Ads

Wednesday, June 30, 2010

Selamat Hari Abah, Ayah & Papa















Kek Selamat Hari Abah, Ayah dan Papa

Siapakah Abah, Ayah dan Papa itu?? Kitaorang selebret hari bapa ramai-ramai tapi kek satu je.. bidan terjun punya kes.. tak plan sangat, cuma janji dengan adik-adik berkumpul di rumah abah lepas Isya'.


Dari kiri - Abah Fazli, Ayah Khairul, Abah Atuk Jamil dan Papa Hermei


Mula-mula abah atuk potong kek dulu



Lepas tu Abah Fazli pulak





Lepas tu, ayah Khairul pula potong kek..


Lepas tu Papa Mie pulak..




Lepas tu Ayah Nizam pulak..

Lepas tu Ayah Zaidi... eh.. diwakili oleh anak bujangnya Mamat..

Lepas tu barulah kami semua makan kek tu... dan hidangan segera yang lain seperti sate, nuget, aiskrim dan mihun. Kira enjoy jugalah cuma ada adik-adik che mid tak dapat datang sebab balik ke kampung mertua sempena cuti sekolah.

Thursday, June 24, 2010

Jenjalan di Melaka dan Johor (2)



Selepas berborak pasal makan-makan, kali ni Che Mid nak borak pasal apa yang kami buat sepanjang jenjalan tu.

Kami menginap di Hotel Naza pada hari Jumaat malam Sabtu.

Abah Atuk dan Mak Nenek bersantai di bilik. Deeja berbaring atas surat khabar yang mak nenek tengah baca. Macam mengantuk je Deeja tu..


Bergambar bersama staf Hotel Naza sebelum bertolak ke Johor.


Che Mid suka gambar ni..

Dalam perjalanan ke Johor Baharu, kami singgah di Kampung Parit Yaani Tengah, rumah sepupu abah Che Mid. Datuk Che Mid dulu datang ke Malaya dari Indon menetap di Klang, tapi abang dia tinggal di Johor. Jadi anak cucu Abdul Rashid ada sampai sekarang.

Kebanyakan sepupu abah dah meninggal. Ini Wak Munirah. Umurnya dah lebih 80 tahun. Dulu masa Che Mid ziarah dia masih sihat, tapi sekarang dah tak nampak dan tak kenal orang lagi.

Abah berbual mesra dengan anak buah, Wak Palil. Kali terakhir mereka berjumpa kira-kira 2 tahun dulu.

Sebenarnya emak Che Mid dah ajak kami ke Parit Yaani masa cuti Hari Wesak tempoh hari, dia kata, " Hati emak dah teringat orang Johor je la." Tapi entah macamana masing-masing ada hal yang lebih mendesak, kami cuma dapat datang minggu cuti sekolah. Rupa-rupanya pada Hari Wesak tu, salah seorang saudara kami meninggal dunia akibat kemalangan. Kalau kami ikut cakap mak, memang kami sempat ziarah saudara yang meninggal tu. Ralat juga rasanya. Tulahkan.. kadang-kadang gerak hati menandakan sesuatu akan berlaku. Kita je tak tau apa dia..


Deeja cukup minat dengan Puan Maimunah ni... asyik pandang je sampailah makcik tu ambik dia.

Pemandangan bandaraya Johor Baharu dari bilik hotel, berlatarkan Kota Singa

Tiba di hotel pada jam 6.30 petang. Sebelum tu kami minum petang di Stulang dekat dengan Hotel The Zone. Dapatlah tengok Tambak Johor dan pulau Singapura. Abah dan Mak tak pernah sampai JB dan tak pernah tengok Singapura. Untuk makan malam, kami ke Danga Bay. Seronok betul anak-anak ke sana, tapi tak sempat window shopping pun sebab kedai banyak nak tutup.



Tak lepas peluang berendam dalam kolam mandi. Semua jadi macam budak kecik. Deeja tinggal kat bilik dengan atuk dan nenek. Ibu tukang ambik gambo je..


Empat beranak kesejukan dalam air.


Ha!! Kaki sape pulak tu... mana pegi kepalanya??

Sebenarnya, bila di JB, kami tak tau mana tempat menarik nak pergi. Alang-alang dah bawa orang tua, kami pun pergi ke Felda Taib Andak, Kulai untuk menjenguk saudara abah. Ni gambar mak dan dua pupu Che Mid, Puan Mariam. Kami berkumpul di rumah beliau. Arwah suami dia dan abah Che Mid yang mempunyai hubungan sedara.

Kami bertolak selepas sarapan pagi di hotel dan tiba di Taib Andak pukul 12 tengahari selepas tersesat sebab tak ikut arahan GPS. Kena berpusing balik jauh, sebab GPS kami tak reti nak buat u turn kalau tak de tanda u-turn. Bila dah sampai di kawasan rumah, abah tak cam mana satu.. rupa-rupanya kawasan tu ditutupi khemah orang kawin..


Meriah sungguh rumah tu jadinya. Che Mid tak pernah jumpa mereka in person, tapi layanan mereka memang baik sekali, walaupun jiran depan rumah buat kenduri kahwin. Duduk dari kiri gambar - Farah, Puan Mariam, Deeja, mak dan Puan Khadijah. Belakang kiri - Hidayah, Jamilah, Suraya, Fasihah, Che Mid dan Izah


Deretan dara dan teruna dari Klang dan Kulai. Kiri - Faris, Farah, Izah, Deeja, Fasihah, Dayah dan Ayan. Semuanya pertama kali jumpa. Harap silaturrahim tak putus ya.

Kami disajikan dengan makan tengahari yang simple tapi menyelerakan. Terasa sungguh kemesraan mereka walaupun tak pernah berjumpa, kecuali emak dan abah. Masa nak balik, kami diberi buah tangan pulak iaitu tudung dan kain pelekat. Deeja, Faris dan Ayan pula dapat tuala mandi. Hai.. sempat juga mereka siapkan cenderahati buat kenangan.


Kaum Adam pula bergambar kenangan


Deeja sentiasa jadi rebutan. Semua orang nak dokong dan main-main dengan Deeja.


Deeja tinggal ya!!

Kami pulang dengan seribu satu kenangan. Sempat bertukar nombor telefon dan emel. Che Mid tak lupa bagi alamat blog ni, harap enjoy tatap entri ni. Bolehlah C&P gambar dan simpan buat kenangan. Insyaallah, ada rezeki nanti kita jumpa lagi. Kalau datang KL, jangan lupa singgah rumah kami pulak ya.


Dari Kulai, kami bergerak ke Desaru, pantai yang kami tak pernah jejak. Jauh juga perjalanan dari sana. Kami tiba kira-kira 4.30 petang. Kebetulan masa tu baru je habis GP Joran. Kawasan dah lengang, kedai makan pun dah tutup. Selepas bergambar kejap, kami terus bertolak balik ke JB.


Atuk dan cucu bergaya di Desaru

Hari Isnin tengahari kami 'check-out'. Pergi ke Danga Bay sekali lagi. Makan tengahari pula di Restoran Jom Singgah berdepan dengan Danga Bay. Pukul 3.40 petang bertolak ke KL. Teringin nak singgah ke bandar Muar, tapi tak sempat. Lain kali, Insyaallah.


Bakul Deeja dalam kereta. Antara tempat duduk pemandu dan penumpang.


Photo of the trip - Sysshhh.. jangan kacau.. drebar kecapekan. Mulanya nak baca sakkaba je, tau tau dengar bunyi dengkuran terhebat di dunia. Sakkaba ke mana... spek mata ke mana. Esoknya, menggelabah tanya orang.. mana spek mata dia. Rupanya, mak mentua dah simpankan. Abang, thanks for the trip.. memang seronok sangat dapat bercuti satu famili dengan emak dan abah sekali. Moga abang dimurahkan rezeki dan sihat untuk bekerja dan bercuti lagi. He he



Friday, June 18, 2010

Jenjalan di Melaka dan Johor (1)


Cuti sekolah ni, Che Mid anak beranak juga ayah bonda bercuti di Melaka dan Johor. Kebetulan Che Abang ada tugasan di sana, jadi kami berhujung minggu sekali sambil menziarahi keluarga sepupu abah. Kami bertolak hari Jumaat 11 Jun dan balik hari Isnin 14 Jun.

Jom ikut kami jalan-jalan cari makan!!

Hari Jumaat tengahari kami mencari tempat makan pertama.


Mak nenek sukarela buat kuih gandos dan nasi lemak sebagai santapan di perjalanan.


Kami berpiknik di R&R Seremban. Berselera sungguh di bawah pohonan rimbun, di atas rumput yang banyak kerengge. Tentu dicemburui drebar treler yang lalu lalang di belakang tu. Deeja lena dalam bakul tanpa disedari seekor kerengge telah menggigit pahanya yang montel itu.


Sedap nasi lemak mak nenek. Di sana juga, ada jualan buah-buahan dan air minuman. Tambah syoklah makan.

Lewat petang kami daftar masuk di Naza Hotel Melaka. Che Abang tempah 2 bilik dengan konekting door. Lepas maghrib kami keluar makan malam di Alai Ikan Bakar. Fes taim pergi tempat tu sebab ada orang rekemen, " Pergi gerai no 7" dio kato.  Yolah...




Nilah tempatnya, tak jauh dari Umbai Ikan Bakar yang fames tu. Tapi Che Mid tak rekemen tau. Sebabnya, kami ode ikan tiga rasa, dia bagi ikan bakar. Kami ode air tembikai dia bagi oren jus...


Tapi hidangan istimewa ialah pepahat atau omputih kata bamboo clamp


Sambal kicap dan nasi lemak yang dibungkus kecik-kecik dah jadi tredmak tempat ikan bakar di Melaka. Tapi sayang, nasi lemak tu cuma ada nasi dan sambal je. Timun dan kacang atau bilis takde. Che Mid paling tak suka kalau makan sesuatu yang tak cukup sifat, mungkin sebab nak jimat kos. Hilang identitinya la..


Sotong goreng tepung


Inilah ikan jenahak bakar yang salah oder tu. Isinya tebal dan segar.


Rugi kalau datang ke Melaka tapi tak makan asam pedas. Ni kepala ikan jenahak masak asam pedas. Memang bes!!


Wak Jamil dan Wak Tumirah

Hari Sabtu esoknya kami bertolak ke Johor Baharu. Menginap di Hotel Naza JB. Malam minggu tu kami ronda-ronda di Danga Bay. Makan malam di Restoran Periuk Belanga.


Siakap tiga rasa


Ayam penyet


"Butter prawn" yang tak ada rupa "butter prawn"



Telur gulung yang sangat menawan

Boleh tahanlah rasa masakan di restoran tu. Kami ada juga makan sate dan lain-lain. Entah apa yang tak kena, tengah malam tu semua sakit perut kecuali Che Abang dan Mak Nenek. Faris yang paling teruk sebab memang dah tak sedap badan dari rumah lagi.

Petang esoknya, kami minum petang di Hentian Mas. Masing-masing kekenyangan dan kepenatan akibat berjalan jauh dari Kulai dan Desaru.


Mi Bandung Johor. Yang Che Mid makan ni ada lemak-lemak daging. Che Abang memang suka sangat.
 Malam terakhir di JB, kami tak ke mana pun, duduk di bilik je dek kepenatan mengharung trafik jem selama 3 jam.




Sebenarnya Hotel Naza sedang mengadakan promosi makan durian tapi kami tak berkesempatan nak makan. Asek sibuk dengan aktiviti luar je. Menejer hotel tu bermurah hati membekalkan tiga biji buah durian sewaktu nak berlepas pulang. Masalahnya... mana tempat nak makan durian ni?

Kami cuba berhenti di R&R sepanjang perjalanan di Johor, tapi banyak lalat lah!. Akhirnya kami berhenti di Hentian Kg Bemban. Masa tu dah nak maghrib pun.




Sepraisnya... duriannya sejuk yang amat bila kami makan. Boleh jadi pihak hotel simpan dalam peti sejuk kut..




Tiga serangkai makan durian di tepi hiway

Deeja setia dalam bakulnya. Dia tak cakap pun nak durian...

Ok, sampai di sini dulu. Neks entri baru Che Mid cerita mana kami pergi ziarah ya!!


Thursday, June 17, 2010

Aiskrim buah-buahan


Nampak dilisyes!!  Marbeles!!




Cara buatnya - Teramatlah mudah. Orang paling malas di dunia pun boleh buat.

Che Mid guna buah mangga masak, nenas segar yang betul-betul masak, buah oren - potong dadu kecil-kecil, buah laici dan nata de coco kemudian disejukkan dalam peti sejuk.

Masa nak hidang tu, barulah campur buah-buahan tu dalam gelas. Akhir sekali bubuhlah si aiskrim. Yang ni Che Mid guna sundae strawberi.

Wednesday, June 16, 2010

Baju Pengantin Ciptaan Tisya


Nak tengok fesyen pengantin 20 tahun akan datang?? Yok nonton rekaan terkini..... sensasi....jimat kos...tak membazir...pakai je apa yang ada..janji kreatif giler!!

Ilham ini diinspirasikan dari majlis perkahwinan jirannya tidak berapa lama dulu, dan dieksperimenkan sendiri.











Tisya, anak buah Che Mid bergaya dengan pakaian ciptaannya - Veil dari kain tuala makcik dia, kasut ibu tersayang pun jadi mangsa


Bersama jejaka idaman.. si Mamat..

Lepas tu dia kata kat Mamat, " Hei, pengantin lelaki duduk sebelah sinilah.." sambil tangannya menunjuk-nunjuk sebelah kiri.



Bila pengantin lelaki tak mau duduk sebelah kirinya, Tisya pun melarikan diri. Mamat kata, " Jangan tinggal daku!!"




Tisya selepas habis bersanding.. dengan ayah tercinta.

Sebenarnya inilah gelagat Tisya sewaktu kami berziarah ke rumahnya. Dua hari sebelum tu, Tisya terjatuh masa main badminton. Malamnya pulak dia muntah-muntah dan kata sakit kepala. Terus mak dia hantar ke spital, buat tare cek ap. Alhamdulillah, tak de apa apa. Masa kami datang, Tisya muntah juga sikit-sikit tapi dah mula happy. Tu yang dia tunjuk lawa pakai baju pengantin tu!