Ads

Sunday, January 30, 2011

Akhirnya Nangis Jua..

Farah beria-ia berharap dapat belajar di sekolah teknik sebab nak sambung belajar lukisan industri. Tapi masa akhir tahun hari tu, taklah pulak dia mohon awal sebab tak konfiden boleh skor. Sebaik dapat keputusan, abahnya main redah je merayu ke sekolah Teknik Alor Star. Alhamdulillah, 12 hb Januari lepas Farah dah pun mendaftar masuk ke sekolah tu.

Tapi bukan itu yang Che Mid nak borakkan, sebenarnya ni nak cerita tentang perpisahan kami anak beranak, maklumlah tak pernah duduk jauh sebelum ni. Kalau ada pun, masa Farah pergi ke kem atau latihan intensif nasyid .. adalah 2-3 malam tinggalkan rumah. Che Mid memang sangat rapat sebab dialah anak perempuan sesatunya.. sebelum ada sikecik deeja tu..memang selalu berkepit kesana kemari. Shoping sama, makan sama, mengaji sama, ke surau sama, karaoke sama...tapi kalau menangis selalunya sendiri-sendiri he he.. maknanya bukan jenis ciwek atau sikit-sikit nangis..

Masa hari pendaftaran sekolah tu, rasa biasa je.. macamana nak sedih, warden kata hari ini masuk esok petang boleh balik..kebetulan memang masa cuti balik rumah. Takdelah rasa sedih masa nak balik tu sebab dah sah-sah esok nak kutip dia balik rumahkan. Cium-cium peluk-peluk, pesan lebih kurang je.. che mid balik la..

Hujung minggu tu pulak, hantar Farah balik asrama dengan abahnya sekali. Pun takde adegan nangis-nangis sebab kawan-kawan dorm dia dah sibuk berkumpul kat situ masa taim kami nak balik. Dalam hati kata, oit nape kita tak nangis ha.. macam takde perasaan je..Farah tu tak sedih ke nak pisah dengan ibu dia.. brutal betul anak aku ni..

Sekolah  kat Kedah  stat hari Ahad. Tiba-tiba hari Rabu dapat call dari Farah, suruh datang tengok dia hari Jumaat petang. Suara macam nak nangis je, setuju je lah.. Che Mid pun pergilah dengan Faris dan Deeja. Dalam setengah jam lebih sikit kalau draiv laju gile dari SP ke Alor Star. Lepas solat Jumaat kami sampai ke sekolah. Deeja terus terkam kakak. Farah jerit," Deeja!!" ... Deeja balas, " Ataaak!" Nampak sangat budak kecik rindu  kakak. Di rumah asyik merangkak ke bilik kakak sambal mulutnya menyebut, " Atak... atak!'. Kalau tengok majalah asal ada gambar perempuan pakai tudung je.. panggil Ataak, ataak...

Lepas makan tengahari lauk yang Che Mid masak - telor itik masak lomak cili api, ikan goreng, ikan masin pun ada sikit dan sayur kacang panjang tumis, kami bergegas ke masjid sebab che mid tak zohor lagi. Masa che mid solat, bukan main lagi Farah main kejar-kejar dengan Deeja. Merangkak sana sini Deeja sambil ketawa kuat-kuat kat dewan solat muslimat. Mujur takde orang lain...

Dah lepas solat, barulah Farah mula mengadu macamana dia asyik kena marah dengan kakak senior. Anak dara Che Mid memang terkenal dengan kelembutan dan ke slow an nya..che mid boleh bayangkan dia nak mandi lambat, makan lambat, ha.. sekarang semua benda kena ikut taim... tak terikut dia. Ada sekali tu, dia sampai dewan makan untuk dine.. orang suma dan habeh makan..dah takde orang.. jadi dia cuma curi minum cepat-cepat walau pun perut lapar sangat. Itu pun kena panggil dengan kak senior sampai tak dapat solat jemaah Isya'. Yang Farah tak boleh terima bila kakak senior tu kata dia nak mengorat abang dewan makan...

Masa dia bercerita tu, airmata bercucuran tak terbendung dah.. yang jadi lebih dramatik lagi, tetiba dia kata," Agha rindu ibu!!.. wah apalagi berpelukanlah kami macam 10 tahun tak jumpa. Deeja pelik je tengok sambil sentuh pipi kakak...

Lepas dia sambung lagi cerita.. malam tu Farah tak makan nasi langsung. Pukul 12 malam dia turun ke surau (dorm di tingkat 3) solat isya' dan baca yaasin sambil pujuk hati. Hampir pukul satu pagi dormate dia jumpa kat situ.. ingat dah hilang ke mana.. Hish, berani betul anak dara aku ni.. kalau che mid.. takdenya aku nak keluar sorang sorang tengah malam!! nak terkucil pun sanggup tunggu sampai pagi!!

Dah lah malam tak makan, esoknya bengang punya pasal, Farah pun berpuasa ganti. Ha! Kena marah lagi, sebab tak bagi nama nak puasa, jadi dewan makan tak siapkan makan untuk buka puasa la.. kena lagi..

Nak tambah duka nestapa lagi, Farah terbawak henfon dalam poket dia. Saja Faris bagi fon tu kat dia untuk cek sms yang masuk, langsung terlupa... Che Mid draiv masuk hiway, baru dia call kata terbawak henfon. Che Mid suruh dia bagi pada senior untuk simpan untuk elak kena hukum nanti. Apa senior tu kata? Asyik muka hang saja, naik jemu aku tengok!! Nak buat macam mana ... Yang dasyatnya pulak, subuh-subuh lagi henfon tu pi kacau kakak senior yang dok syiok beradu tu dengan bunyi alarm.. FARAH LUPA OFF!! Adusss..

Itulah antara kisah si Farah di asrama. Hari Khamis lepas, jumpa dia nampak ok dan hepi je cuma kurus sikit. Sekarang ni tengah giat berlatih cakap loghat utara!

Deeja jadi rebutan kawan-kawan baru Farah



5 comments:

Adnazthie said...

Assalam Che Mid,

Tahniah buat Che Mid sekeluarga..termakbul jugak doa Farah, alhamdulillah.
Kena marah ngan SR standard cuma kekadang rasanya depa x berperi kemanusiaan. Takpelah Farah..silap-2 gaya, jadi adik kesayangan kakak SR tu..he he he.

Nora Asfa said...

Tahniah buat Farah.. juga ibubapanya yang banyak beri dorongan buat anak-anaknya. Sifat lemah lembut Farah amat di kagumi.. harap dia tabah mengharungi pengalaman barunya ini dan menjadikan ia bertambah kuat dan pertahankan dengan sifat kelembutan itu walau dalam apa situasi pun namun perlu tegas.. agar jangan ada yang mengambil kesempatan atas peribadinya yang lemah lembut itu.

Selamat maju jaya Farah dan peluk cium buat Deeja comel :)

Teratak Amir Amira -{@ said...

che mid..aduhai macam saya aje anak perempuan seorang je, saya dah bagi amaran awal2 kat suami tak nak anak perempuan masuk asrama. apa-apa pun selamat maju jayakat farah.

Che Mid said...

adnaz - t kasih atas doa. che mid harap farah ok kat sana

rahah - baca komen akak jadi rindu pulak pada akak.. alahai..

teratak - kita akan terpaksa berpisah jua satu hari nantikan..

Kakzakie Purvit said...

Salam Che Mid,

Satu cabaran buat Farah. Che Mid kena kuatkan semangat juga. Memang mula-mula rasa sedih bila anak kita kena buat senior dia tapi lepas sebulan dua hilang dan jadi biasa.

Pengalaman kakak dulu tiap minggu kena jenguk anak yg baru terpisah masa tu dia baru 13 tahun sebab lepas UPSR. Tapi kena kata anak sulung kena kuat sebagai pemangkin adik-adik....