Ads

Monday, May 23, 2011

Kami Dah Sampai..

Suatu hari di hujung minggu.. dapat panggilan dari sahabat baik yang juga jiran belakang rumah di Klang.

Kak Ita    -  Mid, akak ada kat Arau, antar Aisyah balik UiTM. Petang akak nak balik Klang. Kalau sempat akak singgah rumah Mid ya..

Che Mid   -  Mesti datang tau.. makan tengahari kat sini tau. Kita masak ya.. (seronok yang amat)

Kak Ita     -  Eh, tak payah susah-susah.. jangan masak-masak, akak pun tak pasti sampai pukul berapa..sekarang masih di Perlis lagi, nak ronda-ronda sini dulu..

Che Mid   -  Tak kira pukul berapa .. datang jugak tau..Sebelum sampai nanti call dulu.. nanti mid bagi tau jalan nak ke rumah.. susah sikit nak ke sini..nanti Mid sms alamat ok..

Kak Ita     -  Ok.. ok.. Insyaallah.

Wah.. teruja sangat kawan dari kampung datang. Tapi sebab tak pasti pukul berapa sampai, Che Mid cuma siapkan stok mee goreng. Cadangnya. bila Kak Ita call aje nanti, barulah Che Mid masak dan hidang panas-panas.

Lepas Zohor, masih tak terima apa-apa panggilan lagi. Teringatkan lauk pauk untuk esok dah habis, Che Mid pun ajak Che Abang ke Tesco dulu. Kalau Kak Ita call nanti, sempatlah kita balik rumah. Tesco tu tak sampai 10 minit dari rumah pun.

Kami pun bergegas capai barang itu ini, sambil 'standby' panggilan dari Kak Ita. Tiba-tiba, panggilan yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Kak Ita   -  Mid, AKAK DAH SAMPAI DEPAN RUMAH NI!! NAPE BAGI SALAM TAK JAWAB!!

Che Mid berpandangan dengan Che Abang, camne ni.. barang penuh kat troli.. orang beratur panjang di kaunter..

Che Mid   -  Err,  Mid kat Tesco ni, nape tak call dulu tadi..  (Eleh.. nak salahkan orang pulak..)

Kak Ita     - Ala .. ok je, alamat yang Mid bagi dah lengkap dah, akak ikut je arahan tu.. dah sampai pun. Mid lama lagi ke, tak pelah, akak balik dulu, lain kali datang  lagi..

Menyesal tak sudah Che Mid dibuat. Che Abang kata, " Macaman buat janji ni...??

Sampai depan rumah.. ada sesuatu menunggu kami pulang..


Tak jelas.. meh tengok dekat-dekat..




"Kami dah sampai.. balik dulu ya.."

17 comments:

Rahayu aka Mak Chu said...

uwaaaaa...sedihnya klu dpt mesej mcm ni....

mama maman said...

alahai... takde rezeki nak jumpa kan... sabar ye kak...

Kakzakie said...

Kalau kakak memang terkilan sebab dah rancang tapi akhirnya tak dapat bertemu....

syariza09 said...

alahai ralatnya...x dpt nk jumpa kwn lama

Ummi Humaira said...

assalamualaikum C.MID

akak faham perasaan kehampaan C.Mid , sebab akak pun pernah alami kisah yg sama beberapa tahun yg lalu...
kena pulak si suami tetamu tu plak jenis tak nak bertimbang rasa, dah merajuk tak datang lagi...

Kunang-Kunang said...

Laa, kenapa cepat sangat balik

Che Mid said...

Ayu - memang sedih sangat.. terkata

Che Mid said...

mama maman - itulah orang kata, rezeki dah nak sampai mulut pun tuhan boleh tarik balik..

Che Mid said...

kakzakie - a ah, nasib baik tak masak dulu siap-siap.. sape nak makan banyak-banyak tu..

Che Mid said...

syariza - sejak tu memang tak jumpa pun lagi, kalau balik kampung pun kita sibuk dengan benda lain

Che Mid said...

Ummi - tentu keciwa sangatkan.. nak datang lagi emm tak tau la bila..

Che Mid said...

Kunang-kunang - Che Mid rasa dia orang kejar masa, maklumlah jauh perjalanan, lagipun ada anak kecik memang payah sikit..

indahhouse said...

Salam kak,
hehe.. cute msg tu. tandanya mereka tak ambil hati. jgn sedey2 ya, kak. Moga ada jodoh, bertemu lagi :)

Jejaka Desa said...

Ande rzeki jumpe la tu nanti....

Che Mid said...

indah - sedihlah juga, datang dari jauh tuan rumah entah ke mana..

Che Mid said...

JD - hujung minggu ni nak balik kampung, harap2 dapat jumpa la..

~izan~ said...

alahai..mesti rasa terkilan,tp mungkin ada masa lain kali boleh jumpa lg kan..insyaAllah ada la rezeki tu...