Ads

Friday, April 29, 2011

Asam

Suami Che Midkan, kalau memandu jauh-jauh mesti ada stok makanan untuk dikunyah  supaya tak mengantuk. Kadang-kadang, dia akan beli siap-siap. Kalau tak pun Che  Abang akan berhenti di stesyen minyak atau R&R untuk top-up stok. 

Si kecik Deeja kan, sekarang ni galak mengemas barang. Benda dalam kabinet akan dikeluarkan.. dan benda luar kabinet akan dimasukkan. Pernah anak kunci dan pad lock pintu dapur, dia masukkan dalam periuk dan tutup siap-siap. Botol spray air untuk gosok baju, Che mid jumpa di tempat simpan beras..

Eh, ada kaitan ke dua-dua cerita tu...adaaaaa...

Satu hari, sedang Che Mid menyiapkan bekalan jajan che abang yang semalam di beli di Pekan Rabu, Che Mid nampak ada bungkusan asam berwarna hitam yang dah terbuka.. Che Mid fikir biasanya itu baki jajan dari trip sebelum ni... "Abang, ni jajan asam ni nak bawak sekali ke...?" tanya Che Mid. "Bolehlah.." jawab Che Abang - suami yang percaya handred persen pada sang isteri.

Che Mid pun masukkan sekali 3-4 bungkusan kacang, biskut dan asam tu tadi dalam satu beg plastik dan letak dekat dengan gear dalam kereta. Senanglah Che Abang nak buka dan makan dalam perjalanan nanti. Che Abang tu, bila mengunyah nanti, dia tak pandang sangat pun bungkusan tu.. main capai-capai dan raba-raba je.. lepas tu sumbat dalam mulut..

Kira 2 jam selepas Che Abang bertolak, Che Mid dapat panggilan darinya.

"Abang tengah makan kacang ni... bila dah rasa mengantuk .. abang nak makan asam pulaklah..bila gigit je.. hish.. apa ni..dahlah masam yang amat.. pahit pulak tu.." Alamak! Apa benda yang dah aku kasi kat laki tu.. 

"Ida bagi abang asam keping la..." kata Che Abang sambil ketawa besar.. 

Baru teringat, si Deeja dah keluarkan paket asam keping dari kabinet dapur. Untuk elakkan dia main lagi, Che Mid letaklah atas kabinet.. tinggi sikit.. Deeja tak dapat capai. Rupanya..ibu yang capai.. siap buat bekal abah..

Rupa sebenar asam keping yang telah memperdaya Che Mid.. sape pun boleh konfiuskan kan kan..!

Saturday, April 23, 2011

Laksa Lagi..

Kan Che Mid dah cakap, di Kedah ni merata orang menjual cendol dan laksa. Kedai Cendol ni Che Mid jumpa masa kami ronda-ronda ikut jalan lama Jeniang menuju ke Sik.
Kedai ni memang luas dan selesa. Ikut dari ruang tempat letak kenderaan, memang boleh agak tempat ni ramai pelanggan. Ada tempat duduk berbumbung rumbia dan duduk bersila. Kira kreatif jugalah kan..


Peliknya, bahagian dapur terletak di tepi jalan. Maknanya pelanggan akan lalu tepi dapur sebelum sampai ke tempat duduk. Susunan tin susu kosong tu dah jadi trademark tempat ni dan boleh nampak dari jalan besar.

Inilah wajah laksa kedai Cen. Nampak sempoi je..main campak-campak je inggridiennya, kuah tu curraaah baik punya.. bau laksa tu.. fuhh satu kedai semerbak..Tempat lain bubuh telor separuh atau suku, tapi kat sini sebijikkk!! Di tabur pulak dengan cabai melaka hiris..

Rasanya memang fes klas.. Che Mid kasi 10 1/2 bintang. Bila makan panas-panas, gigit sekali cili padi..bayangkanlah sendiri.. Banyak tempat dah Che Mid makan laksa di Kedah ni, tapi laksa Cen yang terbaikk!!







Kita tengok cendol pulak.. gambar tak berapa nak mengancam.. kamera merajuk.. mintak ganti baru la tu..tapi fulamak.. cendol nya lembut dan wangi.. elokkk je masuk mulut.. licin je.. lepas tu dia punya ais dimesen halus mulus gitu..memang kelass!


Ini pulak abc.. pun sedap banget!!

Sape yang dah terlioq. tu, mai sini.. Che Mid bawak ke sana.. bayar sendiri..

Thursday, April 21, 2011

Entri Susulan Buat Kek

Khas untuk para pengomen entri sebelum ni..


Laaaaa... mati-mati che mid ingat kita sorang je tak pandai buat kek walau umur dah nak masuk setengah abad ni.. Sebenarnya malu pun ada masa buat entri tu, sebab beranggapan korang mesti semua terer merer buat kek ha ha ha terutama Mila dan anak buahku Ain yang ada bisnes kek.

Okay now.. untuk kawan-kawan yang tak pernah buat kek macam che mid ni, alasan tak cukup bahan dah tak boleh pakai. Che Mid guna BLENDER je..tak payah mixer2 pun..stok telur, gula dan tepung tentu sentiasa adakan.. Jadi cuma carik mentega, 1 bar dan bikarbonate soda. Sukat guna cawan je.. ok.. ready!!


Panaskan oven

ambik satu cawan gula, masuk blender
masuk butter ( potong-potong dengan pisau )
masuk 2 biji telor.. blend sekejap
masuk 2 bijik lagi.. blend sampai warna kuning ..masuk dalam besen


2 cawan tepung campur 2 sudu bikarbonate soda
masuk sikit-sikit dalam besen tadi.
Kalau suka masuk 1/2 cawan susu. (Susu tepung anak pun boleh.. curik sikit..) buat tambah lemak


tuang dalam bekas tahan panas yang dah disapu sikit butter


bakar selama 40 min suhu 180..siap!!

Sapa takut-takut tak jadi tu.. jangan risau.. mesti masak punya! bantat ke bantut ke lain cerita, tapi pasti boleh makan!!


Sebelum makan ambik gambar kek tu tepek kat blog





Tuesday, April 19, 2011

Ain, Mila Tolonglah Aku...

Suatu pagi yang indah, aku berbual dengan bonda mertua di telefon sekadar bertanya kabar dan berbual kosong. 

Emak   -   Emak tengah masak kek ni.. bau wangi satu rumah..
Mid     -   Ya ke mak.. kek apa tu?
Emak   -   Kau nak tau, emak tak pakai mejerin, pakai minyak je. Tengok ada telur 2 bijik dalam peti. mak pun mesen sekali dengan minyak pah tu boh air bla bla...

Sepanjang hari tu, entah kenapa terngiang-ngiang je kata-kata mak tadi. Aku ni seumur hidup tak pernah buat kek... ha ha jangan nak gelak ok.. Serius.. sebab aku rasa buat kek ni leceh yang amat.. kena timbang2 la.. Aku tak suka buat benda sukat-sukat ni,  dah lah tu.. pakai mixer dan butter.. benda minyak-minyak.. nak set oven lagi.. bab nak cuci minyak-minyak ni lagilah tak suka..

Tapi gaya mak cakap semalam, macam senang je buat kek ni.. Lalu aku pun pasang azam untuk buat kek, apo nak jadi jadilah hai..

Masa ke kedai, aku sempat capai satu bar mentega dan satu dulang bakar..hasben tengok semacam je.. biar betul bini aku ni.. tulah lebih kurang maksud pandangannya tu.. aku kata bayar je..

Esoknya ..
Banyak kerja hari ni, sebab beli ikan, ayam, udang semalam tak siang dan cuci lagi. jadi sejak pagi di dapur mengemas dan memasak sampai hampir tenghari jugaka. Janji pada diri sendiri, macamana pun nak buat kek jugak. 

Pagi tadi sempat gugel cari resepi kek mentega yang pakai cawan-cawan je.. tak nak sukat sebab timbang pun takde..

Ok, aku pun ambik blender, masukkan gula dan mentega.. blend..serrrrr!! tak pusing pun..macam mana ni, telor kan ke masuk satu satu.. hah peduliklah.. masuk telur 4 biji sekali. Maka berpusinglah blender tu selaju-lajunya..lepas tu tuang dalam besen sebab nak masuk tepung kan kan kan.. aku pun cuci tangan. tengah aku cuci tangan kat sink..



Deeja datang dengan senyap sunyinya menarik besen adunan tu... Aku rasa nak meletoop..dah lah penat dari pagi tadi tak rehat ni..Rasa nak keluar airmata masa aku bersihkan adunan yang tumpah tu..cubaan!!

Besen tu taklah jatuh sekali..adalah dalam 2 senduk nasi. aku pun campur tepung dan bakar..Memang geram yang amat tapi nak buat lagi butter ellek.. how can..

Inilah dia kek pertamaku...

Sekali tengok macam apam, dua kali tengok macam butter stick.. si Deeja suka sangat, kejap kang datang sambil tangan.. nak... nak..!!

Cubaan ke dua - Malam tu jugak asben belikan butter dengan bikarbonate soda..

Inilah butter cake ke dua ku..dulang terlalu besar untuk satu adunan kut.. macam terlebih tepung tapi aku happy!!!

Dengan bangganya aku sedekahkan kat jiran sebelah.. dia kata macam cheese kek je.. aduss.. apakah itu pujian atau perlian???

Untuk 3 hari seterusnya, aku ada stok kek buatan sendiri.. ok lah tu..simpan sikit untuk tunjuk kat Farah bila dia balik cuti nanti..

Cubaan ke 3 - 

Telefon mak mertua sekali lagi. cerita sungguh-sungguh kisah buat kek termasuk bab deeja tumpahkan adunan. Bukan main gelak lagi dia, dia tahu menantu yang sorang ni tak pernah buat kek, tak macam anak menantu yang lain..


 Ha, ini resepi mak bagi ikut program 5 rench 5 rasa TV3 hari selasa..guna minyak masak dan air 1 cawan, tapi aku tambah susu..Mak pesan. bubuh bikarbonate soda tu banyak2, naiklah dia!! Memang naik betul.. masa buat ni Farah ada sekali, jadi tapau untuk dia balik asrama..

Cubaan ke 4 - Tak pandai, tapi nak memandai-mandai..

 Konon nak kreatif lah.. buatlah kek durian sebab malam tadi beli durian.. gugel gugel.. jumpa resepi pakai cawan-cawan je..

 Inilah rupa kek durian ku, bau harum berkumandang seantero taman.. kih kih kih..tapi kena masak sampai 80 minit. Aku rasa adunan tak padan dengan acuan, dalam lambat masak. Pas tu bila elok naiknya, dia turun balik sikit.. nape ya!!


Apa pun, Alhamdulillah aku dah pecahkan rekod ku sendiri.. kalau orang lain makan tentu banyak nak komen, tapi aku makan.. ok sangat-sangat!! 

Masa aku tulis ni, tengah tunggu hasben balik dari KL.. akan ku hidang kek durian untuk minum petang!!

Friday, April 15, 2011

Siakap Stim 3 Rasa dan Salad Mangga

 Dah lama tak bercerita tentang bab makan memakan.  Selalunya bila makan di luar, ikan siakap di goreng untuk masak tiga rasa. Tapi Che mid tergerak nak kukus (ekceli masak dalam kuali je..)

Bahan-bahan yang Che Mid guna selain dari siakap segar yang dikukus selama 10 minit ialah nenas, timun dan tomato dipotong kecil. Bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili giling, tom yang paste, sos cili, garam, gula dan perahan limau nipis.

Tumis bahan rempah hingga masak, masukkan tom yam paste dan bahan sayur. Biarkan hingga masak. Bubuh secawan air dan tutup api bila mendidih. Tuangkan atas ikan dan hidang.

 Salad mangga - Sagat mangga, sedikit lobak dan timun (bahagian tengah tak payah). Potong halus sedikit bawang besar dan cili api. Tambah dengan daun bawang untuk wangi-wangi. Sejukkan dalam peti sejuk. Bila nak makan, gaulkan dengan mayonis, garam dan sedikit gula jika suka. Kalau tak cukup masam tambah air perahan limau nipis. Fuh.. memang kow.. sejuk, masam dan pedas..

Nak makan dengan nasi panas pun ok. Che Mid makan tanpa nasi. Ikan segar tak muak sebab makan denga salad yang masam-masam sikit.

Ini tambahan sup sayur - cendawan, lobak, kentang , fish ball campur makaroni untuk suap Deeja...

Wednesday, April 13, 2011

3 Cerita 1 Masa


CERITA 1

Kisah terjadi pada hari Sabtu, 2 April 2011 di Lebuhraya PLUS Alor Star - Gurun / Sg Petani kira-kira jam 4.45 petang.  Kami baru lepas menghantar Farah balik ke asrama dan dalam perjalanan balik ke SP.

Selepas me'tac n go', kereta ria kami menyusur masuk ke lebuhraya. Tiba-tiba kereta berbunyi agak kuat seolah-olah tersangkut sesuatu pada roda. Panik!.. suami pun perlahan-lahan memberhentikan kereta. Lantas turun dan memeriksa jika  tayar pancit. Tapi tiada apa yang pelik kecuali bau hangit yang agak kuat.

Suami menghubungi sahabatnya meminta tolong. Sementara menanti, tiba-tiba  ada dua kereta berhenti. Rupanya kawan sepejabat termasuk salah seorang staf suami kebetulan melalui jalan tersebut.

Menjangkakan kerosakan kereta yang agak teruk dan takut bahaya jika meneruskan perjalanan, suami meminta Che Mid, Faris dan Deeja balik dulu ke SP menumpang kereta Azrul sementara seorang lagi, Ramdan, menemani suami sehingga bantuan tiba.

Hampir senja kereta kami di tarik ke bengkel di Mergong, Alor Setar dan kami ambil balik keesokkannya. Rupanya bering kereta tu pecah dan kami difahamkan kerosakn begini boleh berlaku tanpa sebarang 'tanda'. Tiba-tiba je boleh rosak.

 


CERITA 2

Semasa berhenti di tepi jalan tu kira-kira setengah jam, kami ambil peluang menikmati pemandangan bendang yang luas terbentang. Musim menuai dah pun selesai dan petani sibuk membajak tanah sawah mereka.

Che Mid terpandang parit atau tali air (tak tau istilah sebenar) berhampiran sawah dan ternampak percikan demi percikan air dari parit itu menunjukkan banyak ikan di situ. Terjerit-jerit kesukaanlah Che Mid (macam budak kecik..) kalau boleh mahu saja Che Mid melompat ke parit tu.

Ada pula dua orang kakak memakai kain batik menaiki motosikal berhenti di tepi parit sambil memerhatikan sang ikan berlompatan ke sana ke mari. Entah apa yang dibualkan, mereka pun beredar tidak lama selepas itu. (Gambar ada ambil tapi kabur... tak layak untuk ditayang di sini)

Tidak lama kemudian salah seorang dari mereka datang semula bersendirian. Kini memakai seluar panjang, bertopi dan membawa sebatang pancing. Wah! Jadi minah pancing .. jeles I. Yalah, kan I yang nampak dulu ikan-ikan tu.. tu kira ikan-ikan I la..

CERITA 3

Semasa dalam perjalanan pulang, kan Che Mid dihantar oleh Azrul yang baik hati tu kan.. dalam sepuluh minit macam tu, tiba-tiba jalan semakin sesak.. dan lama kelamaan tidak bergerak. Sah ada eksiden di depan.

Ya Allah!! Memang betul! Sebelum tiba di tempat kejadian kami nampak dua ambulan dah ne no ne no menghala ke Alor Setar, maknanya dah ada mangsa kemalangan dalam tu. Tak putus-putus Che Mid berdoa semoga Allah selamatkan mereka.
 Nampak tak tu! Ada kereta Myvi dah rentung dan bomba dah tak pancut air tapi kereta masih berasap. Mujur tak nampak orang dalam tu..Dan kereta tu berada di lorong Che Mid, maknanya dah 'terbang' dari lorong sebelah ke laluan bertentangan sebab divaide tengah jalan tu tak rosak pun.

Di sebelah sana ada satu lagi kereta terbalik, roda kat atas.  Kalau pembaca perasan, ada ambulan di belakang orang-orang yang berdiri. Ahli paramedik sedang mengangkat beg-beg ke dalam ambulan. Tentu tuan punya beg tu ada dalam ambulan tu kan. Barang-barang peribadi bersepah atas jalan raya. Sebenarnya ada satu lagi ambulan baru sampai. Selepas kawasan kemalangan itu, kami nampak 2 lagi dalam perjalanan ne no ne no ke situ.. hii.. mesti ramai yang cedera.. Masya Allah.




Che Mid tak buang masa, terus kol che abang. Cerita pada dia apa dah jadi dan mintak dia cari jalan lain masa balik nanti. Malam tu, che abang kata orang tarik kereta bagi tahu, seorang mati dan seorang hampir putus tangan.. kecederaan tak cakap pulak.. tapi kalau sampai 6-7 ambulan tentu ramaikan..

Pengajaran -

1) Takpelah kereta kami rosak tepi jalan dan kena bayar upah tarik kereta dan upah riper.. Masih sangat kecil jika dibandingkan dengan kemalangan orang lain hingga kehilangan nyawa.

2) Mungkin kalau tak rosak, kereta kami dirempuh oleh kereta yang terbakar tu kalau kebetulan masa kereta tu melompat ke lorong sebelah, kereta kami sedang lalu..Na'u zubillah

Jadi jangan komplen sangat ..bersyukur dengan musibah yang kecil ini dan mendoakan mangsa lain terselamat dan sabar menghadapi ujian Allah. Amin.




Monday, April 11, 2011

Harijadi puteri dan puteraku

Hari lahir abahnya dah lepas pada 26 Mac. Harijadi Farah jatuh pada 6 April. Harijadi Faris yang lahir selang setahun je dengan kakak pun bulan April tapi 9 hb.

Kalau abahnya punya bedday disambut bersama dengan keluarga sebelah abahnya... Farah  dan Faris pulak nak buat macamana ya.. Minggu ni Farah tak ada cuti, Abang Ayan pulak ada di rumah Klang.. tak syok lah member of family tak lengkap..

Hari Sabtu lepas (bedday Faris) kebetulan kami nak jenguk Farah di asrama. Farah pesan suruh ibu beli kek nak bagi pada kawan sedormnya. Ibu pun tambah lagi 2-3 benda. Jadilah majlis bedday tak plan ni..
Bedday boy and girl tersenyum sumbing di bawah pokok nan rendang. Harap-harap beburung tidaklah hinggap dan melepaskan sesuatu kat atas tu..

Cheese kek tak berapa sedap yang dibeli di Gurun.

Ibu terjumpa pengikat rambut ni, ole-ole untuk kawan-kawan Farah. Masa ibu mengandungkan Farah dulu, ibu menyampah sangat dengan katun tweety tu.. nakal yang amat.. bila lahir ibu tengok muka Farah ada sikit tekenan tweety tu..kepala tak de rambut dan mulut muncung he he.. tapi dah besar ni cantik jelita dah anak ibu kan kan kan
Boleh kata setiap tahun mereka berdua beradik celebrate sesama. Kalau di Klang ada seorang sepupu, Iman, pun sama bedday dengan Farah.

Di apit oleh kumpulan anak-anak dara ASTECH

Meh ibu suap sikit!!

Ni nak bagi tau ni... tahun lepas 2010, tak seorang pun dari ahli keluarga kami dapat hadiah hari jadi, sebab poket abahnya tak berapa nak berisi. Kami cuma pergi makan luar satu famili atau beli kek makan di rumah. Ibu dan abah amat bersyukur punya anak-anak yang memahami setuasi dan tidak pernah meminta-minta nak itu ini atau merajuk bila tak dapat. Terima kasih anak-anakku sayang!!

Alhamdulillah, tahun ni rezeki murah sikit.. jadi abahnya pun dengan murah hati sudi membelikan hadiah untuk Farah dan Faris. Bedday Deeja bulan Feb lepas.. takde hadiah pun tuk dia.. takpelah dia pun bukan tahu apa bedday-bedday ni kan.. pospon tahun depan je la Deeja ya.. jangan mare!!

Abah dan ibu naik pening nak beli apa untuk Farah sebab Farah pun tak mintak. Akhirnya ibu pilih cincin emas putih ni. Sayang sekali tak muat pulak, ibu kena tukar saiz la.. he he dah besar anak dara ibu ni kan..
Rantai emas putih ni pulak hadiah sempena PMR tahun lepas. Sori ya lewat sikit.. harap Farah akan usaha lebih lagi untuk SPM tahun depan pula ya..

Faris dapat henfon Xperia.. dia suka sangat sebab dapat pilih sendiri.. henfon Faris yang lama asek meragam je.. macam tau-tau je nak bedday..

Ni nak bagi tahu satu lagi benda, hadiah harijadi abahnya tak tunjuk lagi.. jom tengok..
Wah bergaya sakan dengan kereta baru..

Naza Forte baru you!!



Tapi...

Hadiah beddaynya ialah...







Cermin mata gelap ni je.. he he. Kami paksa abahnya ikut ke kedai cermin mata dan paksa dia beli satu, sebab spek dia dah rosak!!

Kereta tu pun memang baru.. tapi kereta kampeni!! 

Wednesday, April 6, 2011

Kejutan di Jeram Ikan Bakar

Bulan Mac 2011, che abangku genap 50 tahun. Rasa-rasa nak buat seprais sikit sempena harijadi dia. Nak buat macamana ni, dah lah duk di SP jauh-jauh ni.

Drama calling sana calling sini pun bermula 2-3 hari awal. Kami sekeluarga akan balik ke Klang pada 25hb, ada urusan di sekolah lama Farah. Che Mid cadang nak kumpul adik beradik suami Jeram Ikan Bakar, Kuala Selangor. Alang di Shah Alam dan Ayu/Acam di KL setuju untuk hadir malam 25hb walaupun tak tau tempat makan tu. Che Mid saja-saja hubungi Ateh yang tinggal di Raub, kut-kut dia pun nak turun ke KL. Dah rezeki, memang pun Ateh nak datang KL.

Ateh dan Acam dan famili masing-masing berkumpul di rumah Alang. Selepas Maghrib baru bertolak dari Shah Alam ke Kuala Selangor. Dah pesan, JANGAN CALL ATAU SMS AKAK. NANTI KANTOI. Ada apa-apa call Ayan je. So, all set!! Che Abang tak tau langsung!!

Che mid dah tempah awal meja untuk 20 orang. Sampai kat situ, che abang terkejut ramai pulak nak datang makan. Che Mid sengih-sengih je.. Masa adik-adik  sampai, kami sedang memilih makanan laut. Dari jauh, Che Mid tanya che abang, nampak tak sape tu. Dia tak cam dan tak de idea langsung. Bila dah dekat, barulah dia tahu adik-adik datang termasuk Ateh dari Raub pun ada !!. Memang seprais.. sayang sekali momen-momen kejutan tu tak sempat dirakam dek kamera ni..


Kek untuk Pak Ngah Fazli dibuat khas oleh Kak Ain - Blueberry cheese cake

Kek khas untuk Pak Teh Rosdan - a simple butter cake but nicely presented also by kak Ain


Fruit tart jadi rebutan - sold out serta merta - tempahan khas dari Adnaztazie cake




Che Abang, Ateh dan isteri - semua lahir pada Mac sedang menahan perut yang telah kembang setaman. Masa ni kami tengah nyanyi Allah selamatkan kamu..


 Pak Ngah tiup lilin, Pak Teh tepuk je dengan tangan.. lepas tu kek dan fruit tart diagih dan dijadikan pembuka selera sementara menanti makanan sampai..

 Meja panjang sederet - tanda muafakat dan sepakat anak cucu Husain jauh dan dekat berkumpul menjamu selera. Kalau Atok dan Wan ada kan best...


Antara hidangan istimewa - sembilang asam pedas. Terbaik dari Jeram Ikan Bakar!!

Satay khusus untuk anak-anak - 100 cucuk you!!

 Tom yam ni pun enak banget!!

Sotong goreng tepung dan udang  mentega laris .. che mid tak dapat rasa pun..

 Ikan terubuk bakar khas untuk untuk che abang dan bapak-bapak.. pari bakar pun ada.. cecah dengan dua jenis sos ...kicap dan air asam.

Feberetku - siakap steam. Betul-betul segar, macam baru sauk dari laut kat belakang tempat kami duduk tu je..

 Che Mid suap kek... walau umurmu sudah 50 tahun.. padaku kau tetap jejaka belasan ha ha

Dua biras berlawan kek.. nyam nyam


 Selepas makan, masa untuk bergambar. Terima kasih pada La, Ayu dan Alang yang sama-sama merancang seprais ni. Tentu abang akan ingat sampai bila-bila..

 Biasalah... bila sepupu bertemu sepupu, bergaya bermacam rupa.. suka hati koranglah..

Kami sekeluarga - bahagia dan ceria. Alhamdulillah.