Ads

Friday, May 27, 2011

Susulan Entri Lepas - Apa Yang Anda Lakukan Jika...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Dimulakan dengan nama Allah, semoga entri ini tidak menimbulkan pertikaian sekiranya pihak yang berkaitan terbaca. Tujuan bukan mengadu domba, sekadar menarik reaksi pembaca, mana tahu boleh dijadikan pedoman. Ini entri pertama Che Mid berkaitan masalah rumahtangga orang lain.

Sebelum diteruskan, terima kasih atas komen dan pendapat. Nah, Che Mid ceritakan situasi sebenar, setakat yang Che Mid diberitahu dan diperhati.

Memang ia benar-benar berlaku dan sedang berlaku.

Kakak ipar berusia 50an, tidak pernah berkahwin. Ketika muda pernah bekerja sebagai pembantu rumah, dan menanggung adik lelaki bongsu sehingga berjaya menjadi pendidik. Kini menghabiskan sisa usia di rumah pusaka di utara manakala adik tinggal bersama anak isteri di Lembah Klang.

Dengar cerita si kakak ipar pernah kecewa kerana tidak diizinkan berkahwin dengan lelaki pilihan, lalu berazam untuk tidak berkahwin langsung. Seperti menyalahkan tuhan, dia juga enggan menjalankan perintah menyembahNya.

Isteri adalah seorang yang lemah lembut, penyabar, tidak sosial kecuali hal-hal berkaitan kerjaya dan taat kepada perintah suaminya. Boleh dikatakan segala keputusan kecil dan besar adalah di tangan suami. Tidak pernah meninggi suara kepada orang lain, apa tah lagi kepada suami. Mungkin kerana didikan, dia tidak pandai berleter atau mengadu ungkit kepada orang lain.

Suami pula secara zahirnya sangat tegas. Putih dan hitam adalah haknya. Tetapi sangat penyayang kepada isteri dan anak-anak. Tidak suka bermusuh atau membuat 'hal' di luar. Dikenali dan dihormati di kalangan masyarakat.

Konflik terjadi apabila si kakak ipar datang ke rumah atau pun keluarga adik pulang ke kampung. Sejak mula berkahwin hingga sekarang, hampir 18 tahun, keadaan tidak pernah berubah. Kakak akan bersikap benci kepada adik ipar perempuan.

Apa yang disenaraikan dalam entri sebelum ini memang realiti. Kain baju yang telah disidai akan diambil dan dicuci semula, masakan yang dimasak tak sedap dan tidak dijamah. Bila siisteri mengajak makan sekali, tidak diendah tetapi bila anak atau suami menjemput makan barulah setuju. Dari pagi hingga ke malam, dia tidak akan berhenti membersih dan mengemas rumah.

Atas dasar hormat kepada yang lebih tua, si isteri tidak pernah melawan atau menjawab apabila dimarahi atau diperlakukan sebegitu. Cuba memenangi hati, dibelikan pakaian, diajak berbual dll tetapi gagal. Peliknya dengan suami bukan main mesra lagi. Juga dengan anak-anak, apa yang dimahu akan ditunaikan. Kakak ipar memang suka berlama-lama tinggal di rumah mereka. Terkadang hingga berbulan-bulan.

Si isteri mengambil sikap berdiam diri dan mengalah. Urusan rumahtangga akan diambil alih dan si isteri akan menjadi 'tetamu tidak di undang' di rumah sendiri. Setiap kali dapat tahu si kakak ipar akan datang ke rumah, kerisauan memuncak. Suami mengetahui perangai si kakak, namun berasakan tidak mahu mencari gaduh dan si isteri pula 'penerima' dan mendengar kata, maka drama berterusan dari tahun ke tahun. Si isteri pernah berkata nasib baik dia bekerja dan rumah yang diduduki itu rumah mereka suami isteri, kalaulah dia tinggal bersama kakak ipar di rumah pusaka suami dan tidak bekerja, mungkin telah dihalau..

Semakin lama, semakin parah. Sengsara dalam diam telah memakan diri. Setiap kali dalam perjalanan pulang dari kerja, si isteri dah rasa takut. Di herdik, dijerit bila suami tiada di rumah sudah jadi perkara biasa. Bayangkan, kasut yang dipakai sudah koyak, tapi si isteri keberatan beli baru, takut diperli dan dimarahi. Balik ke rumah, bilik menjadi tempat 'persembunyian'. Si isteri juga mengelak keluar rumah selain dari bertugas, malas menjawab itu ini..

Satu hari, si isteri ghaib. Ke tempat kerja pun tidak, bercuti pun bukan. Kecoh rakan sekerja mencari, telefon tidak berjawab. Adik beradik turut bimbang kerana tidak pernah berkelakuan sedemikian. Bila di hubungi suami, tidak sampai hati... mereka bertemu di luar. Isteri beritahu yang dia sudah tidak tahan dengan kakak ipar. Berapa lama lagi harus dia menanggung semua ini. Si suami berkata, dia tidak boleh berbuat apa-apa.

Malam itu, pulang ke rumah, si kakak ipar tetap berlagak seperti tiada apa-apa berlaku. Si suami pula tidak bersemuka dengan si kakak. Si isteri makin tertekan dan keliru.

Esoknya, di tempat kerja, si isteri terpaksa berterus terang tentang masalah dihadapi. Barulah dia tahu, tanpa disedari prestasi kerja jauh merosot. Silap sana sini. Tubuh badan menjadi letih atau 'exausted'. Airmata tumpah tak kira waktu.

Peliknya, suami dan anak-anak bagaikan tak 'perasan' apa yang berlaku sehinggalah diberitahu. Alhamdulillah, suami bersikap lebih 'memihak' si isteri. Dia mengajak isteri dan anak solat jemaah dan hajat bersama-sama dan memastikan sentiasa di sisi isteri ketika di rumah. Jika si suami ada urusan di luar, akan disuruh si isteri duduk dalam bilik. Namun tidak sekali pun menegur si kakak. Terus bersabar sehingga sampai waktunya menghantar si kakak pulang ke kampung pada musim cuti nanti.

Pendapat Che Mid - sebenarnya kakak ipar terlalu sayangkan adik lelakinya yang ditanggung persekolahannya, sehingga cemburukan si isteri yang mengambil tugas menyediakan makan minum. Sikap si isteri yang terlalu lembut dan mengalah menyebabkan kakak ipar ' naik kepala' dan berani mempersoal, memarahi dan akhirnya menampar si isteri. Keturunan Jawa si isteri dan kakak ipar orang utara menambah jurang - pernah dikata nasi ambeng bagai makanan kucing!

Lagi baik si isteri melayan suaminya, lagi 'panas'lah si kakak ipar. Si suami pula, mengenangkan itu kakak kandung dan mengenang budi, tidak sanggup menegur. Dia boleh bertegas dalam hal lain tapi 'lemah' bila berdepan kakak sendiri. Umpama menarik rambut dalam tepung, diam dan sabar baginya adalah jalan terbaik.

Itulah kisah benar kehidupan 18 tahun rumahtangga mereka hingga ke hari ini.


Adakah komen anda masih sama??

26 comments:

Kakzakie said...

Ya Allah dalam kehidupan moden ini masih ada lagi isteri begini. Ini memang isteri solehah, tapi sayang suami tidak bijak. Kakaknya itu seharusnya diajak pergi kaunseling. Sakitnya hati kakak bila dikatakan nasi ambeng itu nasi utk kucing.

Kakak pun keturunan jawa tau. Kami dididik utk menghormati org tapi bila org pijak kepala kalau kakak memang kakak tanduk balik.

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Che Mid,

Si kakak ipar ni termasuk dalam golongan tak bersyukur. Dia tak bersyukur yang adik kesayangannya dikurniakan Allah isteri yang baik dan anak-anak.

Dia tak ikhlas dalam membantu membesar adiknya sebab tu mungkin dia rasa cemburu dengan kebaikan dan kesenangan yang dikejapi oleh adik iparnya.

Jalan terbaik, rasanya sisuami kena bersemuka dengan kakaknya. Beritahu keadaan sebenar. kakak dan adik kerna menerima kenyataan apa yang akan berlaku selepas itu. Mungkin kakaknya akan berkecik hati tapi sekurang-kurangnya biar dia tahu yang perbuatannya tu melukakan hati adik iparnya dan menganggu kebahagian adik kesayangannya.

Di samping berdoa kepada Allah semoga di berubah.

hani@debumelukut said...

Payah. itu komen saya.
Kita orang luar ni senang cakap sebab kita tak berada didalam situasi itu.
Mujurlh isteri seakur itu,sesabar itu.
Mujur lah suami tu seorang suami dan bapak yg baik, tidak ada masaalah lain kalau tak tapi penat otak isteri menanggungnya.
Mujurlah kakak ipar itu masih sihat dan boleh tinggal sendiri, klau duk serumah entah cam mana jadi nya..
Mujurlah mereka semua masih ada sabar yg bersisa..
Kita doakan esuk lebih baik dari hari ini untuk mereka..

Rahayu aka Mak Chu said...

si suami kurang bijak.. itulah jadinya... Ya Allah, ampunkanlah aku...

sayangsayangibu said...

Salam kak
sya pun tak tahu nak komen
cuma berharap agar selepas ini semoga hubungan mereka akan menjadi baik.

Myfrin's story said...

Salam, che mid. Kak setuju, mungkin kakaknya cemburu dengan isteri adiknya. Kerana dia yg menanggung dan membiayai pelajaran adiknya hingga berjaya, dia tidak dapat menerima kenyataan ada orang lain yang bertakhta di hati adiknya, selain kakaknya.

Kerana adiknya seorang yang baik dan mempunyai isteri yang sangat bertimbang rasa, pada pendapat kak, kita doakan saja semoga Allah akan melembutkan hati kakaknya.

Doa itu amat penting lebih2 lagi disaat2 kita berada dalam kebuntuan, wallahu'alam.........:)

Ila said...

saya tidak mungkin akan sesabar itu...tp kita tidak berada ditempatnya kan...doakan terbaik utk mereka

norliza_osman said...

sedih la.. liza pun sekarang ni tengah celaru sangat

AzMask said...

Bila melibatkan adik beradik, apatah lagi yang membela & membesarkan. Memang si suami rasa serba salah. Si suami berharap isteri memahami.

Tapi kelakuan kakak si suami tu memang melampau giler. Tak penatlah pulak ek dia buat kerja banyak2 pada usia mcm tu.

Si isteri tu cuba mainkan psykologi. Biar ler lantaknya si kakak ipar nak buat kerja tu kerja ni. Kurang sikit beban kat rumah. Time si suami tak der tu, bawak ler anak2 jalan ketempat lain. Shopping ker, ke taman ke.. Tak der lah lama sangat hadap kakak ipar tu.

Kalau si isteri berani, cuba sekali menjawab kata2 si kakak ipar. Bagi dia se das dua..

Itu sekadar pandangan saya sahaja.

Che Mid said...

Kakzakie - kalau mid akan buat macam akak jugak. sampai satu tahap tu.. kita serang balik.. tapi mungkin sebab itu jugalah ujian itu Allah tak beri pada kita kan..

Che Mid said...

Waalaikumsalam kunang2, kita tak boleh nak ubah orang lainkan.. si isteri nampaknya dah mula pandai luah perasaan pada orang lain. selama ini dia rahsiakan kerana nak jaga aib suami..jadi ada sahabat yang ajarkan doa tertentu untuk diamalkan..tapi utk suami bersemuka.. tak tau bila..

Che Mid said...

Hani -memang payah. apa yang che mid boleh buat cuma beritahu yang kita ada di sisi disaat dia perlukan sokongan. dia semakin membenam diri dalam masalah tu sehingga keliru yang mana betul dan salah..

Che Mid said...

Ayu - muhasabah diri utk kita yang bukan dalam situasi sebegitu. Seteruk2 kita pun, ada lagi orang yang lebih teruk masalahnya.. bukan sehari dua.. bertahun-tahun

Che Mid said...

sayangsayangiibu - akak akan beritahu dia sehari dua lagi supaya membaca entri dan komen2 ini. Harap2 dia menerima secara positif dan tahu bahawa ramai orang sedang mendoakan kebahagiaannya sekarang. amin

Che Mid said...

myfrins- ya doa adalah sebaik-baik perkara dan tidak boleh berputus asa dengan doa.. apa pun bahu yang memikul lebih tahu..

Che Mid said...

ila - che mid tak sesabar itu. Kalau orang lain mungkin porak peranda..

Che Mid said...

liza - diam sebentar dan renung kembali di mana kita sekarang. kalau tak nampak jalan keluar, talk to someone you can trust.. paling baik mengadu atas sejadah, katalah apa saja Dia pasti mendengar dan tidak akan buka aib kita..

Che Mid said...

Azmask - che mid pasti dia suka komen ini. tapi cukup ke sedas dua.. meriam sekali lah..he he

CekWa said...

sabarnya si isteri ni ya....!baguslah dpt bertahan dgn sikapnya, smuga rumahtangga mereka aman damai nnt, tp sebagai suami kena memainkan peranan penting juga, jgn sampai isteri tinggalkan rumah bila dah tak tertanggung nanti.

yott said...

dlm hidup ni mmg mcm2 hal boleh berlaku..

che mid said...

Cekwa - semoga Allah membalas kesabaran siisteri dan diganti dengan kebahagian.. amin

che mid said...

yott - ya, macam-macam cerita dan macam-macam cara penyelesaiannya, terpulang pada diri masing-masing

mama maman said...

salam... rasanya.. suami harus bijak menangani masalah nih... wife pun harus bijak mencari peluang meluahkan apa rasa dihati... bukan utk bertindak kurang ajar... tp jika dipendam nnt takut meletup jadi benda lain lak.. kan dr taknak berdosa kecil akan dpt dosa besar lak... sakit hati bukan boleh dibuat main.. boleh meletup woo... hhheee...

ps: tp terbaik ialah bersabar... alangkah baiknya jika kita sabar kan... minta2 kita pun punyai sabar seperti wife tuh... amin.

Anonymous said...

ujian hidup ni pelbagai kan. rasa macam pernah terbaca tapi tak ingat kat mana yang ipar duai ni sebaiknya jangan dibawa tinggal bersama. si suami tu pun kena kuatkan hati bertegas dengan si kakak dan si kakak tu pula jenis tak mendekati Allah s.w.t. Kompleks jadinya hidup ni. Kesian si isteri. Kalau saya, hmmmm...tak sanggup rasanya berdepan. Nauzubillah

Che Mid said...

mamamaman - alhamdulillah, si kakak sudah pun dihantar pulang. Si isteri dan keluarga sedang berbahagia sambil bercuti. Dapatlah mereka bertenang sehingga si kakak bertandang semula..

nur said...

AsSalam Che Mid..
Dah terlepas beberapa entri che Mid.. jadi hari ni pulun baca 3 entri sekali gus..
Now dah tau citer dan dapat bayangkan kekalutan yang sedang berlaku pada hati2 yang terlibat. Berat mata kita yang memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Che Mid, senario ini akan terus berlangsung membilang tahun selagi en suami masih mendiamkan diri. Mesti usaha protect isteri walau dengan cara apa sekalipun. Didoakan beliau menemui cara yang berhemah membetulkan keadaan agar segala yang kusut dapat dilerai, yang keruh akan jernih..InsyaAllah.