Semalam, 6 November 2010, telah berlangsung majlis pertemuan semula rakan sekelas Che Abang dari Sekolah Rendah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Pertemuan 'jejak kasih' itu telah diadakan di sebuah kelab di Melawati, Kuala Lumpur. Acara bermula dari jam 2 petang dan berakhir pukul 6 lebih. Lebih kurang 50 orang hadir termasuk Che Mid dan Deeja.
Beberapa orang rakan sekelas telah bekerja keras mencari rakan-rakan lama melalui facebook. Che Abang yang tak berapa aktif, turut 'ditemui' melalui facebook. Dia yang selalu tak berapa pandang facebook, akhirnya tersenyum sumbing sendiri depan laptop apabila melihat gambar sahabat-sahabat yang jauh 'berubah' dari kurus macam lidi menjadi kembang setaman. Jenuh membelek gambar masa sekolah.. kompe dengan gambar sekarang.. sambil mengingat nama dan rupa..
Darjah 1 - 6, dari tahun 1968 hingga 1973. Hi hi.. masa tu Che Mid masuk 2 tahun, Che Abang dah darjah 1..he he. Sekarang ni masing-masing dah masuk 50 tahun. Jom tengok macamana mereka bertemu semula selepas berpuluh tahun..
Guest of Honor - Mrs Yap, guru Bahasa Inggeris sekolah rendah. Kebetulan, anak Mrs Yap tu sebaya dan satu kelas dengan dia orang tu, jadi senanglah nak jemput cikgu datang sekali. Acara berlangsung sangat santai.. lebih kepada beramah mesra sesama sendiri. Lencana sekolah Clifford
Dari kiri - Fauzita Hanim, Zabedah, Norlida, Che Abang dan Hashim Man aka Ubi.
Ubi sekarang jadi Pemandu Pelancong di Taman Negara. Hey.. baru perasan.. dia pakai T-SHIRT CLIFFORD!! Cikgu Norlida yang pakai tudung pink tu masih tinggal di Kuala Lipis. Kami pernah ke rumahnya dua kali tapi tak de di rumah.
Dari kanan - Bakhtiar Nor (orang kuat majlis), Ahmad Kamel yang dipanggil Camel, Che Abang, Rashimah, dan isteri Ahmad Kamel. Bakhtiar menang Best Entertainer dan Best Dress yang bertemakan Bollywood.
Dari kiri - Che Abang, Ahmad Kamel, Rosniza, Siti Juanita, Norlida dan Che Mid
Che Abang, Siti Juanita dan Rosniza memang gang masa di sekolah dulu. Selalu stadi sama-sama. Sorry ya, yang di belakang tu.. Che Abang tak ingat nama. Masa kat function tu.. kan bertampal nama di baju tak teringat nak nak membacanya... borak sakan tapi nama tak ingat.. hiss..
Che Abang dan Ho Lai Peng.
Sate menjadi hidangan utama..sedap..
Ubi rebus cecah kelapa parut dan gula merah.. memang menggamit memori..
Ha ini rendang yang dibawa khas dari Lepih.. siap dengan pulut bungkus.. tapi Che Mid tak sempat ambik gambar .. dah habih..
Para tetamu mula menjamah hidangan.
Anak Iskan, anak Fazli dan anak Muzamil
Tidak ketinggalan acara karaoke - Yohanis dan Shukri. Ada yang sukarelah, ada yang paksa rela..
Bergambar kenangan sebelum pulang. Sampai jumpa lagi dilain masa. Majlis yang ringkas tapi bermakna. Tahniah pada penganjur dan tetamu!!
8 comments:
Kak, ni sekolah Dato' Siti Nurhaliza tu ye?
Ya la yang. Kebetulan rumah mertua akak satu kawasan dgn rumah Siti. Dulu2 pernah beraya rumah dia jugak..
seronoknyer dpt jumpa kawan2 lama..tentu semua dah berbezakan...facebook mmg berkesan menemukan ramai kenalan lama kita.
fuyooo!happening tul!
eh,kt sini ada sorang org lipis.satu skolah dgn dato' ct gak.entah2 jiran2 akak ke kan??
Nampaknya Mr Fazli sorang yg dok pegang anak kecik....:)
Ko pun patut tunjuk bakat nyanyian,....
Gang Mrs Fazli bila nak buat lak....
Cekwa - setuju. Skrg ni sana sini orang buat reunion sebab bertemu semula melalui facebook. Silaturahim yang terputus pun bersambung kembalikan..
Anis - Untuk dia orang memangla happening, tapi utk yang ada anak kecik mcm che mid ni.. tak dapat bergerak sgt. Nak makan pun susah. Hubby pulak.. seronok sakan sampai terlupa bini.. takpe kasi can..
Ana - ada sorang lagi.. bawak baby 2 bulan, tapi wife dia muda sangat... mungkin baru kawin kut..
Post a Comment