Ads

Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Harijadi puteri dan puteraku

Hari lahir abahnya dah lepas pada 26 Mac. Harijadi Farah jatuh pada 6 April. Harijadi Faris yang lahir selang setahun je dengan kakak pun bulan April tapi 9 hb.

Kalau abahnya punya bedday disambut bersama dengan keluarga sebelah abahnya... Farah  dan Faris pulak nak buat macamana ya.. Minggu ni Farah tak ada cuti, Abang Ayan pulak ada di rumah Klang.. tak syok lah member of family tak lengkap..

Hari Sabtu lepas (bedday Faris) kebetulan kami nak jenguk Farah di asrama. Farah pesan suruh ibu beli kek nak bagi pada kawan sedormnya. Ibu pun tambah lagi 2-3 benda. Jadilah majlis bedday tak plan ni..
Bedday boy and girl tersenyum sumbing di bawah pokok nan rendang. Harap-harap beburung tidaklah hinggap dan melepaskan sesuatu kat atas tu..

Cheese kek tak berapa sedap yang dibeli di Gurun.

Ibu terjumpa pengikat rambut ni, ole-ole untuk kawan-kawan Farah. Masa ibu mengandungkan Farah dulu, ibu menyampah sangat dengan katun tweety tu.. nakal yang amat.. bila lahir ibu tengok muka Farah ada sikit tekenan tweety tu..kepala tak de rambut dan mulut muncung he he.. tapi dah besar ni cantik jelita dah anak ibu kan kan kan
Boleh kata setiap tahun mereka berdua beradik celebrate sesama. Kalau di Klang ada seorang sepupu, Iman, pun sama bedday dengan Farah.

Di apit oleh kumpulan anak-anak dara ASTECH

Meh ibu suap sikit!!

Ni nak bagi tau ni... tahun lepas 2010, tak seorang pun dari ahli keluarga kami dapat hadiah hari jadi, sebab poket abahnya tak berapa nak berisi. Kami cuma pergi makan luar satu famili atau beli kek makan di rumah. Ibu dan abah amat bersyukur punya anak-anak yang memahami setuasi dan tidak pernah meminta-minta nak itu ini atau merajuk bila tak dapat. Terima kasih anak-anakku sayang!!

Alhamdulillah, tahun ni rezeki murah sikit.. jadi abahnya pun dengan murah hati sudi membelikan hadiah untuk Farah dan Faris. Bedday Deeja bulan Feb lepas.. takde hadiah pun tuk dia.. takpelah dia pun bukan tahu apa bedday-bedday ni kan.. pospon tahun depan je la Deeja ya.. jangan mare!!

Abah dan ibu naik pening nak beli apa untuk Farah sebab Farah pun tak mintak. Akhirnya ibu pilih cincin emas putih ni. Sayang sekali tak muat pulak, ibu kena tukar saiz la.. he he dah besar anak dara ibu ni kan..
Rantai emas putih ni pulak hadiah sempena PMR tahun lepas. Sori ya lewat sikit.. harap Farah akan usaha lebih lagi untuk SPM tahun depan pula ya..

Faris dapat henfon Xperia.. dia suka sangat sebab dapat pilih sendiri.. henfon Faris yang lama asek meragam je.. macam tau-tau je nak bedday..

Ni nak bagi tahu satu lagi benda, hadiah harijadi abahnya tak tunjuk lagi.. jom tengok..
Wah bergaya sakan dengan kereta baru..

Naza Forte baru you!!



Tapi...

Hadiah beddaynya ialah...







Cermin mata gelap ni je.. he he. Kami paksa abahnya ikut ke kedai cermin mata dan paksa dia beli satu, sebab spek dia dah rosak!!

Kereta tu pun memang baru.. tapi kereta kampeni!! 

Tuesday, April 5, 2011

Nak Sain ke Tak Nak??

Kisah nak sain repot kad.

Faris   -  Ibu, hari Rabu ni kena pegi sekolah, sain repot kad.
Ibu     -  Mana surat?
Faris  -   Dah hilang... (standard perangai yang tak ubah-ubah dari dulu sampai sekarang)

Ibu    -   Pagi ke petang?
Faris -   Tak ingat... (pun standard pelupa dari dulu sampai sekarang)

Hari Rabu pun menjelma.

Faris  - Ibu, kawan Faris kata kena pegi pagi dari pukul 9.00 - 11.00 pagi. (Masa tu jam dah pukul 10.45 pagi) (Standard perangai kawan dia lagi tau segala benda dari dia)

Kami pun teruuuuuus pergi sekolah. Nasib baik Ayan ada, tunggu dalam kereta dengan Deeja. Sampai bilik mesyuarat, memang ada cikgu-cikgu dan ibu bapa dalam tu. Faris pun tanya pada salah seorang guru kat situ, mana cikgu kelas dia.

 Cikgu tu kata kelas tingkatan tiga sesi petang kena datang petang. Ni darah dah nak sampai leher dah ni... cikgu tu tak tau ke tadi kami datang macam F1, tetiba suruh datang petang pulak.

Sebagai seorang ibu yang berhemah, che mid pun tanya, " Petang ni datang pukul berapa, cikgu?" " Datanglah pukul 2 ke atas".

Pukul 3 petang Che Mid dah sampai di bilik mesyuarat. Faris ada kelas. Pelik! Bilik mesyuarat sunyi sepi. Mana pulak cikgu-cikgu ni.. dah balik ke..

Che Mid pun segera ke pejabat, ada cikgu tengah berbincang di kaunter tapi tak pandang Che Mid pun yang tercegat kat situ. Che Mid bergerak ke bilik guru pulak.

 Tak lama menunggu ada cikgu menghampiri, lantas Che Mid tentang hari tanda tangan repot kad. Cikgu tu kata sebelah pagi tadi.  Ni yang hangin satu badan ni. Bila Che Mid beritahu dah datang pagi tadi tapi disuruh datang sebelah petang, tetiba ada seorang cikgu lain kata," Er, sesi petang punya belum ditentukan bila nak buat.." Ewah-ewah, cakap lain pulak. Che Mid pulak tak bawak surat sebab Faris kata dah hilang. Kalau ada surat tu, memang Che Mid boleh lawan cakap-cakap cikgu tu..

Petang tu, bila Faris sampai rumah, terus Che Mid tanya apa dah jadi. Faris kata, " Cikgu kelas Faris kata sesi petang tak de sain repot kad sebab guru-guru kelas tak diberitahu, jadi kami tak terlibat". Apa punya sekolah ni... nak sain ke tak nak???


Tuesday, March 22, 2011

Satu Senja Nan Gerimis

Situasi - Hujan renyai, sunyi sepi selepas Maghrib hari Selasa minggu lepas. Faris ditugaskan oleh Abahnya untuk membuka kereta untuk mengisi lagej.. nak balik kampung malam tu juga. Ahli keluarga lain berada dalam bilik masing-masing berkemas pakaian.

Gambar hiasan - keadaan luar kami di waktu siang

 
Selepas mengambil kunci, Faris pun buka pintu rumah, tanpa menutupnya semula. Dia bergerak ke arah pintu pagar dan membukanya luas-luas untuk kereta keluar nanti. Lepas tu, Faris berjalan pula ke kereta Ria kami nak buka pintu kereta. Selepas itu, dia pun memanjat sedikit pintu kereta untuk membuka 'carrier' di atas bumbung kereta pulak.

Masa dia tengah nak buka benda kat atas kereta tu, Faris terasa ada benda bergerak atas jalan raya depan rumah.. kecik je.. Berderau darah dibuatnya, Faris pun tergolong dalam kategori cepat takut jugak. Tapi hati tu nak gak tau, apa benda berjalan kat depan tu.

Faris pun memberanikan hati menoleh ke arah jalan raya. Apa dia nampak??

Masyaallah, budak kecik Deeja dengan selambanya berjalan terkedek-kedek, (kalau orang Jawa kata undak unduk..) buat deeekkk je..!! Abang Faris dia pun cepat-cepat berkejar tangkap Deeja, nasib baik takde kenderaan lalu lalang.

Faris terus jerit, "Ibu, adik keluar!". Che Mid tengok Deeja dah basah. Kaki ayam pulak tu..

Agaknya sebaik saja abang dia keluar rumah, Deeja pun ikut sekali. Senyap-senyap dia terus keluar pagar menghala ke kiri kemudian patah balik dan menghala ke kanan pula. Masa tulah Faris perasan ada 'benda' bergerak..


Gambar hiasan - Deeja tengah kemaruk jalan, main redah je..

Tuesday, February 1, 2011

Kawan Faris Meninggal

Beberapa hari sebelum berakhirnya 2010, Faris terima berita gelfren kawannya Rina, 14 tahun, sakit akibat gangguan makhluk halus. Kabarnya teruk juga penyakitnya tu. Che Mid tak ambil tahu sangat hal kawan-kawan ni, tapi Faris dan Farah ada minta izin nak ziarah di rumah Rina sehari sebelum kami balik ke SP. Masa tu, keluarganya bawa dia berubat secara Islam. Rina pulak dah tak berapa cam orang, perangai dia dah jadi macam budak kecil. Nak mandi sendiri pun dah tak reti dah. Peliknya, masa berubat tu dia boleh bercakap Tamil..

Tak lama lepas buka sekolah 2011, Faris cakap Rina dah masuk hospital kena ICU. Benda yang ganggu dia dah takde tapi dia tak sembuh lagi. Rupanya Rina koma. Katanya, Rina kena penyakit H1N1 dan otaknya dah dijangkiti kuman.

Kira-kira 2 minggu kemudian, satu pagi dalam pukul 9 lebih, tiba-tiba Faris jumpa Che Mid kat dapur, "Ibu, kawan Faris tu dah meninggal" . Menangis teresak-esak dalam pelukan Che Mid. Tak pernah Che Mid tengok dia nangis macam tu sekali. Farah dalam bilik pun tengah nangis jugak. Kebetulan, intenet tak boleh diakses masa tu, jadi fb tak boleh dibuka, tapi Faris menerima panggilan bertalu-talu dari kawan-kawan rapat dari Klang dan Shah Alam, juga sepupu-sepupunya. Mak Lang dan Mak Cu pun tak lupa call tengahari tu.

Faris ajak balik Klang hari tu jugak, tapi abah kata tak sempat nak balik untuk ziarah sebab kita jauh di SP. Faris terus berkurung dalam bilik. Tak putus-putus dia baca yaasin untuk arwah. Ramai kawan dan sepupu Faris melawat jenazah. Mereka sentiasa memberitahu perkembangan majlis pengebumian kepada melalui panggilan telefon dan sms.

Akhirnya hari Khamis lepas, Faris dan kawan-kawannya menziarahi kubur arwah di Shah Alam. Kebetulan bapanya pun ada di situ kerana menambak tanah kubur. Sebelum balik, bapa arwah berkata pada Faris sambil menangis, "Rina ni muda lagi, patutnya Pakcik yang mati dulu.."

Itulah secebis kisah kehidupan dan kematian yang tidak mengenal usia. Bila tiba masanya, kita pergi jua. Al-Fatihah buat Rina.

Sunday, January 30, 2011

Akhirnya Nangis Jua..

Farah beria-ia berharap dapat belajar di sekolah teknik sebab nak sambung belajar lukisan industri. Tapi masa akhir tahun hari tu, taklah pulak dia mohon awal sebab tak konfiden boleh skor. Sebaik dapat keputusan, abahnya main redah je merayu ke sekolah Teknik Alor Star. Alhamdulillah, 12 hb Januari lepas Farah dah pun mendaftar masuk ke sekolah tu.

Tapi bukan itu yang Che Mid nak borakkan, sebenarnya ni nak cerita tentang perpisahan kami anak beranak, maklumlah tak pernah duduk jauh sebelum ni. Kalau ada pun, masa Farah pergi ke kem atau latihan intensif nasyid .. adalah 2-3 malam tinggalkan rumah. Che Mid memang sangat rapat sebab dialah anak perempuan sesatunya.. sebelum ada sikecik deeja tu..memang selalu berkepit kesana kemari. Shoping sama, makan sama, mengaji sama, ke surau sama, karaoke sama...tapi kalau menangis selalunya sendiri-sendiri he he.. maknanya bukan jenis ciwek atau sikit-sikit nangis..

Masa hari pendaftaran sekolah tu, rasa biasa je.. macamana nak sedih, warden kata hari ini masuk esok petang boleh balik..kebetulan memang masa cuti balik rumah. Takdelah rasa sedih masa nak balik tu sebab dah sah-sah esok nak kutip dia balik rumahkan. Cium-cium peluk-peluk, pesan lebih kurang je.. che mid balik la..

Hujung minggu tu pulak, hantar Farah balik asrama dengan abahnya sekali. Pun takde adegan nangis-nangis sebab kawan-kawan dorm dia dah sibuk berkumpul kat situ masa taim kami nak balik. Dalam hati kata, oit nape kita tak nangis ha.. macam takde perasaan je..Farah tu tak sedih ke nak pisah dengan ibu dia.. brutal betul anak aku ni..

Sekolah  kat Kedah  stat hari Ahad. Tiba-tiba hari Rabu dapat call dari Farah, suruh datang tengok dia hari Jumaat petang. Suara macam nak nangis je, setuju je lah.. Che Mid pun pergilah dengan Faris dan Deeja. Dalam setengah jam lebih sikit kalau draiv laju gile dari SP ke Alor Star. Lepas solat Jumaat kami sampai ke sekolah. Deeja terus terkam kakak. Farah jerit," Deeja!!" ... Deeja balas, " Ataaak!" Nampak sangat budak kecik rindu  kakak. Di rumah asyik merangkak ke bilik kakak sambal mulutnya menyebut, " Atak... atak!'. Kalau tengok majalah asal ada gambar perempuan pakai tudung je.. panggil Ataak, ataak...

Lepas makan tengahari lauk yang Che Mid masak - telor itik masak lomak cili api, ikan goreng, ikan masin pun ada sikit dan sayur kacang panjang tumis, kami bergegas ke masjid sebab che mid tak zohor lagi. Masa che mid solat, bukan main lagi Farah main kejar-kejar dengan Deeja. Merangkak sana sini Deeja sambil ketawa kuat-kuat kat dewan solat muslimat. Mujur takde orang lain...

Dah lepas solat, barulah Farah mula mengadu macamana dia asyik kena marah dengan kakak senior. Anak dara Che Mid memang terkenal dengan kelembutan dan ke slow an nya..che mid boleh bayangkan dia nak mandi lambat, makan lambat, ha.. sekarang semua benda kena ikut taim... tak terikut dia. Ada sekali tu, dia sampai dewan makan untuk dine.. orang suma dan habeh makan..dah takde orang.. jadi dia cuma curi minum cepat-cepat walau pun perut lapar sangat. Itu pun kena panggil dengan kak senior sampai tak dapat solat jemaah Isya'. Yang Farah tak boleh terima bila kakak senior tu kata dia nak mengorat abang dewan makan...

Masa dia bercerita tu, airmata bercucuran tak terbendung dah.. yang jadi lebih dramatik lagi, tetiba dia kata," Agha rindu ibu!!.. wah apalagi berpelukanlah kami macam 10 tahun tak jumpa. Deeja pelik je tengok sambil sentuh pipi kakak...

Lepas dia sambung lagi cerita.. malam tu Farah tak makan nasi langsung. Pukul 12 malam dia turun ke surau (dorm di tingkat 3) solat isya' dan baca yaasin sambil pujuk hati. Hampir pukul satu pagi dormate dia jumpa kat situ.. ingat dah hilang ke mana.. Hish, berani betul anak dara aku ni.. kalau che mid.. takdenya aku nak keluar sorang sorang tengah malam!! nak terkucil pun sanggup tunggu sampai pagi!!

Dah lah malam tak makan, esoknya bengang punya pasal, Farah pun berpuasa ganti. Ha! Kena marah lagi, sebab tak bagi nama nak puasa, jadi dewan makan tak siapkan makan untuk buka puasa la.. kena lagi..

Nak tambah duka nestapa lagi, Farah terbawak henfon dalam poket dia. Saja Faris bagi fon tu kat dia untuk cek sms yang masuk, langsung terlupa... Che Mid draiv masuk hiway, baru dia call kata terbawak henfon. Che Mid suruh dia bagi pada senior untuk simpan untuk elak kena hukum nanti. Apa senior tu kata? Asyik muka hang saja, naik jemu aku tengok!! Nak buat macam mana ... Yang dasyatnya pulak, subuh-subuh lagi henfon tu pi kacau kakak senior yang dok syiok beradu tu dengan bunyi alarm.. FARAH LUPA OFF!! Adusss..

Itulah antara kisah si Farah di asrama. Hari Khamis lepas, jumpa dia nampak ok dan hepi je cuma kurus sikit. Sekarang ni tengah giat berlatih cakap loghat utara!

Deeja jadi rebutan kawan-kawan baru Farah



Tuesday, December 28, 2010

Ingatkan dapat 1 atau 2 A je...

Hari ini 23 Disember 2010,  keputusan PMR bakal diumumkan. Farah dah berjanji dengan gangnya, Basyira, Tuti dan lain-lain untuk ke sekolah bersama-sama pada jam 10.30 pagi. Kami yang dah pun berada di Meru 2 hari sebelum itu bagaimanapun akan ke Hospital Besar Klang terlebih dahulu untuk Farah menjalani pemeriksaan x-ray.
 Hari raya 2008, Farah sedang bergelut dengan TB.
Dalam perjalanan ke sekolah, Basyira menelefon Farah dan memberitahu 14 orang rakan sekelas mendapat 9A. Basyira pun berkata resultnya ok tanpa memberitahu keputusan sebenar.

Tiba di luar sekolah, Farah semakin cemas.  Ibu kata, " Ibu tunggu dalam kereta dengan Deeja. Farah datang balik ke sini nanti ya." Tak sampai 10 minit kelihatan Farah berjalan ke arah ibu. Nampak macam menangis. Ibu pulak yang cemas, "Berapalah anak aku dapat ni, Ya Allah tolonglah kami."

Tiba di kereta, airmata Farah semakin deras. "Farah dapat berapa?". Jawabnya, " Enam A". Ibu peluk Farah. "Kenapa nangis?". " Agha terkejut, ingatkan dapat 1 ke 2 A je...". 

Alhamdulillah. Farah dapat A untuk B Malaysia, Inggeris, Math, Sains, Agama dan Kemahiran Hidup. B untuk Geografi dan Sejarah dan C untuk Bahasa Arab.

Ibu tak pasti bagus atau tak 6A tu, tapi bila memikirkan peperiksaan percubaan , Farah cuma dapat 3A Ibu puas hatilah Farah boleh dapat 6A dalam peperiksaan sebenar. Ada antara kawan sekelas Farah yang baik keputusan peperiksaan percubaan tetapi tak sebagus itu result akhirnya.


Ibu teringat kembali besarnya cabaran Farah untuk dapat 6A. Akhir tahun tingkatan 1, Farah  disahkan mengidap TB. Sepanjang tahun di Tingkatan 2, Farah selalu tak hadir sekolah kerana berulang alik ke klinik dan hospital untuk pemeriksaan atau mengambil ubat. Ibulah yang selalu 'top up' pil-pil dari klinik. Sehari Farah kena makan 12 biji pil tanpa gagal selama hampir setahun. Dan dia anak yang akur pada perintah. Senang menjaga disiplin makan ubatnya tu walau dalam hatinya hati hanya Allah yang tahu.
Farah (abah dukung), abang Firdaus yang meninggal akibat TB juga dan abang Ayan ketika bercuti di Langkawi.

Farah memang tak ambil tuisyen swasta. Abah tak izinkan, sebab abah kata kat rumah pun boleh belajar. Apa yang cikgu di sekolah ajar tu fahamkan betul-betul.


Masa Tingkatan 2, subjek Math sangat menakutkan Farah. Langsung 'blank' sebab diajar dalam Bahasa Inggeris. Bila  Ibu cek kerja sekolah, meleleh-leleh airmata Farah mengadu langsung tak faham. Naik Tingkatan 3 pun asyik gagal Math. Ibu ingat lagi, Farah pernah mengadu 'dikutuk' kawan baiknya kerana susah sangat nak faham Math. 

Tapi, cikgu Math Farah banyak membantu. Setiap hari Rabu selepas waktu sekolah, cikgu akan beri kelas pemulihan Math percuma (inisiatif sendiri) kepada murid yang lemah Math termasuk Farah. Dan Farah ambil peluang itu sepenuhnya! Kadang-kadang Farah tanya Abah. Faris kata Farah selalu berjaga malam buat ulang kaji.

Ibu pulak mabuk mengandung pada akhir tahun lepas. Banyak 'melepaskan' tugas di dapur kepada Farah sebab ibu tak boleh bau dapur. Farah terpaksa lebihkan masa di dapur dari waktu belajar. Bulan Februari tahun ini pula, Deeja lahir. Lagi banyak Farah kena buat kerja rumah. Munculnya seorang lagi ahli keluarga secara tak langsung 'menggugat' jadual waktu menjadi semakin sibuk. Farah kena jaga adik masa ibu ke kedai, ke surau atau masjid, mesyuarat malam-malam, tidurkan adik, buat susu Deeja dan tukar lampin Deeja. Tapi Farah tak komplen...

Cayang bucuk abah lena di dada

Maafkan ibu sebab tak bimbing Farah betul-betul. Masa ibu nak periksa dulu, Mak Nenek akan tunggu ibu belajar tak kira selewat mana. Tapi ibu tak tunggu Farah pun. Ibu asyik masuk bilik cepat nak tidurkan Deeja atau nak tengok cerita Korea kat TV dalam bilik.

Bila ibu ronda blog kawan-kawan ibu, ramai suka anak-anak dapat 8 atau 9A. Takde pun yang tulis anak dapat 6A ke 5A atau takde A ke..Tapi ibu tak malu bagi tau orang anak ibu dapat 6A2B1C. Ibu dah dapat rasa Farah akan dapat 6A dua tiga hari sebelum result keluar lagi. Abah pun suka sangat. Atuk-atuk, Wan dan Mak Nenek pun suka. Mak Ngah, Mak Uda, Mak Lang, Mak-mak Teh, Mak Cu pun suka sangat.

Ibu yakin Farah akan dapat keputusan yang baik. Kalau Farah sihat, mungkin keputusan Farah lebih baik. Tetapi bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi. Farah anak yang baik, dengar kata dan tak degil. Dalam doa ibu menjelang keputusan keluar, ibu selalu memohon begini, " Ya Allah, Kau berilah keputusan PMR yang cemerlang kepada anakku Farah Khalidah. Kasihanilah dia Ya Allah, dia dah belajar bersungguih-sungguh Ya Allah, dia anak yang baik Ya Allah dan dia anak yang taat Ya Allah." Itulah ibu doa berulang kali.

Sekarang Farah dah pun berjaya dalam PMR. Insyaallah, teruskan usaha di sekolah baru nanti. Buktikan Farah boleh cemerlang dalam SPM pula.Terima kasih kerana telah menggembirakan abah dan ibu.

Monday, October 25, 2010

Arissa az-Zahrah

Che Mid dapat anak sedara lagi seorang. Cucu Mak Nenek yang ke 19. Dan cucu perempuan yang ke 8.

Bukan!! Bukan ini!! Ini bukan baby baru tu.. Ini abang dia. Muhammad Aidid al-Fathi. Sabo sabo..

 Ini baby Arissa az-Zahrah. Lahir normal seberat 2.6 kg pada jam 2.20 petang 16 Oktober 2010 di DEMC, awal 3 minggu dari tarikh jangkaan. Puteri kepada Ainaa Athira ( adik bongsu Che Mid) dan papa Mohd Hermei dan abang Aidid. Baru je bergelar abang, Aidid dah cubit geram muka bebi Zara.. berbekas...


Dari kiri Mak Uda Nor, Mak Ngah Limah, Cik Ann dan Mak Long Midah. Cik Adik Lina je takde..kerja kerja kerja.. Mak Uda dan Mak Nenek yang bawa Nana ke DEMC selepas rasa sakit-sakit pukul 11 pagi. Papa Mei kerja di KL pun nino nino (laju....) bekejar ke DEMC juga.

Doktor kata mungkin lepas Asar baru bersalin. Apalagi, Mak Nenek dan Mak Uda pun ronda-ronda Shah Alam, sempat beli bunga hidup lagi... Emm sampai di hospital bebi dah lahir... kah kah kah. Nasib baik Papa Mei dah sampai.

Cik Ann pulak dah ada 2 anak lelaki, menangis suka campur dengki bila dapat tahu Nana dapat bebi gel..

Mak Long dengan Mak Ngah dan Abah Atuk pun nino nino ( laju lagi...) nak tengok bebi. Siap bawak baju sejuk dengan stokin untuk Nana. Baru sampai trafik lait depan rumah, Pak Ngah pulak telefon suruh pusing balik sebab dia nak ikut.. Ish ish Pak Ngah pun eksaited nak tengok bebi gak.. lepas tu kami nino nino (tak berapa laju... sebab dah penat) pergi sepital.

Alhamdulillah, semua selamat. Tahniah Nana dan Mei.