Ads

Tuesday, July 5, 2011

Asam Katok, Udang Merah Balik Pulau

Cuti Isra' Mikraj, kami ke Pulau Pinang jalan-jalan cari makan. Che Abang ajak cari durian...macam le tempat lain takde durian tapi dah diajak.. kecil tapak tangan, feri Pulau Pinang aku tadahkan..

 Anak daraku menaiki feri buat pertama kali. Tak puas di tingkat bawah, naik tingkat atas pulak.. Esoknya... mabuk laut.. Dia kata, " Ibu, Fara rasa dinding, bumbung rumah ni dah jatuh ke lantai. Duduk pun terasa bergoyang-goyang". Muntah-muntah jugalah... Deeja juga yang stedi.. 

 Anak-anak tidur dalam kereta, sedar-sedar dah dalam feri..

Jalan hari ni taklah sesibuk biasa. Jadi Che Mid mintak singgah di Pasar Chowrasta. Lama tak pekena jeruk Penang..

 Pi caghi hat yang Melayu.. harap-harap yang menjualnya Melayu, yang membuatnya pun Melayu gak..

PERINGATAN :  Sapa yang melihat gambar-gambar seterusnya.. 
JANGAN BIARKAN AIR LIUR MEMBASAHI BIBIR ANDA!

 Amende asam katok ni!!

 Rupanya benda alah ni lah asam katok! Che Mid cukup suka makan ni masa kecik-kecik dulu. Asal balik sekolah rendah, mesti beli.. pas tu makan colek dengan jari je.. pas tu kesat kat unifom sekolah..

Kedondong warna hijau atau kuning. Orang Penang panggil ambra huh canggih no..

 Jeruk bawang ni, Che Mid tak pernah makan.. sedap ke ha? Rasa bawang macam bawang kat umah tu ke?

 Buah pala bermacam jenis... Ooii! Jaga ayaq lioq tu!!

 Ini feveret Che Mid. Teringin sangat nak makan.. Bunyinya rangup kruk krak.. tak masam dan tak manis sangat..tapi jenis yang bercili tak minat pulak.. 

Kami beli dalam 1/2 kilo betik, mangga, jambu batu dan asam katok.  Kami bergerak perlahan ke arah Batu Feringgi. Melepasi kawasan bandar, deretan hotel-hotel besar dan pantai yang cantik, kami menuju ke arah Balik Pulau.

Semakin lama jalan semakin sunyi dan sempit. Kiri kanan di apit hutan, bukan pokok liar tapi rupanya hutan DURIAN!!

Ada pokok yang muda dan ada yang tua dan terlalu tinggi.. tapi semuanya sedang berbuah lebat..

Boleh dikatakan disetiap jalan masuk ke dusun, terdapat pondok menjual durian. Kami memilih berhenti di satu lereng .. ( Ish.. ada komunis tak? )

Disambut oleh pekerja berbangsa Myanmar, kami disua dengan durian yang dijual secara biji,  tak payah timbang. Tapi harga memang MAHAL!


Deeja dah tak sabar-sabar lagi. Mulutnya asek kata, " Emm.. dap."

Menikmati setiap ulas durian segar. Rasa macam petik sendiri di pokok dan makannnn.. Cuma menghabiskan 2 biji durian saja rasa dah puas..

 Buah yang pertama .. jenis kacukan kumpo ( tak pernah dengar nama tu sebelum ni, si Myanmar tu pulak tak reti nak eksplen.. suruh eja lagi la tak tau..!)  Warnanya kuning ke orenan..

 Memang hebat..lemak, lembut tapi tak lembik, tak pahit,  hey tak tau nak diskraib la.. sebijik RM35.

 Durian kedua - Jenis udang merah. Pun sedap yang amat... berbaloi la jalan merentas negeri mencari durian..

 Gebu, sedikit pahit dan tak manis sangat. Che Mid la yang paling banyak makan.. tapi dalam hati teringat emak abah dan mertua di kampung, kalau ada sekali alangkah syoknya..

Sebelum balik, Deeja bergambar dengan Amoi lawa jugak dari Sg Petani yang turut makan di situ bersama keluarga. Sejak Amoi tu sampai, Deeja asek panggil, " Kakak!"

27 comments:

Nizam said...

Sedak weh ngunyoh derian yek

kzai said...

salam che mid..wah seronoknye berjalan2 dgn family...terliur tgk jeruk2 tu...xleh tahan lah tgk isi dhogian tu..terasa kt anak tekak

Sangkar putih said...

salam...adusss..terliuq habih dah nie bila tgk burian tu kak...

NiezaMan said...

Che Mid..saje jer nak bg orang terliur tau..saya pondah lama tak ke Penang..tapi kalau kat sana makanan mmg best sgt2

secangkir madu merah said...

di Balik Pulau itu memang byk sangat pokok durian dan pokok buah pala... terlangsung dah kesana, pergi tak ke teluk kumbar makan mee udang? hehehehe mee udang yg terbaeeekkk..

Teratak Amir Amira -{@ said...

Aduhai che mid, pos katsaya asam tahi kambung tu (asam katok)

AzMask said...

asam katok tu betul2 menggoda... Cantiknya isi durian tu Che Mid.

Che Mid said...

Nizam - Memang le sedak amat. Di kampung takde buah lagi ke?

Che Mid said...

Salam kzai - Ha ha nampaknya peringatan tak laku la.. air liur meleleh juga ya..

Che Mid said...

Sangkar putih - Salam, kami pun menyesal tak sudah sebab tak tapau bawa balik, takut berbau dalam kereta..

Che Mid said...

Niezaman - Salam, kali ni syok masuk Penang sebab jalan clear...nak makan pasembor di bayan lepas tapi kedai tu tutup.. keciwa jugakla.. kalau tak adalah gambar pasembor dlm ni

Che Mid said...

secangkir madu - Salam, alamak! buah pala yang macam mana ha.. che mid tak perasan la..

Che Mid said...

Teratak amir - Salam, apo nak pos? Meh sini, den katok kamu dulu nak? he he

Che Mid said...

Azmask - Wah, ramai peminat rupanya asam katok ni ya..

Ila said...

bestnyer dapat makan durian...yg kuning tu sgt mengiurkan

Fadzli Amir said...

Salam kenal gak...hehehe..awat hat tak habaq nak mai...buleh kami balun kompang dsedaih dua...hehehehe...kami ni jeruk chowrasta tu dah muak dah..hehehe....semenjak duduk penang dah 13 tahun ni, dulu mula2 beli gak bwk balik kg, pastu muak...hehehe...durian pulak, memang puaih makan tapi bukan balik pulau, tapi batu feringghi....

Ibu Ayra said...

adoiii meleleh ayaq liuq aihh...kak midah, nak jeruk pelam sekilo... haaa baru teringat, dlm esbok ada stok jeruk pelam kuning...seb baik, kalau dak dok meleleh la ayaq liuq nih.... (hehehe, kak paham ka apa yg ros tulis nih...pekat gila speaking utagha)...

Che Mid said...

Ila - Durian ada di mana-mana sekarang, terjah je!!

Che Mid said...

Fadzli - Salam, Laa... kan baru kenai.. malu-malu kucing le..

Che Mid said...

Ibu Ayra - Salam, Ishh.. dah terer la ni speaking utagha.. Farah dan Faris dah lebih dari kedah bila cakap kedah..

syariza09 said...

masa buadak2 dulu asam katok tu saya panggil asam katak...may be sbb masa tu x pandai sebut lg kot =)

berbaloi la doyan tu mahai pon, tgk pon dh tau sedap, kuning oren gitu

Nora Asfa said...

waduh.. terliuq sudah.. tengah puasa pulak ni.. Asam katuk tu dah lama cari tak jumpa kat sini.. a'ah terkenang masa kecik2 dulu memang tulah jadi kegemaran..
derian owh derian mak aih..harga dia.. sedap tak pa la.. kena ngan regenya.. berbaloi jauh berjalan tu!!
gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut senang hati!!

Che Mid said...

Syariza - Wah nampaknya ramai peminat asam katok ni ... tengah bayangkan rupa budak-budak sekolah comot makan asam katok hi h

Che Mid said...

Nora Asfa - Tentu akak suka makan sambil jalan kaki balik ke rumah. Eh, tetiba teringat kak Lela, besfren akak tu..

Lina Rahim said...

ah, terliur durian pulak kala saat ini..hm..mcm mengidam pulak la saya..

Che Mid said...

Lina - Ha apa tunggu lagi.. pi cari cepat!!

Anonymous said...

Terbaik...........my taste
isi putih dan mesti pahit