Ads

Wednesday, August 19, 2009

Perjumpaan keluarga - koleksi saat indah

Kita sambung sikit lagi tentang hari keluarga Hj Ismail. Ha.. pernah tak tengok kuih ni.... Che Mid pun tak pernah jumpa kuih ni dulu. Nama makanan ni ialah gandos. Orang Jawa punya makanan kut.. Alkisahnya, arwah moyang Che Mid, Haji Salleh, semasa hayatnya dulu berniaga kuih muih dan hasil kampung. Kuih yang paling terkenal ialah kuih gandos sehingga beliau dikenali sebagai 'Salleh Gandos'. Kuih ini diperbuat daripada tepung gandum dan kelapa parut. Kemudian dibakar menggunakan acuan khas dan dimakan dengan sambal tumis. Rasanya seperti lempeng tepung tetapi ia lembut dan lemak.
Saya usahakan untuk mendapatkan kuih ini sempena dengan majlis perjumpaan keluarga kerana selain ia ada kena mengena dengan sejarah keluarga, saya teringin sangat nak tau bagaiman rupanya. Dan saya tau, ramai sedara mara seangkatan saya yang tak pernah tengok kuih gandos ni.. Alhamdulillah, sepupu saya Kak Caci berjaya menempah 100 ketul kuih dan dijadikan hidangan sampingan pada malam itu.

Satu lagi acara yang saya tidak ceritakan dalam posting saya sebelum ini ialah acara meraikan hari lahir anak-anak Haji Ismail yang jatuh pada bulan Julai. Mereka ialah abah Hj Jamil, Kakak abah Wak Bad, dan adik-adik abah Cik Dhur dan Cik Mis. Saya memang ternanti-nantikan acara ini sebab nak tengok reaksi mereka potong kek beramai-ramai disaksikan adik beradik yang lain... adegan yang tidak pernah dilihat!! Che Mid sengaja suruh dia orang tu suap menyuap, ingatkan dia orang tak nak buat, rupanya sporting habis!!.. Abah saya siap suap setiap seorang .. gamat dan riuh rendah masa tu.. Punya seronok sampai tak sedar saya terlompat-lompat.



Nampak jelas kegembiraan di wajah merekakan..

Tengoklah abah saya tu... sengih sampai ke telinga!! Hilang penat Che Mid bila tengok orang yang diraikan gembira sakan!!



Moga-moga Allah swt panjangkan umur dan kurniakan kesihatan serta jauhkan perbalahan sesama adik beradik selagi hayat dikandung badan. Amin

Lepas tu, wakil keluarga masing-masing datang ke depan menyampaikan hadiah. Wakil keluarga Jamil ialah Mamat anak Ain. Dari jauh dia dah jerit, "Tok!! ambik ni.." bila Mamat sedar orang semua ambik gambar, mula terkulat-kulat malu..


Anak-anak Cik Mis tengah mintak mahap dari emak mereka, sebab hadiah besar yang patutnya disampaikan tertinggal di rumah....



Acik and I... bergambar seusai majlis. Acik telah bertungkus lumus menyiapkan bunga dada, bunga rampai, dan orkid. Mula-mula ingat tak dapat hadir.. last-last jadi orang kuat..


Kumpulan petugas - hafazan, penyambut tetamu, pengerusi majlis, penaja kek, cenderahati dan cabutan bertuah... kira macam ajk bidan terjun la ni.. Che Mid hubungi dia orang dan minta tolong buat itu dan ini. Memang sepupu-sepupu ni ringan tulang. Terima kasih dan tahniah!!


Ketika berangkat pulang sempat bergambar bersama orkid yang dimenangi.


Adikku Lina memang bertuah sungguh malam tu, baby keciknya tidur sepanjang majlis yang hingar bingar tu. Jadi mak dia pun enjoy habisla.. Suami pulak sempat berkejar ke hotel tu lepas habih keje.. anak yang lagi tiga orang tu dijaga oleh sepupu-sepupu yang lebih besar. Lagipun majlis nikan majlis keluarga sendiri, jadi tak kisahlah kalau nak panjat stage ke, anak baring atas stage ke... dia orang buat macam rumah sendiri je...


Cucu-cucu Wak Jamil bergambar kenangan... perasan tak..cucu lelaki mendominasi..


Bujangku Ayan dengan Fairuz yang lebih muda umurnya, tapi pangkat makcik.. camno??


Lagi gambar suku sakat Hj Ismail, yang muda-muda tu.. memang manisss kan kan kan... rupa pun lebih kurang je.. tetapi bukan adik beradik tu.. sepupu je..


Adik beradikku.. 5 dari 8 orang..

Menantu Wak Jamil yang paling perasan ensem.. orang Kedah Darul Aman no.. nama dia Cikgu Jamil... ha ha macam Pak mentua dia.. Ini suami Acik.. bukan suamiku... suamiku kena outstation.. huk huk tak dapat join.. dengar cita je la balik nanti..

Berbaju hitam tu.. pakcik... dikelilingi anak buah..



Eh eh.. kita pun menang orkid jugak lah.. disampaikan oleh Cik Mis. Lepas tu, orkid tu kita bagi mak kita bela.. dia tu memang peminat orkid..

Tengok Ammar tu.. tepuk dahi bila dapat hadiah tikar dari Mak Udanya. Hai...tak de benda lain ke nak bagi kat aku ni... Mak Udanya pun dapat hadiah jugak.. tapi disebabkan dia yang incaj hadiah.. las las.. hadiah sendiri terbagi balik kat orang.... syian mak uda dah konpius..


Faizun tu pangkat cucu paling muda, umur 11 tahun. Cucu paling tua dan berumur 65 tahun... Terpinga-pinga dia bila diumumkan untuk sampaikan hadiah bertuah. Yang menang pulak si Huda. Elok bebeno le tu..

Ha kan dah kata dah.. bebudak ni peduli apa... boleh bermain di mana saja.. Ini Mamat dengan Caca main gusti atas pentas.. masa tu kami sedang main game jugak..


Pak Teh sekameraman bersiap nak balik.. Thanks banyak-banyak sebab ambil gambar ya.. cantik-cantik gambar Che Mid malam tu..


Inilah dia budak kecik sporting habeh.. tido dan tido...



Bergambar dengan Wak Munah dan Kak Mah anaknya..




Bergaya macam orang dulu-dulu, semua nampak excited...

Cik Kosim bergambar dengan koleksi gambar. Dialah yang simpan kebanyakan dokumen lama dan gambar-gambar tu..


Farah Khalidah dan Fairuz Hadiah - dua anak dara sunti, tapi Fairuz tu pangkat makcik pada Farah..


Che Mid dengan makcik bongsu - Cik Mi yang dah siap-siap pesan.. lain kali buat lagi ya Dah!






Tuesday, August 18, 2009

Perjumpaan Keluarga - seribu kenangan 2

Seterusnya...........





Bantal-bantal kecil tersusun atas pentas untuk kegunaan semasa tahlil nanti.






Pengerusi majlis, sepupu Azmir Suria memulakan majlis. Terima kasih Mir, kerana sudi jadi emcee walaupun tak sempat nak baca skrip yang Che Mid emel awal-awal. Yang penting sporting!!

Pembukaan majlis adalah memperdengarkan ayat suci al-Quran oleh sepupu, Faisal Hadi Karim yang menghafaz Surah al-Mulk. Beliau sedang bersekolah di sekolah tahfiz dan insya Allah akan menjadi tahfiz pertama dalam keluarga Haji Ismail nanti. Menariknya, Faisal memakai kain pelikat Arwah Haji Ismail yang masih cantik dari simpanan ayahnya. Che Mid rasa terharu sangat ketika menolong Faisal mengenakan kain pelikat itu. Ketika itu juga emcee bercerita pula tentangnya.Terasa arwa Atuk berada dekat dengan kami pada masa itu.Majlis diikuti dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh abahku Jamil serta diiringi oleh adik beradik dan anak-anak buahnya.Hadirin mengaminkan doa beramai-ramai supaya roh onyang, atuk, nenek, pakcik, makcik dan sepupu yang telah pulang ke rohmatullah dicucuri rahmat. Sesungguhnya kasih sayang dan ingatan kami tetap terpahat walau mereka sudah tiada lagi. Khusus untuk Kiayai Hj Ismail yang menurunkan ilmu agama kepada anak dan keturunan serta Hajjah Hadiah yang melahirkan 14 orang anak dan berkembang hingga mencapai 341 orang hari ini. Che Mid bersalasilah tentang atuk Haji Ismail dan nenek Hajjah Hadiah.


Saya dapatkan cerita sejarah ini dari adik beradik abah, manakala tarikh yang tepat saya dapati dari dokumen seperti surat beranak, surat nikah, surat mati dan sebagainya. Ramai yang tidak tahu tentang salasilah keturunan sendiri. Ada juga yang meminta salinan dari saya. Nanti Che Mid catat kat sini ya..





Deretan cenderahati untuk setiap ibu bapa kami. Ia berupa telekong untuk yang perempuan manakala sepasang kain baju melayu dan kain pelikat untuk yang lelaki. Kos cenderahati saya dapatkan dari sebahagian yuran kehadiran. Manakala untuk hadiah bertuah pula ditaja oleh hadirin sendiri. Sudahnya... ada yang termenang hadiah sendiri!!



Masing-masing tekun mendengar salasilah keluarga. Mungkin ada yang teringat kisah lama....


Adik beradik bersama isteri atau suami diraikan seperti VIP. Ada juga yang dah jadi balu. Namun jelas dari riak wajah masing-masing, mereka amat terasa dihargai kerana diraikan dimajlis seperti ini.



Satu lagi meja VIP.


Ketika penyampaian cenderahati kepada anak sulung - Wak Asiah yang telah pun berumur 85 tahun. Beliau sangat-sangat teruja untuk hadir. Katanya sampai tak lena tidur malam menanti hari majlis.. Wak Maimunah yang sentiasa tersenyum dan banyak tertawa dari berkata-kata sedang menerima cenderahati.



Cik Kosim dan Cik Nah sedang menerima hadiah. Cik Nah adalah salah seorang yang paling banyak membantu. Hadiah cenderahati tu dialah yang tolong beli. Tak surprise lah!!



Ini pula pasangan Wak Badriyah dan suami. Mereka mempunyai anak seramai 13 orang, dan ramai juga anak-anak mereka yang hadir pada malam tu. Best betul!!



Ini tentulah abah dan emak Che Mid.... emak kita siap sponsor 8 lucky draw. Ada satu tinggal kat rumah. Dalam tu ada kuih tart yang ditempah khas..last-last kita orang makan syendirila.. Emaklah yang beria-ia suruh Che Mid buat majlis ni, dan memang berjaya buat abah bergumbira ria!!



Ini Cik Dhuriyah, makcik ku yang ke enam ke tujuh... dah tak ingat.. ramai bebeno.. dah jadi balu tapi tetap vogue you.. Dia ni pulak tukang bagi moral support pada Che Mid. Dia dah cakap awal-awal, "Midah, lepas ni buat lagi ya!!" Amboi-amboi dia ingat macam buat beday pati anak kita je ke!! Tapi apa pun, Che Mid jadi kuat semangat walaupun badan lembik dek penangan pembawak budak!!


Ini couple Cik Masnah dan Suria, orang tua emcee kita. Mereka tinggal di Sungai Koyan tapi sanggup datang dari jauh semata-mata meraikan majlis ni. Dia orang juga antara yang terawal bayar duit. Best la.. tak banyak soal.. janji on!! Sesekali berkumpul adik beradik apa salahnya keluar duit sikit.. ala.. bukan selalu....



Ini pasangan kedua bongsu. Cik Ali dan Cik Saodah memang favorite anak-anak buah. Semua orang manja dengan mereka ni. Kalau nak tau, Cik Odah ni sebaya Che Mid tau, alih-alih kahwin awal dan dapat pakcik sendiri pulak. Mereka tinggal bersama nenek Hadiah sehinggalah nenek meninggal. Cik Odah kata bila lama-lama dia tengok gambar arwah nenek di pentas tu, rasa rindu pulak... nak menitis air mata pun ada..



Ini makcik bongsu - Cik Masodah yang dipanggil Cik Mi. Tinggal di KL tapi akan balik ke kampung bila rumah baru dah siap nanti.



Che Mid menemuramah Wak Asiah, tanya apa perasaan dia malam tu... tak terkata.. asyik ketawa je..




Cik Mis menang hadiah bertuah dari Cik Ali. Wah.. wah siap kissing kiri kanan lagi, mana dapat tengok adegan kakak cium adik ni...


Seorang lagi sepupu, Kak Wok, sedang mengambil makanan di luar dewan. Entah apa yang diusik tu.. sampai gelak besar...



Iwan, anak Cik Mi menjulang tinggi hadiah misteri dari bawah kerusinya. Idea membeli jug plastik comel datang dari anak Che Mid si Farah tu... dia kata, " nanti banyak rumah orang ada jug ni... bila tengok jug ni.. kita akan ingat masa dinner dulu"Cik Ali ni tak ikut arahanlah.. orang kata tengok bawah kerusi, dia tengok bawah meja.. mana nak jumpa jug tu...Masing-masing mencari jawapan kuiz. Pertandingan antara meja-meja ini dimenangi oleh meja Che Mid. Hadiahnya... he.. setin sardin setiap seorang...

Antara soalannya ialah ambil gambar isteri Cik Ali dengan kamera atau handfon, sediakan syiling 50sen, bawa kasut baby, bawa tali kasut dsb...

riuh rendah dibuatnya..


Tengoklah tu.. tali kasut dah kena tanggal sebab nak jadi bukti jawapan..


Hadiah kemuncak - Wanita anggun dimenangi oleh Kak Tati yang mendapat baucer malan malam untuk 2 orang. Memang Kak Tati nampak anggun walaupun dah berumur 53 tahun. Apa rahsia anda??




Anugerah Lelaki Anggun jatuh keribaan sepupuku Zulkifli Ehsan. Memang sesuailah dengan title ni.. Terima kasih daun keladi kepada Zul dan isteri yang sanggup datang cepat untuk jadi penyambut tetamu VIP. Dua hari selepas majlis, Zul call Che Mid dan kata, " sekarang kita cari maklumat untuk perjumpaan seterusnya... kali ini aku boleh tolong lagi.." cayalah Zul.



Dah penat bergelak ketawa, tiba waktu pulang. Masing-masing bersalaman sambil diiringi marhaban. Masa ni Che Mid tak ikut bersalam, sebab sibuk susun kerusi untuk sesi bergambar pula..





Inilah wajah-wajah gumbira anak-anak dan menantu Haji Ismail dan Hajjah Hadiah sebelum berangkat pulang dengan seribu kenangan.




Bergambar ramai atas pentas sejurus sebelum bersurai. Ha.. inilah kisah perjumpaan keluarga atuk Haji Ismail. Che Mid akan post satu lagi artikel tentang majlis ini nanti. Enjoy!!