Ads

Wednesday, April 6, 2011

Kejutan di Jeram Ikan Bakar

Bulan Mac 2011, che abangku genap 50 tahun. Rasa-rasa nak buat seprais sikit sempena harijadi dia. Nak buat macamana ni, dah lah duk di SP jauh-jauh ni.

Drama calling sana calling sini pun bermula 2-3 hari awal. Kami sekeluarga akan balik ke Klang pada 25hb, ada urusan di sekolah lama Farah. Che Mid cadang nak kumpul adik beradik suami Jeram Ikan Bakar, Kuala Selangor. Alang di Shah Alam dan Ayu/Acam di KL setuju untuk hadir malam 25hb walaupun tak tau tempat makan tu. Che Mid saja-saja hubungi Ateh yang tinggal di Raub, kut-kut dia pun nak turun ke KL. Dah rezeki, memang pun Ateh nak datang KL.

Ateh dan Acam dan famili masing-masing berkumpul di rumah Alang. Selepas Maghrib baru bertolak dari Shah Alam ke Kuala Selangor. Dah pesan, JANGAN CALL ATAU SMS AKAK. NANTI KANTOI. Ada apa-apa call Ayan je. So, all set!! Che Abang tak tau langsung!!

Che mid dah tempah awal meja untuk 20 orang. Sampai kat situ, che abang terkejut ramai pulak nak datang makan. Che Mid sengih-sengih je.. Masa adik-adik  sampai, kami sedang memilih makanan laut. Dari jauh, Che Mid tanya che abang, nampak tak sape tu. Dia tak cam dan tak de idea langsung. Bila dah dekat, barulah dia tahu adik-adik datang termasuk Ateh dari Raub pun ada !!. Memang seprais.. sayang sekali momen-momen kejutan tu tak sempat dirakam dek kamera ni..


Kek untuk Pak Ngah Fazli dibuat khas oleh Kak Ain - Blueberry cheese cake

Kek khas untuk Pak Teh Rosdan - a simple butter cake but nicely presented also by kak Ain


Fruit tart jadi rebutan - sold out serta merta - tempahan khas dari Adnaztazie cake




Che Abang, Ateh dan isteri - semua lahir pada Mac sedang menahan perut yang telah kembang setaman. Masa ni kami tengah nyanyi Allah selamatkan kamu..


 Pak Ngah tiup lilin, Pak Teh tepuk je dengan tangan.. lepas tu kek dan fruit tart diagih dan dijadikan pembuka selera sementara menanti makanan sampai..

 Meja panjang sederet - tanda muafakat dan sepakat anak cucu Husain jauh dan dekat berkumpul menjamu selera. Kalau Atok dan Wan ada kan best...


Antara hidangan istimewa - sembilang asam pedas. Terbaik dari Jeram Ikan Bakar!!

Satay khusus untuk anak-anak - 100 cucuk you!!

 Tom yam ni pun enak banget!!

Sotong goreng tepung dan udang  mentega laris .. che mid tak dapat rasa pun..

 Ikan terubuk bakar khas untuk untuk che abang dan bapak-bapak.. pari bakar pun ada.. cecah dengan dua jenis sos ...kicap dan air asam.

Feberetku - siakap steam. Betul-betul segar, macam baru sauk dari laut kat belakang tempat kami duduk tu je..

 Che Mid suap kek... walau umurmu sudah 50 tahun.. padaku kau tetap jejaka belasan ha ha

Dua biras berlawan kek.. nyam nyam


 Selepas makan, masa untuk bergambar. Terima kasih pada La, Ayu dan Alang yang sama-sama merancang seprais ni. Tentu abang akan ingat sampai bila-bila..

 Biasalah... bila sepupu bertemu sepupu, bergaya bermacam rupa.. suka hati koranglah..

Kami sekeluarga - bahagia dan ceria. Alhamdulillah.

 

18 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Seronoknye dapat kumpul ramei2

marie said...

sukanye tengok gambar-gambar ni...begitu muhibbah sekali...

syariza09 said...

bestnya akk buat surprise mcm tu, tgk muka asben akk pon tau dia terkejut & terharu.

suka ngan ayat akak "padaku kau tetap jejaka belasan*....oooo so sweet -_-

CekWa said...

seronoknyee...makanan pun sedap-sedap!

~izan~ said...

akak..tak menahan hati tgk sembilang asam pedas tu..kecur air liur...

hepi belated besday kt asben akak..hehe.tetap maintain sweet couple gitu =D

Unknown said...

che mid yg nampak muda

AzMaslenda said...

bestnya dapat celeb beramai2..

suri solehah said...

salam..wah meriahnya keluarga cik mid..bab masih rasa belasan tahun yg tak tahan tu hehe

indahhouse said...

Salam che mid,
Seronoknya berkumpul ramai-ramai. happy family :))

Che Mid said...

JD - kale dah rezeki nak bertemu, Allah permudahkan..

Che Mid said...

marie - yes!! muhibbah wa rohmah !

Che Mid said...

syariza - dulu kurus kedengking sekarang lebar muah muah.. emm tak perasan pun.. tengok samaa je..

Che Mid said...

cekwa - semua makanan habis licin kecuali sate tinggal 7 cucuk..

Che Mid said...

izan - tak tipu.. asam pedas sembilang tu first class!

Che Mid said...

Ila - ish ish che mid 50 tahun lagi 5 thn daa

Che Mid said...

azmask - seronok sangat tapi bukan mudah nak pastikan semua ada masa serentak..

Che Mid said...

suri - he he bodek sikit

Che Mid said...

indah - seronok sangat..