Ads

Tuesday, July 19, 2011

Ikan Bakar Tasik Raban

Perjalanan balik dari Klang minggu lepas, kami ikut jalan dalam. Keluar lebuh raya Utara Selatan melalui Kuala Kangsar dan terus menghala ke Gerik- Baling. Sampai di kawasan Tasik Raban, kami berhenti makan tengahari walaupun tak berapa lapar.

 Inilah dia - Restoran Tasik Raban - Che Mid memang teringin nak makan kat sini. Orang kata sedap banget! Tengok dari jumlah kenderaan yang parkir, memang betullah jadi tumpuan walaupun terletak di kawasan kampung dan hutan yang sunyi.. Berlatarbelakangkan gunung ganang..

 Che Mid sampai dalam pukul 2 lebih. Banyak lauk dah habis. Tu pun tengoklah... berderet lagi lauk pauk terutama ikan sungai..

 Sebesen besar sambal tempoyak!! Boleh tak bayangkan berapa banyak ulamannya!!

 Inilah tarikan utama !! Ikan sungai bakar. Ramai pelanggan makan, tentu sedap, mesti cuba. Sape tak makan ikan sungai, jangan jual mahal taknak makan. Menyesal nanti!!

 Che Mid ditanya, " Akak nak ikan talapia sungai ke talapia bela? Kalau talapia sungai harganya RM38 sekilo. Kalau ikan talapia bela punya, RM28 sekilo.." Che Mid pilih yang mahal! Sesekali datang, tentu nak rasa yang terbaik. Ikan dibakar dahulu, baru dicurah kuah atasnya. Pekerja tu akan tarik tulang tengah ikan dulu. Lepas tu dia akan  mengacau kuah dalam bekas besar, nampak macam berminyak-minyak. " Kuah ni dimasak dulu ke dik?". " Ya, kak. Siap bubuh rempah, halia, serai macam-macam lagi."

 Wah! Terserlah kesegaran ikan sungai ... Takdenya hanyir ke bau rumput ke.. yang ada.. DILISYES, MERBELES! Ayan yang tak makan ikan pun suka sangat makan talapia ni!

 Tengok belakang tu, punyalah ramai orang... Ha, Deeja pun nak makan gak, tapi tak nak suap.. nasi banyak ke meja dari ke mulut! Bayaran makan untuk 6 orang cuma RM58 je..

Lepas makan, Deeja kena buli dengan abang dan kakak, disuruh makan limau..


Akhirnya, kena mandi di sinki!! Tentu tuan kedai jeling marah!! Sorilah cik, anak saya ni dah comot sangat!

17 comments:

mama maman said...

nmpk mmg cam sedap je... hhhuuu... terliur lak..:)

ajumohit said...

Mcm pernah mkn jek kt sini, dulu sy n hubby duk baling jap

sonata anak kancil said...

sedap masakan kampung ni...tapi saya tak makan ikan sungai !

mamawana said...

Sambal tempoyak, ikan bakar, ulaman2...sodap semuanyerrrr

sayangsayangibu said...

aduhai kak
kalau sya dekat sana tu
sah sah makan..makan...makan.. dan makan ;p

syariza09 said...

sy x mkn ikan sg, tp bila tgk rupa ikan tu, rasa mcm nk try plak..kalau sy ke sana laa

nur said...

AsSalam Che Mid..
Alahai bestnyer nengok ikan bakar... kamera che mid pulak sharp betul, nampak berlapis-lapis isi ikan.. sedap tuh che mid..

Che Mid said...

Nur - Salah satu fungsi kamera adalah untuk buat orang terliur... betul ke? he he

Kakzakie said...

Amboi banyaknyeeerrrr!! Deeja tu makan ke kacau abang dgn kakak? Boleh habis ke tu Che Mid?

Che Mid said...

mamamaman - sudah tentu!!

Che Mid said...

ajumohit - ya la tu kut, tempat tu tak jauh dari resort tasik raban

Che Mid said...

sonata - kalau berani cubalah, kalau tekak tu tak sensitif sangat, tak sedar pun ikan sungai..!

Che Mid said...

mamawana - sodap giler! tempoyak fresh dari dusun ha ha

Che Mid said...

sayangibu - sesekali berjalan-jalan ikut jalan kampung pun bagus jugakan, angin kampung lain sikit dari angin hiway!!

Che Mid said...

syariza - Ikan sungai yang di tempat tu, tak rasa ikan sungai pun..che mid pun tak makan kalau ikan tu ke'sungaian' sangat.. ( apa punya istilah ni..)

Che Mid said...

Kakzakie - Deeja tak kacau abang adan kakak kalau dapat makan sendiri! Ikan tu dalam sekilo lebih... he he .. licin!!

Papa-NtiQ said...

hi che mid...Cakap pasal restoren tasik raban, saya baru je pegi kat cawangan tepi stadium ipoh tu minggu lepas masa cuti sekolah. Selalu gak gi sana bila balik kg. Memang the best!
Baru upload pics kat blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com so bila senang2 tu jenguk la yer :)
Blog saya ni cakap pasal makan jer 100% takde topik lain hehe...kalu sudi follow la yer TQ TQ TQ