Ads

Monday, April 11, 2011

Harijadi puteri dan puteraku

Hari lahir abahnya dah lepas pada 26 Mac. Harijadi Farah jatuh pada 6 April. Harijadi Faris yang lahir selang setahun je dengan kakak pun bulan April tapi 9 hb.

Kalau abahnya punya bedday disambut bersama dengan keluarga sebelah abahnya... Farah  dan Faris pulak nak buat macamana ya.. Minggu ni Farah tak ada cuti, Abang Ayan pulak ada di rumah Klang.. tak syok lah member of family tak lengkap..

Hari Sabtu lepas (bedday Faris) kebetulan kami nak jenguk Farah di asrama. Farah pesan suruh ibu beli kek nak bagi pada kawan sedormnya. Ibu pun tambah lagi 2-3 benda. Jadilah majlis bedday tak plan ni..
Bedday boy and girl tersenyum sumbing di bawah pokok nan rendang. Harap-harap beburung tidaklah hinggap dan melepaskan sesuatu kat atas tu..

Cheese kek tak berapa sedap yang dibeli di Gurun.

Ibu terjumpa pengikat rambut ni, ole-ole untuk kawan-kawan Farah. Masa ibu mengandungkan Farah dulu, ibu menyampah sangat dengan katun tweety tu.. nakal yang amat.. bila lahir ibu tengok muka Farah ada sikit tekenan tweety tu..kepala tak de rambut dan mulut muncung he he.. tapi dah besar ni cantik jelita dah anak ibu kan kan kan
Boleh kata setiap tahun mereka berdua beradik celebrate sesama. Kalau di Klang ada seorang sepupu, Iman, pun sama bedday dengan Farah.

Di apit oleh kumpulan anak-anak dara ASTECH

Meh ibu suap sikit!!

Ni nak bagi tau ni... tahun lepas 2010, tak seorang pun dari ahli keluarga kami dapat hadiah hari jadi, sebab poket abahnya tak berapa nak berisi. Kami cuma pergi makan luar satu famili atau beli kek makan di rumah. Ibu dan abah amat bersyukur punya anak-anak yang memahami setuasi dan tidak pernah meminta-minta nak itu ini atau merajuk bila tak dapat. Terima kasih anak-anakku sayang!!

Alhamdulillah, tahun ni rezeki murah sikit.. jadi abahnya pun dengan murah hati sudi membelikan hadiah untuk Farah dan Faris. Bedday Deeja bulan Feb lepas.. takde hadiah pun tuk dia.. takpelah dia pun bukan tahu apa bedday-bedday ni kan.. pospon tahun depan je la Deeja ya.. jangan mare!!

Abah dan ibu naik pening nak beli apa untuk Farah sebab Farah pun tak mintak. Akhirnya ibu pilih cincin emas putih ni. Sayang sekali tak muat pulak, ibu kena tukar saiz la.. he he dah besar anak dara ibu ni kan..
Rantai emas putih ni pulak hadiah sempena PMR tahun lepas. Sori ya lewat sikit.. harap Farah akan usaha lebih lagi untuk SPM tahun depan pula ya..

Faris dapat henfon Xperia.. dia suka sangat sebab dapat pilih sendiri.. henfon Faris yang lama asek meragam je.. macam tau-tau je nak bedday..

Ni nak bagi tahu satu lagi benda, hadiah harijadi abahnya tak tunjuk lagi.. jom tengok..
Wah bergaya sakan dengan kereta baru..

Naza Forte baru you!!



Tapi...

Hadiah beddaynya ialah...







Cermin mata gelap ni je.. he he. Kami paksa abahnya ikut ke kedai cermin mata dan paksa dia beli satu, sebab spek dia dah rosak!!

Kereta tu pun memang baru.. tapi kereta kampeni!! 

14 comments:

~izan~ said...

seronoknya anak2 akak smbut besday reramai dgn kwn2 dgn family... izan tergelak baca yg muka mcm tweety bird tu,hehe.ada2a je akak ni..mmg cantik anak akak tu,pening kepala nak pilih menantu nnt,ramai peminat hehe.

ape2 pun hepi belated besday utk anak2 akak =D

Nizam Awang Brahim said...

Selamat hari lahir

Adnazthie said...

Assalamualaikum Che Mid..
Selamat hari lahir buat Farah n Faris...semoga sentiasa jadi cahaya mata ibu n ayah

Che Mid said...

Izan - la memang betul.. lagi kalau tengah merajuk.. panjaaang semacam je muncung tu..

Che Mid said...

JD - terima kasih, pejam celik pejam celik dah besar..rasa macam semalam je lahirkan dia orang tu

Che Mid said...

adnaz - tak best sikit sebab kek tak berapa sedap, kalau kt meru mau je order dari orang tdb..

mama ju said...

Aslkm cik Mid

Selamat hari lahir utk semua.
Wah seronoknya masing2 ada hadiah besar.Rezekikan.
Kami biasanya makan2 je.
Moga bahagia semuanya Amin. Jumpa lagi.

Unknown said...

bahagia jer tengok...hehehe

AiNuN FaUzI said...

Cantik farah 2... Semoga Keluarga akak dilimpahi kebahagiaan....

Kakzakie Purvit said...

Assalamualaikum Che Mid,

Sorrylah kakak terlewat wish birthday buat bujang dan dara Che Mid.

Farah memang cantik.

Itu ada pulak satu photo torn among the roses. Bagus juga kan kawan Farah pun dapat nikmatnya sama...


"HAPPY BELATED BIRTHDAY GIRL & BOY"

Che Mid said...

mamaju - ala kalau ada hadiah tu adalah, takde pun tak mengapa..

Che Mid said...

Ila - semoga sahabat2 pun bahagia juga hendaknya..

Che Mid said...

ct - wah cepatnya singgah.. t kasih byk2, moga selalu keep in touch

Che Mid said...

kakzakie - tak pe thorn of the roses tu suka sgt jadi mcm tu..perasan semua org suka kt dia..