Ads

Thursday, October 15, 2009

Suka tak tengok cerita Korea??


Kalau suka dan anda ada Astro, tengoklah cerita ni di cenel 303. Tajuknya 'The Iron Empress'. Masa tayangan jam 8.40pm hingga 8.50pm setiap hari Sabtu dan Ahad. Ulangan setiap Ahad, jam 9.40 hingga 11.20 pagi.


Che Mid memang suka tengok drama Korea, tapi taklah tengok cite ni dari awal. Ia berdasarkan kisah benar sejarah Korea (historian/period) tentang keberanian seorang wanita, Empress Chun Chu mempertahankan negara Goryeo sehingga mengorbankan abang, anak dan kekasihnya sendiri.

Che Mid suka pembinaan watak dan lakonan yang sangat berkesan. Kostum dan budaya lama yang ditonjolkan dalam drama ni. KBS World yang menerbitkan drama ini memang mengeluarkan bajet yang besar. Pelakon utama - Chae Si Ra ( yang perempuan pegang panah tu) dikatakan bersungguh belajar 'martial art' dan naik kuda demi wataknya. Walaupun tak berapa cantik tapi lakonan 'fes klas'. Sebelah kanan Si Ra tu Choi Jae Sung sebagai Kang Jo iaitu pahlawan dan Ketua Tentera yang sangat digeruni dan dikagumi oleh askarnya sendiri dan musuh. Dia juga taat kepada raja dan sanggup mati demi negaranya, tapi diam-diam suka kat Empress tu. Sebelah yang satu lagi tu, Kim Chiyang, kekasih Empress tu yang ada agenda jahat untuk merampas tahta sebab datuk dia dulu pernah ditewaskan oleh datuk Empress tu.

Pada Che Mid drama ni boleh membangkitkan semangat sayangkan negara sendiri (walaupun ini cite Korea). Che Abangnya pun dah kemaruk tengok cite ni. Che Midlah yang pengaruhi dia tengok sekali. Kami berdua tak boleh miss langsung. Sesiapa yang tak pernah tengok tapi teringin nak tengok, silalah.. mula-mula tu pening sikit tengok watak-watak yang banyak... maklumlah cite perang.. tapi lepas tu mesti naik sheh punya.. Lagipun cenel 303 tu tak ada iklan, jadi boleh konsentret macam tengok wayang..

Sayang, produksi drama di Malaysia tak buat cite macam ni..

P/s  - Gambar dan  info Che Mid dapat dari website KBS World. Dari komen yang dihantar peminat negara lain pun ramai yang suka tengok cite ni..

Wednesday, October 14, 2009

Jangan beli kipas panasonic

Suatu hari di dalam kereta Che Mid dan Che Abang berbual-bual kosong selepas ternampak iklan kipas KDK di tepi jalan.

Che Mid      :  Kipas KDK tu bagus betul ya bang, dah 100 tahun lebih bertahan di Malaysia.

Che Abang  :  Memanglah.. kalau kipas, memang KDK brand yang bagus sekali. Tengoklah kipas kak bilik kita tu, sejukkan..

Che Mid     :   A ah.. KDK ke?.. (si bini memang tak perasan apa brand pun, janji ada kipas..) 

Che Abang   :   Ya lah.. Kipas yang kak bilik Farah tu tak sejukkan?

Che Mid       :   A ah.. (memang taupun.. sebab Farah selalu komplen kipas bilik dia tu tak sejuk). Brand apa bang?

Che Abang   :  Panasonic

Che Mid      :   O oh, patutlah tak sejuk..

Che Abang  :   Nape?

Che Mid      :   PANAS  SONIC....

Nak ambil gambar ikan konon...

Hari Ahad lepas, Che Mid sekeluarga (kecuali Ayan) pergi beraya di rumah ex-staff Naza, Rizman. Kat tepi banglo tu ada kolam ikan cantik... abih tu, konon-konon nak ambik gambar kolam tu la.. Che Abang kata, mana tau kut-kut satu hari nanti kita nak buat kolam jugak.. boleh tiru.. Tapi apa jadi dengan gambar tu?? Jom tengok..

Alih-alih kita orang yang berposing lebih-lebih, sampai tak nampak sang ikan dan si kolamnya..

Bukan main senyum lagi si Farah, Che Abang, Rizman (tuan rumah), Azriel & isteri, Che Mid dan Faris. Penat je ikan-ikan dan katak kat kolam tu 'stand by' nak bergambar..

Tuesday, October 13, 2009

Rumah Terbuka Tmn Dato Bandar

Tarikh -10 Okt 2009
Tempat - Perkarangan Surau al-Faizin, Taman Dato Bandar
Kehadiran - lebih 500 orang warga TDb dan jemputan



Penyediaan makanan dibuat mengikut blok dan lorong.Misalnya lorong Che Mid akan menyediakan bbq seperti ayam bakar, ikan dan sebagainya. Ada lorong yang menyediakan lemang, rendang dan menu lain yang telah ditetapkan oleh pihak persatuan.


Lemang dari lorong 4D



Mee dan kue teow goreng pun ada...

Murtabak oh murtabak..

Ketua Blok Muafakat 3, Zainal adalah orang yang yang paling sibuk hari tu. Lepas subuh dah pergi pasar borong sebab nak beli ikan segar, lepas itu berada di surau untuk memerap ikan dan malam pula membakar ikan.


Keadaan penuh sesak dengan tetamu.

Pemandangan di meja VIP

Setiausaha Persatuan Penduduk, Cikgu Jamil tersipu-sipu malu apabila dikenakan kejutan harijadi. Sape punya idea nak bagi seprais tu... Che Mid lah..


Anak-anak jugalah yang paling gembira sekali... mereka ni sedang beratur untuk menerima duit raya. RM800 diperuntukkan untuk duit raya tahun ini. Che Mid tukang isi dalam sarungnya..


Mr Deejay terlalu sibuk.. sampai tak sempat minum


Che Mid dan emak bergambar bersama jemputan dari Biro Wanita Masjid as-Syariff. Terima kasih kerana sudi datang ya..


Deretan hadiah cabutan nombor bertuah yang kebanyakannya disumbangkan oleh penduduk. Sumbangan hamper dari penduduk adalah diluar jangkaan.. terima kasih daun keladi..tahun depan bagi lagi..


3 sekawan - Cik Nah, Che Mid dan Ruzzi


Zehan, Ani dan Zainon - orang kuat Helwa


Che Azizan dan Tok Ketua Kampung 'enjoying' the nite..


Jumpa gang berbadan dua.. nampaknya tahun 2010 akan menerima ramai kehadiran baby baru.. Yang berbaju biru tu dah ada enam anak perempuan, harap-harap yang 'on the way ni' ni lelaki la pulak ya. Amin..


Lagi rakan-rakan sedang menanti tuan cabutan nombor bertuah - Zuraidah, Rahimah, Anita, dan Ina


Jiran 'forever' - Kak Edah dan Che Mid


Zaiton, emak dan Che Mid - bergambar selepas majlis berakhir


Orang-orang kuat Taman Dato Bandar tersenyum puas apabila majlis yang dirancang berjalan lancar


Tapi kesian mereka ni... majlis dah habis baru dapat makan.. beginilah nasib menjadi ajk kan..


Photo of the nite - Che Mid dan abah, jarang dapat bergambar dengan abahku yang 'ganteng' macam ni..

Wednesday, October 7, 2009

Che Mid pun jumpa kawan lama

Antara hikmah terbesar Aidil Fitri ialah menyambung silaturrahim sambil berziarah. Pengalaman Che Mid tahun ini memang mengiyakan hujah tersebut.




Che Mid melawat ke rumah nenek saudara. Rupa-rupanya ada cicit baru lahir lebih kurang seminggu sebelum raya. Memang Che Mid pernah terserempak dengan ibu bayi tu sewaktu rawatan berkala di klinik, dah selamat bersalin rupanya. Dapat baby lelaki, dan namanya agak panjang tapi yang Che Mid ingat ada Ramadan...
 


Che Mid juga sempat menghadiri majlis menyambut raya dan sempena setahun pengislaman Nadhirah Abdullah. Kalau masih ingat lagi, Nadhirah adalah antara penerima sumbangan ziarah Helwa ketika Ramadhan tempoh hari. Beria-ia Nadhirah menjemput kami datang, tetapi yang dapat hadir cuma Che Mid, Che Mid bawa farah dan Faris sekali. Kami dijamu dengan makanan India yang boleh tahan sedapnya.


Kawan-kawan lama dari sekolah rendah Sungai Binjai dan SMTIS, Kapar.  Pertama kali bertemu hari raya ni di rumah Roszana.


Berdiri di belakang - Rohana (ex-Petronas) sekarang ikut suami bertugas di Myanmar, tudung biru Manisah, cikgu di Ipoh, Norarizah, cikgu baru bertukar dari Sabah ke  Kapar ( dah hampir 30 tahun tak jumpa), diriku, dan Roszan cikgu juga.


Bertemu sekali lagi di rumah Norarizah. Kali ni Rosmah (cikgu di Kuantan) pun ada sama. Saja kami berposing di bawah pokok rambutan yang sedang lebat berbuah, teringat dulu-dulu, suka makan rambutan bawah pokok... atau atas pokok??


Che Mid terima sms jemputan rumah terbuka dari kawan kerja lama. Tapi alamatnya dah berubah ke Aman Perdana, Meru.. emm.. dekat sangat dengan rumah Che Mid. Rupanya Norehan dah rumah semi D kat situ. Sewaktu Che Mid berziarah, Che Mid ronda-ronda dalam rumah dia tu. Tau sapa Che Mid jumpa?


Ha.. memang seprais sangat-sangat. Rasa macam kenal tapi siapa ya? Tak mengambil masa lama untuk tau bahwa dia, Azariah adalah kawan sebilik Tahun pertama UITM 1984 di Kolej Jati. Dia kata Che Mid tak berubah..he.he walaupun montel mengandung!! Tapi kak Azariah ni makin kurus dari yang Che Mid kenal dulu. Rupanya kak Azariah ni adalah adik ipar pada Norehan, si tuan rumah. Selama ni tiap kali open house ada gak pergi beraya tapi tak pernah terjumpa kak Azariah ni.


Dapatlah kami berborak tentang perkembangan masing-masing. Kak Azariah baru kematian suami April lalu. Mempunyai anak lima, kini berpindah ke Cheras membina hidup baru berdekatan keluarga setelah lama tinggal di Johor Bharu. Kami memang pernah rapat dulu, dahlah satu course walaupun senior setahun, satu bilik lagi.. Tapi lepas tu terputus hubungan terus sampai hari ni.. dah 20 tahun tu.. lama tu dari tahun 1987  hinggalah 2009.. tu lakan.. jodoh pertemuan di tangan Tuhan.




Ziarah Raya Che Mid

Emak Che Mid ajak beraya rumah dua pupu di KL. Che abang kata ok tapi anak-anak tak dapat ikut sebab masing-masing ada program raya sendiri. Jadi kami pergi bertujuh, tambah Nyai, Cik Siti dan suami, emak dan abah. Kami beraya di Damansara Heights - rumah 2 pupu emak, di Keramat Dalam - pun dua pupu kut.. dan akhir sekali ke Wangsa Maju - rumah sepupu emak. Di sini Che Mid nak berborak tentang ziarah yang pertama dulu, yang lain tu kira singgah-singgah je..

Gambar ramai dari kiri belakang - Cik Hanif, suamiku, Abah dan tuan rumah, Jajuli
Gambar duduk dari kiri - Cik Siti, emak, Che Mid, Nyai dan tuan rumah Rasanubari Asmaramah

En Jajuli atau nama panggilannya Jembrang ni cuma saudara agak jauh dengan Nyai dan menetap di KL. Tapi dia sangat rajin menziarah Nyai dan sedara mara di kampung walaupun ibu bapanya telah lama meninggal dunia.

Che Mid sangat memandang tinggi sikap suami isteri ini, walau hidup berpangkat di KL namun masih tak lupa asal usul di kampung. Beliau yang telah bersara dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tapi khabarnya masih memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah DBP, kini giat menulis buku manakala isterinya masih bertugas dengan Bank Negara. Mereka mempunyai 2 orang anak. Rupa-rupanya pihak keluarga Nyai dah berbelas tahun tidak ke rumah mereka. Kali terakhir mereka pergi dulu ketika arwah Atuk masih hidup. Selalunya memang Wak Jembrang yang akan menjenguk kami di Klang, walhal perjalanan Klang-KL tak sejauh mana...


Wak Rasa menunjukkan gambar lama pada Nyai. Tahun lepas mereka sekeluarga telah ke Petanahan, Kabumen, Jawa Tengah buat pertama kali untuk bertemu dengan sanak saudara di sana. Sayangnya, sepupu Wak Jembrang ini baru 30 hari meninggal ketika beliau tiba di sana, jadi beliau tidak dapat mengetahui lebih lanjut lagi tentang asal usul keluarganya di sana.


Gambar lama ni Che Mid ambil dari album Wak Jembrang. Satu-satunya gambar rumah Nyai yang ada. Nombor dua dari kanan adalah aruah Atok Che Mid.


Emak dan Wak Rasa bergambar sebelum pulang. Memang bermakna sekali ziarah raya kali ni, dapat bawak nenek dan emak berjalan ke sana. Secara peribadi, Che Mid nak kenal lebih mendalam lagi tentang Wak Jembrang, tapi tak berkesempatan berbual panjang.. mungkin lain kali...Insya Allah

Tuesday, October 6, 2009

Hidangan Raya Che Mid

Satu tradisi masyarakat Jawa ialah adat 'munjong' iaitu masakan menu hari raya dalam kuantiti yang agak banyak dan kemudian diedarkan kepada adik beradik dan sanak saudara terdekat biasanya sehari sebelum raya.

Namun begitu adat ni Che Mid dah tak ikut sangat sebab ia boleh mengakibatkan pembaziran kerana kita akan menerima terlalu banyak juadah raya seperti lontong, ketupat dan rendang pada hari yang sama. Ada juga mereka yang masih mengamalkan tradisi ini tetapi mempercepatkan hari 'munjong' ini beberapa hari sebelum raya tiba. Tujuan adat ini adalah untuk berkongsi rezeki pada hari lebaran dan sebagai tanda ingatan dan penghormatan terutama kepada saudara yang berpangkat lebih tua.

Che Mid selalu 'mengelat' terutama apabila tiba giliran beraya di rumah mertua. Jadi Che Mid akan memasak lauk pauk raya apabila Che Mid beraya di rumah sendiri. Maknanya, tahun ini Che Mid taklah memasak sangat. Jom tengok apa yang Che Mid sediakan untuk tetamu tahun ini...


Satu perkara pelik di Klang ialah 15 tahun dahulu sangat susah nak dapatkan lemang dijual di Klang. Tak percaya?? Eh .. betullah.. orang Klang dulu tak reti beli lemang. Tapi hari ni, berpuluh tempat jual lemang di tepi-tepi jalan.. ha.. pilihlah nak yang mana.

Rendang ayam atas permintaan adik-adik Che Mid, mereka suka yang hancur-hancur sikit isi ayam tu, barulah 'kick' bila cicah dengan lemang. Che Mid masak dua kali rendang ayam taim raya ni..

Ini kari bawal, Che Mid masak masa adik Nana datang beraya.

Sayur apa tah ke namanya.. imejensi beli di Tesco, sebab masa nak raya hari tu tak simpan lauk di peti sejuk, semua angkut balik Lipis.

Ikan pekasam ni dah lama dalam stok. Che Mid beli di Kuala Kangsar sebelum puasa hari tu. Bukan main selera emak dan abah Che Mid makan. Tapi che abang kita tak berapa suka pekasam-pekasam ni.

Hidangan feberet semasa raya tahun ni. Boleh kata setiap kali tau tamu nak datang, Che Mid cari udang dan goreng mentega. Janggut udang tu tak sempat dah nak buang, goreng terus.. kes imejensi jugak ni.

Paling spesel sekali... sardin dah dua hari lepas, makan pulak dengan nasi lembek panas-panas. Tengah lapar pulak lagi.. penat balik keje.. Huh.. tak sedar.. 3 kali tambah weh..Adik Lina cukup suka ni..

Selain dari sardin goreng cili api tadi Che Mid masak kari tenggiri. Asyik kari ke kari.. camno.. dah hasben suka kari..

Sayurnya sempoi je.. tumis terung panjang. Lebihkan cili api.. jadi pedas-pedas sikit. Masa ni pun emak dan abah datang makan jugak. Macam tau-tau je Che Mid masak sedap-sedap. Bila keluarga Acik datang, nasik pulak habis. Abah kata, tak payah tanak lagi, abah balik rumah ambik nasik lagi. Siap dengan periuk periuk sekali!! Hebat!

Tambah dengan sambal ikan terubuk kering yang siap potong halus-halus, che abang bawa balik dari Sarawak tempoh hari.

Salad sejuk ni Farah yang siapkan, masa ni Alang & Acam & families datang beraya. Antara bahan salad - epal, mix vege, tomato kenit, kentang rebus, timun dan mayo campur thousand island. Tabur lada hitam sikit, lepas tu simpan dalam peti sejuk sampai taim makan.  Udang goreng mentega pun tak miss.. Untuk kuah pulak, Che Mid masak lemak cili api ikan terubuk masin dari Sarawak bubuh nenas. Ayam goreng, nasi himpit, kuah kacang pun ada.

Alang, anak-anak dan Farah nak mula makan dah..
 
Lepas makan bersantai menghadap tv dan kuih raya pulak..

Kak Ain tengah isi dadih cocktail dalam piring.. ni bawa khas dari Shah Alam

Bedday gels - Alang dan Ain, tarikh lahir 3/10, umur teka sendiri..

Kuih raya Che Mid - Abahnya beli oven dan mixer baru, tapi ibu tak berapa minat masak kuih raya, almaklumlah, baru lepas mabuk 'morning sickness'.. Farah dan abah buat biskut arab, biskut kacang, conrnflakes madu dan kek mentega. Yang lain tu, beli sendiri dan jajan-jajan dari kedai borong. Oh ya, abahnya dapat kek lapis dari Sarawak.. 5 jenis.. jadi kira banyak jugalah kuih raya tahun ni..

Sapa nak beraya rumah Che Mid.. jom la..