Ads

Wednesday, July 27, 2011

Apa Dah Jadi Dengan Aku Ni???

Hari Isnin malam Selasa, jam 10.30 malam.

Aku, suami, Faris dan Deeja baru saja sampai di rumah selepas pulang membeli barang dapur dan mengambil Faris balik tuisyen.

Masuk saja ke rumah, aku terus ke bilik air, Deeja mengekoriku ke bilik. Faris duduk di sofa sambil membelek suratkhabar. Suami di luar sedang memakir kereta. Tiba-tiba terdengar suami membunyikan hon kereta bertalu-talu. " Ini mesti ada tak kena ni.."

Rupanya, Deeja keluar rumah seorang diri. Mungkin abahnya ternampak Deeja di luar, tu yang dia membunyikan hon kuat-kuat. Lantas aku mengambil Deeja dari Faris dan membawanya ke bilik air. Sedang aku memandikannya, suami datang ke bilik air. " Ke mana tadi! Nape tak tutup gril, anak keluar la...!". Jerit suami sekuat hati. Memang salah aku sebab tak tutup gril di pintu tadi. Pantang suami bila nak 'reverse' kereta Deeja ada di luar, takut terlanggar!. Tapi entah kenapa, aku meninggi suara menjawab balik. "Kat bilik air.. kencing.. napenya!!".

Suami keluar dari bilik sambil membebel tak tahu butir. Ketika sedang mengelap badan Deeja di atas tilam, Deeja menanggalkan strip diaper pulak, jadi tak boleh dilekat, terpaksa ambil yang lain. Entah kenapa. aku menjerit sekuat hati menengking Deeja. Deeja terkejut besar terus menangis kuat. Sambil menyiapkan Deeja, aku berasa semakin marah. Hatiku memberontak tak dapat menerima suami memarahi aku tadi. Itu pun nak marah-marah! (Kami suami isteri jarang sangat bergaduh atau meninggi-ninggi suara. Entah kenapa malam ni, serba tak kena..)

Keluar dari bilik aku terus ke dapur untuk membuat susu Deeja, dengan tekad kalau terserempak suami akan aku herdik dia pula. Dia takde di dapur. Dalam masa aku mencuci botol, mengisi air suam dan mengisi susu, aku terasa seluruh tubuhku menggeletar... semakin lama semakin kuat. Perasaan marahku semakin meluap-luap. " Eh, kenapa dengan aku ni...". Ketika itu, tumpuanku hanya pada suami, aku mahu mengamuk!!

Aku memegang botol susu dan berjalan ke ruang tamu... bukan mencari Deeja... tapi suamiku. Badanku betul-betul menggeletar. Aku rasa 'besar' dan 'keras'... (tak tau macam mana nak jelaskan)..Tapi akalku berkata, " Mesti lakukan sesuatu, aku tak boleh kawal badan aku ni..." Rasa seperti aku akan menjerit dan mengeluarkan suara garau!!

Aku berpegang pada sofa, " Bang, tolong Ida bang..". Suamiku buat selamba..tak sedar perubahanku. "Bang.. tolong bang.." Aku tergigil-gigil  merayu sambil terjelepuk di atas lantai. Masa tu Deeja dah menjerit ketakutan... Suamiku ikut menjerit, " Ida, nape ni.. Allah hu Akbar!!".  Sebelah tangannya mengelek Deeja, sebelah lagi cuba memegang aku yang menggelupur tak tentu arah..

Suasana jadi kelam kabut. Aku sedaya upaya cuba beristighfar dan mengucap tapi leherku terasa seperti terjerut. Namun, otakku ligat berfikir, nak buat macam ni sebab aku tahu suami tak boleh apa-apa kerana Deeja dalam dokongannya. Aku gagahkan bersuara, menyuruh suamiku memanggil Faris yang ada dibiliknya. 

Faris terus meraung, " Bu, nape ni..?". Cuba merangkul aku tapi aku tak mampu berkata lagi.. Istighfar sudah boleh kulafaz.., tapi mengucap masih sangat sukar... Faris pun ikut menangis sambil terus menyuruhku mengucap. Tersekat-sekat suaraku menyuruh Faris mengambil air dan suruh dia baca Fatihah. Selepas meneguk air tu, barulah aku boleh mengucap dengan lancar. Kemudian, aku suruh dia sapukan air diwajahku tiga kali, barulah aku benar-benar sedar. 

Faris memapah aku bersandar di sofa. Badanku terasa sangat lemah dan tidak bermaya. Selepas beberapa lama, aku gagahkan diri untuk mandi dan bersyolat Isya' dan solat sunat serta membaca Yasiin. Mohon perlindungan Allah swt, dari gangguan.... iblis??? AKU TAK TAHU!!




19 comments:

syariza09 said...

kak....saya baca n3 akak ni dh bertakung air mata saya..sy membayangkan keadaan akk masa tu...ya Allah, naper leh jadi camtu..Smoga akk sekeluarga dilindungi olehNya dr gangguan iblis syaitan

Che Mid said...

Syariza - Akak pun sedang mengkaji dan memperhalusi sebab dan puncanya.. Insyaallah akak cerita lagi nanti..

ajumohit said...

Allahuakbar smg akak n kuarga dilindungi dr pkara2 yg tak diingini ni... Rasa nk peluk deeja, cian dia

mama maman aka yana said...

gangguan syaitan time kita tgh marah.. mmg bahaya bila kita dah terlalu marah.. time nih la dia suka hasut kita.. gerun gak psl sy kekadang mudah gak nak marah2...hhhuuu

indahhouse said...
This comment has been removed by the author.
indahhouse said...

alam che mid,
ya Allah, kasihannya kak.. saya tak dpt bygkan waktu tu.
Ada satu ceramah, ustaz pernah bgtau. syaitan dok nunggu jer depan pintu utk msuk dlm rumah utk memecah belahkan suami isteri. Tipsnya, suami masuk rumah jgn lupa bg salam, juga baca 3 Qul kalu terasa ada benda tak kena. itu pesan ustaz.

Saya selalu baca ayat kursi terutama bila rasa badan gemuruh macam tu. Dan mungkin jg ada kaitan hormon badan. primrose oil boleh mmbantu perubahan hormon. Moga kak sihat selalu dan dilindungi Allah.

Anonymous said...

Che Mid,

Mungkin Che Mid stress. Yerlah penat balik dari pasar. Tergesa-gesa ke bilik air. Tiba2 terkena tengking pulak. Hati tersentak. Jadi marah tu menjadi2. Apa lagi yang bertanduk tu masuklah ambil kesempatan.

Apa pun Alhamdulillah segalanya selamat dan deeja pun tak apa-apa.

Cuba amalkan zikir "La Illahaillah, huwahdahula sharikallah, lahul mulku walahu hamdu yuhyi wayumi tuwahuwa a'lla kuli syaiinqadir". Bila lepas sholat atau bila masa lapang, cuba amalkan sentiasa, paling elok 100 kali.

Boleh elak gangguan, InsyaAllah selain dapat pahala.

Kakzakie Purvit said...

Che Mid...sebenarnya kakak tiba-tiba rasa sayu. Syaitan telah berjaya menggoda CM. Astaghfirullah.... dlm usia CM simptom pre-menopause (bukan menopause) telah ada. Akan ada masanya perasaan itu dtg tiba-tiba. Carilah buku sebagai panduan....

Dari jauh kakak doakan yang terbaik. Penting utk kita control emosi agar tidak mudah didatangi penyakit yg berpunca dari emosi marah...

JunAina said...

pengalaman cik mid sebagai peringatan dan pengajaran kepada teman blogger yang lain...sesungguhnya Allah lebih mengetahui...

dalam pekat malam mungkin juga ada yang cuba menumpang...atau juga menguji...

Lia said...

semoga akak sekeluarga dilindungi oleh Nya dari gangguan benda2 yang tak elok ye...

~izan~ said...

Ya Allah kak,semoga akak dijauhkan dari gangguan syaitan mcm tu...izan baca pun semacam rasa..

tp akak kira kuat jugak tu sebab tak lepaskan perasaan yg akak rasa mcm nak mengamuk tu kat suami akak,kalu tak lg teruk agaknya..

semoga akak sentiasa dilindungiNya sekeluarga..Amin...

NiezaMan said...

Semoga Che Mid DiLindungi oleh DIA
Insyaallah

Cool said...

Salam kenal dari saya akak :)
Moga Allah melindungi keluarga kak...

Anaasuria said...

agaknya sebab balik maghrib2 kot.. tau jer lah, maghrib kan setan tengah bekelayau, orang tua2 la kata. tapi tak mustahil.. kot la tengah leka2 masa jenjalan tu ada seko sudah sangkut.. huhu.. Alhamdulillah, akak tak apa2..

AzMaslenda said...

sabar cik mid, syaitan memang tgh mencucuk jarum tu. Memang peberet syaitan memecah belahkan rumah tangga.

Alhamdulillah cik mid ok.

Kak Imun said...

Salam, che mid.

Kak pun klu tengah marah sangat boleh menggeletar badan. Lebih2 lagi klu berselisih faham dgn suami. Kena istighfar banyak2, syaitan memang suka manusia bersengketa...

Che Mid said...

Salam semua sahabat - Terharu sungguh dengan sokongan dan doa anda semua. Terasa sekali kasih sayang kalian pada saat-saat begini. Kini CM berada di kampung, sedang cuba memulihkan diri. Insyaallah balik SP nanti CM sambung kembali. Terus doakan CM!

kasihibu said...

kak
kadang kita tak perasan ada "sesuatu" yg cuba masuk dalam badan kita

haraplah sembuh hendaknya.

norliza_osman said...

Akak.. napa ni risau liza dgr.. nanti apehal akak cerita yer..