Ads

Saturday, August 6, 2011

Terima kasih Sahabat

Sudah beberapa hari aku post entri terdahulu, namun masih ada lagi yang membaca dan meninggalkan komen. Syukran jazilan kathiro kepada sahabat blogger termasuk juga pembaca senyap blog ini, khusus kepada mamamaman, Rahayu aka Mak Chu, Adnazthie, Nizam, Anaa, Azmask, Marie, ajumohit, Fadzil Amir, syariza09, sayangsayangibu, Lia, Izan, kak imun, Sang Pemerhati, Norliza_Osman, surisolehah, Niezaman, Sonata anak kancil, yus, kakzakie mama ju,Lina Rahim, indahhouse dan fzi.  Ada juga yang meninggalkan jejak di muka buku. Setiap satu komen anda adalah sangat berharga!!

Terasa benar nikmat mempunyai blog sendiri walaupun peminat tak seberapa.  Dulu sekadar suka-suka, kini ternyata blog ini telah menjadi pengubat lara dan tempat mengadu. Walau kebanyakannya tidak pernah bertemu muka, tapi terasa amat dekat di hati. Di saat seperti ini, memang aku sangat-sangat perlukan nasihat, kata-kata semangat. Aku juga mengaku, saat ini aku berasa 'keseorangan' dan 'sunyi'. Semangatku tenggelam timbul, terasa mudah benar menangis dan mudah marah...

Mulanya, rasa serba salah nak cerita tentang hal ini. Takut disalah erti dan membuka aib sendiri. Tapi pengalaman ini mungkin boleh juga menjadi pengalaman orang lain. Kalau umur panjang, kita akan tahu bagaimana akhiran alkisah penyakitku ini nanti. Lantaran emosi yang tidak menentu, aku memilih untuk melambatkan entri ini.

Balik dari Klang, tubuhku masih berasa sakit-sakit badan. Kadang-kadang terasa seperti ada sesuatu bergerak-gerak di tulang belikat. Lutut terasa panas dan kebas-kebas. Sekejapan badan meremang dan seram sejuk. Ditambah lagi dengan datang bulan, tak boleh solat... asyik rasa semacam je. Pelik juga ya... katanya benda-benda halus ni dirantai masa bulan puasa ni, tapi kenapa aku masih merasa seperti ini. Faris pun ada terdengar suara memanggil namanya, bunyi orang berjalan tengah-tengah malam dsb..  Setelah dirujuk kepada yang arif,  rupanya yang dibelenggu itu iblis dan puak-puaknya. Jin tetap bebas bermaharajalela dan terus mengganggu manusia.

Terima kasih juga kepada sayangsayangibu dan Norliza_Osman yang mencadangkan tempat berubat. Insyaallah bila diperlukan nanti, aku akan hubungi kalian.  Buat masa ini aku masih mandi limau purut dan memantau keadaan diriku. Farhan, anak sulungku, juga boleh merawatku sikit-sikit. Dia yang membantu mengurangkan gangguan di tubuhku dari jauh. Aku akan memberitahu Farhan apa yang aku rasa dan bahagian badanku yang terasa diganggu, dia akan merawat dari Klang. Jam 2 atau 3 pagi dia akan sms bertanya khabarku. " Ibu rasa macamana sekarang?, Ibu ok ke?"  Sanggup dia berjaga malam untuk mengubatiku. Hikmahnya, kami menjadi semakin rapat. Alhamdulillah. Selepas Ramadhan ini, aku akan meneruskan rawatan di Sungai Buluh.

Jika benar saka itu sudah tiada, Insyaallah aku akan semakin sihat. Namun aku mesti berhati-hati kerana jin dan syaitan ini tidak pernah leka dan berputus asa. (Aku tidak suka menyatakan ini - Nyai masih hidup, mungkin ujiannya lain, bila dah meninggal nanti, mungkin ujian lain menanti).

Walaupun suamiku mengambil sikap berdiam diri tanpa bertanya langsung tentang keadaanku sekarang, namun aku tidak berkecil hati. Aku tahu dia sangat sayangkan aku. Mungkin dia masih lagi bersikap 'denial' dan kurang percaya tapi aku punya emak, abah, anak-anak, adik beradik dan sahabat blogger yang boleh dijadikan tempat untuk aku mengadu dan membantu.

Alhamdulillah, sejak semalam, emosiku semakin ok. Sekarang ini pun, aku rasa seolah-olah dalam tubuh ini ada sesuatu yang 'menunggu' untuk keluar. Terutama bilamana marah, atau sedih. Jadi aku harus mengawal perasaan dengan berzikir banyak-banyak seperti yang kunang-kunang ingatkan. Sudah mula bersemangat untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur. Tak sabar rasanya untuk aku bersolat dan membaca al-Quran semula.

Sahabat, doakan aku terus kuat sehingga aku benar-benar sembuh nanti ya! Illaliqa', Ma'assalamah.




20 comments:

ajumohit said...

Terima kasih jugak sbb Akak sudi bkongsi cerita, suka Dukakis susah senang bsama... Alhamdulillah lega dgr pkmbangan Akak yg semakin positif, Akak kuatkan smgt n bykkan zikir... Suke tgk Anak Dara n Anak bujang Akak n si adik yg makin mbesar....

Adnazthie said...

Assalam Che Mid,

Alhamdulillah, semoga semakin beransur pulih.
Takpelah Che Mid menulis di blog ini, susah senang dikongsi bersama, dapatlah kiranya sahabat-2 yang jauh memberi cadangan dan pedoman dengan izin Allah jua.
Sebagai pembaca pula, kita boleh mengambil iktibar dan contoh sekiranya terjadi kepada diri kita pula.
Ok Che Mid .... Take Care..peluk cium untuk Deeja.

norliza_osman said...

Tak pa. akak.. Liza sanggup membantu.. Bila akak memerlukan. Kita tak tahu bila kita akan susah nanti.. Jaga diri akak elok-elok.. Jangan membiarkan dia menguasai akak. Mak Liza pun pernah kena benda macam ni.. Sebab tu Liza dah berpengalaman.. Nanti Liza mail kat akak, contact number Liza. Semoga akak cepat sembuh..

nur said...

AsSalam CM...
Maaf, saya tak sempat komen dalam n3 lepas.. bizi yang amat sekarang ni CM, tapi stil cari peluang buat post tiap hari kongsi apa yang patut. Tak ddan BW ke mana2.. lepas wat posting, dah terus sambung keje.

Now dh turun bawah tengok dua n3 CM yang lepas.. Ohh banyak2 bersabar ya CM. Mohon Allah lindungi CM dari segala bahaya...aminn.. Dont miss tahajjud CM, InsyaAllah bantuan Allah akan sentiasa mengiringi... aminn

sayangsayangibu said...

semoga akak akan kembali sembuh sedia kala...

Kak Imun said...

Salam, che mid. Allah lah yang gerakkan kekuatan che mid supaya berkongsi masalah itu dgn kami semua. Bukan semua org mempunyai kekuatan utk bercerita tentang duka peribadi mereka. Semoga che mid sentiasa tabah dan sembuh sepenuhnya dari belenggu penyakit ini, InsyaAllah.....:)

Nizam said...

Cer try pasang cd rukyah de rumoh ter hari2.Moge2 tak ande yang mengaco...

che mid said...

ajumohit - Alhamdulillah, rakan blogger turut buat akak jadi kuat. Anak dara dan bujang pun sangat ok. Mereka pun kalau boleh nak belajar macamana nak ubat ibu jugak, macam abang Farhan.

Che Mid said...

Adnazthie - Awak memang sahabat yang hebat. Kita lebih rapat di alam maya dari di alam realitikan.. jauh di mata, di hati jangan. Raya nanti kita jumpa kejap, acik boleh peluk cium deeja sendiri la.. ibu dah hari hari-hari peluk dia he he

Che Mid said...

Norliza - Akak hargai keprihatinan Liza. Nampaknya setakat ni boleh handle lagi, harap-harap tak seteruk mak Liza. Kalau ada apa-apa esk, akak hubungi Liza ya..

Che Mid said...

Nur - Jujurnya, memang saya nantikan komen Nur. Tapi maklumlah, kadang-kadang terlepas entri, lagi2 bulan puasa ni. T kasih, sanggup ambik masa baca entri yang lalu. Mula malam tadi dah mula balik tahajjud (lepas cuti solat. Doa selalu moga istiqamah..

Che Mid said...

sayangsayangibu - Amin Ya Robbal Alamin.

Che Mid said...

Kak Imun - CM ni jenis yang mesti luahkan masalah pada seseorang dan blog adalah tempat terbaik. Maklumlah duduk jauh di tempat orang dan kawan pun takde lagi, saudara mara pulak jauh..

Che Mid said...

Nizam - Idea yang bagus, nanti CM cari..

Teratak Amir Amira -{@ said...

che med, semoga lebih tabah menghadapi dugaan ini,kuatkan azam untuk menempuhinya,saya pernah mengalaminya sedikit masa dulu, yang saya ingat pesan orang yang mengubati saya dulu amalkan ayah kursi sekurang-kurangnya 7 kali sehari. doa saya Che med berjaya mengharunginya.

secangkir madu merah said...

semoga che mid semakin sembuh... rajin2lah solat dan berzikir mengingati DIA yg satu...

satu kisah yg pelik tapi benar..

Che Mid said...

Teratak amir-amira- Terima kasih. Insyaallah akan CM praktikkan. Rajin juga baca tapi tak pasti berapa kali sehari..

p/s - hey, raya kat mana tahun ni. CM raya di Lipis.. bagile hp no and address kat hmj_66@yahoo.com, mana tahu ada rezeki kita jumpa..

Che Mid said...

secangkir madu - pelik tapi benar. Pengalaman ini sesungguhnya membuka kefahaman CM tentang benda ghaib, ada yang dikongsi ada yang tidak.. takut ada yang tak boleh terima. Insyaallah, ada rezeki CM kongsi lagi. Cuma CM amat percaya Allah boleh memberi kepada seseorang menjangkaui pemikiran logik kita dek kerana keterbatasan ilmu kita sendiri..

indahhouse said...

Salam che mid,

Alhamdulillah. segala dgn izin Allah. Seronok dengar che mid dapat gagahkan diri. bukan mudah tu, apatah lg kna prepare semua prsediaan puasa dan raya utk suami dan anak-anak. Moga Allah bagi kak kekuatan... Amin..

Cahaya hidup said...

salam perkenalan kakak, semoga ada sinar harapan yang baru dengan kedatangan saya ini...i follow you...oppps...asalnya mai intai ayam panggang ala kenny rogers...