Ads

Saturday, April 23, 2011

Laksa Lagi..

Kan Che Mid dah cakap, di Kedah ni merata orang menjual cendol dan laksa. Kedai Cendol ni Che Mid jumpa masa kami ronda-ronda ikut jalan lama Jeniang menuju ke Sik.
Kedai ni memang luas dan selesa. Ikut dari ruang tempat letak kenderaan, memang boleh agak tempat ni ramai pelanggan. Ada tempat duduk berbumbung rumbia dan duduk bersila. Kira kreatif jugalah kan..


Peliknya, bahagian dapur terletak di tepi jalan. Maknanya pelanggan akan lalu tepi dapur sebelum sampai ke tempat duduk. Susunan tin susu kosong tu dah jadi trademark tempat ni dan boleh nampak dari jalan besar.

Inilah wajah laksa kedai Cen. Nampak sempoi je..main campak-campak je inggridiennya, kuah tu curraaah baik punya.. bau laksa tu.. fuhh satu kedai semerbak..Tempat lain bubuh telor separuh atau suku, tapi kat sini sebijikkk!! Di tabur pulak dengan cabai melaka hiris..

Rasanya memang fes klas.. Che Mid kasi 10 1/2 bintang. Bila makan panas-panas, gigit sekali cili padi..bayangkanlah sendiri.. Banyak tempat dah Che Mid makan laksa di Kedah ni, tapi laksa Cen yang terbaikk!!







Kita tengok cendol pulak.. gambar tak berapa nak mengancam.. kamera merajuk.. mintak ganti baru la tu..tapi fulamak.. cendol nya lembut dan wangi.. elokkk je masuk mulut.. licin je.. lepas tu dia punya ais dimesen halus mulus gitu..memang kelass!


Ini pulak abc.. pun sedap banget!!

Sape yang dah terlioq. tu, mai sini.. Che Mid bawak ke sana.. bayar sendiri..

21 comments:

mama maman said...

hhheee... nnt kalu nak ke belah sana blh call che mid ye....:)

jalan2 cari makan sesekali best gak...

AzMask said...

sedapnya laksa.. dah lama tak pekena.

Jejaka Desa said...

Tak payoh makan nasi dah weh.Belasoh lakse hari2...

Che Mid said...

mama maman - kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan... eh mana nak carik nyiru ek..

Che Mid said...

azmask - meh sini cepat..

Che Mid said...

JD - ha ha boleh kurus kut..

~izan~ said...

akak,sedap sungguh laksa tu,izan suka laksa utara...tp nk cari yg betul2 sedap tu susah sket..tp ni jauh la plak...

lg sedap kalau yg last tu akak bwk then akak byrkan hihihihi...

Ila said...

jaun sgt lak che mid...hehehe

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Che Mid,

Laksa lawan cendor, baru kena. Pedas lawan sejok dan manis

Che Mid said...

izan - yang last tu akak bawak dan bayarkan kan kan.. sampai sana tinggal bekas je he he

Che Mid said...

ila - tak jauhlah.. masih di malaysia..

Che Mid said...

kunang-kunang - akak, makan pulak tengahari panas membara... muka jadi merah padam, hirup kuah cendol tu kuat-kuat fuhh

azlina said...

assalamualaikum...

che mid baca n3 pasal laksa...wlpun bkn pengemar tegar dah kecur air liur ni..

Permata hatiku... said...

Salam perkenalan kak,

Sedapnya, terliur sudah... Bila la nak sampai kedah tu erk..

mama ju, said...

Aslkm Che Mid

Alamak lambat pulak bagi komen.
cara Che Mid cerita memamg klas...terliuk org kat sini..mana nak cari laksa sedap!

Che Mid said...

azlina - ramai orang boleh buat laksakan.. cara buatnya pun senang je.. tapi nak cari yang kena selera tu yang payah sikit..

Che Mid said...

permata hatiku - meh kedah dekat je.. bukan london.. he he tak yah naik flight

Che Mid said...

mama ju - takpe biar lambat asal kasik komen..

Yati said...

Sedapnya makan laksa dan pekena cendol atau ABC sekali. Yati dah lama tak pekena laksa utara ni. :)

aNiS tHe BumbleBee said...

xpenah lagi singgah sini..padahal dok lalu dah jalan ni dari guaq nk balik baling..

ni kalo speckybee tgk ni,mesti menitik ayaq mata+ayaq lioq ni.keh3x!

SRenungan said...

assalam..
tdi baru singah makan..mee rebus dengan laici kang..hehhe
mee rebus dia mmng sedap.. :)