Ads

Monday, July 25, 2011

Mana Susu Abah?

Deeja minum susu ibu, tapi juga minum susu formula jenis Fernleaf 1+ Kurang Manis perisa madu.

Abahnya minum susu Fernleaf Omega 3

Kami beli jenis pek supaya boleh diisi semula dalam tin yang lama. Kat Tesko hari tu, beli satu pek susu Deeja dan satu pek susu abahnya. Rupa kedua-dua pek susu tu lebih kurang macam ni.. (gugel je..)


Warna kedua-dua jenis susu tu kan lebih kurang sama je... ada kale kuning kuning dan biru biru kan..

Satu hari abahnya baru balik dari outstesen..

Abahnya    -   Buat air abang ya, bubuh susu yang baru beli hari tu...

Che Mid    -  Ok.. ( bersemangat melayan suami, almaklum baru balik lepas 5 hari tak ketemu..) Carik punya carik.. mana peginya susu dia ni.. 

Che Mid    -  Dua hari lepas dah bukak dah susu Deeja, susu abang memang tak buka lagi. ( Tangan buka kabinet, jumpa satu pek susu)

Che Mid   - Eh, nape ini susu Deeja jugak... (Jeng jeng jeng...)

Maknanya dah dua hari Che  Mid bagi Deeja minum susu abahnya. Fernleaf Omega 3..Patutlah nampak lain macam je susu tu, agak lembab dan halus! Deeja pulak stedi je minum, laju je.. tak pulak sakit perut ke apa..

Abahnya dah pandang muka kelat semacam je..  Tak boleh la marah-marah, baru balik kan..

Pengajarannya - Baca tulisan atas pek tu, jangan nak main capai je...





12 comments:

syariza09 said...

abah minum susu deeja la pulak...hehe tukar ganti

Sang Pemerhati said...

Hehehe..deejaa memang steady...agaknyer dia igt Che mid dh tukr susu baru agaknyerr=)

ajumohit said...

Hehe sib bek deeja takde perubahan hehe...

~izan~ said...

hehehe..akak ni suka buat izan gelak tau..ari kes asam keping,pastu kad pregnant ni susu plak hehehe..

mujur dia tak apa2 minum susu tu hehe..btul la kak sya kata,bg abah minum susu deeja hehe

Che Mid said...

Syariza - Hampir je jadi macam tu sebab susu abah kan dah masuk dalam balang susu deeja..

Che Mid said...

Sang Pemerhati - Mungkin juga.. sedap je kut.. apa-apa pun boleh he he

Che Mid said...

ajumohit - minah kecik tu stedi je..apa pun masyuk!

Che Mid said...

izan - suka che mid bila izan pun gelak sama.. eh eh lupa dah ke pasal driving test yang terpegang lutut tu!

Skrg bekas susu tu pun dah terbalik, susu abah kt bekas deeja, susu deeja kt bekas abah.. cuma ibu yang tau he he

sayangsayangibu said...

deeja kata susu abah
susu deeja jugak...

anak sya tak suka minum susu tu, dia nak DL atau dugro jugak

Kunang-Kunang said...

Selalunya susu untuk orang dewasa ni lebih mengenyangkan. Itulah agaknya deejaa terima jerlah mama beri susu baru.

Che Mid said...

sayangsayangibu - agaknya setiap susu baby ni, lain-lain rasanya kan... hanya baby-baby je yang tahu..emak bapak tau nak tukar brand je..

Che Mid said...

Kunang-kunang - Tapi orang dewasa pulak tak berapa suka minum susu.. kut dah puas dulu kecik2 minum susu ha ha