Ads

Friday, April 15, 2011

Siakap Stim 3 Rasa dan Salad Mangga

 Dah lama tak bercerita tentang bab makan memakan.  Selalunya bila makan di luar, ikan siakap di goreng untuk masak tiga rasa. Tapi Che mid tergerak nak kukus (ekceli masak dalam kuali je..)

Bahan-bahan yang Che Mid guna selain dari siakap segar yang dikukus selama 10 minit ialah nenas, timun dan tomato dipotong kecil. Bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili giling, tom yang paste, sos cili, garam, gula dan perahan limau nipis.

Tumis bahan rempah hingga masak, masukkan tom yam paste dan bahan sayur. Biarkan hingga masak. Bubuh secawan air dan tutup api bila mendidih. Tuangkan atas ikan dan hidang.

 Salad mangga - Sagat mangga, sedikit lobak dan timun (bahagian tengah tak payah). Potong halus sedikit bawang besar dan cili api. Tambah dengan daun bawang untuk wangi-wangi. Sejukkan dalam peti sejuk. Bila nak makan, gaulkan dengan mayonis, garam dan sedikit gula jika suka. Kalau tak cukup masam tambah air perahan limau nipis. Fuh.. memang kow.. sejuk, masam dan pedas..

Nak makan dengan nasi panas pun ok. Che Mid makan tanpa nasi. Ikan segar tak muak sebab makan denga salad yang masam-masam sikit.

Ini tambahan sup sayur - cendawan, lobak, kentang , fish ball campur makaroni untuk suap Deeja...

26 comments:

Adnazthie said...

Assalam Che Mid....

Mak Ai..sodapnyer, terliug. Mengancam gambar-2 tu..

AzMask said...

Wahhh.. sedapnya.. tengok kerabu mangga fresh.. terasa2 kat lidah. kecur liur dibuatnya.

Ila said...

che mid...resepi ...resepi....

mama ju, said...

Aslkm. TK che Mid tghahri ni saya guna resepi ni...hehe dah keluarkan siakap tu. Nampak sedaplah

Che Mid said...

adnaz - siakap banyak kt tesco, balik kerja nanti sambar sekor..

Che Mid said...

azmask - mid baca komen az pun terliur semula ish ish

Che Mid said...

ila - resepi olah sendiri, tu sebab air tangan setiap ibu itu berbeza rasa kan..

Che Mid said...

mama ju - waalaikumsalam. mudah-mudahan Allah memberkati orang yang memberi dan menghargainya. Amin

norliza_osman said...

Sedapnya.. kat cini dah terliur..

Ayah Zain said...

salam che mid

ermmmmm. terasa lapar pulak ni

Ibu Ayra said...

ish...ishh...ishhh ikan 3 rasa tu...terliuq aihhh.... dapat ratah sedap tu...

sonata anak kancil said...

sedapnya ikan itu...nak buat cara Che Mid jugak lah....tk kongsi resepi

Sari Yusa Ibrahim said...

bagus ni, kurangkan kolesterol.. nak cuba jugalah lain kali kukus sambalnya sweet sour...

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Che Mid,

Bestnya nampak salad mangga tu. Boleh cuba nanti.

Terima kasih singgah dah jadi rakan blog kak ani.

mama maman said...

aduh... selera la tgk pic pun...:)

Anonymous said...

Sedap nampak Salad mangga...nnt masak lebih jemput sy p makan ok! Sy tggal tak jauh dr rumah akak...:-)
Salam perkenalan...

Che Mid said...

Liza - hujung minggu nanti boleh cuba la..

Che Mid said...

Ayah zain - t kasih sudi singgah

Ibu ayra - che mid pun ratah je ari tu, tanpa nasi..

Che Mid said...

sonata - sila cikgu.. cuti sekolah nanti buat ya

Che Mid said...

sari - ya tak ya jugak, boleh kurangkan kolestrol.. tak perasan pulak

kunang-kunang - akak ni mesti suka makan masam-masam kan macam anak dara saya farah..

Che Mid said...

anonymous - sapa ni, kenalkan diri la.. ok, kalau terserempak in person nanti tegur che mid ya..mesti tau

Lia said...

walaweii.. sedapnya lia tgk.. terus rasa lapar.. ^__^

ummu said...

assalamualiakum chemid
wah2 terliur tengok siakap 3 rasa.
baru smelam makan ikan siakap 3 rasa ni sampaikan akwan yg pregnant pun terliur tengok saya makan dengans elranya siakap ni.:)

Che Mid said...

Lia - lain kali kita masak lagi lah.. awak jemput datang ya

Che Mid said...

Ummi - t kasih sudi jengok rumah ni.. jumpa lagi nanti

Yati said...

Kak Mid, nampak sedap dan menyelerakan lauk pauk akak masak tu. :)