Alhamdulillah... Che Mid dah semakin sihat dan tembam sekarang. Kandungan pun dah masuk minggu ke 15. Berat badan pun dah naik 3kg lebih. Untuk memasak tak boleh lagi, tapi Che Mid dah tak semelepek dulu.
Hari Khamis lepas dah pergi daftar pemeriksaan ibu mengandung di Klinik Kesihatan Meru. Maklumlah umur dan 'senior' ni sebaik-baiknya dapatkan rawatan dari Hospital Kerajaankan. Risikokan tinggi...
Alhamdulillah, setakat ini tekanan darah dan tahap gula ok. Harap-harap kekal begitu sampai melahirkan nanti. 14 Ogos nanti, kena minum air gula untuk pastikan tahap gula dalam badan. Hee.. orang kata teruk rasanya minum air gula tu ... betul ke? Tak pernah minumlah sebelum ni..
Apa pun, Che Mid rasa tenang dan happy je walaupun suami kata 'ibu mabuk macam nak gila!!'.. ke dia yang nak gila tengok ibu mabuk.. he he
Sekarang ni dah mula pakai baju besar-besar.. baju sedia ada dah jadi macam sarung nangka. Nampaknya raya tahun ni tak boleh melaramla..
Okay lah ya.. nantikan posting terbaru Che Mid.. Ada artikel best walaupun tengah mabuk macam nak gila... nantikan!!