Salam everyone!!
Alhamdulillah, Che Mid makin sihat walaupun belum seperti dulu. Ni tengah cuba nak ceriakan diri...
Sebelum teruskan entri hari ini, Che Mid nak minta tolong sikit ni. Blog ini dah tak boleh 'upload' gambar sebab Blogger kata Picasa Web Album dah maksimum. Jadi kena 'upgrade' dan bayar kalau nak sambung lagi.. Ada ke cara lain nak upload photo? Kalau boleh nak yang free la kan.. Che Mid selalu tepek gambar, rasa macam tak lengkap pulak la..
_____________________________________________________________________
Pagi tadi dalam Malaysia Hari Ini, Ustaz Hasan Din al-Hafiz ada bagi tazkirah Ramadhan. Beliau memohon maaf kerana nak tegur sedikit.
Dia kata dia tak pernah jumpa orang yang solat tapi tak puasa, tapi dia selalu jumpa orang yang puasa tapi tak solat. KENAPA?
Sebab utama ialah kerana ibu bapa terlalu memaksa anak untuk berpuasa. Contohnya, umur lima tahun dah dikejut supaya bersahur, dokong anak ke dapur, suapkan kalau boleh. Bila mereka lapar, kita pujuk supaya mereka bertahan sehingga waktu berbuka. Siap bagi upah bilangan hari berpuasa. Didikan itu memang betul, tak de apa salahnya.
TAPI sepatutnya ia mesti diiringi dengan solat sekali. Ingatkan anak untuk solat. Katakan padanya walaupun puasa tetap kena solat. Kalau tidak, setiap tahun kita didik anak untuk puasa. Bila dewasa anak akan pentingkan puasa dari bersolat sedangkan kedua-duanya wajib. Kalau boleh latih bersolat dahulu, barulah berpuasa. Barulah anak tahu solat sangat penting kerana wajib dilakukan setiap hari, puasa pula setahun sekali.
Ya tak ya jugakkan, Che Mid sendiri pun bagi upah pada anak yang berpuasa, tapi rasanya tak pernah bagi upah bila anak solat. Naluri seorang ibu yang cepat kasihan pun antara kelemahan kita jugakan.. puasa pun nampak macam tak larat, ni nak suruh solat pulak.. Renung-renungkan...
14 comments:
Sebenarnya itulah yg betul CM. Alhamdulillah anak kakak semuanya tadika Islam so umur 5 tahun dah boleh bersolat. Lagipula papa mereka solat kan kuat lama-lama dia akan hafal.
Kakak tak pernah paksa anak berpuasa tapi tetap ajar sedari usia 5 tahun. Kalau dia nak berbuka walau pukul berapa pun kakak bagi. Besar sikit dia tahu juga akhrinya...
Betul kan kak...
Kita perlu ajar anak2 seiring. Dalam rukun Islam sendiri, solat tu no 2, puasa dah jatuh no 3. Solat tu tiang agama, itu yang selalu saya sebut pada anak2. Kalau puasa saja, tak solat, dapat lapar je , tak dapat pahala...
Bila selalu sebut macam tu, alhamdulillah ada kesedaran juga, walau bila waktu Asar selalunya itulah yang paling liat mereka nak solat...huhu
Kak...pg tadi saya pun ade tengok tv3 sal puasa nih...mmg best..
Assalam Che Mid
Betul..betul..betul.
Alhamdulillah, terus terang memang Mila paksa anak-2 menunaikan solat sejak dari usia 5 tahun (bila mereka dah mula belajar dari tadika..tq LC).
Ada yang macam roket lajunya. Ada yang selalu miss berdoa. Ada pulak yang Ramadan ini dengan rela hati nak bersolat..........syahdu hati bila tengok mereka.
Semoga mereka jadi anak yang soleh n solehah...
salam
saya pun pernah tak boleh upload gambar...akak kena create another author..
kena create new email..
pas tu klik ke setting
klik permission
pas tu kita invite new author...konon2nya(new email tadi)
begitu le lebih kurang :)
semoga dapat membantu
izan pun ada tgk psl tu pg td..mmg solat perlu dititikberatkan. ustaz tu siap ckp mcm trend plak skrg ni dok latih anak kecik2 puasa tp kdg2 terlupa bab didik solat..hmm..
che mid pakai picasa yer..izan upload direct je huhu.selama 5thn blogging,cmtu je cara izan..lain2 cara izan tak tahu la plak..
Takde gambo macam tak syok kan.Biasenye koi resize bagi kecik sebelum upload.
Rasmuna Mun - Esok pun ada gak, clash dgn TV9 - Tanyalah Ustaz, live dari masjid Shah Alam la pulak!
Adnazthie - Ha ha macam2 ragamkan, si Faris dulu solat mulut tak bergerak, dia kata baca dalam hati!!
kasihredha - Ya Allah, terima kasih sangat sebab sudi berkongsi tips.. nanti akak cuba, tak sabar nak tayang gambo juadah berbuka..
izan - akak guna tu utk edit gambar, tak tau pulak macam tu.. silap-silap izan punya belum maksimum kut..Blogger kata setiap gambar yang kita upload akan disimpan dalam picasa web album.. entah.. akak pun tak berapa faham ni..
Nizam - Oh kena resize pulak ke... nanti saya cuba kasihredha punya cara dulu ek, .. Eh raya ni aok balik jenderak raya ke berapa?
betul ya CM. Kita terlalu beratkan puasa yg setahun sekali itu dan ambil ringan tentang solat yg wajib setiap hari.. Sejak kecik kita juga telah dididik, siapa tak puasa tak boleh duduk sama makan semasa berbuka dan siapa yg tak puasa tak boleh dapat duit raya malah ada juga siapa yg tak puasa kena ejek... itu semua buat kita malu kalau tak puasa dan sanggup berlapar dahaga sehari suntuk. Padahal solat mengambil masa hanya beberapa minit saja pun org malas nak buat...
kesiankan anak rotan2kan...
Secangkir madu merah - sangat-sangat betul. kasihkan anak rotan-rotankan, kasihkan ibu.. sape nak rotan??
Post a Comment