Ads

Thursday, August 11, 2011

Semua Anak Adam Buat Salah

Malaysia Hari Ini pagi tadi. Soal jawab dengan Ustaz Hasan Din al-Hafiz lagi. Kali ni bercakap tentang taubat.

Ada kisah seorang tua yang menunggu ajal saja lagi. Setiap kali selepas solat, dia akan berdoa sambil menangis. Apabila ditanya apa yang didoanya, dia berkata," Aku mohon Allah ampunkan dosaku". Kenapa engkau menangis?. Katanya," Kalau Allah tidak menerima taubatku melalui doaku, semoga Allah akan terima taubatku melalui airmataku."

Semua anak Adam buat salah. Apa yang harus dilakukan sepanjang kita hidup sehingga hampir ajal tiba ialah memohon ampun dan sentiasa bertaubat. Biarlah kita mati nanti dalam keadaan bersih tanpa dosa. Kerana Allah kata ada manusia yang masuk syurga tanpa dihisab. Mungkin kita ditarik nyawa selepas Allah makbulkan doa taubat kita, atau selepas mengerjakan haji yang mabrur atau selepas berpuasa Ramadhan dan beroleh keampunan... 
Menjawab satu lagi soalan, mengapa ada orang yang bersolat tetapi masih melakukan maksiat seperti tidak menutup aurat? Jawapan beliau ialah mungkin solatnya itu tidak berperanan sebagai pencegah mungkar dan maksiat. 

Jadi sebagai manusia kita harus memperbaiki solat dari semasa ke semasa sehinggalah kita dapat merasai seolah-olah Allah berada di hadapn kita sewaktu kita solat. Contohnya, kalau solat kita terlalu laju, perlahankan.. atau pastikan diri kita benar-benar bersih sebelum solat, apatah lagi membaiki bacaan dan makna bacaan dalam solat.


14 comments:

ajumohit said...

Smlm pon dgr ceramah psl ni, betul yg Akak ckp tu, puasa tp tak solat, maksudnya ilmu, ibadah Dan amal kene seiring, kami kene sebijik sbb tak pki stokin keluar Umah ;)

NiezaMan said...

Betul Tu Che Mid
saya pon tgk MHI masa tu

Fadzli Amir said...

Memang pun...bertaubat dan beribadah macam kita akan mati esok...

JunAina said...

pagi tadi tengok tv9 terlepaslah. selalu juga cakap dengan anak2 puasa tak solat mana pahala puasa nak bergantung bila yang no 1 tak buat. rumah tak ada mana nak sangkut langsir...

sayangsayangibu said...

betul tu kak, sya selalu ingatkan anak2 dar berdua tu, lps tu teringgat masa kekecik mak ayah pesan gitu pd kita.

CekWa said...

salam, selamat berpuasa hari ke 12 esok ya.

hani@debumelukut said...

Payah sungguh nak latih anak2 bersolat..payah lagi nak latih org tua yg dah tua2 pun masih tak bersolat.

Kak Imun said...

Salam, che mid. Kita jangan berhenti dari mencari keredhaan Allah...:) Selamat berpuasa juga buat che mid sekeluarga....:)

indahhouse said...

Salam che mid,
betul. Saya penah trbaca, airmata taubat dapat memadamkan api neraka yg nak mmbakarnya.
betul juga, kalu solat, bagi upah kat anak-anak kecil. satu cara yg bernas spy anak2 belajar memuliakan Solat walaupun dia sendirian.

Anaa said...

Betul Che Mid, kalo nama nya manusia, memang ler fitrahnya buat salah/dosa.. hanya Nabi kita je yang maksum.. yang penting, mintak ampun.. Allah suka dengan hambaNya yang selalu meminta ampun..

Lina Rahim said...

ingatan untuk diriku yang mudah lupa..

Kunang-Kunang said...

Sentiasalah memohon ampun dan bertaubah akan segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. Semoga Allah menerima taubat kiga.

azieazah said...

Terimakasih, berpesan-pesan.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)