Ads

Thursday, February 25, 2010

Boleh percaya ke??

Sebenarnya Che Mid sedang cuba menyiapkan satu entri yang 'sentimental' sikit, tapi idea tu tak menjadi je. Sementara tu, cuba kita tengok kejap poin-poin kat bawah ni tentang kepercayaan masa kelahiran baby, boleh percaya ke??

1) Jangan biarkan pakaian baby yang dijemur terkena hujan, nanti baby selsema.

2) Sapukan kepala dan sendi baby dengan benda berbau kuat seperti delingo bengkley, supaya hantu setan tak suka dekat baby.

3) Apabila baby sedu (Jawa kata cekuen) gigitkan sedikit kain lampin dan letakkan di ubun-ubun baby, tak lama akan hilang sedu.

4) Cuci uri bersih-bersih dengan asam keping, lepas tu bubuh asam, garam, gula dan paku serta dibungkus dengan kain putih, kemudian ditanam di simpang tiga jalan.

5) (Cara orang Jawa) bila waktu menjelang senja, nyalakan pelita atas tanah tempat uri ditanam di bawah rumah.

6) Bila baby tersenyumke  atau tersengihke ketika  tidur, maknanya dia 'sedang bermain dengan kawannya' iaitu uri tu lah..

7) Ketika membedung baby, pastikan kaki baby diluruskan dan diikat kemas, supaya bila besar, elok jalannya nanti takde la terkengkang

8) Sebaik lepas dilahirkan, jauhkan apa-apa yang berwarna kuning daripada baby. Kalau tidak baby akan mudah dijangkiti demam kuning. Kalau boleh dinding rumah pun jangan dicat kuning.

9)  Jangan biarkan baby asyik memandang ke atas.... maknanya dia sedang melihat benda yang orang besar tak boleh nampak.. heee.. seram

10) Jangan cuci lampin dalam mesin basuh, nanti baby asyik menggeliat..

Setakat ini saja yang Che Mid dapat kumpulkan, kalau ada sesiapa nak tambah, silakan dengan segala hormatnya

Friday, February 19, 2010

Hadiah untuk Deeja

Bagi pihak Deeja dan famili, terima kasih kepada semua yang sudi menghulur tandamata sempena kelahiran Deeja. Ini menambahkan lagi keceriaan kami yang cukup gembira dengan kehadiran orang baru. Sampai hari ini, kadang-kadang Che Mid dan suami masih tak percaya Deeja berada di tengah-tengah keluarga selepas 14 tahun.

Jom, kita tengok apa yang Deeja dapat.. untuk suka suka je ya.. 


Jambangan bunga dan buah-buahan dari sahabat abah. Berhari-hari jugalah jadi hiasan di ruang tamu.  

Ini pulak hadiah dari Mak Lang Dilah. Baju dah pun Deeja pakai. Banyak betul pink dan merah jambu..

Pak Cu Acam dan Mak Cu Ayu hadiahkan produk Pureen. Mak Cu suka sangat dengan bau bedak Pureen. Mak Cu pun bagi satu beg besar baju lama Azyan untuk Deeja pakai. Kebetulan Deeja tak banyak beli seluar dan baju panjang untuk pakaian tidur, jadi memang molek benorle Azyan kasi baju recycle tu!!

Baby cot dan tilam pun Mak Cu bagi pinjam dari Cik Puan Rozi, kawan baik Mak Cu. Tima acihlah bagi Deeja guna, walaupun tak kenal Acik Rozi tu, InsyaAllah pahala sedekah akan mengalir laju..
Pink lagi!! Ini pemberian sahabat keluarga - Moh Saleh and brothers. Sepasang persalinan baby . Moh Saleh tu dah bercucu jadi dia bahasakan diri dia 'atuk' pada Deeja.
Ha ini bukan pink.. tapi cokelat campur koko dari Pak Teh Ijam dan Mak Teh Dila.

Pak Teh Rosdan dan Mak Teh Dila pula bagi persalinan ni. Pink lagi!! 

Makcik Aida - jiran kat rumah hadiahkan baju dan bantal kecik ni.. pink lagi!! Makcik Aida ni pun tengah tunggu kelahiran baby ke 5, eni taim dah ni..

Mak Nenek belikan baju ni, warna hijau, beli di Kelantan hari tu



Sarung bantal dan tilam pun Mak Nenek belikan. Ibu tempahkan untuk dijahit oleh Nenek Nah.



Meriah sungguh bila adik beradik berkumpul menghadap baby Deeja. Mak Cu Nana bagi pinjam kelambu baby Aidid, Mak Nenek bagi pinjam tilam yang Che Mid guna untuk tidur masa dalam pantang ni, Cik Adik pula pinjamkan besen mandi baby, buai baby, getah lapik baby dan pam susu. Murah rezeki Deeja, banyak barang dapat free.

Onyang datang tengok Deeja selepas 2 minggu lahir. Dia kata, " Baru 2 minggu dah macam 2 bulan besarnya.." 
Gambar Che Mid (berpilis di dahi) dengan Rosmah dan anak daranya dari Kuantan dan Roszana (belakang)
Dari kiri - Cik Mi, Cik Odah, Kak Tati (kebetulan, nama cucu dia pun Khadija juga) dan Cik Thur.

Thursday, February 18, 2010

Deeja Demam Kuning

Ayan, Farah dan Faris datang pada waktu melawat tengahari. Akhirnya, mereka menatap wajah adik baru yang dinantikan selama ini. Ayan memang sangat teruja dari awal lagi, bukan main sibuk shoot gambar. Farah banyak berdiam diri. Perangai dia memang macam tu terutama kalau situasi pelik-pelik sikit. Agak sukar untuk ditelah apa yang ada dalam fikirannya. Faris pulak, sampai je terus meluru nak tengok adik. Tapi ke tiga-tiganya tak berani nak angkat baby. Ibu yang suruh Farah dan Faris PONTENG sekolah, sebab taknak miss momen-momen dengan baby di hospital.



Deeja bergambar dengan abah sebelum berangkat pulang dari hospital

Faris dah bergelar abang, bagaikan tak mau berpisah dengan adik barunya



Mak Nenek meyambut cucu ke 17


Ibu, Mak Nenek, Deeja dan Kakak Farah ketika menunggu kereta di luar hospital

Malam tu, rumah kami riuh rendah dengan suara adik-beradik dan anak buah Che Mid. Kebetulan tarikh lahir Mak Nenek pun jatuh pada 3 Feb juga, jadi adik Che Mid berpakat nak rayakan bedday nenek sekali. Masa potong bedday cake tu, mak nenek dokong Deeja sekali. Lepas tu, mak nenek suap sikit icing cake kat mulut Deeja. Che Mid kata baby lain bertahnik disuapkan kurma atau air zam-zam, ni Deeja mak nenek suap cake!! Mak nenek kata.. alah.. baby modenla... macam tu pun ada ka!!..


Esok paginya, nurse dari Klinik Meru datang buat lawatan ke rumah. Baby Deeja kena demam kuning, jadi terpaksa di bawa ke klinik petang tu juga untuk disahkan oleh doktor. Ni yang tak best ni.. part demam kuning ni memang menyeksakan. Hendak tak hendak kena pergi jugalah. Keputusan ujian darah yang diambil dikaki Deeja menunjukkan bacaan 261, tinggi untuk bayi yang baru berumur 2 hari. Doktor suruh bawa ke hospital hari tu juga. Maka kami pun ke Hospital Sungai Buluh sekali lagi. Doktor bagi tahu, kalau ibu berdarah jenis O, anak memang senang kena demam kuning. Dan Che Mid memang jenis O.
Ujian pertama dibuat pada pukul 7 malam. Keputusan diketahui pada pukul 9.00 malam. Memang Deeja kena masuk wad tetapi katil untuk ibu dah penuh. Jadi baby kena tinggal dengan nurse, ibu kena balik rumah.



Keadaan Deeja sewaktu kami datang esok paginya. Meniarap di bawah lampu. Syian.. tinggal syorang-syorang.

Deeja dah boleh balik ke rumah. Alhamdulillah, cuma tinggal 1 malam je di hospital. Bayaran?? RM5 je. Che Mid memang cukup bangga dengan perkhidmatan ibu mengandung dan kanak-kanak di Malaysia ni. Bayaran minima tapi servis tip top jika dibandingkan dengan negara Asia lain. Ada sikit-sikit ketidakpuashatian tu biasalah, sebab macam-macam karenah manusia kan.. tapi kalau bandingkan dengan kos, kira berbaloi sangat-sangatlah..

Deeja pakai cermin mata putih... cantik tak??

Tuesday, February 16, 2010

Detik-detik Kelahiran

Pada 1 Februari, Che Mid ke Pusat Kesihatan Meru untuk check up lagi. Nurse dan doktor rata-rata heran sebab tak bersalin lagi. Hari ni dah lewat 6 hari dari tarikh due. Esok, Che Mid kena ke hospital. Dah tak boleh tunggu lagi. Perkara yang paling Che Mid takutkan ketika nak bersalin dan baerharap supaya ia takkan berlaku ialah 1) Bersalin tengah malam sebab tak cukup tenaga sebab tak cukup tidur dan 2) Dah sakit bersalin tapi serviks tak buka lagi.. jadi kena tunggu, and it happen to me.. 

Feb 2, jam 10 pagi   -  Bertolak ke Hospital Sungai Buluh. Sempat singgah di R&R jejantas Sungai Buluh untuk mengalas perut dan beli majalah.

Feb 2, 11.15 pg     -  Daftar masuk di Dewan Bersalin, Hospital Sungai Buluh (HSB). Pemeriksaan awal, baru buka 1 cm tapi doktor dah suruh induce (IOL). Tak boleh tunggu sebab dah lewat 7 hari. Peraturan di HSB tak boleh bawa apa-apa barang ke dalam Dewan Bersalin termasuk handphone. Semua barangan dijaga oleh suami di tempat menunggu kecuali sepersalinan baju bayi. Masuk aje, kena pakai uniform hospital iaitu baju labuh pink dan kain sarung pink juga.

Feb 2, 12.30 tgh   -  Masukkan ke bilik khas dan dimasukkan ubat induce. Sejam selepas tu tak boleh bangun dari katil. Doktor akan check balik pukul 2 pm. Ada dua pesakit termasuk Che Mid. Nyonya tu pun dah lewat 7 hari juga.

Feb 2, 2.00 ptg       -  Doktor check bukaan serviks, masih 2 cm tapi contraction dah kuat dah. Doktor kata check lagi 4 jam. Adoi..Lamanya. Kejap-kejap Che Mid pergi jenguk Che Abang di tempat menunggu. Kesian dia, dah tak senang duduk kat luar tu sorang-sorang. Nak makan pun tak lalu.

Feb 2, 10.00 mlm -  Bila doktor tengok print out GTI, dia konfiden kata, " Ha, akak ni dah boleh masuk labor room.." Tapi bila check servike, dia kata, " Jauh lagilah kak, baru 2 cm.. ". Jadi dia cadangkan Che Mid ambik ubat kurangkan sakit dan tidur sekejap. Kalau tak malam ni mungkin esok pagi baru bersalin. Nurse akan check balik jam 2 pagi nanti. Jadi, Che Mid pun keluar jumpa hasben dan kata lepas ni nak tidur dan boleh jadi tak jumpa dia lagi dah. Che Mid suruh dia balik dan rehat je kat rumah tapi dia tak nak. Dia cuma nak balik mandi dan tengok anak kat rumah dan datang balik ke hospital.


Gambar terakhir sebelum bersalin. Jam 10.20 malam. Sedang bercakap dengan anak. Nampak tak muka orang menanggung sakit..

Feb 2, 10.30 mlm   -  Nurse buat suntikan dan 10 minit lepas tu, Che Mid dan Nyonya katil sebelah pun tidurlah. Nurse siap tutupkan curtain dan lampu untuk kami beradu dengan lenanya.

Feb 3, 1.30 pagi   -  Terjaga dari tidur kerana terasa contraction yang sangat kuat. Setiap 3 minit sekali Che Mid rasa sakit sangat. Alamak dah nak bersalin ke ni. Rasa mamai, sakit dan cemas bercampur baur. Nurse atau doktor bertugas takde pulak masa ni.

Feb 3, 2.00 pagi -   Nampak kelibat jururawat bertugas, terus saya lambai tangan. Tak boleh nak bersuara sebab dah sakit sangat. Dia terus datang dan perasan saya dalam kesakitan. Terus dia check serviks.. dah buka 6 cm rupanya. Dia nak pecah air ketuban, tapi Che Mid tetiba rasa dah keluar sendiri, tak sempat nak buat apa... katil dah basah dengan air ketuban. Lepas Nurse suruh naik wheelchair tapi dah tak tentu arah rasanya.. nurse kata takpe.. kita tolak katil-katil sekali ke labor room. Nampak nurse-nurse tu kelam kabut, Che Mid 2 kali kelam kabut la.. Doktor houseman yang ada kat situ tak terkata apa... terkebil kebil je.

Feb 3, 2.15 pagi  -  Nurse tolak katil sambil mencari labor room yang kosong. Akhirnya jumpa sebuah bilik yang kosong. Bidan Ain (pelajar praktikal tahun akhir swasta) dah menunggu. Masa tu teringat nak panggil suami, tapi situasi gawat macam ni, rasanya nurse pun tak sempat nak panggil hasben masuk... oklah.. tak panggil dialah.. Maka Che Mid dan Nurse Ain, dan nurse yang awal tadi (maaf, Che Mid tak ingat nama dia. Lagipun dia keja shift malam jadi baru sangat jumpa dia.. tak sempat berkenalan) sama-sama berjuang untuk memastikan Che Mid melahirkan dengan selamat.

Bila dia suruh push.. Che Mid tak tau nak push.. panik sekejap. Bila dia suruh pegang kaki, Che Mid  kata tak sampai... 2 kali push baby tak keluar... Nurse suruh tanggal tudung dan ikatan rambut. Kali ketiga, kepala baby dah keluar.. nurse tu kata, " Kak, hidung baby ni tersekat. Dia tak boleh nafas ni. Akak kena push betul-betul...". Tak taulah, dia cakap betul atau saje nak naikkan semangat Che Mid. Hah, apa lagi Che Mid pun push bagai nak gila. Eh.. pandai pulak pegang kaki dan kepala kita pandang perut. Kali ke empat push.. badan pulak nak keluar.. ewah, kita pulak kata.. ok let's go... dan push bagai nak gila jugak.. Pertarungan 15 minit pun berakhir dengan jayanya.

Feb3, 2.34 pagi   -   Faiqah Khadeeja selamat dilahirkan. Proses keluarkan uri dan menjahit luka kira-kira 40 min. Terima kasih tak terkira pada kedua-dua nurse bertugas. Excellent!!


Dengan bangganya dipekernalkan Faiqah Khadeeja selepas 1 jam dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya selamat



Baby Deeja selepas diqomatkan

Feb 3, 3.20 pagi   -  Suami dibenarkan masuk sekejap. Dia dapat rasa yang Che Mid dah bersalin walaupun tak diberitahu. Tak lama lepas tu, nurse bawa baby jumpa kami untuk menatap wajahnya buat pertama kali. Selepas bersalin tadi Che Mid tak tengok muka dia, sebab nurse cuma tunjuk jantina je.. Apa pun alhamdulillah, baby Deeja sihat dan cukup sifat. Anugerah tak ternilai kini dipangkuan.

Feb 3, 4.00 pagi    -   Dipindahkan ke wad bersalin, bersama dengan 3 orang ibu lain. Ketika nak beralih dari kerusi roda ke katil di wad, Che Mid rasa darah banyak mengalir turun. Nasib baik ada nurse wad dah standby. Cepat-cepat Che Mid bagi tau nurse tu. Kemudian Che Mid diminta tukar pakaian sebab baju dari masa bersalin tadi tak tukar, memang banyak darah tapi Che Mid dah lemah sangat. Cuma sempat buka tudung saja. Nurse tu kata nak check Che Mid dan minta berbaring cepat-cepat. Dia periksa Che Mid dan keluarkan darah dari rahim Che Mid lagi. Atas lantai tepi katil dah penuh darah, sampai nurse tu kata tak tau mana nak pijakkan kaki sebab penuh darah. Dia minta Che Mid bertahan, jangan sampai pitam. Ingat lagi dia kata, " Kak, saya tau akak sakit, tapi saya nak tolong akak ni, akak tahan sikit ya.." Masa tu tekanan darah dan denyutan nadi dah naik. Salah seorang nurse ambik baby, dia kata nak tolong jaga.

Rupanya nurse labor room tadi tak masukkan air (pitosin) selepas bersalin supaya rahim boleh kecut cepat. Marah jugalah nurse kat wad tu, siap tanya siapa in-charge dan siapa witness di labor room. Dia agak Che Mid kehilangan 450cc darah. Pucat lesi muka Che Mid jadinya!!

Nak menambahkan dramatik lagi, Che Mid dimasukkan 1 pt air disebelah kiri tangan Che Mid. Tangan tu pulak kena bengkok sikit, kalau tak air drip tak nak turun. Tak lama lepas tu, nurse yang tadi kata nak tolong jaga baby, datang bawa baby. Dia angkat baby dan letak atas lengan kanan Che Mid dan diampu dengan tilam baby. Dahlah Che Mid tak boleh bergerak langsung.

Feb 3, 4.30 pagi   -   Nasib baik suami Che Mid sampai. Terkejut betul dia tengok Che Mid lain macam je. Dia kata apa dah jadi? Tadi masa abang tengok kat labor room, nampak sihat je, ni nampak macam orang sakit. Jadi, saya pun ulang tayanglah kat dia. Lepas tu hasben balik rumah untuk tanam uri. Tengahari nanti dia akan datang bawa anak-anak pulak. Ada masa nanti dia nak curi tidur sekejap.


Feb 3, 2.30 ptg   -   Dibenarkan pulang ke rumah. Bayaran? Cuma RM47.00. Wah! Lumayan dong pak!! Labor Room - seorang sebilik, Bilik induce - 2 orang sebilik, ubat ubatan lagi. Ish kalau hospital swasta tu, mau beribu-ribu lemon RMnya!! Apa pun Che Mid percaya ada baiknya dengar nasihat doktor supaya bersalin di hospital kerajaan kerana risiko tinggi bagi orang macam Che Mid ni..


 

Monday, February 15, 2010

Ahlan Wa Sahlan Faiqah Khadeeja

Sebelum apa-apa, Che Mid nak minta maaf banyak-banyak sebab terlalu lambat update blog ni. Maklumlah lepas bersalin, Che Mid tak berapa sihat dan suasana rumah agak kelam kabut sikit jadi tak berkesempatan nak duduk depan laptop. Che Mid sendiri tak sangka dah sampai hari ke 13, baru sempat 'kemas' blog ni..


Faiqah Khadeeja bt Fazli selamat dilahirkan pada 3 Februari 2010 jam 2.34 pagi di Hospital Sungai Buluh. Berat Deeja ialah 3.3kg dan dilahirkan secara normal selepas ovediu 7 hari ( 26 Jan due date).


Terima kasih  atas sokongan dan keprihatinan sahabat dan sedara mare yang call dan sms tanya dah bersalin ke belum. Che Mid pun tertunggu-tunggu sampai tak larat nak tunggu.




Pose pertama Deeja, jam 3.29 pagi 3 Feb ( 1 jam selepas dilahirkan )

Deeja pada jam 10 pagi, 4 Feb ( 8 jam selepas dilahirkan)

Rasanya, orang yang paling gembira dengan kelahiran Deeja selain dari Che Mid dan suami, tentunya Mak Nenek kerana tarikh 3/2 adalah tarikh lahir nenek. Jadi Mak Nenek ada geng la..

Ok la dulu... nantikan entri seterusnya dengan gambar lain pulak..

P/s untuk Ana - sori, Deeja takde muka Korea.. jadi tak boleh bagi kat Ana le gamaknya..

P/s untuk Sue Allan - pls contact me at 013-3672459 ya..

Thursday, February 11, 2010

bisnesku

Siapa suka makan rojak buah?? Semua suka ya... dah rasa Sos Rojak Buah Dato Bandar? Sudah... emm bagus.. Kalau nak tau sayalah tuan punya resepi rojak buah tu (diciplak dari biras yang baik hati dan kemudian di 'adjust' secukup rasa) maka lahirlah Sos Rojak Buah Dato Bandar, yang diambil dari nama taman perumahanku.
Resepinya nak tau jugak ke? Kenalah kasikan.. sebab kita pun tahu dari orang jugak.. he he

Untuk seperiuk besar sos, ni kira boleh buat kenduri punya saiz manusialah..
Bahan-bahan:-

2 botol besar kicap Tamin
1 paket 250g cili serbuk baba
1 kg sos cili kimball
3/4 kg gula merah
1 kg gula putih
1/2 bekas kecil petis udang (cap 2 budak)
1/2 bungkus belacan cap kereta lembu yang bentuk bulat (direndam dan ramas hingga hancur)
sedikit garam
2 sudu besar bijan
2 cawan air
kacang tanah goreng yang telah ditumbuk/blend kasar-kasar. Kalau suka campur bijan yang telah disangan/goreng.
Cara-cara membuatnya:-
Masukkan air dalam periuk. Biarkan mendidih baru masukkan kicap. Kicap dah mendidih baru masukkan cili serbuk. Pastikan cili tidak berketul-ketul. Masukkan bahan lain satu persatu kecuali bijan. Apabla sos dah nak sebati dan betul-betul mendidih, baru masukkan bijan. kacau lagi atas api perlahan sehingga sos nampak berkilat.
Jangan risau, sos ni tahan lama. Kalau masuk dalam peti setahun pun boleh tahan.
Tips nak makan rojak buah paling kick!
1) Bubuh kacang ketika nak makan. Kacang yang di kisar kasar-kasar akan terasa apabila dikunyah.
2) Untuk dapatkan buah yang rangup, saya tidak kacau buah dan sos, tapi dituang atau dicicah sahaja. Lebih elok kalau buah dipotong besar sedikit dan disimpan dalam peti sejuk. Kruk krak bunyinya..
3) Buah timun dan nanas amat mudah berair apabila telah disiram sos. Jadi eloklah buah timun dan nanas ni diletak bahagian atas mangkuk/bekas dan selepas buah yang keras seperti mangga, betik, jambu batu, kedondong atau jambu.
Tengok ni... berkala-kala. Sapa tengok tak terliur, tak taulah..
Lepas tu baru tuang kuah dan tabur kacang. Cucuk lidi jangan lupa pulak!!Beginilah yang saya buat setiap hari Isnin malam Selasa di pasar malam dekat dengan rumah. Harga RM2 sebekas. Sos pulak RM4.50 untuk 400gm dan RM2.80 untuk 280gm. (Macam gambar mula-mula tadi tu ha)
Ni.. aktiviti potong memotong buah-buahan, ketika baru tiba digerai.

Selain dari menjual rojak buah, saya juga menjual dadih pelbagai perisa buatan sendiri. Paling popular tentulah perasa coklat dan strawberry.. Cara membuatnya.. eh tak payah taulah, belilah aje ramuan yang siap banyak ada di kedai. Balik rumah, masak ikut arahan. Senang aje..
Sedang melayan pelanggan.. Selalu Farhan akan tolong set up gerai selepas Asar. Lepas siap potong buah, saya akan tinggal dia di gerai kerana saya ambil Farah balik sekolah petang. Lepas maghrib saya akan jaga gerai dengan suami pulak..
Yang bersusun tinggi dalam bekas plastik tu ialah dadih yang disimpan dengan ais. Tu kira tinggal sikitlah tu..sebab susun macam tu.. (Van belakang tu bukan I punya tau, orang sebelah jual air dan makanan goreng panas seperti cendawan goreng, pisang goreng dan vadee..)Nilah jiran sebelah kanan saya. Ramai betul pelanggan.. dia orang ni kira full time pasar malam people, I ni seminggu sekali je.. Ni pulak jiran sebelah kiri saya.. mek ganu.. jua nasi kerabu, nasi dagang, dan lain-lain.
Kakak ni pulak jiran depan gerai saya, yang juga jiran sebelah rumah saya. Dia jual aksesori wanita ( tapi ramai lelaki beli tau) dan jugak macam-macam beg.

Eh.. dah habis dah gambar.. Itulah aktiviti pasar malam saya. Selain dari tu, ada juga saya letak sos rojak buah dan dadih di kedai runcit dan retoran ataupun jiran tempah untuk kenduri kendara. Dulu ada juga bekal dadih ke kantin sekolah, tapi sejak harga susu melambung naik, tak sanggup saya.. yalah, jual kat bebudak sekolah mana boleh naik harga. Ndak tak ndak terpaksa saya stop dari menanggung rugi..