Ads

Friday, July 22, 2011

Diraikan di Jeram Ikan Bakar

Che Mid telah diraikan di satu majlis makan malam anjuran Persatuan Penduduk rumah Che Mid di Klang. Hadiah penghargaan Che Mid terima kerana pernah memegang jawatan Ketua Jiranita taman perumahan tu. Tapi, sedihnya, gambar tak 'clear' pulak. Puas dah senyum sumbing, che abang tangkap tak kena gaya... apa pun kita layan gambar lain la ya..


 Hampir 300 orang dari kalangan penduduk dan keluarga. Pihak persatuan turut menyediakan bas untuk ke Jeram Ikan Bakar; kira-kira 40 minit dari taman kami.

 Farah turut menerima sumbangan pelajar cemerlang PMR 2010. Boleh shoping ye ye!

Bersama Ustazah Salmah, pengajar Fardhu Ain. Termimpi-mimpi Che Mid rindukan dia, eh dia kata dia pun mimpikan Che Mid juga.

Gang lama dan selamanya - dari kiri Ruziah, Kak Eda dan mak nenek mendokong Deeja. Deeja ok tak nangis cuma excited ke sana ke mari..

Seorang lagi orang Helwa - Zainon, pembaca setia blog Che Mid..

Tok Ketua Kampung juga mengumumkan bahawa taman kami, selain dari mempunyai anak-anak cemerlang dalam akademik, juga telah melahirkan seorang HAFIZ. Alhamdulillah..Semoga taman ini terus maju ke hadapan ditunjangi oleh para ajk yang begitu bersemangat, sabar dan tabah mengharungi cabaran. 

18 comments:

Adnazthie said...

icAssalam Che Mid,

Jauh di mata, dekat di hati

sonata anak kancil said...

salam = bestnya persatuan macam ni...kat tempat saya ni - agak payah nak buat majlis besar2 macam ni sebab ramai kaum wanita muda2 - depa bekerja ( alasan tak sempat le @ anak kecik dll ...) - kumpulan yaasin setiap minggu pun boleh dikira dengan jari

Kunang-Kunang said...

Bagus yer, dalam sebok2 mengurus rumahtangga dapat juga berbakti pada masyarakat. Syabas!!

LIPISLADY said...

Sallam,

Kira reunion ke ni cik Mid?
meriahnya, seronok di hargai...
begitulah kalau kita banyak berjasa pada masyarakat.

Che Mid said...

Adnaz- Salam rindu di angin lalu..

Che Mid said...

Sonata - Salam. Alhamdulillah, tempat kami masih sama aktif sejak awal penubuhan persatuan. Mana-mana tempat, alasan pun sama juga. Berapa kerat yang ada tulah yang bertungkus lumus.. janji jangan hilang di tengah jalan..

Che Mid said...

Kunang-kunang -

Harap sangat di tempat baru ni ada juga aktiviti serupa, tapi perumahan ni baru sangat lagi, penduduk pun boleh dibilang dgn jari..

Che Mid said...

Lipislady - Boleh kata gitule.. sesi melepas rindu pun ada juga sekali he he

CekWa said...

Meriahnya majlis ni, tahniah dan syabas juga diucapkan

Che Mid said...

Cekwa - Dulu CM jadi ajk penganjur, tapi malam tu diraikan pulak jadi tetamu khas... memang bangga tapi sedih tak dapat bertugas seperti dulu..

hani@debumelukut said...

tanda sepakat dan kemesraan jiran tetangga..bagus..kekalkan begini

azieazah said...

Tahniahh.. tumpang gumbira tengok suasana begini. Aman damai dan mesra sekali.

Tahniah juga kepada anak2 yang cemerlang dlm akademik.

Moga menjadi contoh dan membakar semangat orang lain sama.

Sesi Luah Perasaan: Hujan Pun Tak Sedar...

~izan~ said...

akak,bagusnya tmpt akak ni..muafakat.

seronok mcm ni,meriah je nampak majlis ni.dan yg penting semangat kejiranan tu kuat sungguh.

Nizam said...

Alhamdulillah.Semangat kejiranan dan pemuafakatan yang harus diamalkan oleh semua

Che Mid said...

Hani - Itu yang rindu selalu pada rumah Klang, kemesraan kami mengalahkan adik beradik

Che Mid said...

Aziezah - Ada beberapa orang ajk sejak dari awal penubuhannya, sgt komited dan sentiasa istiqomah memastikan taman kami terus aktif.

Che Mid said...

Izan - Taman akak ni dianugerahkan KRT paling cemerlang..

Che Mid said...

Nizam - Harap boleh dicontohi orang lain pula..