Ads

Tuesday, November 30, 2010

Diraikan Sebelum Berpisah

Pada Hari Raya Haji lepas, keluarga Che Mid beraya dengan mak mertua di Shah Alam, rumah adik ipar. Malam tu, Farah dan Faris bersama sepupu sebelah abahnya ambil angin di I-City, Shah Alam. Semuanya tidur rumah  Mak Lang malam tu..Nampak macam best je..

 Lepas jalan-jalan, makan-makan di McDonald pulak. Semua sekali 12 orang termasuk Mak Lang dan Pak Lang.. Emm.. sape belanja tu??


Bersantai di I-City


Sebelum tu main boling di Alam Central. Tentu kecoh sebab lebih banyak masuk longkang dari strike kan!!

 Sembilan orang sepupu bergambar ceria.. kalau tengok balik gambar ni 10 tahun lagi, tentu korang gelak sakan.. Terima kasih Mak Lang dan Pak Lang, lain kali ajak Mak Ngah sekali na...

Esoknya, kami makan tengahari di rumah Pakcik Che Mid. Saja Che Mid mintak nak makan dengan Cik Surur dan Cik Jah sambil bermanja-manja sebelum pindah ni..Cik Jah memang rapat dengan Che Mid, kami berjiran dari kami kecik-kecik lagi..

 Bersedia untuk menikmati hidangan istimewa air tangan Cik Jah yang memang pandai masak!!

 Antaranya, lepas pulut orang Jawa. Sayang Che Mid dah terlalu kenyang untuk makan lepat ni. Sampai sekarang menyesal tak sudah!

 Tumis babat atau perut lembu korban. Memang sedap walaupun liat sedikit. Faris suka mencuba makanan baru, tapi Farah dan Ayan tak berani cuba..

 Ini sayur beneng kobis dan kentang, siap dengan ikan masin dan sambal belacan.. hai yang mana satu nak makan ni??

 Daging korban goreng.. memang sodap yu!! segar dan manis..

 Ikan bilis hitam goreng garing..rangup dan menyelerakan

 Tak lupa salad Melayu...

Berapa kali Che Mid tambah nasi pun tak ingat.. sedar-sedar dah kenyang. Alhamdulillah, Che Mid doakan Cik Jah suami isteri dipanjangkan umur dan murahkan rezeki. Sentiasa sihat walafiat di sisi cucu-cucu tercinta..

Sehari sebelum pindah, tiba-tiba kami dijemput minum petang di rumah adik Che Mid pulak. Adik-adik perempuan dan keluarga datang kecuali Adik Lina yang kerja lebih masa.

 Juadah simple tapi hot!! Lempeng dibuat oleh Acik dan sambal tumis terlebih pedas dari Adik Nor.

 Acik buat cengkodok bilis pun cecah sambal terlebih pedassss!! Adik Nor salahkan cili kering tu!! Mengancam habeh!! Minum pulak dengan air panas kacip fatimah, fuhh cannot imajin yu!! So hot and spicy!!

 Tapi dinaturalkan oleh pengat keladi kesukaan Che Mid. Masa mengandung deeja hari tu, Adik Nor jugak yang masakkan pengat ni untuk Che Mid makan!!

Kami berkumpul sampai lepas Maghrib. Emak, Abah pun ada. Terima kasih adik-adikku kerana susah payah memasak untuk akak ni. Nanti mai SP akak masak spesel tuk hang na!! Bila nak mai??




9 comments:

Teratak Amir Amira -{@ said...

che mid
bestnya lepat pulut orang jawa tu , saya jumpa blog che mid ni sebab nak cari resepi lepat tu lah

Nizam Awang Brahim said...

Berjamu pasey weh....

norliza_osman said...

meriahnya che mid.. bila ye kita boley jumpa..

Che Mid said...

ummi amir - oh ya ka.. alhamdulillah berguna juga blog ni ya..dah dapt resepi tu mcamna, dah buat ke belum?

Che Mid said...

JD - Emm, kalau dekat mau rasenya mengajok aok sekali!

Che Mid said...

Liza - tak lam lagi kita jumpa. Tinggal berapa langkah lagi.. nak ajak datang ke rumah, segan sebab takde kerusi meja lagi.. takkan nak suruh tetamu duduk atas lantaikan..

Teratak Amir Amira -{@ said...

che mid panggil saya hawa, saya tak pandailah nak buat, dulu2 arwah Bak je yang buat, saya tunggu Che mid pelawa datang rymah baru che mid tu lah, juadahnya lepat pulut tu ya

che mid said...

Hawa, che mid tak reti buat, hari tu Nyai yang buatkan. Kita kena belajarkan... nak beli pun takde orang jual!

Mummy Gurl........ said...

Sala..... Sedapnye bening kobis dgn lempeng cicah sambal.. dah lama x mkn bening kobis lah...