Ads

Thursday, July 7, 2011

Saya Tengah Diet

Seorang makcik di sebuah kantin sedang sibuk melayan kerenah pelanggannya membungkus lauk-pauk. Orang ramai sedang berbaris!!

Pelanggan lelaki     :  " Makcik, saya nak nasi putih lauk telur goreng dengan kari ayam. Kuah kari kasi banjir.
                                  Bungkus!

Mak cik                : " Itu aja!"

Pelanggan lelaki     : " Hmm! Tu je!"

Mak cik                :  " Ok, siap, RM3.00 saja"

Pelanggan lelaki tu pun berlalu. Tiba pula pelanggan perempuan. Dia tersenyum sambil menyapa.

Pelanggan perempuan :

" Makcik, saya nak lauk ikan terubuk bakar. Bagi bahagian ekor ya! Tak nak yang besar, bagi yang sedang-sedang je. Saya tak boleh makan bahagian kepala, geli!!. Lepas tu bungkus lauk sayur pucuk manis masak lemak. Kuah asing ya? Nanti kejap! Kuah masak lemak pucuk manis ni pakai santan, kan? Tak naklah mak cik, saya tengah dietlah tak boleh makan lemak-lemak. Kalau macam tu makcik bungkus saya sambal paru jelah, jangan letak banyak sangat minyak. Sayur pulak makcik bungkus saya ulam-ulam jelah. Ulam-ulam tu ambil yang hijau-hijau ya mak cik. Mak cik tau tak ulam-ulam hijau baik untuk awet muda? Makcik tengoklah kulit saya ni nampak remaja je walaupun anak dah tiga, tapi tak nak ulam jantung pisang, nanti anginnn... kentut-kentut tak vouge pula! Petai? Please... saya orang bandar tak makan petai-petai ni! Eww.. Hah, saya nak nasi separuh aje makcik. Lauk-lauk semua asing macam saya cakap tadi tau! Err.. beri tisu ekstra ya makcik!"

Sambil pelanggan perempuan itu mengelap-ngelap mukanya dengan tisu, dia sempat membelek-belek lauk dalam dulang beberapa kali sambil menjilat-jilat bibirnya dan menghisap jarinya yang terpegang ikan terubuk bakar tadi.

Sebelum beredar, pelanggan perempuan itu sempat berpesan pada makcik itu supaya memasak ayam percik kegemarannya, tapi bahagian paling disukainya dada ayam bukan bontot ayam sebab banyak sangat kolestrol.

" Nak jaga badan makcik oi!". Makcik itu mengangguk-angguk, tidak sempat membalas kata-katanya sebab ramai lagi pelanggan perempuan menunggu giliran. 

Sumber : Mastika Julai 2011

Che Mid tambah - Tu baru seorang pelanggan perempuan, kalau sepuluh....                                     

23 comments:

sayangsayangibu said...

hehehe..lawak tui
agak agak makcik tu angguk faham ke angguk tak tahan?

kalau sya tak ada istilah diet sbb sya pencinta makanan

indahhouse said...

Salam che mid,
Saya baca pun, 2 kali, takut tak faham. terer makcik tu, sebab faham apa kakak tu nak. hehehe..

Seronoknya satu famili makan durian. tertinggal saya ni. gebu dan sedap nampaknya. lagi2 jeruk nasir tu... pergh!

Kak Imun said...

Salam, che mid.

Hehe... Bunyi macam diet tapi banyak pula yang di oder.....

Lucu juga kan.....:)

Anaa said...

hehe.. panjang betul ordernya.. macam2 kerenah kan.. yang tak tahan tengah diet tu, tapi order bukan main panjang.. heheh..

azieazah said...

Sebenarnya, pompuan tu over acting jer tuh.

Kalu kat belakang makcik tu atau di belakang barisan yang panjang tuh, dia belasah makan petai, makan jering, nasi penuh siap tambah lagi, dan kuah lemak tuh siap hirup lagi!

percaya lahhh...

hahahahahah!

Bila Sunyi, AA BERSIHkan Rumah...

Nizam said...

Kala gitu la gayenye.Nok buat bini pun mikir

Che Mid said...

sayang ibu - Makcik tu mengangguk nyampah!

Che Mid said...

Indah - dia tu pelanggan tetap makcik tu kut.. sebab tu banyak songeh!

Durian dan jeruk.. dua benda yang menggoda tak kira siang ke malam..

Che Mid said...

Kak Imun - Ala mulut je kata diet, hati geram tengok makanan berderet-deret apa tah lagi bila tengah laporrr!

Che Mid said...

Anaa - kita pun selalu macam tu gak kan..he he jangan nak tipu..

Che Mid said...

aziezah - Kalau anak dia ada.. habis saki baki anak dia punya pun dia telan.. tak nak membazir katanyakan.. eh eh macam pernah dengar je!

Che Mid said...

Nizam- Banyok2 le mikir... takut tak kawen pulok nanti!

Anaa said...

hehe.. saya selalu kata nak skip dinner konon nak diet, tapi bila sesekali lapo waktu malam, gi beli nasik mamak. tak hingat2 amik lauk.. haha..

hani@debumelukut said...

eh ngada ngada pulak dia..agaknya yg berdiri belakang dia tu kalau boleh nak cekik jer dia tu..

Kamsiah said...

makcik penjual tu tentu menyampah dalam ati nya hehe..byk songgeh betul...masak la sendiri

Che Mid said...

Anaa - Tu la orang perempuan..

Che Mid said...

Hani - Eh nasib baik bukan Hani yang ada di belakang dia tu..

Che Mid said...

Kamsiah - Makcik penjual tu dah siap-siap bubuh kapas kt telinga, tu yang di asek mengangguk je.. dah tak larat nhari-hari dengar macam tu..

~ yus ~ said...

hahahaha....banyak betul songehnya..huhu


Betul ke diet tu??

Lina Rahim said...

kalau lagu tu, masak sendiri je lah...

Kakzakie said...

Alahai Che Mid, kakak pun perempuan juga tapi tak ada lah macam tu. Malu je Kalau diet pun tak kan nak canang sana-sini. Dah kata diet, kena masaklah sendiri tahu apa yg perlu & tidak...:)

Adnazthie said...

ha ha ha..lawakslah...

ajumohit said...

hahahhahha lawakla citer ni kak, itu baru sorang, kalau berpuluh2 irg?? berpeluh2 jantan betina makcik tu, hehehhe mcm2 peel ye manusia ni