Ads

Tuesday, May 10, 2011

Tiada Lagi Ucapan Selamat Hari Ibu


 Ramainya orang berkunjung ke rumahku.. maafkan aku kerana tidak menyambut kalian...

 Suamiku Mohd Yusuf yang dicintai.. masih belum puas hidup denganmu namun terbukti kini.. cinta kita hingga akhir hayat..ampunkan dosa-dosaku, halalkan makan minumku, redhakan pemergianku..ku nantimu di pintu syurga

 Putera puteriku - Firdaus, Aisyah, Nurul.. usah ratapi pemergian mama ya sayang..Jaga diri baik-baik dan doakan mama aman di sana..

Anakku Adha - usah termenung panjang sayang. Jadilah anak soleh.. jumpa mama di syurga nanti..

Ini aku.. terkapar kaku.. tidak berdaya.. mohon percepatkan urusanku bertemu Penciptaku..aku tak sabar mahu bertemuNya..

 Sudah tiba masanya aku berangkat pergi - Selamat Tinggal!!

 Pandangan terakhir dari dunia fana. Sampai ketemu lagi di Mahsyar..

Al Fatihah buat Puan Siti Zaleha binti Abdullah, yang telah berangkat ke alam barzakh pada hari Jumaat, jam 3.30 pagi 22 April 2011. Meninggalkan suami dan 5 orang cahaya mata berusia 15 hingga 20an. Allahyarhamah tidak sedarkan diri ketika bertugas akibat darah tinggi dan menghembuskan nafas terakhir di sisi suami dan semua anak-anaknya 3 hari selepas itu... tanpa sepatah kata..

Takziah untuk pakcikku dan sepupu-sepupu tersayang. Cubaan ini teramat besar untuk kalian hadapi, tapi inilah ketentuan Ilahi yang pasti. Tidak pernah terlewat walau sedetik..

24 comments:

Adnazthie said...

Assalam Che Mid...

Al Fatihah buat arwah..semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Permata hatiku... said...

Assalammualaikum...

Salam takziah dari saya, Al fatihah utk arwah.Semoga dicucuri rahmat dan berada di dalam taman-taman syurga. InsyaAllah.

Kakzakie said...

Assalamualaikum Che Mid,

Hati kakak tiba-tiba jadi sayu. Sedihnya melihat keluarga yg ditinggal.

Moga rohnya ditempatkan bersama kalangan yg beriman. Al-Fatihah....

indahhouse said...

Salam che mid,
Al Fatihah buat arwah. Terkejut saya tadi. Tertanya, siapa yg menulis? huhu..
Sedara kak? Memang menginsafkan episod itu. Moga jadi tauladan buat kita yg ajal datang bila-bila masa.

~ yus ~ said...

Salam Che mid...

Al-Fatihah untuk arwah dan salam takziah untuk keluarga arwah. Semoga rohnya di cucuri rahmat...

AzMask said...

Alfatihah & salam takziah.. semoga arwah di cucuri rahmat.

norliza_osman said...

Salam, Alfatihah buat keluarga.. semoga ditempat kan di kalangan orang yang beriman..

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Che Mid,

Alfatihah untuk roh arwah mak suadara Che Mid dan takziah kepada keluarga arwah.

hani@debumelukut said...

Al fatihah buat arwah. Semoga keluarga yg ditinggalkan redha dengan ketentuan Tuhan ini.

Reen Tart Nenas said...

takziah buat keluarga arwah sekeluarga. moga mereka tabah. sayu hati saye, terus teringat arwah babah saye yg baru juga pergi :(

Che Mid said...

adnaz - Amin

Permata hatiku - Amin

Kakzakie - betul tu kak, si aisyah sedang periksa final semester masa tu..

Che Mid said...

indah - akak dah agak. Tapi kalau akak yang 'pergi' pun, harap2 ada yang tolong beritahu dlm blog ni. akak tak rahsiakan password ni..

Che Mid said...

Yus/azmask/liza - Amin

kunang/hani - Amin, harap mereka pun baca entri ni dan tahu yang kita bersama anak-anak tu

reen - al-Fatihah jua buat arwah abah.

~izan~ said...

salam che mid..sedihnyer.takziah kepada seisi keluarga che mid dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman.

sedih tgk anak2 yg ditinggalkan.ye lah,hidup ini sementara,semuanya pinjam dariNya...

Che Mid said...

izan - anak-anak dah dididik supaya berdikari. Pandai jaga rumah dan memasak macam maknya juga..

mamawana said...

Al Fatihah buat bonda tersayang dan semua ibunda yg telah pergi terdahulu. Al Fatihah.

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2011/05/selamat-hari-ibu-saya-sayang-emak.html

Myfrin's story said...

Salam, che mid. Takziah kak ucapkan buat keluarga allahyarhamah.. Sayu hati kak tengok anak2 allahyarham yg masih remaja, teringat anak2 kak sendiri.

Semoga mereka tabah dan moga2 roh allahyarhamah dicucuri rahmat-Nya, amin....

Yati said...

Sedihnya baca. Bila tengok anak-anak bila ibu dah takde, rasa sayu. Alfatihah untuk arwah. Salam takziah dari Yati.

LIPISLADY said...

Assalamualaikum Che Mid,

Saya nak minta maaf berbanyak sebab saya dah tersalah sangka tentang pemergian ibu saudara Che Mid, dan saya menyangka Che Mid yang pergi, dan saya ada membuat entry mengenainya. Maafkan saya yee, saya perbaiki entry tersbut. Wassalam.

LinaRahim said...

hm..kak Mid, terkejut saya..Innalillah..dari Allah kita datang dan dari Allah kita kembali

Che Mid said...

mamawana - bukan bonda, makcik tersayang

Che Mid said...

lipislady - tidak mengapa puan, salah saya juga terover suspen.. namun ia satu peringatan untuk saya yang satu hari nanti akan turut mengikuti jejak mereka yang telah pergi mendahului kita..

Che Mid said...

Linarahim - sebenarnya akak takde pun masa pengebumian tu, tak dapat balik.. anak akak farhan yang hantar gambar, harap2 cuti sekolah dapat balik sempena kenduri arwah.

MindaMalay said...

Tumpang baca...

Aku masih terbayang lagi wajah kawan karib aku yang pergi dahulu sebelum aku...

Semoga dia berada dalam golongan yang diredhai...

Mohon pada mu ya Allah...