Ads

Wednesday, April 13, 2011

3 Cerita 1 Masa


CERITA 1

Kisah terjadi pada hari Sabtu, 2 April 2011 di Lebuhraya PLUS Alor Star - Gurun / Sg Petani kira-kira jam 4.45 petang.  Kami baru lepas menghantar Farah balik ke asrama dan dalam perjalanan balik ke SP.

Selepas me'tac n go', kereta ria kami menyusur masuk ke lebuhraya. Tiba-tiba kereta berbunyi agak kuat seolah-olah tersangkut sesuatu pada roda. Panik!.. suami pun perlahan-lahan memberhentikan kereta. Lantas turun dan memeriksa jika  tayar pancit. Tapi tiada apa yang pelik kecuali bau hangit yang agak kuat.

Suami menghubungi sahabatnya meminta tolong. Sementara menanti, tiba-tiba  ada dua kereta berhenti. Rupanya kawan sepejabat termasuk salah seorang staf suami kebetulan melalui jalan tersebut.

Menjangkakan kerosakan kereta yang agak teruk dan takut bahaya jika meneruskan perjalanan, suami meminta Che Mid, Faris dan Deeja balik dulu ke SP menumpang kereta Azrul sementara seorang lagi, Ramdan, menemani suami sehingga bantuan tiba.

Hampir senja kereta kami di tarik ke bengkel di Mergong, Alor Setar dan kami ambil balik keesokkannya. Rupanya bering kereta tu pecah dan kami difahamkan kerosakn begini boleh berlaku tanpa sebarang 'tanda'. Tiba-tiba je boleh rosak.

 


CERITA 2

Semasa berhenti di tepi jalan tu kira-kira setengah jam, kami ambil peluang menikmati pemandangan bendang yang luas terbentang. Musim menuai dah pun selesai dan petani sibuk membajak tanah sawah mereka.

Che Mid terpandang parit atau tali air (tak tau istilah sebenar) berhampiran sawah dan ternampak percikan demi percikan air dari parit itu menunjukkan banyak ikan di situ. Terjerit-jerit kesukaanlah Che Mid (macam budak kecik..) kalau boleh mahu saja Che Mid melompat ke parit tu.

Ada pula dua orang kakak memakai kain batik menaiki motosikal berhenti di tepi parit sambil memerhatikan sang ikan berlompatan ke sana ke mari. Entah apa yang dibualkan, mereka pun beredar tidak lama selepas itu. (Gambar ada ambil tapi kabur... tak layak untuk ditayang di sini)

Tidak lama kemudian salah seorang dari mereka datang semula bersendirian. Kini memakai seluar panjang, bertopi dan membawa sebatang pancing. Wah! Jadi minah pancing .. jeles I. Yalah, kan I yang nampak dulu ikan-ikan tu.. tu kira ikan-ikan I la..

CERITA 3

Semasa dalam perjalanan pulang, kan Che Mid dihantar oleh Azrul yang baik hati tu kan.. dalam sepuluh minit macam tu, tiba-tiba jalan semakin sesak.. dan lama kelamaan tidak bergerak. Sah ada eksiden di depan.

Ya Allah!! Memang betul! Sebelum tiba di tempat kejadian kami nampak dua ambulan dah ne no ne no menghala ke Alor Setar, maknanya dah ada mangsa kemalangan dalam tu. Tak putus-putus Che Mid berdoa semoga Allah selamatkan mereka.
 Nampak tak tu! Ada kereta Myvi dah rentung dan bomba dah tak pancut air tapi kereta masih berasap. Mujur tak nampak orang dalam tu..Dan kereta tu berada di lorong Che Mid, maknanya dah 'terbang' dari lorong sebelah ke laluan bertentangan sebab divaide tengah jalan tu tak rosak pun.

Di sebelah sana ada satu lagi kereta terbalik, roda kat atas.  Kalau pembaca perasan, ada ambulan di belakang orang-orang yang berdiri. Ahli paramedik sedang mengangkat beg-beg ke dalam ambulan. Tentu tuan punya beg tu ada dalam ambulan tu kan. Barang-barang peribadi bersepah atas jalan raya. Sebenarnya ada satu lagi ambulan baru sampai. Selepas kawasan kemalangan itu, kami nampak 2 lagi dalam perjalanan ne no ne no ke situ.. hii.. mesti ramai yang cedera.. Masya Allah.




Che Mid tak buang masa, terus kol che abang. Cerita pada dia apa dah jadi dan mintak dia cari jalan lain masa balik nanti. Malam tu, che abang kata orang tarik kereta bagi tahu, seorang mati dan seorang hampir putus tangan.. kecederaan tak cakap pulak.. tapi kalau sampai 6-7 ambulan tentu ramaikan..

Pengajaran -

1) Takpelah kereta kami rosak tepi jalan dan kena bayar upah tarik kereta dan upah riper.. Masih sangat kecil jika dibandingkan dengan kemalangan orang lain hingga kehilangan nyawa.

2) Mungkin kalau tak rosak, kereta kami dirempuh oleh kereta yang terbakar tu kalau kebetulan masa kereta tu melompat ke lorong sebelah, kereta kami sedang lalu..Na'u zubillah

Jadi jangan komplen sangat ..bersyukur dengan musibah yang kecil ini dan mendoakan mangsa lain terselamat dan sabar menghadapi ujian Allah. Amin.




12 comments:

Jejaka Desa said...

Mohon dijauhkan dari perkare2 yang tidak diingini....

AzMask said...

Ada seribu hikmah di atas segala kejadian yang berlaku. Syukur di jauhi musibah.

Che Mid said...

JD - kadang2 kita dah ok, tapi orang lain yang buat tak betul kita jadi mangsa..

Che Mid said...

Azmask - betul tu, maka itulah tak boleh komplen atau bersungut, boleh hilang pahalakan..

Adnazthie said...

Che Mid..alhamdulillah, semua selamat.

Teratak Amir Amira -{@ said...

che mid
tengok gambar kat blog ni cantik2 semuanya walaupun gambar kemalangan. pakai camera ke hp

syariza09 said...

bering rosak tu bahaya oo, sib baik akk x teruskan perjalanan. takut tgk kreta terbakar tu, camnalah leh jd gitu agaknya

Yati said...

Che Mid pangkat kakak pada Yati. Boleh Yati panggil Kak Mid? :)
Tengok gambar kemalangan tu seriau rasa. Mesti bawak laju tu kalau sampai boleh terbang.

Che Mid said...

adnaz - t kasih, mohon dijauhkan musibah...

Che Mid said...

Wa - kebanyaka gambar pakai digital camera olympus fe-310, dah 3-4 tahun juga kamera tu. dah mula meragam tak tentu pasal..tapi bolehlah..gambar deeja kat header tu guna dslr canon, farhan punya..

Che Mid said...

syariza - skrg ni selalu sgt kereta terbakar. Ada orang kata jenis fuel yg kita guna senang terbakar, satu lagi pasal bateri.. ni orang bomba sendiri cakap..

Che Mid said...

Yati - panggil makcik pun boleh.. he he, dengar cite tempat memang selalu sangat eksiden walaupun jalan elok, lurus dan tak sesak.. keras ke?