Ads

Tuesday, June 16, 2009

Che Mid tak sihat lagi

Assalamualaikum. Masya Allah, rindu sungguh rasanya lama tak jenguk laman sendiri. Bukan apa, sebenarnya Che Mid tak berapa sihat. Bukannya sakit sebab kemalangan hari tu.....
Sebenarnya Che Mid dah disahkan berbadan dua.. dah masuk 9 minggu ni. Alhamdulillah dapat rezeki di usia menjangkau keemasan ni.. a ah... 43 tahun genap 26 Jun 2009 ni. Memang tak disangka betul. Mulanya doktor kata period terganggu disebabkan hentakan kuat masa kemalangan, alih-alih dapat rezeki baru...
Jadi sekarang ni, Che Mid sedang mabuk sakan... tak boleh bau bawang, bau wap nasi dan macam-macam lagilah.. tak boleh masak langsung. Geli je rasa bila masuk dapur. Tapi masalahnya... asyik lapar je.. nak maaakan memanjang.. kalau lapar sikit dah rasa nak muntah.. bila dah macam tu.. mulalah melepek je.
Buat sementara ni.. nampaknya blog che mid ni slow sikit lah.. walaupun dah ada artikel standby.. entah.. rasa malas je nak edit gambar atau buat karangan. Ni pun.. sebab rasa bersalah sangat tak update.. jadi gagahkan jugak ni..
Ok, sampai ketemu meneng yo.. dongakke waras-waras wae..
Bye

6 comments:

SUE ALAN said...

Salam, Alhamdulillah Allah bagi rezeki. Amiin... Saya dapat anak yang kelima dulu umur saya 41 tahun. Tak sangka betul jarak 8 tahun daripada anak yang ke4. Saya ucapkan tahniah and take care.

Hamidah MJ said...

Terima kasih. Komen Sue menjadi penguat semangat saya. Maklumlah.. dah tua-tua baru nak mengidam balik.. mm..cabaran besar!!

roszana said...

Tahniah mid, aku ingat ko pergi makan angin, ada teringat ko juga tapi sibuk kelas tambahan + makan angin membuat aku lupa ko... apa la punya kan. Aku tumpang gembira, jaga diri....Mak kita dulu2 pun usia2 gini kan masa mengandungkan adik bongsu kita:-)

rinnchan said...

So, kira ni anak seng nomor siji laaa karo bojo kiye yoo ?? Grammar betoi dak?? Correct me if I'm wrong. Kekadang ingatan ada short sikit !!!
Alhamdulillah dan tahniah. Di umur begini masih teringin nak bermual-mual, meloya-loya dan bermuntah-muntah. Alahaaaaaiiii.... Kalau rinn laa, kira nak lepak lepat dah. Tak sanggup dah nak melalui botol susu dan lampin.
But, it's good for youu rasanya. Orang biasa adik-beradik ramai. Anak buah ramai. Keluarga besar, mesti kali ini akan menjadi satu anugerah yang tidak ternilai harganya.... Apa pun, take care..a very good one taauuuu...

hmj said...

Laaa, konpius yo Rin, Insya Allah kie anak nomor telu, lepas Farah kambek Faris. Farhan wae anak seng karo bojo nomor satu...

Ni tengah loya nak muntah, sambil menunggu nak solat Asar... moga-moga Allah kuatkan hati sampai habis mabuk..

Roszana said...

Amboi Rinn n Mid pakat2 speaking jawa nampak....
Mid, aku nampak kereta dah ok, bila la boleh bawa ko g makan soto di Sg Serdang... Aku teringat2 permintaan ko
Mak mertua ada lagi ke... segan lak aku nak ajak ko kuar.