Ads

Thursday, December 31, 2009

Bila anak dara belajar memasak

Semalam pihak Jiran Wanita Taman Dato Bandar telah mengadakan program memasak untuk remaja perempuan taman Che Mid. Pertama kali diadakan bagi mengisi waktu senggang cuti sekolah ini, seramai 12 orang peserta hadir. Chef jemputan ialah Puan Halijah dan dibantu oleh Puan Ruziah. Penyelaras ialah Puan Hasnah. Lokasi memasak ialah di dapur surau Al-Faizin.


Resepi pertama ialah karipap goreng dan keria. Para peserta sedang memerhatikan Chef memotong kentang.



Anak-anak mula menggentel doh



Lepas tu mereka mengisi inti dan melipat tepi karipap.. macam-macam bentuk jadinya..



Pelbagai aksi dapat dilihat bila anak-anak ni buat kuih buat pertama kali



Ada yang menggelek doh dan ada yang mengisi inti



Inilah rupa karipap yang dah siap .. ada yang cantik dan ada yang tak berapa cantik..



Cikgu Jah sedang menunjukkan cara yang betul menggoreng karipap



Ha.. siap dah!! Bolehlah tahan..



Ini resepi kedua - keria keledek, macam-macam saiz ada.. ikut saiz tangan comel budak-budak tu kut..



Kuih keria yang baru diangkat dari kuali



Sukanya belajar masak!!.. Tu tengah menyira gula..



Kacau cepat-cepat, takut berketul pulak air gula tu ha..



Inilah rupanya kuih keria yang telah disira



Setelah selesai, mereka menikmati karipap dan keria yang telah dimasak dan juga air teh o panas. Sebelum pulang, mereka diberi sedikit kuih untuk dibawa pulang. Insya Allah, lain kali kita buat kelas lagi ya.. Nak masak apa pulak ??

6 comments:

Adnazthie said...

Tahniah Che Mid, mesti depa anak-2 dara setaman tu seronok. Tu yang paling menonjol anak dara 3 sederet tu macam selaluku lihat di sebelah rumahku..he he he.

Tahniah Che Mid atas program ini.

che mid said...

Terima kasih daun keladi atas sumbangan adnaz... bila time buat kek nanti bolehlah awak jadi cikgunya ya..

Nizam Awang Brahim said...

Lepas ni koi rase ande tok guru kaloh ngan anok murid buat kuih

che mid said...

Ish ish ish rodong ooi!! satu hari nanti ada yang jadi macam chef wan kut!! he he

Adnazthie said...

Salam Che Mid, saya ni budak baru belajar...he he he malu den nak jadi cikgu depa, takut masa tu kek tak jadi..
Ofis bagi sedikit saguhati haritu..saja sesuka, ingatkan HELWA nak buat bubur assyura..tapi tak kisah..kalau ada lebih apa salah dikongsikan..

nurul said...

salam kak,
sonoknya tgk bdk2 tu belajar masak...
lenkali mak bdk mcm sy yg tk terer masak nie blh join skali tk kak? kekeke...

re : akak nk tau intai2 kt mana kan..
ada kt yg sy taip venue intai-intai tu sy ada link kan ke website nya..akak klik je situ...siap ada map lagi...
thanks kak 4 d wish n doa...amin..;)