che Mid nak cerita adalah pengalaman seorang rakan perempuan Che Mid yang baru dikenali di Sg Petani. Kita panggil dia Azi je la ya..

Azi ni bertubuh kecil. Ketika kelas memandu, dia guna kereta kancil saja. Tapi bila taim ujian, Azi dikehendaki memandu kereta Iswara. Dalam hati menyumpah-nyumpah sebab ada sorang tu yang tinggi lampai dapat naik kereta kancil. Dia dah merayu pada pegawai JPJ supaya tukar kereta tapi tak dilayan.

Masuk je kereta Azi menggelabah tak tentu arah. Tapak kaki terasa jauh sangat nak mencecah klac dan brek. Nak ejas kerusi tu taklah pulak berani sangat. Pegawai pemeriksa JPJ tu pulak teramat garang rupanya. Walaupun berbadan kurus tapi misai melenting.  Azi tak berani menoleh kanan kiri, apalagi nak pandang wajah pegawai tu.

Ketika memandu di jalan raya, Azi tambah saspen. Disebabkan Azi ni rendah, dia jadi kelam kabut ... mana nak tengok trafik, mana nak pastikan kaki tu mencecah klac dan brek... mana nak tukar-tukar gear lagi..Mata Azi terus fokus pada jalan raya. Pegawai di sebelahnya senyap sunyi.. sepatah kata tak berbunyi, cuma tangannya sesekali mengurut misai melentingnya.

Bila kereta mereka nak sampai ke simpang jalan besar yang ada lampu isyarat, Azi bersiap mula memperlahankan kenderaannya. Kakinya bersedia menekan brek, dan tangan kiri mula meraba-raba mencari gear.. tapi semakin dia menekan brek, kereta berbunyi gegar.. grrr...grrr. 

Tangan kiri Azi pun terus menggerak-gerakkan gear ke kiri ke kanan.. ish kenapa masih berbunyi .. grr grrr...Azi semakin cemas!!

Tiba-tiba, pegawai misai melenting bersuara, " Awak pegang apa tu?". "Er.. gear encik", jawab Azi.

"BUKAN!! ITU LUTUT SAYA!!..

Merah padam muka Azi tak tau mana nak letak... ! Tetapi walaupun macam tu, Azi lulus ujian memandunya. 


Friday, April 29, 2011

Asam

Suami Che Midkan, kalau memandu jauh-jauh mesti ada stok makanan untuk dikunyah  supaya tak mengantuk. Kadang-kadang, dia akan beli siap-siap. Kalau tak pun Che  Abang akan berhenti di stesyen minyak atau R&R untuk top-up stok. 

Si kecik Deeja kan, sekarang ni galak mengemas barang. Benda dalam kabinet akan dikeluarkan.. dan benda luar kabinet akan dimasukkan. Pernah anak kunci dan pad lock pintu dapur, dia masukkan dalam periuk dan tutup siap-siap. Botol spray air untuk gosok baju, Che mid jumpa di tempat simpan beras..

Eh, ada kaitan ke dua-dua cerita tu...adaaaaa...

Satu hari, sedang Che Mid menyiapkan bekalan jajan che abang yang semalam di beli di Pekan Rabu, Che Mid nampak ada bungkusan asam berwarna hitam yang dah terbuka.. Che Mid fikir biasanya itu baki jajan dari trip sebelum ni... "Abang, ni jajan asam ni nak bawak sekali ke...?" tanya Che Mid. "Bolehlah.." jawab Che Abang - suami yang percaya handred persen pada sang isteri.

Che Mid pun masukkan sekali 3-4 bungkusan kacang, biskut dan asam tu tadi dalam satu beg plastik dan letak dekat dengan gear dalam kereta. Senanglah Che Abang nak buka dan makan dalam perjalanan nanti. Che Abang tu, bila mengunyah nanti, dia tak pandang sangat pun bungkusan tu.. main capai-capai dan raba-raba je.. lepas tu sumbat dalam mulut..

Kira 2 jam selepas Che Abang bertolak, Che Mid dapat panggilan darinya.

"Abang tengah makan kacang ni... bila dah rasa mengantuk .. abang nak makan asam pulaklah..bila gigit je.. hish.. apa ni..dahlah masam yang amat.. pahit pulak tu.." Alamak! Apa benda yang dah aku kasi kat laki tu.. 

"Ida bagi abang asam keping la..." kata Che Abang sambil ketawa besar.. 

Baru teringat, si Deeja dah keluarkan paket asam keping dari kabinet dapur. Untuk elakkan dia main lagi, Che Mid letaklah atas kabinet.. tinggi sikit.. Deeja tak dapat capai. Rupanya..ibu yang capai.. siap buat bekal abah..

Rupa sebenar asam keping yang telah memperdaya Che Mid.. sape pun boleh konfiuskan kan kan..!

Wednesday, December 8, 2010

Sg Petani kami datang

Ramai orang tanya soalan ni masa Che Mid nak berpindah ke Sungai Petani (SP). " Kau pindah bawak lori ke?" "Banyak ke barang kau bawak dari Meru?", "Habis tu, sapa duduk rumah sekarang, sewa ke?" dan soalan lain yang sama waktu dengannya.

Kisah benarnya ialah 1) Che Mid tak pindah bawak lori, 2) Tak bawak semua barang, 3) Rumah sekarang tak sewa pun sebab Farhan duduk sorang-sorang.

Che Abangkan jadi wiken hasbe selama lebih kurang sebulan, jadi bila hujung minggu dia balik tu, dia angkutlah barang sikit-sikit.

Pada 20hb November barulah pindah betul-betul. Che Mid pindah pakai 2 kereta. Che Abang bawa kereta dia ( Farah dan Deeja duduk belakang) dan Che Mid bawak MPV 2 tingkat... ha banyak jugak barang kami boleh angkut.

TV besar dah angkut awal dulu. Langsir rumah dah siap pasang. Pakaian dah bawak sikit.  Peti sejuk, dapur gas dan tilam dah beli baru. Mai tengok apa benda lagi kami bawak!


 Inilah MPV 2 tingkat Che Mid. Tuuu! Yang atas tu .. pun isi barang gak! Kira 2 tingkatlah... macam bas ekspres he he. Atas tu kami letak baju-bajuan, bantal-bantalan dan selimut.

 Bukan main siksa Che Abang nak angkat mesin basuh 14 kg ni. Beria-ia dengan si Faris. (Ayan takde dalam bab ni... dah keluar dari pagi lagi..) Akhirnya Abah Jamil datang tolong si menantu ni. Tak sampai seminit... SIAP..

Barang lain yang kami bawak ialah periuk nasi, periuk lauk pauk, blender, meja tv kecik, pinggan mangkuk, radio dll. Lesung batu tak bawak sebab Ayan suka guna lesung bila nak buat rempah nasi goreng. Che Mid ingat nak beli lesung kat Pekan Rabu, e eh ada ke jual lesung kat situ?
Sebakul besar kain baju, lepas tu ada lagi satu beg besar...mana nak simpan tu. wodrob baru kat SP cenonet je!!


Ya betul!! Deeja draiv sampai SP! Tak caya ke!!

Che Abang naik kereta ni. Farah dan Deeja duduk belakang. Che Mid bawak Ria dengan Faris. Dalam perjalanan kami berhenti makan di Behrang, berpiknik nasi lemak daging goreng yang Che Mid masak awal pagi tadi.


Suku sakat yang turut menyaksikan keberangkatan kami. Si farah tu asek nak nangis je..
Che Mid sibuk on the fon dengan Akmal, kawan Ayan yang sedih sangat tak dapat tengok Deeja sebelum bertolak. Memang kawan-kawan rapat Ayan pun suka sangat kat Deeja tu..
Inilah rumah baru kami di SP. Sebelah kiri dah ada jiran tapi jarang ada di rumah. Selang serumah ada juga jiran tapi nampak macam keluar pagi balik malam... jadi Che Mid rasa akan mati kutu duduk SP ni...walah... walah..

Apa pun kami disambut oleh 'rakyat' Kedah...
Iya, segerombolan lembu-lembu singgah di depan rumah kami sambil makan petang... Adalah 25 ekor.. tu sebab Che Mid tak ajak masuk rumah.. tak cukup besaq kah kah!

Tuesday, November 30, 2010

Diraikan Sebelum Berpisah

Pada Hari Raya Haji lepas, keluarga Che Mid beraya dengan mak mertua di Shah Alam, rumah adik ipar. Malam tu, Farah dan Faris bersama sepupu sebelah abahnya ambil angin di I-City, Shah Alam. Semuanya tidur rumah  Mak Lang malam tu..Nampak macam best je..

 Lepas jalan-jalan, makan-makan di McDonald pulak. Semua sekali 12 orang termasuk Mak Lang dan Pak Lang.. Emm.. sape belanja tu??


Bersantai di I-City


Sebelum tu main boling di Alam Central. Tentu kecoh sebab lebih banyak masuk longkang dari strike kan!!

 Sembilan orang sepupu bergambar ceria.. kalau tengok balik gambar ni 10 tahun lagi, tentu korang gelak sakan.. Terima kasih Mak Lang dan Pak Lang, lain kali ajak Mak Ngah sekali na...

Esoknya, kami makan tengahari di rumah Pakcik Che Mid. Saja Che Mid mintak nak makan dengan Cik Surur dan Cik Jah sambil bermanja-manja sebelum pindah ni..Cik Jah memang rapat dengan Che Mid, kami berjiran dari kami kecik-kecik lagi..

 Bersedia untuk menikmati hidangan istimewa air tangan Cik Jah yang memang pandai masak!!

 Antaranya, lepas pulut orang Jawa. Sayang Che Mid dah terlalu kenyang untuk makan lepat ni. Sampai sekarang menyesal tak sudah!

 Tumis babat atau perut lembu korban. Memang sedap walaupun liat sedikit. Faris suka mencuba makanan baru, tapi Farah dan Ayan tak berani cuba..

 Ini sayur beneng kobis dan kentang, siap dengan ikan masin dan sambal belacan.. hai yang mana satu nak makan ni??

 Daging korban goreng.. memang sodap yu!! segar dan manis..

 Ikan bilis hitam goreng garing..rangup dan menyelerakan

 Tak lupa salad Melayu...

Berapa kali Che Mid tambah nasi pun tak ingat.. sedar-sedar dah kenyang. Alhamdulillah, Che Mid doakan Cik Jah suami isteri dipanjangkan umur dan murahkan rezeki. Sentiasa sihat walafiat di sisi cucu-cucu tercinta..

Sehari sebelum pindah, tiba-tiba kami dijemput minum petang di rumah adik Che Mid pulak. Adik-adik perempuan dan keluarga datang kecuali Adik Lina yang kerja lebih masa.

 Juadah simple tapi hot!! Lempeng dibuat oleh Acik dan sambal tumis terlebih pedas dari Adik Nor.

 Acik buat cengkodok bilis pun cecah sambal terlebih pedassss!! Adik Nor salahkan cili kering tu!! Mengancam habeh!! Minum pulak dengan air panas kacip fatimah, fuhh cannot imajin yu!! So hot and spicy!!

 Tapi dinaturalkan oleh pengat keladi kesukaan Che Mid. Masa mengandung deeja hari tu, Adik Nor jugak yang masakkan pengat ni untuk Che Mid makan!!

Kami berkumpul sampai lepas Maghrib. Emak, Abah pun ada. Terima kasih adik-adikku kerana susah payah memasak untuk akak ni. Nanti mai SP akak masak spesel tuk hang na!! Bila nak mai??




Tuesday, November 16, 2010

Jom bersenam dengan Deeja

Makcik-makcik, anti-anti.. pakcik-pakcik dan angkel-angkel..mari ikut Deeja eksesais.. kuruskan badan anti dan angkel yang dah kembang-kembang tu ya!! Mula-mula angkat dua-dua tangan macam ni!!dan lompat-lompatkan kaki. Buat 10 kali..


Lepas tu duduk, unjurkan kaki kiri dan rendahkan badan macam ni... kira 1 sampai 10. Buat sampai boleh.. walaupun dihalang oleh perut anti dan angkel yang macam ada baby tu..


Ha.. jangan main citing tau!! Lepas tu luruskan kaki kanan ke depan, kaki kiri ke tepi macam ni...sengetkan badan ke depan.. kira 1 sampai 10. Lepas tu ke kiri pulak.. buat sampai penat..


Seterusnya senaman muka...

untuk awet muda...

Buka mulut seluas yang boleh, nak jelir lidah sekalipun boleh takde masalah..buat lama-lama, tapi kalau nampak lalat cepat-cepat tutup mulut tu..!!

Akhir sekali

tiru macam ni



 


Memang cantik muka anti dan angkel kalau buat macam ni.. ha ha !!

Tuesday, November 2, 2010

Soto punya pasal!!

Hei .. Ramainya...Cuba kira, ada berapa orang semuanya??

Ada SEBELAS orang kesemuanya. Che Mid, Mak Nenek, Ayan, Farah, Faris, Deeja, Mak Uda, Haziq, Huda, Adam dan Ashman. Mana kita orang pergi ni?? Asalnya Che Mid ajak Mak Nenek je... lepas tu 'calling' sana sini dah jadi sebelas orang.. Saja nak bersuka-suka sebelum kami pindah jauh kan..

Kami pi pekena soto ni di Kampung Bukit Kapar, (kampung sebelah). Selalu dengar cite soto dia sedap tapi kami tak pernah rasa. Malam tu, kami terjah. Rupanya, ada sate, nasi ayam dan lain-lain lagi. Gerai ni, letak di tepi jalan je. Tapi pelanggan memang ramai!!

Soto tempat ni simple tapi sedap. Supnya tak berminyak. Tak campur-campur dengan kulit ayam dan tulang. Patutlah gerai ni bertahan berpuluh tahun... Satenya pun Che Mid suka jugak!!

PALING KECOH!!. kami semua naik SATU kenderaan je. Naik Naza Ria Che Mid. Bersesak sakan, main sumbat je. Belakang sekali 4 orang jejaka remaja. Farah duduk dalam bakul Deeja ha ha.. Tu Deeja tengah nangis sebab kepala terhantuk kat kerusi....

Tuesday, June 16, 2009

Che Mid tak sihat lagi

Assalamualaikum. Masya Allah, rindu sungguh rasanya lama tak jenguk laman sendiri. Bukan apa, sebenarnya Che Mid tak berapa sihat. Bukannya sakit sebab kemalangan hari tu.....
Sebenarnya Che Mid dah disahkan berbadan dua.. dah masuk 9 minggu ni. Alhamdulillah dapat rezeki di usia menjangkau keemasan ni.. a ah... 43 tahun genap 26 Jun 2009 ni. Memang tak disangka betul. Mulanya doktor kata period terganggu disebabkan hentakan kuat masa kemalangan, alih-alih dapat rezeki baru...
Jadi sekarang ni, Che Mid sedang mabuk sakan... tak boleh bau bawang, bau wap nasi dan macam-macam lagilah.. tak boleh masak langsung. Geli je rasa bila masuk dapur. Tapi masalahnya... asyik lapar je.. nak maaakan memanjang.. kalau lapar sikit dah rasa nak muntah.. bila dah macam tu.. mulalah melepek je.
Buat sementara ni.. nampaknya blog che mid ni slow sikit lah.. walaupun dah ada artikel standby.. entah.. rasa malas je nak edit gambar atau buat karangan. Ni pun.. sebab rasa bersalah sangat tak update.. jadi gagahkan jugak ni..
Ok, sampai ketemu meneng yo.. dongakke waras-waras wae..
Bye

Thursday, May 28, 2009

Jom cakap Jawa 2

Ndas ku sakitla..berdenyut-denyut rasanya
Kepala aku sakitlah... nyut-nyut rasane

Nopo si?
Kenapa?

Embohlah.. orak cukup turu agak eh
Entahlah.. tak cukup tidur kut

Wes mangan ubat?
Dah makan ubat?

Hurong.. kue due panadol poh orak?
Belum.. engkau ada panadol tak?

Ono.. engko pak jikok ke yo..
Ada.. nanti aku ambikkan ya..

Thursday, May 21, 2009

Berani ke???

Che Mid tengok-tengok gambar dalam fail ni, ternampak gambar ketika di Danga Bay dua tiga bulan lepas. Meh perati tengok gambar ni...






Beca roda tiga.. ehh tak.. roda banyak. Rasanya kena bayar bila nak nak beca roda banyak ni..

Che abang bergaya bersama patung mat rempit di luar kedai aksesori motorsikal.. tapi kalau nak tau.. dia paling tak suka naik motor (ataupun.. boleh kata.. tak tau pun bawa motor...)



Ha.. part ni la yang kelakar ni.. ada kedai menjual t-shirt tulisan pelik-pelik. Berani pakai?? Sape berani pakai.. memang terer....... atau... gila!!



































Yang akhir ni... kira oklah jugak kan..




Wednesday, May 13, 2009

Jalan-jalan Tengok Pengantin di Batu Laut

Pada 2 Mei 2009 yang lalu Che Mid sekeluarga berjalan-jalan tengok pengantin ke Batu Laut, Sepang, Selangor. Kali ini pun, pengantin perempuan bernama Cik Mastura, staf Naza juga. Maaf Mas, Che Mid dan 'terhilang' kad jemputan jadi tak de detail pasal pengantin untuk dicatat.
Kami bertolak dari Klang kira-kira jam 12 tengahari melalui jalan Banting - Morib - Batu Laut. Selepas pantai Morib, kelihatan laut dan pantai di sepanjang perjalanan. Kalau terus lagi, boleh sampai ke Bagan Lalang dan Port Dickson.

Macam biasa, che abang pandu Che Mid jadi navigator... ikut arahan dalam kad.. Dia kata," senang je kalau cari rumah kampung ni... masuk simpang sana, masuk simpang sini dah sampai." A ah.. ya lah tu. Mula-mula tu memanglah macam senang.. semakin jauh ke dalam, makin sesat. Bukan dekat punya sesat... dah sampai ke Kampung Kundang!!. Nasib baik ada pakcik naik motor tolong tunjuk jalan. Punya baik hatinya dia, sampai ke rumah pengantin dibawaknya.




Inilah jalan masuk ke rumah pengantin. Pokok-pokok merimbun di kiri kanan jalan 'mengaburi' pandangan kami walaupun tanda ke rumah pengantin terpacak di tepi jalan. Memang kami dah lalu jalan ni, tapi dari masuk kiri... kami masuk kanan.. langsung ke kampung sebelah.


Suasana kampung memang nyaman dan segar. Banyak dusun buah-buahan rupanya. Nasib tak baik, masa ni tak de pulak buah bergayutan.. durian ke, manggis ke, lain-lain ke... kalau tak boleh jugak tumpang sebakul.. he he





Dah sampai pun.. kena lalu tepi dapur dulu. Sedara mara pengantin memenuhi halaman rumah bergotong royong 'rewang'.




Inilah rupanya pengantin baru kita... masa kami sampai kedua mempelai sedang makan beradap.. ada ke makan beradap.. makan bersebelahlah..

Atas permintaan ramai, pengantin berkaraoke berdua pulak.. romantika di amor tu..

Anak daraku bergaya atas jambatan bersama bunga telornya..



Pengantin sibuk melayan tetamu. mereka berjalan dan bersalaman dari meja ke meja. Tentunya ramai yang mengucapkan tahniah dan kekal hingga ke anak cucu.


Hidangan pengantin - Ada nasi minyak, rendang daging, dalca, ayam masak merah, lemak nangka dan lain-lain.

Anak beranak tersenyum bergambar. Ibu punya senyum macam tak jadi je.. tapi baju ibu 'matching' dengan tema pengantinlah.. oreng dan oreng!!


Saudara Azriel dan isteri, staf Naza, sedang menjamah hidangan. Datang jauh dari KL ke Batu Laut. Dengarnya, rakan-rakan Naza yang lain meraikan pengantin di rumah pengantin lelaki keesokkanya di Kampung Malaysia Tambahan.. ohh.. mengelat ya!!



Sikecik ni bukan main posing lagi .. leka tengok pengantin nyanyi la tu..


Pengantin bergaya dengan adik kecil ini yang mengalahkan pengantin pulak glamornya..




Tengoklah tu.. jadi gadis dan bunga ya.. kalau ikut adat omputeh.. sesiapa yang menerima bunga pegang pengantin, dialah yang akan berkahwin lepas ni. Ha.. adik kecik ni.. dah ada boyfren ke.. jangan lupa jemput acik nanti ya..



Sebelum berangkat pulang, kami pun bergaya jugak dengan pengantin di atas pelamin. Kami doakan semoga pengantin berbahagia sampai bila-bila. Lepas tu.. suami tanya pengantin perempuan, " Bila nak start kerja balik?"... apalah punya bos.. time-time nilah nak tanya pasal kerja .. hishh.. sporting la sikit, bos dulu pun macam tu gak.. kan..kan
Lepas tu, kami berjalan-jalan ke pantai Bagan Lalang. Sat lagi.. kalau rajin.. che mid masukkan dalam posting lain lah ya..