Ads

Saturday, February 14, 2009

Bertuahnya Wira dan Wirawati PLKN

Hai murid-murid, cikgu nak tunjuk gambar-gambar aktiviti di sepanjang Program Intergrasi PLKN tempohari. Tarikh 2 - 6 Februari 2009 mencatat kenangan manis kerana berkesempatan menjadi cikgu kepada wira dan wirawati Kem PLKN Kuala Kubu Bahru, Selangor.



Sedikit info tentang Program Intergrasi (PI) - salah satu modul di dalam PLKN. Selama 5 hari, wira dan wirawati akan belajar dan mendalami tentang Kebudayaan, Keagamaan dan Peranan Lelaki dan Wanita. Antara yang dipelajari ialah pengetahuan umum tentang setiap agama di Malaysia, pantang larang setiap kaum, kesenian, kelahiran dan kematian dan macam-macam lagi.
Objektifnya ialah untuk meningkatkan kefahaman tentang sesama kaum dan agama dan mengujudkan keharmonian antara setiap rakyat negra ini.
Memang mengujakan dapat menjadi sebahagian dari program ini.




Ilustrasi yang dicipta oleh Cikgu Azrye yang menunjukkan gambar setiap guru Program Intergrasi. Lapan orang kesemuanya termasuk seorang Ketua Jurulatih.


Kami bergambar di luar pagar kem sebelum bertolak pulang. Yang terbaring itu ialah Cikgu Peter (KJ).



Dari kiri; Cikgu Jamal, Cikgu Azman, Saya, Cikgu Rozelina, Cikgu Sarimah, Cikgu Azrye dan Cikgu Beh. Cikgu Peter tiada dalam gambar kerana sedang bersama Kem Komandan.




Pemandangan dalam dorm jurulatih. Kami tinggal bersama jurulatih tetap, jadi dapatlah berkenalan dengan mereka. Sayang tiada gambar untuk dikongsikan kerana masing-masing berselisih jadual.





Ketika ini adalah malam terakhir di kem. Cikgu-cikgu menyediakan program penutup iaitu pertandingan permainan tradisi. Galah panjang, dam haji, konda kundi dan teng-teng menjadi pilihan kami. Kami terpaksa menyediakan gelanggang menggunakan 'masking tape'. Berpuluh-puluh pita digunakan sehingga ada cikgu terpaksa meredah hujan lebat di tengah-tengah malam untuk mencari pita di 7 Eleven KKB. Keadaan hujan lebat menyebabkan ada bahagian lantai yang licin. Buah dam haji adalah wira dan wirawati sendiri .. emm bayangkanlah berapa besar lantai dam..


Gambar atas ialah gambar cikgu-cikgu dan wira yang bertugas malam. Rancak betul mereka membantu, tambah syok lagi mereka adalah murid-murid saya, dari kumpulan Charlie..






Leka buat kerja sambil bergurau senda, tak sedar jam sudah melangkau 3 pagi. Sempat bergambar sebelum pulang ke dorm masing-masing. Esoknya, pertandingan berlangsung dengan meriahnya, tapi sayang tersalah beli bateri untuk kamera... jadi dengan sedihnya.. tiada gambar masa main-main.. RUGI BESAR!!



Sekarang kita tengok pula macamana telatah cikgu dan wira/wirawati di dalam kelas. Tidak disediakan meja, cuma kerusi. Jadi kami semua duduk atas lantai sajalah. Mereka takpelah, pakai uniform, cikgu ni ha.. diwajibkan pakai baju kurung..terpaksalah jadi perempuan melayu terakhir.. maklumlah program intergrasikan..




Setiap kali sebelum masuk ke kelas, wira dan wirawati akan berbaris di dewan makan. Kehadiran akan dikira dan pengumuman (jika ada) akan dilakukan ketika ini. Mereka dibahagikan kepada 4 kompeni iaitu Alpha, Beta, Charlie dan Delta.




Lebih kurang 400 peserta kumpulan 1/2009. Kebanyakan peserta kem adalah dari Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.


Kumpulan kaum dari Sarawak membentangkan salah satu hasil perbincangan.


Rakan-rakan yang lain memberi sokongan. Tepuk-tepuk hebat!!




Ini adalah aktiviti sebelah petang, selepas minum petang dan solat Asar. Tengok tu, saya nak tangkap gambar ketika mereka berbaris, tapi budak-budak ni sibuk berposing.. nak lepas tension ke!!



Ketika ini, kumpulan India sedang mempersembahkan lagu perayaan Deepavali. Yang bestnya, kawan-kawan lain pun nak ikut nyanyi jugak.. riuh rendah dibuatnya kelas!!


Kumpulan kaum Cina sedang menunjukkan adat minum teh ketika upacara perkahwinan.



Sekali lagi kumpulan kaum India beraksi. Kali ini menunjukkan adat pengebumian pula.



Hero-hero dari Sarawak yang sentiasa ceria dan aktif dalam kelas. Antaranya Ghias, Roslan, Kenneth dll. Maaf, cikgu tak ingat semua nama..



Cikgu dan murid-murid lelaki bergambar kenangan. Jesse, Sanjay, Jeffrey, Wing Keong antara nama yang dapat cikgu ingat.


I really had a good time with you guys!, Semoga menjadi orang yang berguna dan berjasa kepada negara, agama dan bangsa.


Wirawati jelita mengelilingi cikgu yang tak kurang lawanya.. he he. Tu kat belakang, ada yang tumpang sekaki pulak!!


Bama, Missy, Chin Ru, Mee Ye, Grace, Mas, Ain, Siti dan lain-lain.


Kompeni Charlie di tempat perhimpunan. Memang meletihkan kerana terpaksa bangun jam lima pagi setiap pagi serta jadual yang padat hingga ke malam. Namun ia membuahkan hasil lumayan apabila anak bangsa menjadi berdisiplin dan memiliki kualiti dan ilmu terpuji sebagai bekal masa depan. Tahniah!!
Insyallah ada rezeki, saya akan kembali ke kem untuk kumpulan 2 pula. Tepuk-tepuk hebat!


Friday, February 13, 2009

Langkawi - Inspirasi Farhan

Lagi koleksi Langkawi, kali ini dari kamera telefon bimbit Farhan pulak!! Lambat masuk sini sebab tak tau mana dia bubuh fail gambar-gambar ni. Ha, dah jumpa ni, mai la tengok!















Ketika beratur di jeti Kuala Kedah








Tasik Dayang Bunting









Tenggelam di Underwater World





Bergambar di emak dan famili adik, ketika berselisih di Juru.




Sepupu - Ayan dan Pia



Bebudak comel



Boleh tahan juga karya seni Ayankan..


Pemandangan memang cantik, tapi model tu.. emmm.. lu pikir la sendiri


Tunggu siapa tu?








Photo of the trip..happy family Insyallah









Wednesday, February 11, 2009

Tetamu tak diundang - Sang Arnab

Pada suatu petang yang indah, saya terlihat sesuatu di luar pagar. Setelah diamati, rupa-rupanya ia adalah seekor arnab, entah dari mana, terlompat-lompat sambil menghidu-hidu jalanan.
Tanpa menunggu lebih lama, sang arnab itu pun dikerumuni oleh anak-anak dan orang tua yang ada di situ, kecuali saya, yang lebih suka melihat... bukan menyentuhnya..


Oh! Sungguh comel sekali!! Sang arnab juga seolah-olah tidak mahu meninggalkan kami. Ia terus melompat-lompat masuk ke dalam rumah. Sawi dan lobak menjadi santapan Sang Arnab malam itu.


Kami sangkakan Sang Arnab akan menghilangkan diri di kepekatan malam, rupa-rupanya tidak. Pagi-pagi lagi Sang Arnab kelihatan melompat-lompat ke bawah meja dan celah-celah sofa kami. Walaupun tiada kedengaran suaranya, Sang Arnab seperti mahu terus tinggal bersama-sama kami.

Lihatlah bulu-bulunya yang bertompok putih dan kekuningan. Siapakah gerangan yang empunya?


Bukan main gumbira lagi Sang Arnab di 'taman'. Berlarian dan berlompatan ke sana ke mari.





Sayang sekali, saya sekeluarga terpaksa pulang ke kampung keesokkan harinya. Lalu kami titipkan Sang Arnab ini di rumah jiran sebelah. Namun setelah kami tiba di kampung, jiran memberitahu saya, Sang Arnab telah tiada lagi.... ke manakah gerangan dikau Sang Arnab?

Akan tetapi, Farah mengandaikan bahawa, "bela arnab tak best lah... tak de perasaan, diam je... langsung takde suara. Bela kucing lagi best, dia boleh cakap-cakap, melese-lese kata kaki.."
ADA BETUL KA??