Mengimbau kembali masa Che Mid baru-baru mengandungkan Deeja tahun lepas, memang mengejutkan. Yang empunya diri pun macam percaya tak percaya, inikan pulak orang lain. Umur dah masuk 44, anak yang kecik sekali dah 14 tahun.. macamana boleh mengandung lagi?? Sebelum itu, Kak Ita, jiran Che Mid juga telah bersalin anak ke 6 pada usia 45 tahun.
Bagaikan memperoleh semangat baru, ada ibu-ibu yang lebih muda dari Che Mid (termasuk suami-suami) yang teringin punya anak lagi tapi rasa takut-takut, datang berjumpa Che Mid, meminta pendapat. Apa yang boleh Che Mid katakan, kalau dah nak baby lagi.. lebih baik cepat, jangan banyak fikir itu ini.. tak sedar.. masa berlalu dan umur makin lanjut. Alhamdulillah.. Che Mid mengandung dan melahirkan Deeja tanpa sebarang masalah, malah lebih mudah dari anak-anak sebelum ini. Itu rezeki Che Mid yang Allah bagi.
Selepas beberapa bulan Deeja lahir, mula kedengaran sahabat-sahabat mengandung. Tiga orang telah berjaya mengandung, seorang lagi masih menunggu rezeki Allah.
Suryani, mengandung anak ke 4, sudah dinasihatkan oleh doktor supaya tidak mengandung lagi kerana disahkan ada darah tinggi. Umurnya jaduh lebih muda dari Che Mid. Sekarang ni tengah mabuk-mabuk dan dah mula keluar masuk hospital walaupun masih diperingkat awal kehamilan. Semoga selamat melahirkan baby yang sihat ya Su..
Zainon - mengandung anak ke 4 juga. Tiga anak-anaknya perempuan dan sekarang mengharapkan anak lelaki. Suaminya pun sangat mengharapkan zuriat lelaki. Zai jenis mabuk sepanjang kehamilan.Berlaku pendarahan sedikit tetapi agak kerap. Selalu buat check up untuk pastikan baby sihat. Memang doktor kata baby sihat tapi rahim Zai dan uri tidak berapa baik.
Zai berusaha 'bertahan' dan 'menafikan' yang anaknya tidak akan sempat menjenguk dunia pada bulan ke sembilan, akhirnya Zai akur pada kehendak Penciptanya. Baby boy dilahirkan pada bulan kelima. Sudah cukup sifat. Ketika Wahab mengalun azan ditelinga, baby bergerak dua kali kemudian pergi untuk selamanya.
Che Mid pujuk Zai, "Tak pe Zai, sekurang-kurangnya Zai dah dapat anak lelaki, dia tunggu Zai kat 'sana".. Tak tahulah apa yang Zai rasa, apatah lagi masa tu Deeja ada sama dengan Che Mid.
Baiti - Cuma ada anak tunggal berumur 11 tahun. Terlalu inginkan tangisan anak kecil. Mengambil peluang berhenti kerja dari bank dan 'bersedia' untuk mengandung lagi. Tapi period Baiti tak teratur. Terasa berat badan naik, Baiti buat 'sit up' untuk kempiskan perut.
Satu malam, Baiti sakit perut yang amat sangat. Jam dua pagi, mengejutkan suami yang lena di sisi. Merasakan ada sesuatu akan keluar dari perutnya... rupanya Baiti melahirkan anak tanpa menyedari yang ia sebenarnya mengandung 5 bulan. Suami isteri menangis teresak-esak sambil menyambut 'kelahiran' baby lelaki mereka. Kejadian berlaku tepat seminggu selepas Zainon.
Ketika berziarah, sekali lagi Che Mid terpaksa membawa Deeja sebab tiada orang di rumah. Rasa bersalah terdetik di hati Che Mid bila Baiti mencium Deeja.
Kebetulan, ada seorang sahabat Che Mid turut berada di situ. Che Mid tahu, dia juga mungkin tidak mampu mempunyai anak kerana berkahwin terlalu lewat. Usia suami sudah menghampiri 60an, dia sendiri hampir 50 tahun. Keletah Deeja tidak mampu membuatnya senyum atau mengagah.. Riak wajahnya nampak seolah-olah cemburu..dek kerana terlalu inginkan zuriat sendiri..
Terasa benar.. rezeki itu Allah yang punya. Dia berhak memberi kepada sesiapa yang Dia mahu. Dia juga berhak memberi ujian kepada sesiapa juga yang Dia kehendaki.
Ampunkan aku Ya Allah, jika aku membuat orang lain kecewa. Untuk Su, Zai, Baiti dan kakak... aku tak daya berkata apa lagi.. maafkan aku..
______________________________________________________________
Nov 11, terima berita yang Su juga keguguran. Innalillah.
Nov 11, terima berita yang Su juga keguguran. Innalillah.
5 comments:
salam,
subhanallah...
tahniah ya che mid.
dialog2 begini selalu kita dengar:
"korang dh lama kawin, tak mau anak nampaknya?"
kawan yang ditanya mukanya merah padam menahan malu sedangkan bukan mereka yang mampu menentukan semuanya.
atau dialog begini:
"ko ni dah tua milah, tak mau kawin2, memilih sgt sbb tu ko andartu"
sedangkan milah jenuh mencari tetapi mmg belum jodoh dia.
mcm2 manusia kan, abis camna?
Che mid.. sedih liza baca entry che mid kali ni.. memang tersentuh.. Yerlah masing-masing rezeki kan..
Salam piewahid - terkadang kita kasihan terkenang kawan yang diuji sebegitu rupa, sedangkan ujian yang menanti kita dihadapan entah yang bagaimana wallahua'lam.
Liza - Setiap kali che mid tatap wajah deeja, rasa bertuah sangat. Suami che mid, sampai hari ni, masih tak percaya deeja ada didepan mata...
Rezeki itu memang hak Allah,
tak ber"anak" bukan kerana tak mahu...rezki itu ketentuan Allah, kalau ramai yg memahami alhamdullilah...
Chom, my sister dah bersalin baby girl, paksa kerna air tuban x banyak? Takut baby x selesa.....Korang paham kut situasi tu...
Post a Comment