Ads

Thursday, July 30, 2009

I am back!!

Alhamdulillah... Che Mid dah semakin sihat dan tembam sekarang. Kandungan pun dah masuk minggu ke 15. Berat badan pun dah naik 3kg lebih. Untuk memasak tak boleh lagi, tapi Che Mid dah tak semelepek dulu.
Hari Khamis lepas dah pergi daftar pemeriksaan ibu mengandung di Klinik Kesihatan Meru. Maklumlah umur dan 'senior' ni sebaik-baiknya dapatkan rawatan dari Hospital Kerajaankan. Risikokan tinggi...
Alhamdulillah, setakat ini tekanan darah dan tahap gula ok. Harap-harap kekal begitu sampai melahirkan nanti. 14 Ogos nanti, kena minum air gula untuk pastikan tahap gula dalam badan. Hee.. orang kata teruk rasanya minum air gula tu ... betul ke? Tak pernah minumlah sebelum ni..
Apa pun, Che Mid rasa tenang dan happy je walaupun suami kata 'ibu mabuk macam nak gila!!'.. ke dia yang nak gila tengok ibu mabuk.. he he
Sekarang ni dah mula pakai baju besar-besar.. baju sedia ada dah jadi macam sarung nangka. Nampaknya raya tahun ni tak boleh melaramla..
Okay lah ya.. nantikan posting terbaru Che Mid.. Ada artikel best walaupun tengah mabuk macam nak gila... nantikan!!

4 comments:

SUE ALAN said...

Salam,Alhamdulillah you dah makin sihat and dan bolehlah blogging. Take care OK....

smurf said...

alhamdulillah , ko dah segar semula . Jaga kesihatan baik2 . almaklumlah dah berumur nie .. dapat kembar mcm aku ker ?

Che Mid said...

Sue, tima acihlah kerana jadi penunggu setia.. ni tambah semangat nak tulih ni..

Che Mid said...

Ei.. semah.. ok jugak kalau kembarkan.. tapi aku ni dah lembik tak larat dah... takpelah janji sihat kan!!