Ads

Tuesday, June 8, 2010

Sambutan Hari Ibu Masjid as-Syariff


Sambutan Hari Ibu anjuran Biro Wanita Masjid as-Syariff telah diadakan pada 29 Mei 2010, di Dewan Hambali, Masjid as-Syariff dari jam 8.00 hingga 12 tengahari. Seramai 200 orang ibu-ibu hadir di majlis tersebut.



Ibu-ibu mula hadir memenuhkan dewan yang cantik dan amat sesuai dijadikan lokasi program seperti ini.


Che Mid ditugaskan menjadi pengerusi majlis



Majlis dibuka dengan alunan beramai-ramai Zikir Munajat yang diketuai oleh Ustazah Rafidah Hj Salleh






Bacaan tahlil dibimbing oleh Ustazah Yatimah. Memang mengasyikkan sekali Ustazah membacakan ayat-ayat suci. Disebelahnya ialah Ustazah Norhasyimah Hj Mohd Salleh.



Selesai menyampaikan ceramah bertajuk "Syurga itu di telapak kaki Ibu". Ustazah Aina Sabariah menerima cenderahati dari pihak penganjur.


Ini pula persembahan puisi dari wakil Surau Hj Kamaludin, diketuai oleh Puan Sukma Ati.


Corehan rasa seorang anak disampaikan oleh Ustazah Norhasyimah


 

Bait-bait pantun seloka kisah seorang harian seorang ibu disampaikan oleh Puan Ruziah Mohd Jenan, kawan baik Che Mid. Beliau turut melagukan nasyid 'Ibu Mithali' dengan penuh penghayatan.



Perasmian penutup dilaksanakan oleh isteri YB Adun Meru, Puan Adibah Anum Mohni.


Bergambar ramai selepas program berakhir. Program yang meninggalkan kenangan manis - diselang seli dengan tawa lucu dan airmata pilu dek persembahan, tayangan video, cabutan ibu bertuah dan ceramah yang sangat berkesan. Ma'as Salamah, Illal Liqo'.


No comments: