Program : Sepetang bersama Helwa - Semanis Kenangan Seindah Impian
Tarikh : 14 Oktober 2010
Tempat : Pandetta Coffee House, Intekma Resort & Convention Centre
Majlis hitea anjuran Kumpulan Marhaban Helwa TDB telah diadakan sebagai penghargaan kepada ahli-ahli marhaban dan juga jamuan selamat tinggal kepada ahli yang akan berpindah ( termasuk Che Mid la tu). Temanya ialah Semanis Kenangan, Seindah Impian.
Selain ucapan perpisahan dari Che Mid selaku bekas Pengerusi Helwa, turut diadakan persembahan dari ahli, penyampaian anugerah, tukar-tukar hadiah dari nona ke nona, permainan, sambutan hari jadi ahli, gurindam, pantun, anugerah nona manis dan lain-lain.
Farah datang sebagai ahli marhaban, Huda pulak datang sebab ikut ibunya.
Seramai 40 orang ibu-ibu hadir. Semua nampak cantik dan anggun sekali. Hari itu kami dipanggil Nona-nona Manis oleh Pengerusi Majlis. Tapi ada juga ahli marhaban yang nak sangat hadir tapi tidak sihat seperti Baiti dan Suryani yang baru keguguran.
Nombor dua dari kiri tu Normah, dah berpindah ke Sijangkang tapi tetap sudi hadir menyerikan majlis.Ada juga ibu-ibu yang hadir membawa anak kecil mereka. Alasan standard - hasben kata, " kalau nak pergi, bawak anak sekali, abang tak nak jaga". Che Mid tak fahamlah suami-suami yang macam tu... sesekali isteri nak berehat dan bercantik-cantik sikit pun payah.. Bukan menginap pun.. 2-3 jam je.. Che Mid pulak terpaksa bawa Deeja sekali sebab ramai sangat yang nak Che Mid bawak si kecik tu.
Sape kata surirumah tak boleh melaram!! Syekali-syekali pasang badan.. kalah orang yang keje opis tau!!
Syair pembuka majlis dari Zee.
Persembahan nostalgia marhaban dari Zee dan rakan-rakan. Tak praktis pun.. tangkap muat je.. nyanyi balik lagu nasyid dan marhaban yang dulu-dulu..
Cik Nah menerima anugerah ahli cemerlang sebab kedatangan paling tinggi!!
Emak Che Mid menerima anugerah ahli veteran. Emak juga menyampaikan gurindam khas untuk Che Mid. Amat syahdu dan menusuk kalbu apabila seorang ibu menyanyikan lagu perpisahan untuk anak sulungnya diselang seli dengan esak tangis. Hanya ciuman sayang dari Che Mid buat ibu tersayang seusai persembahan yang mampu diberi.
Ani (kiri) tak dapat menahan sebak kerana akan berpisah mengikut suami berpindah ke Pasir Gudang, Johor selepas 9 tahun menetap di TDB.
Jemputan khas Che Mid - Nyaiku cayang dan Cik Ti. Kesian juga tengok Nyai duduk lama-lama sehingga majlis selesai. Ada satu masa tu, dia jalan perlahan-lahan ke rostrum dan berbisik kepada pengerusi majlis, " Yok balik.. dah petang ni.. belum sembahyang Asar..". Masa tu baru pukul 5 petang, tapi suasana di luar hujan renyai-renyai.. mungkin Nyai ingat dah nak Maghrib kut. Terpaksa Che Mid pujuk dia..
Suasana menjamu selera. Masing-masing tak makan tengahari lagi tu...
Jemput makan.. jangan malu-malu..
Norazlina tersenyum manis bersama hadiah yang dimenanginya. Disebelah tu ialah lolipop yang diselit dengan nama bertuah. Lain sikit stailnya... takdelah asek-asek masuk tangan dalam kotak dan pilih nama atau nomborkan!!
Ha! Ini persembahan pantun loghat Perak oleh Masanah. Riuh rendah jadinya kopi haus tu dek pantun kelakar Masanah tu..
Mazlina pulak menyampaikan pantun loghat Kelate..
Cik Nah ni patutnya berpantun loghat Pahang.. tapi ketawa memanjang...entah mana hujung mana pangkal weii
Zehan (tengah) menang anugerah Nona Manis. Dia pakai baju kebaya jadi sesuai sangatlah digelar nona manis. Sebagai pemenang, Zehan diminta untuk mengajak seorang lagi jemputan untuk bersama-sama menikmati hadiah hitea yang dimenanginya. Jadi, dia pilih Farah, sebab Farah pun pakai kebaya juga. Nyai kat sebelah tu jadi penyampai anugerah. Pengerusi majlis usik, " Pastikan bila awak tua nanti.. tetap maintain macam Nyai ni..."
Menjelang penghujung majlis Farah menyampaikan lagu Pelangi Petang oleh Sudirman. Ramai yang menitiskan airmata mengenangkan saat perpisahan yang semakin hampir. Antara senikatanya -
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi ku kan tetap
Pergi jua....
Che Mid tekun mendengar ucapan 'Kau yang ku kenal' dari Ustazah Rosni, menceritakan pengalamannya mengenali Che Mid sebagai jiran dan juga ahli persatuan. Diikuti dengan ucapan balas dari Che Mid. Kata-kata terima kasih, ampun maaf dan doa kesejahteraan adalah intipati ucapan. Khas buat emak, lagu ini Che Mid perdengarkan.
Nasilah lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Tinggallah emak tinggal saudara
Keranan suami hamba turutkan
Selesai ucapan, Che Mid tutup dengan lagu Seribu Tahun dari Imran Ajmain
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup kukan selama ini
Biar berpisah utara selatan
Kutak putus harapan
Sedia setia
Selesai ucapan, Che Mid tutup dengan lagu Seribu Tahun dari Imran Ajmain
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup kukan selama ini
Biar berpisah utara selatan
Kutak putus harapan
Sedia setia
Inilah cincin belah rotan emas putih hadiah dari Helwa untuk Che Mid sebagai kenangan.
Majlis yang penuh ketawa dan airmata itu tamat kira-kira jam 6 petang. Masing-masing pulang membawa kenangan manis dan mengimpikan satu hari nanti akan kembali bermesra seperti ini lagi. Buat Che Mid pula, kenangan bersama kumpulan ini ibarat tempat menabur bakti dan khidmat yang kini tiba ke penghujung. Kini giliran sahabat menyambung amanat. Moga akan terus mekar mewangi mencurah amal sesuai tuntutan Islam. Insyaallah, doaku dari jauh sentiasa menemani kalian.
4 comments:
Askm Che Mid.
Tkasih masuk blog mama. Wah menariklah blog ni. nanti mama masuk lagi.Nak pindah mana?
Kawan Hamir dulu ke/? mama tak de alamat..Studia kat Kuang..tpt kurang jelas sbb dia tunggu kat shell. Rasanya eluk add dia kat FB Hamir Soib.
salam maal hijrah...
jemput singgah sini,
http://babygown.blogspot.com/
Mama, saya dah pindah Sg Petani Kedah dari Klang Sel. Bukan kawan Hamir, tapi tempat tu mcm menarik tuk dikunjungi je. Dia open for public tak?
Hayati - dah singgah, amboi cantik2 baju tu..
Post a Comment