Ads

Friday, April 29, 2011

Asam

Suami Che Midkan, kalau memandu jauh-jauh mesti ada stok makanan untuk dikunyah  supaya tak mengantuk. Kadang-kadang, dia akan beli siap-siap. Kalau tak pun Che  Abang akan berhenti di stesyen minyak atau R&R untuk top-up stok. 

Si kecik Deeja kan, sekarang ni galak mengemas barang. Benda dalam kabinet akan dikeluarkan.. dan benda luar kabinet akan dimasukkan. Pernah anak kunci dan pad lock pintu dapur, dia masukkan dalam periuk dan tutup siap-siap. Botol spray air untuk gosok baju, Che mid jumpa di tempat simpan beras..

Eh, ada kaitan ke dua-dua cerita tu...adaaaaa...

Satu hari, sedang Che Mid menyiapkan bekalan jajan che abang yang semalam di beli di Pekan Rabu, Che Mid nampak ada bungkusan asam berwarna hitam yang dah terbuka.. Che Mid fikir biasanya itu baki jajan dari trip sebelum ni... "Abang, ni jajan asam ni nak bawak sekali ke...?" tanya Che Mid. "Bolehlah.." jawab Che Abang - suami yang percaya handred persen pada sang isteri.

Che Mid pun masukkan sekali 3-4 bungkusan kacang, biskut dan asam tu tadi dalam satu beg plastik dan letak dekat dengan gear dalam kereta. Senanglah Che Abang nak buka dan makan dalam perjalanan nanti. Che Abang tu, bila mengunyah nanti, dia tak pandang sangat pun bungkusan tu.. main capai-capai dan raba-raba je.. lepas tu sumbat dalam mulut..

Kira 2 jam selepas Che Abang bertolak, Che Mid dapat panggilan darinya.

"Abang tengah makan kacang ni... bila dah rasa mengantuk .. abang nak makan asam pulaklah..bila gigit je.. hish.. apa ni..dahlah masam yang amat.. pahit pulak tu.." Alamak! Apa benda yang dah aku kasi kat laki tu.. 

"Ida bagi abang asam keping la..." kata Che Abang sambil ketawa besar.. 

Baru teringat, si Deeja dah keluarkan paket asam keping dari kabinet dapur. Untuk elakkan dia main lagi, Che Mid letaklah atas kabinet.. tinggi sikit.. Deeja tak dapat capai. Rupanya..ibu yang capai.. siap buat bekal abah..

Rupa sebenar asam keping yang telah memperdaya Che Mid.. sape pun boleh konfiuskan kan kan..!

28 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Che Mid,

Kalau asam jawa celup gula sedap gak kan,

~izan~ said...

laa..konon2 nk sorok dari anak ye kak,tp maknya plak tersalah capai hehe..

senyum sorg izan baca citer akak..mula2 mmg mcm takde kaitan citer deeja ngemas dgn mkn asam rupa2nya mmg kena hehe...

AzMask said...

hehehe... tergelak saya baca entry che mid..

Kakzakie said...

Assalamualaikum Che Mid,

Astaghfirullah asam gelugor la ye...:) Itu baru betul-betul tak mengantuk Che Mid....

Yati said...

La, kesian Che Abang Kak Mid. Betul cakap Kakzakie di atas, tu baru betul-betul hilang ngantuk. :D

Lina Rahim said...

tu betul2 tahan ngantuk tu..

nur said...

AsSalam Che Mid,
Salam kenal ya.. sebut pasal asam keping ni, saya dengar ada petua kata.. kalu beli asam keping jangan kita terbeli yang kaler terlebih hitam.. sebab yang kaler hitam pekat biasa yang kena hujan time diaorang jemur.. Wallahu'alam.

p/s: suka tengok gambar2 kat blog che Mid.. cantik dan terang.. best cuci mata.. :)

noorsafone said...

Salam kenal Cik Mid...ok lah tu asam keping...terus hilang ngantuk...segar terus...

Myfrin's story said...

Salam, che Mid. Asam keping memang mujarab menghilangkan ngantuk. Tengok, sampai suami che Mid pun boleh ketawa, hihi.....:D

Che Mid said...

kunang-kunang - ce cuba he he

Che Mid said...

izan - tu la dia... lepas ni tak tau apa lagi deeja nak buat.. redha je le

Che Mid said...

azmask - gelak ya! nasib baik che abang I tak mare..he he

Che Mid said...

waalaikumsalam kak zakie - ha ha buntang bijik mata terus!!

Che Mid said...

yati/ lina - aitt... nak cuba ke!

Che Mid said...

Nur - ok, lain kali beli yang tak berapa itam... nampak beza sikit dari warna asam jajan tu..

Che Mid said...

nur - t kasih suka tengok blog che mid, harap jangan jemu ya

Che Mid said...

noorsafone/ myfrin - a ha ya lah tu.. tapi takka ku sanggup melakukannya lagi.. oh tidak!

mama ju, said...

Aslkm Che Mid

Asam keping..masamnya...
Suami saya tak pandai pulak nyam2 ni..sekadar minum air je..

Mila@Rimbun said...

hehehe.. mmg asam betul ler uh.. asam keping

hani@debumelukut said...

hahahaaaaa...kelat2 pun masam jugak..tq kerana follow akak dan salam kenal .

azieazah said...

Salam MIDAH.
Saya masuk membalas kunjungan.


hahahaha tergolak. Tapi asam keping pun dikira alternatif sesuai untuk ubat mengantuk, kan?

Che Mid said...

mama ju - waalaikumsalam, ha eloklah tak reti mengunyah masa memandu.. taklah macam abang kita tu .. boroi..

Che Mid said...

mila - he he biar terlebih masam.. jgn kurang asam kan

Che Mid said...

hani / azie - jom kita jual asam keping kat R&R.. laku punya

Adnazthie said...

Assalam Che Mid

Tak tahan ketawa...sampai Fathieha tanya..kenapalah ngan mama ni

Jejaka Desa said...

Baru ye hilang ngantuk bahan asam gelugor.

Che Mid said...

adnaz - bawak fathieha g dapur, tunjuk kat dia asam keping tu..

Che Mid said...

JD - nasib baik tak sakit perutkan..