Ads

Tuesday, November 2, 2010

Soto punya pasal!!

Hei .. Ramainya...Cuba kira, ada berapa orang semuanya??

Ada SEBELAS orang kesemuanya. Che Mid, Mak Nenek, Ayan, Farah, Faris, Deeja, Mak Uda, Haziq, Huda, Adam dan Ashman. Mana kita orang pergi ni?? Asalnya Che Mid ajak Mak Nenek je... lepas tu 'calling' sana sini dah jadi sebelas orang.. Saja nak bersuka-suka sebelum kami pindah jauh kan..

Kami pi pekena soto ni di Kampung Bukit Kapar, (kampung sebelah). Selalu dengar cite soto dia sedap tapi kami tak pernah rasa. Malam tu, kami terjah. Rupanya, ada sate, nasi ayam dan lain-lain lagi. Gerai ni, letak di tepi jalan je. Tapi pelanggan memang ramai!!

Soto tempat ni simple tapi sedap. Supnya tak berminyak. Tak campur-campur dengan kulit ayam dan tulang. Patutlah gerai ni bertahan berpuluh tahun... Satenya pun Che Mid suka jugak!!

PALING KECOH!!. kami semua naik SATU kenderaan je. Naik Naza Ria Che Mid. Bersesak sakan, main sumbat je. Belakang sekali 4 orang jejaka remaja. Farah duduk dalam bakul Deeja ha ha.. Tu Deeja tengah nangis sebab kepala terhantuk kat kerusi....

8 comments:

piewahid said...

senyum sendirian baca entry & tengok gambar. terasa sampai ke sini suasana kekeluargaannya. berkat dan bahagia selamanya, insya-Allah...

Jejaka Desa said...

Beh amat weh makan beramei gini.

che mid said...

piewahid - Amin. Tapi Che Mid nak pindah ni... susahlah nak buat macam tu nanti bila dah duduk jauh

che mid said...

JD - Beh ter memang beh.. tapi kopak kocek oii ha ha

Roszana said...

Bestnya............masa baca title ingatkan ke sg serdang, dekat je ropanya...bila lak nak ajak aku..:p

sonata anak kancil said...

masa ni nampak seperti susah nak membesarkan mereka semua...bila dah besar2 nanti...ohhhh...

Che Mid said...

Ana - Jomlah.. sementara aku maih ada di sini, buka pkl 5 hingga malam.

Che Mid said...

Sonata - bila dah besar nanti satu persatu akan berjauhan dari kita ohhh!