Thursday, August 11, 2011
Semua Anak Adam Buat Salah
Tuesday, August 9, 2011
Puasa Ya, Solat Tidak
_____________________________________________________________________
Saturday, August 6, 2011
Terima kasih Sahabat
Terima kasih juga kepada sayangsayangibu dan Norliza_Osman yang mencadangkan tempat berubat. Insyaallah bila diperlukan nanti, aku akan hubungi kalian. Buat masa ini aku masih mandi limau purut dan memantau keadaan diriku. Farhan, anak sulungku, juga boleh merawatku sikit-sikit. Dia yang membantu mengurangkan gangguan di tubuhku dari jauh. Aku akan memberitahu Farhan apa yang aku rasa dan bahagian badanku yang terasa diganggu, dia akan merawat dari Klang. Jam 2 atau 3 pagi dia akan sms bertanya khabarku. " Ibu rasa macamana sekarang?, Ibu ok ke?" Sanggup dia berjaga malam untuk mengubatiku. Hikmahnya, kami menjadi semakin rapat. Alhamdulillah. Selepas Ramadhan ini, aku akan meneruskan rawatan di Sungai Buluh.
Jika benar saka itu sudah tiada, Insyaallah aku akan semakin sihat. Namun aku mesti berhati-hati kerana jin dan syaitan ini tidak pernah leka dan berputus asa. (Aku tidak suka menyatakan ini - Nyai masih hidup, mungkin ujiannya lain, bila dah meninggal nanti, mungkin ujian lain menanti).
Walaupun suamiku mengambil sikap berdiam diri tanpa bertanya langsung tentang keadaanku sekarang, namun aku tidak berkecil hati. Aku tahu dia sangat sayangkan aku. Mungkin dia masih lagi bersikap 'denial' dan kurang percaya tapi aku punya emak, abah, anak-anak, adik beradik dan sahabat blogger yang boleh dijadikan tempat untuk aku mengadu dan membantu.
Alhamdulillah, sejak semalam, emosiku semakin ok. Sekarang ini pun, aku rasa seolah-olah dalam tubuh ini ada sesuatu yang 'menunggu' untuk keluar. Terutama bilamana marah, atau sedih. Jadi aku harus mengawal perasaan dengan berzikir banyak-banyak seperti yang kunang-kunang ingatkan. Sudah mula bersemangat untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur. Tak sabar rasanya untuk aku bersolat dan membaca al-Quran semula.
Sahabat, doakan aku terus kuat sehingga aku benar-benar sembuh nanti ya! Illaliqa', Ma'assalamah.
Tuesday, August 2, 2011
Aku Sakit??
Wednesday, July 27, 2011
Apa Dah Jadi Dengan Aku Ni???
Monday, July 25, 2011
Mana Susu Abah?
Abahnya minum susu Fernleaf Omega 3
Kami beli jenis pek supaya boleh diisi semula dalam tin yang lama. Kat Tesko hari tu, beli satu pek susu Deeja dan satu pek susu abahnya. Rupa kedua-dua pek susu tu lebih kurang macam ni.. (gugel je..)
Monday, July 4, 2011
Yang Muda Memberi, Yang Tua Menerima
Friday, May 27, 2011
Susulan Entri Lepas - Apa Yang Anda Lakukan Jika...
Malam itu, pulang ke rumah, si kakak ipar tetap berlagak seperti tiada apa-apa berlaku. Si suami pula tidak bersemuka dengan si kakak. Si isteri makin tertekan dan keliru.
Lagi baik si isteri melayan suaminya, lagi 'panas'lah si kakak ipar. Si suami pula, mengenangkan itu kakak kandung dan mengenang budi, tidak sanggup menegur. Dia boleh bertegas dalam hal lain tapi 'lemah' bila berdepan kakak sendiri. Umpama menarik rambut dalam tepung, diam dan sabar baginya adalah jalan terbaik.
Itulah kisah benar kehidupan 18 tahun rumahtangga mereka hingga ke hari ini.
Adakah komen anda masih sama??
Wednesday, May 25, 2011
Apa Yang Akan Anda Lakukan Jika...
Wednesday, April 13, 2011
3 Cerita 1 Masa
CERITA 1
Hampir senja kereta kami di tarik ke bengkel di Mergong, Alor Setar dan kami ambil balik keesokkannya. Rupanya bering kereta tu pecah dan kami difahamkan kerosakn begini boleh berlaku tanpa sebarang 'tanda'. Tiba-tiba je boleh rosak.
CERITA 2
Semasa berhenti di tepi jalan tu kira-kira setengah jam, kami ambil peluang menikmati pemandangan bendang yang luas terbentang. Musim menuai dah pun selesai dan petani sibuk membajak tanah sawah mereka.
Che Mid terpandang parit atau tali air (tak tau istilah sebenar) berhampiran sawah dan ternampak percikan demi percikan air dari parit itu menunjukkan banyak ikan di situ. Terjerit-jerit kesukaanlah Che Mid (macam budak kecik..) kalau boleh mahu saja Che Mid melompat ke parit tu.
Ada pula dua orang kakak memakai kain batik menaiki motosikal berhenti di tepi parit sambil memerhatikan sang ikan berlompatan ke sana ke mari. Entah apa yang dibualkan, mereka pun beredar tidak lama selepas itu. (Gambar ada ambil tapi kabur... tak layak untuk ditayang di sini)
Tidak lama kemudian salah seorang dari mereka datang semula bersendirian. Kini memakai seluar panjang, bertopi dan membawa sebatang pancing. Wah! Jadi minah pancing .. jeles I. Yalah, kan I yang nampak dulu ikan-ikan tu.. tu kira ikan-ikan I la..
CERITA 3
Monday, February 14, 2011
Jiranku Hampir Di......
Friday, November 5, 2010
Rezeki Itu Hak Allah
Nov 11, terima berita yang Su juga keguguran. Innalillah.
Thursday, April 16, 2009
Che Mid kemalangan
Cermin depan retak, mungkin terkena kepalaku.. Tepi sebelah kanan kemek-kemek, nasib baik pintu masih boleh dibuka.
CT Scan terpaksa dilakukan di Hospital Sunway kerana DEMC tiada kemudahan tersebut.
Nasib baik aku tidak dikenakan saman RM300 oleh pihak polis, walaupun kemungkinan besar kemalangan berpunca dari pihak aku. Mungkin, Sarjan itu kasihankan aku dan suami kerana kereta rosak teruk dan aku pula lebam sana sini. Alhamdulillah lagi!!
Hingga hari ini, 17hb, mataku masih dikelilingi lebam dan badanku masih sakit-sakit. Tapi au perlu cergaskan diri kerana hari Sabtu nanti, kenduri tetap diadakan, ditambah dengan majlis kesyukuran untuk diriku. Hari Ahad pula, 18hb aku akan bertolak ke Kem PLKN Kuala Kubu Baru selama seminggu untuk bertugas sebagai penceramah jemputan bagi sesi 2/2009. Jadi aku mesti terus sembuh!!
Alhamdulillah. Aku bertuah kerana tinggal berdekatan dengan adik beradik dan keluarga. masing-masing sedia membantu apabila diperlukan tanpa diminta. Kini abah terpaksa mengambil Faris dan Farah pergi dan balik sekolah. Kasihan suamiku, nampak dia terlalu susah hati hingga tak lalu makan. Sepatutnya dia 'out station' ke Melaka selama 4 hari tetapi terpaksa membatalkannya kerana tidak sampai hati meninggalkanku.
Terima kasih abang dan semua yang telah membantu serta memberi sokongan moral sepanjang pengalaman ini.
Tuesday, March 24, 2009
Ayat-ayat Cinta yang Istimewa

"Hamka kecil telah lahir. Ayat-ayat Cinta, buktinya!" - Prie GS
" Ayat-ayat Cinta adalah novel yang sangat bagus dan lengkap kandungannya. Ini bukan hanya novel sastera dan novel cinta, tapi juga novel politik, novel budaya, novel reliji, novel fiqh, novel etiqa, novel bahasa dan novel dakwah. Sangat bagus untuk dibaca siapa saja."
- Ustaz H Abu Ridho
" Ambillah novel Ayat-ayat Cinta dan masukilah keindahannya, nescaya akan engkau dapati luasnya pengetahuan dan goresan pena yang penuh berkhasiat. Kadangkala ia mengundang airmata, tetapi hujungnya tetap ilmu yang berguna. Kadangkala ia membuat hati kita tergoda, tetapi nafasnya tetaplah ajakan untuk kembali pada agama yang mulia. Ajakan yang lembut dan penuh makna. Kalaulah tidak ditulis dengan kehalusan ilmu yang kuat, tentulah ia akan menjadi tempelan-tempelan ayat yang membuat penat."
- Inspiring Words for Writers
Ungkapan komentar di atas tadi ku baca satu persatu seiring komentar lainnya. Tidak ketinggalan juga prolog dari Hadi Susanto. Ya, memang benar dan tepat sekali.
Aku jarang sekali membaca novel kerana ia akan mengambil waktu yang lama untuk menghabiskannya. Namun aku tidak boleh menahan diri setelah menonton filem Ayat-ayat Cinta; dan ada yang mengatakan bahawa novel berkenaan adalah jauh lebih baik dari adaptasi filemnya. Novel ini juga menjadi lebih mudah dibaca kerana ia telah diubahsuai ke dalam bahasa Melayu.
Memang benar, novel ini seolah-olah satu tazkirah panjang yang digarap dengan teladan melalui cerita tersendiri. Lengkap dengan rujukan buku-buku. Paling menarik bagiku ialah tutur kata dalam bahasa Arab dan Jerman yang kemudian diterjemahkan di bawah. Nampak jujur dan tulus sekali penulis ini. Buku ini sesuai sekali dijadikan hadiah kepada sesiapa saja terutama kepada orang-orang muda.
Sebagai contoh, aku tuliskan di sini saat-saat ketika Fahri dipertemukan dengan bakal isterinya.
Yang ada di depanku ini bidadari ataukah manusia biasa. Maha Suci Allah, Yang menciptakan wajah seindah itu. Jika seluruh pemahat paling hebat di seluruh dunia bersatu untuk mengukir wajah seindah itu tak akan mampu. Pelukis paling hebat pun tak akan dapat menciptakan lukisan dari imaginasinya seindah wajah Aisha. Keindahan wajah Aisha adalah karya seni Maha Agung dari Dia Yang Maha Kuasa. Aku benar-benar merasakan saat-saat istimewa. Saat-saat untuk pertama kali melihat wajah Aisha.
