Ads

Wednesday, May 25, 2011

Apa Yang Akan Anda Lakukan Jika...

Boleh tak anda bayangkan jika anda mempunyai seorang kakak ipar yang...

1) Sangat sayang kepada suami anda dan sangat memanjakan anak-anak anda, tetapi tidak suka kepada anda. ( Contoh - Bergurau senda dengan suami tetapi buat anda macam tidak ujud walaupun ada di depan mata)

2) Apabila bertandang ke rumah anda, suka tinggal lama-lama dan menjadikan rumah anda seperti rumahnya sendiri ( Contoh - Tinggal lebih dari sebulan -'menguasai' dapur dan tugasan rumahtangga kerana anda bekerja)

3) Memasukkan kain baju yang telah anda sidai di ampaian ke dalam mesin basuh dan mencucinya semula dengan alasan tidak bersih

4) Bila berjalan jauh, dia akan mengeluarkan kain baju anda dan suami dari beg dan memasukkannya semula ke dalam begnya, supaya boleh memantau apa yang anda ambil

5) Mengkritik apa saja yang anda lakukan termasuk masakan dsb tetapi memuji rumah dan masakan orang lain

6) Memarahi anda depan anak-anak sehingga didengari jiran tetangga

7) Bermuka masam dan mencebik emak anda bila emak datang ke rumah anda

8) Pernah menampar anda kerana terlalu marah perkara yang anda sendiri tidak tahu apa puncanya. Suami meleraikan tetapi tidak membela anda hanya berkata, " Sudahlah tu.."

9) Berkata pada anda, " Ingat aku takut kat kau ke!!"

10) Boleh bertandang berjam-jam dan mengadu macam-macam kepada adik kandung anda. Adik sendiri pula seolah-olah 'kamcheng' dan tidak berbuat apa-apa untuk membantu anda.

Ha.. cukuplah 10... dah ada yang tersirap dan naik darah??.. Kalau terjadi kepada batang hidung sendiri, apa yang akan anda lakukan..??

Che Mid akan cerita lanjut tentang kisah benar ini setelah menerima maklum balas anda..

21 comments:

norliza_osman said...

oh.. geramnya..

AzMask said...

Mau gila jadinya.. Apatah lagi jika suami tak menyebelahi. Dalam masa yang sama saya akan belajar silat, bersedia untuk perang saudara.

~ yus ~ said...

mana tak sakit hati di buatnya kak...

geram walau setakat baru baca mukadimah je ni..huhu

mama maman said...

wow... speechless...

Ps: kekadang kita pun pernah 'rasa' sebegitu... hhhuuuu... siapa la kita nih kannnn...

Ila said...

ish,kalau ila memang ila kena cakap terus terang kot...tak kan nak diam diri jer

hani@debumelukut said...

Ini betul ke ada org macam ni?

Kamsiah said...

salam
alhamdulillah saya takde masalah dgn ipar duai..
tp kalau la berlaku mcm tu...saya beri kata dua pd hubby..pilih isteri atau kakak u...
buat apa kawen kalau suami masih di kontrol oleh kakaknya...dah tu macam nak berebut kasih dgn kita...

Lina Rahim said...

huh jahatnya kakak ipar tu..saya cuma terkena yang no.1..tapi saya ni hati kering, saya bual/bertegur sapa dengan suami dia je tapi tak bual dengan dia..what u give u get back la..hehe..

Lia said...

uishh.. ada ek org mcm tu... kena sabar ajalah byk2 kan..

Jejaka Desa said...

Parok dah kala gini...

indahhouse said...

Salam che mid,
hehehe... ada juga kakak ipar camni ya? saya ingat mak mertua biasanya akan jd camtu. hihi..
Astaghfirullah.
seseorang itu kena tau batasan dia, dan adab sopan dia di rumah orang. tak kira betapa rapatnya kita dgn dia.
Mungkin dia tak tau atau dia mmg cari masalah.

kzai said...

salam ziarah che mid...
mcmni ghupernye nk way putu mayam...ni salah satu makanan fav akak..

aNiS tHe BumbleBee said...

isk!! rasa mcm nk letak racun tikus jeee..oooppssss!terover sudahhhh...hihihi!

Kakzakie said...

Kalau kakak kena kunci pintu kalau dia datang rumah.

Kalau dia kata "ingat aku takut dengan engkau? Jawab balik "Aku pun tak takut dgn engkau". Amacam boleh....

Kesiannya siapalah tu Che Mid....

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Che Mid,

Memang kalau dipandang sekali lalu. Dia dah melampau.

Nak dilawan, bergaduh, hati dia terluka, hati kita terluka.

Jalan terbaik, cuba kerap bertentang mata dengannya dan sentiasa memohon kepada Allah memberi kita dan dia hidayah supaya dapat hidup berkasih sayang.

Che Mid said...

Liza - berat mata memandang...

Azmask - Alhamdulillah, setakat ini suami ok lagi. Silat pengantin ke ha ha

yus - kurus kering jadi sampai pitam pun pernah

mama maman - tulah kena share kat blog ni, che mid pun tau bagi advise je.. entah betul entah tidak

Che Mid said...

Ila - kalau che mid pun gitu, tapi karakter manusia berbeza2 kan..

hani - ingat dalam drama tv je ke..

kamsiah - sebagai isteri yang baik dan sayang suami, tak sampai hati nak cakap macam tu

Lina - wah smart girl.. padan muka dia kan

Che Mid said...

Lia - dah sabar selama 18 tahun..

JD - paroh ... mati je yang belum

indah - pada che mid, dia dah jatuh kategori 'sakit'

anis - tak suprise kalau ada yang buat macam tu.. atau dia buat pada kita dulu!!

Che Mid said...

kakzakie - hi hi tak sangka akan ckp macam tu.. takkan org datang tak kasi masuk.. dan takkan dah datang nak suruh balik lak!

kunang2 - bayangkan, kalau kakak ada, adik nak pegang Quran pun takut..

kzai - putu mayang satu!

Rahayu aka Mak Chu said...

melopong sekejap....
tp yg pasti itu bukan ayu la..sebab ayu x mcm tu..

~izan~ said...

lorr..mmg tak tahan rasanya berdepan dengan orang macam ni...